Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PERPISAHAN EN.

KHAIRUL AIZAT BIN SAINI

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan En. Khairul Aizat Bin Saini diiringi Tuan
Guru Besar masuk ke dalam dewan.

Bismillahirrahmanirrahim ,assalamualaikum wArahmatullahi wabarakatuh dan


salam sejahtera

Yang Berusaha, En. Awang Omar Bin Awang Sepuan, Guru Besar Sk Punan Ba
Yang dihormati, YDP PIBG SK Punan Ba, Encik Medani Tukang,
Wakil Tuai Rumah, Barisan Penolong Kanan
Yang diraikan, Encik Muhammad Hissam bin Sani,
Yang Diraikan Murid-murid Tahun 6 Sk Punan Ba
Barisan guru, rakan staff, Ibu bapa yang hadir dan murid-murid
yang dirahmati ALLAH sekalian,

Selamat Datang ke : Majlis Makan Malam Perpisahan sempena Perpindahan Encik


Khairul Aizat Bin Saini dan Murid Tahun 6

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada petang berbahagia ini, marilah sama-
sama kita mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz. Awang Abd
Aziz Bin Awang Sani

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz. Awang Aziz atas bacaan doa itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan


kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Tibalah kita ke majlis ucapan. Dijemput En Awang Omar Bin Awang Sepuan, Guru
Besar SK Punan Ba bagi menyampaikan ucapan, dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Awang Omar atas ucapan itu tadi.

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan En Medani Tukang YDP


PIBG untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En Medani atas ucapan yang telah disampaikan
sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Wakil Murid Tahun 6, Adik Ester Lalut
untuk menyampaikan ucapan, Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang Adik Ester atas ucapan itu tadi.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan En. Khairul Aizat Bin Saini. Majlis dengan segala hormatnya ingin
menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang


Diraikan En. Khairul Aizat atas ucapan itu tadi.

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda


kenang-kenangan buat insan yang kita raikan iaitu Encik Khairul Aizat Bin Saini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan Tuan Guru Besar untuk mengiringi Yang Diraikan Encik Khairul
Aizat untuk menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Dipersilakan Tuan Guru Besar, En Awang Omar Bin Awang Sepuan untuk
menyampaikan cenderamata dari pihak sekolah
……………Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Dipersilakan …………………….. untuk menyampaikan sumbangan peribadi


…………….Terima Kasih.

Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk


Yang Diraikan En. Khairul Aizat.

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Tuai padi antara nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih diucapkan
kepada Yang diraikan Encik Hissam kerana sudi bersama kita pada petang ini dan
kami semua mendoakan agar Encik Muhammad Hissam ceria di tempat baru.

Terima Kasih juga diucapkan kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapa


Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum


Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai