Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS- HARI RAYA

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SK JALAN PASAR 1

Mengumumkan ketibaan Yang berusaha , En. Kamarul Ariffin Bin Ishak,


Guru Besar SK Jalan Pasar 1 dan diiringi para dif jemputan.

1
Bismillahirahmanirrahim

1. Yang dihormati En. Mohd Noor Apandi b. Che Ghani (Unit Rendah,
Sektor Pengurusan Sekolah PPW Bangsar Pudu)
2. Yang dihormati Pn. Normuzaimi Bt. Mohamad( YDP PIBG SK Jalan
Pasar 1)
3. Yang diraikan En. Rosman Bin Matnoor, mantan Guru Besar SK Jalan
Pasar 1
4. Yang dihormati dif-dif jemputan, guru-guru penolong kanan, rakan-
rakan guru, serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
2

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Bersongkok sampin segak bergaya


Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua


maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal
setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-
sama dapat berkumpul di Dewan yang ceria ini bagi meraikan majlis
Sambutan hari raya Aidilfitri peringkat sekolah bagi tahun 2017 dan majlis
perpisahan En. Rosman Bin Matnoor, mantan Guru Besar SK Jalan Pasar 1
(4) DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa
memohon restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan Ustaz
Muhammad Faruqhi Bin Azmi bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan
al-fadzil ustaz.
.

terima kasih Al Fadzil Ustaz Muhammad Faruqhi atas pimpinan ketulusan


pembacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati
oleh Yang Maha Agung.

5)UCAPAN
Hadirin hadirat , serta murid-murid yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi dagang pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Tuan Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya


mempersilakan yang Yang berusaha , En. Kamarul Ariffin Bin Ishak,
Guru Besar SK Jalan Pasar 1 untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Kamarul Ariffin Bin Ishak
atas ucapan itu tadi.
6) UCAPAN PERPISAHAN
Hadirin hadirat sekalian

Dalam salah satu tulisan karya agung Johann Paul Friedrich Richter, iaitu
seorang penulis masyhur dari Jerman ada menyatakan bahawa, Man
feelings are always purest and most glowing in the hour of meeting and
farewell

Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap


perpisahan pasti amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenang
kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan
paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, hati kita semua akan
merasa terusik kerana perpisahan dengan mantan Guru Besar yang amat
kita sayangi dan cintai.

Dengan itu saya menjemput En. Rosman Bin Matnoor, mantan Guru Besar
SK Jalan Pasar 1 untuk memberikan ucapan serta amanat-amanat beliau
dipersilakan.
..

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatmu dijulang,
Kepimpinanmu gemilang
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Rosman Bin Matnoor atas ucapan itu tadi.

7)PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Seterusnya saya mempersilakan sekali lagi En. Rosman Bin Matnoor naik
ke pentas untuk sesi penyampaian cenderahati oleh guru-guru dan murid-
murid.
(8) JAMUAN

Ketupat lemang nasi impit laksa


Mi kuah bihun sup tidak dilupa
Kek dan biskut tersedia di meja
Tunggu apa lagi jom kita jamu selera

Dipersilakan hadirin hadirat dan semua yang hadir untuk menikmati juadah
yang telah sedia dihidangkan.

(9) PERSEMBAHAN:

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan murid ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan
didendangkan oleh murid-murid.

{1}Nyanyian Medley Raya oleh murid-murid SKJP1


Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}Nyanyian Murid Moral SKJP1 bersama murid SJKC Kung Min


Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3} Nyanyian Perpisahan untuk En. Rosman oleh murid-murid SKJP1


Terima kasih diucapkan kepada __________________________

10) PEMBERIAN DUIT RAYA

Seterusnya hadirin dan hadirat, saya menjemput Yang berusaha, En.


Kamarul Ariffin Bin Ishak, Guru Besar SK Jalan Pasar 1 diiringi Pn.
Rozaini Bt. Yaakob untuk menyampaikan duit raya kepada murid RIMUP.
11) SESI KARAOKE LAGU-LAGU RAYA
1. .

2. .

3. .

4. .

5. .

6. .

7.

8. .

9. .

10.

(12) PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan
majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini. Sekian,
Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai