Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1


TAHUN 2020

BIL CUE TEKS UCAPAN


1. Salutasi Assalamualaikum Warahmatullahhi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
1. Yang Berusaha, Puan Norwati binti Muhamad,
Pengetua SMK Dato’ Ahmad Razali

2. Yang Dihormati Tuan Haji Aziz bin Md Derus,


Yang Dipertua PIBG SMK Dato’ Ahmad Razali,

3. Puan Rozana binti Zainal Abidin


Penolong Kanan Kurikulum.

4. Puan Rodhiah binti Haji Saad,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

5. Puan Wan Razanah binti Wan Mohd Zain


Penolong Kanan Kokurikulum,

6. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Ahli Jawatankuasa PIBG, para pendidik seterusnya
tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita dapat bertemu pada pagi ini untuk
mendengar taklimat pendaftaran murid Tingkatan 1 bagi tahun 2020.

Tahniah dan syabas diucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk hadir pada hari ini
sebagai tanda sokongan kepada anak-anak tuan-tuan dan puan-puan meneruskan
pembelajaran di SMK Dato’ Ahmad Razali. Kami para pendidik akan sedaya upaya melakukan
yang terbaik untuk kejayaan anak murid kami.

2. Bacaan doa Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh Ustaz Nurul Effendy bin Osman. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

********* BACAAN DOA ***********

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Nurul Effendy bin Osman atas bacaan
doa itu tadi.

3. Ucapan dan Sidang hadirin yang dihormati sekalian,


Taklimat
Pengetua Majlis akan diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha Puan Norwati binti Muhamad,
Pengetua SMK Dato’ Ahmad Razali untuk memberikan ucapan.
Dipersilakan.
********* UCAPAN PENGETUA ***********

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Puan Norwati binti Muhamad atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar tadi.

4. Penutup Hadirin sekalian,

Dengan ini maka berakhirlah sudan majlis taklimat pendaftaran murid Tingkatan 1 pada hari
ini. Tuan-tuan dan puan-puan boleh bergerak ke kelas anak-anak untuk urusan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai