Anda di halaman 1dari 11

Teks Pengacara Majlis

Majlis Anugerah Cemerlang SKPK Pekan Tuaran 2017

Masa/ Que Teks Pengacara Catatan


7.00 pagi Bersedia.
Ketibaan warga
SKPK
8.00 pagi Hadirin yang dimuliakan,

Ketibaan ibu bapa/ Majlis akan bermula sebentar lagi. Untuk itu,
penjaga dan para tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin
jemputan sekalian, diminta mengambil tempat di dalam
dewan.

Bagi melancarkan perjalanan majlis, tuan-tuan


dan puan-puan diingatkan supaya mematikan
Aizat telefon bimbit atau menetapkannya kepada
mod senyap.

Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis


sehingga majlis selesai kerana ini merupakan
majlis rasmi SKPK Tuaran bagi tahun 2017.

Dan mohon tetamu berdiri ketika vvip berjalan


masuk ke dalam dewan.

Que: GB dan YDP Mengumumkan ketibaan


PIBG masuk ke Yang Berusaha En. Abdul Jalil bin Abd Samad
dalam dewan Guru Besar SKPK Tuaran,
Yang Dihormati Pn Nor As’hikin binti Idrus,
Guru Penolong Kanan 1,
Pn. Luciana E. Deneys, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
Pn. Edith Indek, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,
Yang Dihormati Pn. Saliha Mairi, Yang
Dipertua PIBG SKPK Tuaran,
Guru-guru , murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.

Selamat datang ke Majlis hari anugerah


kecemerlangan SKPK Tuaran tahun 2017.

9.00 pagi Sebentar sahaja lagi kita akan menyanyikan


Nyanyian lagu Lagu Negaraku dan Lagu Sabah Tanah Airku.
- Negaraku Diminta para hadirin untuk sama-sama berdiri
- Sabah menyanyikan lagu.
Tanah Airku
Majlis mengucapkan terima kasih atas
nyanyian sebentar tadi. Hadirin dipersilakan
Yann duduk.

9.10 pagi Asri


Bacaan doa Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Aizat Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini,


marilah sama-sama kita mengaminkan bacaan
doa yang akan diketuai oleh Al Fadhil Ustaz
Mohd Asri bin Madan. Dengan penuh
takzimnya, dipersilakan.

 Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis


merakamkan ucapan terima kasih atas
bacaan doa sebentar tadi.

9.15 pagi
Bismillahirrahmanirrahim…
Ucapan Pengacara Assalamualaikum wbt, Salam sejahtera dan
Majlis salam Negaraku Sehati Sejiwa.

Yann Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yang Berusaha En. Abdul Jalil bin Abd Samad


Guru Besar SKPK Tuaran,
Yang Dihormati Pn Nor As’hikin binti Idrus,
Guru Penolong Kanan 1,
Pn. Luciana E. Deneys, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
Pn. Edith Indek, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,
Yang Dihormati Pn. Saleha Mairi, Yang
Dipertua PIBG SKPK Tuaran,
Guru-guru , murid-murid,
seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati
Allah sekalian.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan


syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah
dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama
berhimpun pada pagi ini untuk meraikan
kejayaan anak-anak kita dalam bidang
pelajaran.

Ucapan selamat datang dan ribuan terima


kasih diucapkan kepada semua hadirin
sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke
majlis ini. Ucapan terima kasih juga kepada
semua ibu bapa yang sudi meluangkan masa
untuk memberi sokongan kepada anak-anak
dan pihak sekolah. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah.

9.25 pagi Majlis diserikan lagi dengan persembahan


murid iaitu Nasyid
Persembahan
murid 1
Terima kasih atas persembahan itu tadi.
Aizat
9.30 pagi
Melati kuntum menghias gelas,
Ucapan alu-aluan Tumbuh melata di tepi kali,
YDP PIBG Anugerah cemerlang 2017,
Pelajar cemerlang kita hargai.
Yann
Hadirin sekalian,

Majlis pada hari ini akan menganugerahkan


penghargaan kepada para pelajar yang
menunjukkan kesungguhan dalam pelbagai
bidang akademik. Justeru, adalah menjadi
harapan kami warga pendidik agar ianya
menjadi tonggak bagi memulakan anjakan
paradigma dan pencetus revolusi dalam diri
setiap pelajar.

Tak molek, jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara
Hadirin sekalian,

Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan


dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis
menjemput dan mempersilakan,
YDP PIBG SKPK Tuaran, Pn Saleha Mahiri
untuk menyampaikan ucapan sepatah dua
kata. Majlis mempersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih

9.45 pagi
Ucapan Perasmian Hadirin sekalian,
GB SKPK Tuaran
Kalau tuan pikat kenari
Aizat Jangan patahkan batang jerami
Kepada tuan mandat diberi
Mohon disempurnakan majlis kami

Tidak lengkap sekiranya majlis tiada perasmi.


Kita teruskan lagi majlis kita dengan ucapan
perasmian. Untuk itu, majis menjemput dan
mempersilakan,
Yang berusaha Tuan Guru Besar SKPK
Tuaran, En. Abdul Jalil bin Abd Samad
untuk menyampaikan ucapan seterusnya
merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan
Pelajar SKPK Tuaran bagi tahun 2017.
Dipersilakan.

(ucapan tamat)

Majlis mengucapkan terima kasih.


10.00 pagi Majlis diserikan lagi dengan persembahan
murid
Persembahan Gitar Solo daripada Santriana Zeta
murid 2
Terima kasih atas persembahan yang menarik
Yann sebentar tadi.
10.10 pagi
Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar bagi
Penyampaian tahun ini akan kita mulakan dengan
Hadiah Akademik Penyampaian Hadiah Akademik bagi Tahun 1
sehingga Tahun 6. Untuk itu, majlis
Aizat sukacitanya menjemput, Pn. Nor As’hikin binti
Idrus, Penolong Kanan Pentadbiran diirningi
oleh Pn. Suzanah Hashim untuk
menyampaikan hadiah.

Bagi kelas Inisiatif,


tempat pertama: Muhammad Amirul Asyraf
tempat kedua: Jane Mercy Grace Jasnie
tenpat ketiga: Denley Macrylan Paulus

Bagi kelas 1 Progresif


Tempat pertama: Alden Joey
Tempat kedua: Nurul Afni Syazmilliya Yanto
Tempat ketiga: Alya Ilyana binti Norhanizam

Bagi kelas 2 Dinamik


Tempat pertama: John Paul Paulus
Tempat kedua: Kimberly Lo Jing Wei
Tempat ketiga: Putra Ahmad Naim bin Mohd
Masri

Bagi kelas 3 Inovatif


Tempat pertama: Emerson Evan Donny
Tempat kedua: Kyra Gwen Foo

Bagi kelas 4 Kreatif


Tempat pertama: Marcellinda Muhammad
Din@Michaed
Tempat kedua: Nelson Soon

Bagi kelas 5 Proaktif


Tempat pertama: Mohd Rafis Levo Kadoh

Bagi kelas 6 Intelek


Tempat pertama: Santriana Zeta Ronny Verus
Tempat kedua : Nor Syahidatul Adawia bte
Muhazifiz

Kategori Pencapaian Markah Subjek Teras


Terbaik

Bahasa Melayu: Kimberly Lo Jing Wei


Bahasa Inggeris: John Paul Paulus
Matematik: Emerson Evan Donny
Sains: Marcellinda Muhammad Din@Michaed

Kategori Hadiah Inovatif Murid

Noor Allysha Amanda binti Abdullah

Tahniah diucapkan kepada para penerima


anugerah atas kecemerlangan tersebut.
Diharapkan semua pelajar dapat mencontohi
kecemerlangan mereka itu dan meningkatkan
prestasi pada masa hadapan.

10.20 pagi
Acara Cabutan Dari Kota Setia ke negeri Perlis,
Bertuah 1 Singgah bersantai di tepi jeti,
Cabutan bertuah menyusul memeriahkan
majlis,
Yann Semoga hadirin bersedia menanti.

Majlis akan dirancakkan lagi dengan acara


cabutan bertuah. Dipersilakan yang berhormat
YDP PIBG Pn Saleha untuk membuat cabutan
pertama.

Cabutan pertama:
Cabutan kedua:
Cabutan ketiga:

Tahniah kepada para pemenang.


Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Pn. Saleha.

10.30 pagi Hadirin sekalian,


Persembahan Majlis yang gilang-gemilang ini akan diteruskan
murid 3 lagi dengan persembahan murid

Persembahan Tahap 1
Aizat (persembahan tamat)

Terima kasih di atas persembahan tadi.


10.40 pagi
Penyampaian Siti Sharifah manis namanya
Hadiah PRESTASI Berbaju kebaya molek dan cantik
Terbaik Tiba masa penyampaian kedua
Penyampaian Hadiah PRESTASI Terbaik
Yann
Majlis dengan ini mempersilakan Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid , Pn. Luciana E.
Deneys diiringi oleh Pn. Edith Indek untuk
menyampaikan hadiah.

Anugerah Disiplin Terbaik


Penerima murid lelaki: John Paul Paulus

Penerima murid perempuan: Kimberly Lo Jing


Wei

Anugerah Kedatangan Murid Terbaik


Penerima: Kimberly Lo Jing Wei

Anugerah Pelajar Contoh Asrama


Penerima murid lelaki: Emerson Evan Donny

Penerima murid perempuan: Marcelinda


Muhammad Din @ Michaed

Anugerah Kelas Terbersih


Penerima: Kelas Tahun 1 Progresif

Anugerah Asrama Terbersih


Penerima: Aspuri

Anugerah Bilik Khas Terbaik


Penerima: Bilik Kaimal

Anugerah Penglibatan Kokurikulum Terbaik


Penerima murid lelaki: Putra Ahmad Naim bin
Mohd Masri

Penerima murid perempuan: Santriana Zeta


Ronny Verus

Tahniah kepada para pemenang.

10.50 pagi Majlis akan dirancakkan lagi dengan acara Sponsor 1


Acara Cabutan cabutan bertuah. Dipersilakan Sponsor 1
Bertuah 2 ........................................................................
........................................................................
Aizat untuk membuat dua cabutan.

Cabutan pertama:
Cabutan kedua:
Tahniah kepada para pemenang. Terima kasih
diucapkan kepada............................................
.........................................................................
.........................................................................

11.00 pagi Hadirin yang dihormati sekalian,


Persembahan Majlis akan diteruskan lagi dengan
murid 4 persembahan murid Tarian KPOP
Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.
Yann
11.10 pagi Tuan-tuan dan puan-puan, Majlis Anugerah
Penyampaian Kecemerlangan Pelajar kita pada hari ini akan
hadiah Tokoh diteruskan lagi dengan Penyampaian Anugerah
Pelajar Cemerlang Tokoh Pelajar Cemerlang. Untuk itu, majlis
menjemput dan mempersilakan,Yang
Aizat Berusaha En. Abdul Jalil bin Abd Samad, Guru
Besar SKPK Tuaran diiringi oleh Penolong
Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan
hadiah. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Anugerah Tokoh Murid


Penerima: Santriana Zeta Ronny Verus

Anugerah Tokoh Nilam Terbaik


Kategori murid: Emerson Evan Donny

Kategori Guru: En. Taufik Abdullah

Kategori AKP: Pn. Alfatmahwati binti Abd


Hamid

Anugerah Guru Cemerlang


Penerima:

Anugerah AKP Cemerlang


Penerima:

Anugerah Ibu Bapa Contoh


Penerima:

Anugerah Pekerja Swasta Cemerlang


Penerima:
Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

11.20 pagi Seterusnya majlis diceriakan lagi dengan acara Sponsor 2


Cabutan Bertuah 3 cabutan bertuah. Dengan ini majlis
mempersilakan Sponsor 2
...........................................................................
Yann ...........................................................................
...........................................................................
untuk membuat tiga cabutan.

Cabutan pertama:
Cabutan kedua:
Cabutan ketiga:

Tahniah kepada para pemenang dan terima


kasih diucapkan kepada ....................................
............................................................................
............................................................................

11.30 pagi Hadirin yang dihormati sekalian,


Persembahan Majlis akan diteruskan lagi dengan
murid 5 persembahan murid Nyanyian Solo daripada
John Paul Paulus dengan lagu Joget Renung-
renung
Aizat

Terima kasih atas persembahan sebentar tadi.

11.40 pagi Majlis diteruskan lagi dengan Penyampaian


Penyampaian Hadiah Anugerah Khas. Dengan sukacitanya
Hadiah Anugerah majlis mempersilakan Yang Berusaha En.
Khas Abdul Jalil bin Abd Samad diirnigi oleh Pn.
Luciana E. Deneys, Penolong Kanan Hal
Yann Ehwal Murid untuk menyampaikan hadiah.

Anugerah Graduasi Murid Tahun 6


Penerima:
i. Santriana Zeta Ronny Verus
ii. Noor Syahidatul Adawia bte
Muhazifis

Anugerah Graduasi Pra Sekolah


Penerima:
i. Alexa Lulu Emon
ii. Chen Zai Sheng
iii. Mohammad Afi Hamizan Safwan bin
Abdullah

Cenderahati Jasamu Dikenang


Penerima:
i. Pn. Siti Salina binti Musa
ii. En. Mohd Khairul Asyraf bin Abd
Aziz
iii. Pn. Siti Ruhana binti Seman

Tahniah diucapkan kepada para penerima


anugerah.

11.50 pagi Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita telah Sponsor 3


Cabutan Bertuah 4 tiba ke acara cabutan bertuah yang terakhir.
Diminta para hadirin untuk bersedia dengan
bombor bertuah masing-masing kerana rezeki
Aizat ada di mana-mana.

Dengan itu dipersilakan Sponsor 3


...........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
...........................................................................
untuk membuat dua lagi cabutan.

Cabutan pertama:
Cabutan kedua:

Tahniah kepada para pemenang cabutan


bertuah. Rezeki berpihak kepada anda semua.
Terima kasih
kepada ...............................................................
............
...........................................................................
12.00 tengah hari Seterusnya marilah kita sama-sama
Persembahan menyaksikan persembahan murid yang
murid 6 terakhir. Dipersilakan
Kumpulan Koir

Yann Terima kasih atas persembahan yang cukup


menarik sebentar tadi.

12.10 tengah hari Nampaknya majlis kita sudah hampir sampai


ke penghujungnya. Maka tibalah masanya
Penutupan & untuk kami selaku pengendali majlis untuk
bersurai mengundurkan diri. Pihak majlis juga
menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
Aizat maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau
cara sepanjang kami mengendalikan majlis ini.

Majlis berakhir penuh syafaat


Menjadi ingatan sepanjang zaman
Amalan sepakat membawa berkat
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalau ada jarum yang patah


Banyak kain tidak berjahit
Kalau ada silap dan salah
Jangan jadikan kenangan pahit

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari


Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya
daripada kelemahan kami sebagai makhluk
Allah bernama insan.

Dengan berakhirnya pantun itu tadi, maka


berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.
Majlis menjemput tetamu kehormat untuk
menjamu selera di bilik depan dewan kuliah ini.
Tetamu yang lain boleh menjamu selera di
kafe. Majlis bersurai.

Sekian.
12.15 tengah hari Hadirin sekalian.
Pengumuman Di sini ada beberapa pengumuman.

Pengumuman 1: Diminta para ibu bapa untuk


Yann ke meja pelaporan yang terletak di bahagian
belakang dewan untuk menerima buku rekod
murid.

Pengumuman 2: Dijemput para hadirin untuk


menjamu selera di dewan makan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai