Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA PROGRAM MINGGU ORIENTASI PELAJAR ASRAMA SMK TERUSAN LAHAD

DATU SABAH SESI 2023-2024

Pengenalan
Program Minggu Orientasi Asrama SMK Terusan akan diadakan pada minggu ketiga
persekolahan secara bersemuka dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK
Terusan Lahad Datu. Program ini merupakan program yang diadakan pada setiap
tahun dan merupakan program wajib asrama. Tujuan utama program ini diadakan
adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang menghuni asrama SMK Terusan terutama
pelajar baru dalam mengenali diri dan pengurusan diri ketika berada di asrama. Di
samping itu, minggu orientasi ini diadakan untuk memberikan pengetahuan dan
pendedahan mengenai amalan hidup di asrama

Objektif
1. Pelajar mengetahui cara berkomunikasi dengan betul dan pelajar
dapat menguruskan diri dengan baik dan dapat hidup berdikari.
2. Pelajar dapat mengurus masa dengan berkesan
3. Pelajar dapat menyesuaikan diri dengan rakan-rakan asrama
4. Pelajar dapat melahirkan semangat berpasukan dan saling bantu
membantu antara satu sama lain.
5. Melahirkan pelajar yang berdedikasi serta mempunyai komitmen yang
tinggi dalam pembangunan akademik, sahsiah dan ko kurikulum.

Sasaran
Program minggu orientasi asrama SMK Terusan mewajibkan semua pelajar
baru yang mendaftar dan terbuka kepada semua pelajar asrama SMK
Terusan.

Tarikh Pelaksanaan Program


09 Mei 2023 – 11 Mei 2023 (Jumaat-Ahad)

Masa dan Tempat Pelaksanaan Program


7.30 Pagi – 10.00 Malam / Dewan SMK Terusan

Ahli Jawatankuasa Induk Program


Pengerusi : En. Che Aziz Bin Othman (Pengetua)
Timbalan Pengerusi : En. Ravi A/L Vellan (GPK HEM)
Naib Pengerusi 1 : Pn. Hamsiah Hj Yangkok (GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn. Rosidah Abu Bakar (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Sitti Jaida Aspala (GPK Pendidikan Khas)
Naib Pengerusi 4 : En. Rustang Achok (GPK Tingkatan 6)
Penyelaras Program : En. Suzailie Terubi (Ketua Warden)
Pen. Penyelaras Program: Pn. Ezooanna Binti Zujip (Penolong Ketua Warden)
Pengarah Program : En. Mapatan Bin Sudin (GCBKSM)
Setiausaha : Pn Noor Zulina S. De Asildo (GBKSM)
Penolong Setiausaha : Pn. Artinie Ariyan (GBKSM)
Bendahari : Penyelia Asrama SMK Terusan

Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program


Urusetia Pendaftaran : Pn. Izzati Bte Shaifuddin
Teknikal dan Siaraya : En. Saifuddin Suratmin
Jurugambar dan Montaj : En. Rais Hilmi Bin Razul
Makan dan Minum : Pn. Siti Solehah Muing
: En. Mohd Azwan Legam
Latihan Dalam Kumpulan : Pn. Noor Zulina S. De Asildo
: Pn. Umi Azmira
Sijil dan Cenderahati : Pn. Nerwana Utek
: Pn. Fazidahwati Abd Rahman
Aktiviti Kecergasan : Pn. Ezoanna Binti Zujip
: En. Mohammad Salleh Asmadi
Fasilitator : Semua Biro Asrama
Ibadah dan Keagamaan ; Ustaz Mohd Faiz Noor
: Ustazah Nazihah
Peralatan : Pn. Yantie Maklin

Tentatif Program
09 Mei 2023 (Jumaat)
2.00 pm-2.30 pm Pendaftaran Pelajar di Dewan SMK Terusan
2.30 pm-3.30 pm Pecah Bendungan (Ice Breaking)
i. Inilah Gayaku
i. Namaku Namamu Jua
ii. Dengarkanlah
iii. Bola Beracun
iv. Simbol / Logo Diri
3.30 pm-4.00 pm Solat Asar berjemaah
4.00 pm-4.30 pm Minum petang
4.30 pm-5.30 pm Riadhah
5.30 pm-6.00 pm Pengurusan Diri
6.00 pm-7.50 pm Solat Maghrib / Kuliah Maghrib / Solat Isyak
7.50 pm-8.15 pm Makan Malam
8.15 pm-9.15 pm Latihan Dalam Kumpulan 1
i. Telefon Rosak
ii. Kelebihan dan Kekurangan
9.15 pm-10.30 pm Malam Penghayatan / Si Buta Cerdik
10.30 pm Minum malam dan tidur
10 Mei 2023 (Sabtu)
6.30 am-7.30 am Riadhah
7.30 am-8.00 am Pengurusan Diri dan Sarapan Pagi
8.00 am-9.00 am Ceramah 1: Pengurusan Diri Pelajar Asrama
(En. Rais Hilmi Bin Razul)
9.00 am-10.00 am Ceramah 2 : Peraturan-Peraturan Asrama
(En. Suzaily Taruby)
10.00 am-10.30 am Rehat dan minum pagi
10.30 am -11.30 am Ceramah 3 : Pengurusan Masa dan Emosi Pelajar
Asrama
(En. Mapatan Sudin)
11.30 am -12.30 T/Hari Latihan Dalam Kumpulan 2
(Noor Zulina S. De Asildo / Umi Azmira dan Biro
i. Menaiki Rakit
ii. Tour De Tualang
12.30 T/Hari-2.00 pm Rehat dan Solat Zohor / Makan Tengah hari
(Ustaz Mohd Faiz Noor)
2.00 pm - 3.30 pm Explorace Pelajar Asrama
(Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Biro Asrama)
3.30 pm – 4.00 pm Rehat / Minum Petang dan Solat Asar
4.30 pm – 5.30 pm Persediaan Malam Kebudayaan
(Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Biro Asrama)
5.30 pm - 6.00 pm Persediaan Diri
6.00 pm – 8.00 pm Solat maghrib / Kuliah Maghrib /
Solat Isyak Berjemaah
8.00 pm – 10.30 pm Persembahan Malam Kebudayaan
10.30 pm Minum Malam / Rehat dan Tidur

11 Mei 2023 (Ahad)


5.00 am – 6.00 am Solat Subuh berjemaah
6.00 am – 6.30 am Persediaan Diri
6.30 am -7.30 am Riadhah
7.30 am - 8.00 am Sarapan Pagi
8.00 am –10.00 am Latihan Dalam Kumpulan 4
(Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Biro Asrama)
i. Debat Asrama
ii. Penyelesaian Masalah
10.00 am - 10.30 am Rehat dan minum pagi
10.30 am -11.30 am Majlis Perasmian Penutupan
Program Minggu Orientasi Asrama SMK Terusan Sesi
2023-2024

- Nyanyian Lagu Negaraku dan Sabah Tanahairku


- Bacaan Doa
- Ucapan Wakil Pelajar Asrama
- Ucapan Perasmian Penutupan oleh Pengetua
SMK Terusan : En. Che Aziz Bin Othman
- Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan
- Nyanyian Lagu Sekolah
- Bersurai

Perbelanjaan

Bil Perkara Harga Seunit Harga (Jumlah)


1 Kertas Mahjung 50 Keping
2 Bola 2 Unit
3 Permanent Marker
Hitam 20 Batang
Merah 20 Batang
Biru 20 Batang
4 Kain Putih (Tanda Nama Pelajar) 25 Meter
Kain Hitam (Aktiviti Si Buta) 30 Meter
5 Cawan Plastik /Botol Mineral 20 Buah
6 Tali 5 Gulung
7 Kertas A4 Warna 4 Rim
8 Kad Manila 40 Keping
9 Sticker Berwarna 4 Unit
10 Warna Lilin 30 Unit
11 Banner 1 Buah
12 Hamper 10
Jumlah

Penutup

Adalah diharapkan program ini mencapai objektif dan sasaran yang telah
digariskan. Kerjasama semua pihak dan pelajar dalam menjayakan program
ini merupakan mekanisme penting dalam memacu kecemerlangan pelajar
asrama.

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh

MAPATAN BIN SUDIN RAVI A/L VELLAN CHE AZIZ BIN OTHMAN
Guru Cemerlang Kaunseling GPK Hal Ehwal Murid Pengetua
SMK Terusan SMK Terusan SMK Terusan

Anda mungkin juga menyukai