Anda di halaman 1dari 15

LAPORAN

PERKHEMAHAN
PERDANA 2014
KERTAS KERJA

PERKHEMAHAN BERSEPADU UNIT BERUNIFORM

SK KUBANG KERIAN 3 2014

RASIONAL

Perkhemahan adalah diantara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah.


Melalui aktiviti ini unsur-unsur asas pembangunan kemanusiaan dipupuk secara hands
on dengan para peserta mengalami sendiri situasi-situasi yang membuktikan pentingnya
sifat-sifat mulia seperti bertolak ansur, bertoleransi, tolong-menolong, berdisiplin dan
lebih mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan diri sendiri. Aktiviti
perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran-cabaran fizikal dan
mental yang secara langsung akan memantapkan semangat juang dan keyakinan diri
masing-masing, disamping memberi kesempatan kepada para peserta itu mengembleng
daya inovasi dan kreativiti mereka dalam menyelesaikan masalah.

Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu,


secara langsung atau tidak, mewujudkan peluang kepada para peserta
mengembangkan kemahiran kognitif, afektif, dan psikomotor masing-masing. Demikian
jugalah aktiviti-aktiviti perkhemahan yang berteraskan unsur-unsur patriotisme akan
turut menyumbangkan kepada pengukuhan perasaan cintakan bangsa dan negara.

MATLAMAT PROGRAM

Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada
usaha berterusan untuk melahirkan generasi pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada
kesejahteraan dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.

Dalam konteks perkhemahan ini, aktiviti-aktiviti yang dirancang akan memberi


peluang kepada para peserta memperkembangkan potensi diri masing-masing
khususnya dari segi kepimpinan dan kreativiti disamping memperkukuhkan disiplin
kendiri, semangat kejasama dan kesediaan berdikari serta bertanggungjawab.
Untuk membantu merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan
perkhemahan ini adalah juga bertujuan untuk melahirkan generasi pelajar yang
berwawasan, mempunyai imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang
sehingga mampu menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya.

Melalui aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dihasratkan agar para peserta


memupuk kesedaran dan kefahaman perlunya mengamalkan prinsip-prinsip
berorganisasi kearah mencapai matlamat diri dan organisasi, mencintai keindahan dan
keceriaan alam sekitar, membina sahsiah yang berdya saing, berdaya tahan dan
berdaya juang yang tinggi.

OBJEKTIF

Dengan adanya perkhemahan bersepadu ini ianya dapat :

1. Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

2. Melatih para peserta berkomunikasi antara satu sama lain.

3. Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian


secara teratur dan berdisiplin.

4. Memberi peluang kepada para peserta berseronok dan berekreasi dalam


suasana semula jadi yang kondusif.

5. Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti


masing-masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan.

6. Membimbing para peserta menghayati dan mengamalkan rukun-rukun


beragama dan kehidupun bermoral.

KUMPULAN SASAR

Semua pelajar tahap 2 iaitu semua ahli Pengakap, Tunas Kadet Remaja Sekolah,
Pandu Puteri dan Puteri Islam dan semua guru pemimpin Sekolah Kebangsaan Kubang
Kerian 3.
JANGKA MASA PERKHEMAHAN

Perkhemahan ini akan diadakan pada :

Tarikh : 3 April 2014 – 5 April 2014

Hari : Khamis hingga Sabtu

Tempat : Tapak Perkhemahan SK Kubang Kerian 3(Camping Ground)

JAWATANKUASA PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM SK


KUBANG KERIAN( 3) TAHUN 2014

Penasihat : Pn. Seri Dewi Binti Mohd Ibrahim

Pengerusi : En. Nik Zamri Bin Nik Husin

Setiausaha : Pn. Norshafira Binti Ariffin

Bendahari : Pn. Jamani Binti Jusoh

JAWATANKUASA KERJA

Kem Komanden : En. Mohd Zaid Bin Abdullah

Pen. Kem Komanden : En. Rawi Bin Hamid

Urusetia : En. Wan Norhamfandi bin Wan Yusof (Ketua)

: En. Kharami Bin Awang (Pengakap)


: En. Wan Rosmadi Bin Wan Salleh (PBSM)

: En. Mohd Adri B. Nor Din (TKRS)

: Pn. Hjh Habsah Bt Abdul Kadir (PPIM)

: Pn. Zakiah Bt Mustapha (Pandu Puteri Tunas)

: En. Mohd Sukri Bin Ibrahim

: En. Rozman Bin Mat Zin

Pendaftaran Peserta : Unit masing-masing

Persiapan Tempat : En. Kharami Bin Awang

Aktiviti /Pertandingan : En Wan Rosmadi Bin Wan Salleh

Persegaran/ Masakan : Pn Hjh. Habsah bt Ab Kadir

: Pn. Noor Azizah bt Abdullah

Keselamatan / kecemasan: En. Mohd Adri Bin Nor Din

Perasmian / Penutup : Pn. Zakiah Binti Mustapha

Hadiah&cenderahati : Pn. Norini Binti Mohd. Nawi

Alatan : En. Ramli Bin Ab. Kadir

Kerohanian dan : Ust. Muhamad Shah Bin Yasin

Keagamaan

Siaraya : En. Zaharude Bin Ismail

Jurugambar / kain rentang : En. Mat Razali Bin Hassan

Dan dokumentasi

Tugas-tugas Khas : En. Mohd Sukri Bin Ibrahim


BAJET/ PERBELANJAAN:

1. Sumber Kewangan.

Peruntukan sekolah

Yuran penyertaan pelajar RM 5.00 X 85 = RM 425.00

2. Kos.

BIL. PERKARA KOS JUMLAH

1. Hadiah

1. Pertandingan memasak RM 8.00 X 3 RM 24.00


2. Pertandingan kawasan perkhemah
RM 10.00 X 7 RM 70.00
3. Malam kebudayaan
4. Pertandingan kawad kaki RM 10.00 X 3 RM 30.00
5. Mencari Jejak
RM 20.00 X 3 RM 60.00
6. Peserta terbaik ( Lelaki )
( Perempuan ) RM 10.00 X 3 RM 30.00

7. Kumpulan terbaik keseluruhan RM 15.00 X 1 RM 15.00

RM 15.00 X 1 RM 15.00

RM 25.00 X 1 RM 25.00

2. Bahan basah

1. Ayam RM 12.00 X 7 RM 84.00


2. Telur
RM 7.00 X 3 RM 21.00

3. Bahan-bahan lain
1. Tali rapia (besar) RM 10.00 X 3 RM 30.00
2. Belerang
RM 5.00 X 2 RM 10.00
3.
4.
5.
6.
Jumlah RM 414.00

JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN


S3K3 TAHUN 2012

TARIKH/MASA AKTIVITI TINDAKAN & CATATAN

03.04.2013
KHAMIS

2.30 pm – 3.00 pm Pendaftaranpeserta (dewan) Mengikut unit


Mengikut unit
3.00 pm – 4.30 pm Mendirikankhemah AJK Kerohanian&
Sembahyang dansolat asar Keagamaan
berjemaah. AJK Persegaran
Urusetia/ K.Kom/P.K.Kom
4.30 pm – 5.30 pm Minum petang AJK Persegaran
Taklimat kem AK kerohanian&
Keagamaan
5.30 pm – 6.30 pm Makan malam
6.30 pm – 7.00 pm Urusdiri, solat maghrib, yassin, Urusetia
7.00 pm – 9.00 pm kerohanian dan solat isyak AJK Persegaran
berjemaah Mengikut unit

9.00 pm – 10.30 pm LDK

10.30 pm – 11.00 pm Minum malam

11.00 pm – 12.00 pm Kerja lapangan

12.00 pm – 6.30 pm Lampu padam (tidur)


04.04.2014
JUMAAT

5.30 am Urus diri, solat subuh & tazkirah AJK Keagamaan

6.30 am Senaman pagi /aktiviti AJK Persegaran


berhalangan Urusetia
7.30 am Urusetia
Sarapan pagi
8.00 am Urusetia
Pemeriksaan khemah
8.30 am Urusetia
Pertandingan kawad kaki
10.00 am Mengikut unit
Minum pagi Urusetia
10.30 am
Pertandingan simpulan dan Urusetia
12.00 pm ikatan
AJK Keagamaan
1.00 pm Urusdiri&makan tengahari
Urusetia
Peserta lelaki – solat jumaat
2.45 pm Peserta perempuan – solat
zohor

4.15 pm Demo pertolongan cemas dan


pertandingan pertolongan
5.00 pm cemas

6.30 pm Solat asar dan minum petang

7.00 pm Pertandingan memasak

9.00 pm Makan malam

11.00 pm Urus diri dan solat maghrib,


tazkirah dan solat isyak
12.00 pm
Pertandingan kebudayaan
12.00 am
Minum malam

Kerja lapangan

Lampu padam (tidur)


TARIKH/MASA
AKTIVITI TINDAKAN & CATATAN

05.04.2014
SABTU

5.30 Urusdiri, solatsubuh&tazkirah AJK Keagamaan

7.00am Senaman pagi/aktiviti AJK Persegaran


berhalangan Urusetia
8.00 am
Sarapan pagi
9.30 am
Pemeriksaan khemah Urusetia
10.00 am
Kawad pagi ( renungan ) Mengikut unit
10.30 am
Raptai perasmian & penutup
11.00 am
Minum pagi
11.30 am
Majlis perasmian penutup &
12.30 pm penyampaian hadiah

Tutup khemah dan bersih


kawasan perkhemahan

Bersurai

Nota : sila pastikan alatan perkhemahan cukup.

 Sila bawa alas / tikar lipat 3 untuk dijadikan alas khemah


 Setiap unit sekurang-kurangnya 5 biji.

Peralatan yang perlu dibawa semasa perkhemahan.


INDIVIDU

1. Uniform pengakap / puteri islam 11. Beras 3 pot setiap orang


2. Pakaian sembahyang / sejadah 12. Tuala
3. Pakaian sukan 13. Pakaian mandi
4. Selimut 14. Sardin 1 tin kecil
5. Kasut dan selipar 15. Telur 2 biji
6. Ubat dan berus gigi dan sabun mandi
7. Pakaian untuk 2 hari
8. Pinggan dan gelas 2 biji
9. Sudu
10. Barang-barang lain yang difikirkan perlu

KUMPULAN

1. Kuali
2. Periuk untuk memasak nasi
3. Senduk atau sodek
4. Pisau
5. Baldi dan besen kecil
6. Cerek / kendi
7. Jug besar
8. Parang dan gergaji
9. Tikar
10. Minyak , bawang merah dan bawang putih
11. Gula dan garam
12. Lampu suluh
13. Kopi / teh / milo / susu
14. Kayu api dan mancis
15. Barang-barang lain yang difikirkan perlu
Peralatan yang diperlukan
1. Buluh
2. Kabel Letrik
3. Mentol
4. Tong Air
5. Khemah Jalur
6. Bendera P.Islam

PENUTUP

Segala perancangan dan aktiviti yang akan dijalankan adalah bagi


menerapkan dan melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai jati diri yang
mantap dan disiplin yang kuat. Program ini juga berperanan untuk memupuk
semangat setia kawan dan saling tolong-menolong dan bantu-membantu serta
mengekalkan hubungan silaturrahim antara pelajar-pelajar supaya ia disemai
dan dipupuk sejak mereka kecil dan menjadi sebati bila mereka meningkat
remaja dan dewasa kelak.

Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua


pihak. Demikian juga sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan
secara langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu. Sokongan dan
bantuan dari semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung
dalam menjayakan program ini adalah diucapkan berbanyak-banyak terima
kasih.
GAMBAR AKTIVITI PERKHEMAHAN TAHUN 2014

Anda mungkin juga menyukai