Anda di halaman 1dari 16

KERTAS CADANGAN PERKHEMAHAN TAHUNAN

UNIT BERUNIFORM SEKOLAH 2017 (KADET POLIS)


Tajuk : Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform Sekolah (Kadet
Polis)
SMK Pendeta Za’ba 2017
Dikemukakan oleh : Unit Beruniform – Kadet Polis

1. LATAR BELAKANG
Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid sekolah. Program seperti ini
harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di
samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada
persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan
tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar mempunyai
potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu
menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor”
ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani
kehidupan yang sebenar.

2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek
serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan kemajuan diri
sendiri, masyarakat, bangsa, naegara dan agama.

3. OBJEKTIF
3.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
3.2 Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.
3.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara
teratur dan berdisiplin.
3.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
3.5 Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan-latihan lasak dan
mencabar.
3.6 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

4. STRATEGI PELAKSANAAN
Hari : Jumaat hingga Ahad
Tarikh : 10 hingga 12 November 2017
Tempat : SMK Pendeta Za’ba
Peserta : Ahli Kadet Polis
Pengelola : Unit Badan Beruniform
Penginapan : SMK Pendeta Za’ba

5. SASARAN PESERTA
Semua ahli Kadet Polis SMK Pendeta Za’ba dari tingkatan 1 hingga 4 berjumlah 150
orang

6. JADUAL PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM 2017


Hari Jumaat ( 10 November 2017 )
Masa Aktiviti Guru
3.00 ptg  Pendaftaran peserta
 Berkumpul dalam patrol
3.30 ptg  Taklimat & Persiapan tempat
(pemasangan khemah)
5.00 ptg  Solat Asar
6.00 ptg  Masakan makan malam
 Persiapan persembahan kebudayaan
6.30 ptg  Makan malam / pengurusan diri
7.30 mlm  Solat Maghrib dan tazkirah Fasilitator
8.40 mlm  Solat Isyak
9.15 mlm  LDK 1 Fasilitator
10.30 mlm  Minum malam
11.30 mlm  Tidur

Hari Sabtu (11 November 2017)


Masa Aktiviti Guru
5.30 pg  Pengurusan diri
 Solat Subuh
7.00 pg  Row call & Senaman pagi
7.30 pg  Sarapan pagi
8.00 pg  Pemeriksaan kawasan penginapan
8.45 pg  Upacara menaikan bendera
8.30 pg  LDK 2 (tunjuk cara ikatan)
10.00 pg  Taklimat persenjataan (IPK) Penceramah IPK
12.00 tghari  Pengurusan diri
 Makan tengahari
 Solat Zohor
2.30 petang  LDK 3 (orienteering)
 LDK (sandwich making)
5.00 ptg  Solat Asar
6.00 ptg  Minum petang
 Persiapan persembahan kebudayaan
6.30 ptg  Makan malam / pengurusan diri
7.30 mlm  Solat Maghrib dan tazkirah
8.40 mlm  Solat Isyak
9.15 mlm  BBQ & LDK 4 (persembahan malam kebudayaan)
11.30 mlm  Tidur
Hari Ahad (12 November 2017)
Masa Aktiviti Guru
5.30 pg  Pengurusan diri
 Solat Subuh
6.30 pg  Row call & pembersihan tapak khemah
7.30 pg  Sarapan pagi
8.00 pg  Pemeriksaan kawasan penginapan
8.30 pg  LDK 5 (kawad kumpulan) Pegawai IPK
11.00 pg  Majlis Penutupan & Penyampaian Hadiah
12.00 tghari  Bersurai

7. AHLI JAWATANKUASA PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM


SEKOLAH (KADET POLIS) SMK PENDETA ZA’BA 2017
Penasihat : Pn. Ramona binti Rosli (Pengetua)
Pengerusi : Pn. Fai’zah binti Hamil (GPK Ko-Kurikulum)
Penyelaras : Pn. Norizah binti Mat Sallan
Setiausaha : Cik Theesha a/p Thiruvengidam
Ahli Jawatankuasa
Pendaftaran Pn. Norizah binti Mat Sallan
:
Pn. Nor Afizah binti Yahya
Makanan dan Minuman Pn. Nik Ruslina binti Arifin
:
Pn. Norkharsiah binti Abd Karim
Keselamatan & Kawalan Pn. Nor Afizah binti Yahya
:
Murid Pn. Angeline a/p Veren
Peralatan En. Abdul Halim bin Muhammad Nasir
:
Pn Angeline a/p Veren
Solat / Aktiviti Moral En. Azmi bin Hj. Mohd Pakir
:
Abdul Halim bin Muhammad Nasir
Kebersihan Pn. Nor Alina binti Hj. Abd Karim
:
Pn. Nor Filzah binti Ibrahim
Senaman Pagi En. Abdul Halim bin Muhammad Nasir
:
Pn. Angeline a/p Veren
Buku Program : Cik Theesha a/p Thiruvengidam
Sijil & Hadiah Pn. Nor Filzah binti Ibrahim
:
Pn. Norhaniza binti Zakaria
Jurugambar : En. Azmi bin Hj. Mohd Pakir
Dokumentasi : Cik Theesha a/p Thiruvengidam

8. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN


SUMBER KEWANGAN
Bayaran pelajar 150 × RM 15.00 RM 2 250.00
Bayaran guru 11 × RM 15.00 RM 165
JUMLAH RM 2 415.00

PERBELANJAAN
Makan malam Jumaat RM 250.00
Sarapan pagi Sabtu RM 100.00
Makan tengahari Sabtu RM 350.00
Minum petang Sabtu RM 100.00
Makan malam Sabtu RM 450.00
Beras (3 hari) RM 150.00
Bahan memasak tambahan RM 150.00
Air minuman RM 100.00
Hadiah
LDK 4 × RM 70.00 RM 280.00
Kumpulan Terbaik 1 × RM 30.00 RM 30.00
Broga 1 × RM 30.00 RM 30.00
Batu Putih 1 × RM 30.00 RM 30.00
Menu VIP 20 × RM 10.00 RM 200.00
Peralatan dan keperluan RM 195.00
aktiviti
Sijil (pemenang & Ambilan pejabat
penghargaan)
JUMLAH RM 2 415.00

Diharapkan dengan perlaksanaan Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SMK Pendeta


Za’ba (Kadet Polis) ini murid dapat menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa
perlu bantuan orang lain dan memberi kesedaran tentang pentingnya hidup dalam satu
masyarakat. Selain itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap aktiviti yang
dijalankan, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami
kebolehan diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan positif serta
berpotensi menjadi individu yang cemerlang dan berdisiplin.

Disediakan oleh: Disemakkan oleh; Disahkan oleh;

……………………………. ……………………………. ……………………………


Cik Theesha a/p Pn. Norizah binti Mat Pn. Ramona binti Rosli
Thiruvengidam Sallan
Setiausaha Ketua Unit Beruniform Pengetua
Perkhemahan Tahunan Unit (Kadet Polis) SMK Pendeta Za’ba
Beruniform (Kadet Polis) SMK Pendeta Za’ba
SMK Pendeta Za’ba

LAMPIRAN
SENARAI NAMA AHLI KUMPULAN DAN GURU YANG
BERTANGGUNGJAWAB
Kumpulan Guru Yang Bertanggungjawab
1 Pn. Norkharsiah binti Abd Karim
2 Pn. Nik Ruslina binti Arifin
3 Pn. Nor Afizah binti Yahya
4 Pn. Norhaniza binti Zakaria
5 Cik Theesha a/p Thiruvengidam
6 En. Abdul Halim bin Muhammad Nasir
7 En. Azmi bin Hj. Mohd Pakir
8 Pn Angeline a/p Veren
9 Pn. Nor Filzah binti Ibrahim
10 Pn. Nor Alina binti Hj. Abd Karim

SENARAI NAMA GURU YANG BERTUGAS PADA WAKTU MALAM

A. Hari Jumaat ( 10 November 2017 )


1. Pn. Nor Afizah binti Yahya (Ketua Perempuan)
2. Pn. Norizah binti Mat Sallan
3. Cik Theesha a/p Thiruvengidam
4. En. Abdul Halim bin Muhammad Nasir (Ketua Lelaki)
5. En. Azmi bin Hj. Mohd Pakir
B. Hari Sabtu (11 November 2017)
1. Pn. Norkharsiah binti Abd Karim (Ketua Perempuan)
2. Pn. Nor Filzah binti Ibrahim
3. Pn. Norhaniza binti Zakaria
4. En. Azmi bin Hj. Mohd Pakir (Ketua Lelaki)
5. Abdul Halim bin Muhammad Nasir

BARANGAN YANG PERLU DIBAWA OLEH SETIAP KUMPULAN


Bil. Nama Barang Bilangan
1. Senduk Secukupnya
2. Kuali Secukupnya
3. Mangkuk Secukupnya
4. Sudip Secukupnya
5. Pisau Secukupnya
6. Papan pemotong ( landas ) Secukupnya
7. Sudu Secukupnya
8. Garpu Secukupnya
9. Cawan Secukupnya
10. Pinggan Secukupnya
11. Kayu api Seikat (berdiameter 30 cm) setiap ahli kumpulan
12. Keperluan untuk Malam Bersesuaian
Kebudayaan
13 Kanister air Satu sekumpulan

# Mengikut kuantiti yang mencukupi untuk setiap kumpulan

MENU PERKHEMAHAN

Hari Jumaat ( 10 November 2017 )


Makan malam - Nasi putih + sardin + telur + sayur timun

Hari Sabtu (11 November 2017)


Sarapan pagi - air milo + roti
Makan tengahari - nasi putih + ayam + sayur kubis
Minum petang - air teh-o + cekodok
Makan malam - BBQ ayam

Hari Ahad (12 November 2017)


Sarapan pagi - air milo + roti
PERALATAN DAN PAKAIAN YANG PERLU DIBAWA OLEH MURID

1. Kasut sukan
2. Selipar
3. Ubatan peribadi
4. Baju T lengan panjang (Perempuan) / pendek
5. Seluar sukan
6. Peralatan mandi ( tuala, sabun, shampoo, berus gigi, ….. )
7. Keperluan solat
8. Peralatan untuk makan (sudu, garpu, cawan plastik, pinggan plastik )
9. Ubat-ubatan persendirian (bagi yang sakit)
10. Uniform Kadet Polis yang lengkap (sekiranya ada)

# Mengikut kuantiti yang mencukupi untuk


Ruj.Tuan : SMKPZ-06/03/005( )
Tarikh : 13 Oktober 2017

Kepada

Ketua Polis Daerah,


Ibu Pejabat Daerah Seremban,
70300 Seremban 2,
Negeri Sembilan.

Tuan/Puan,

MEMOHON JURULATIH UNTUK LATIHAN MUSKETRY

Dengan segala hormat dimaklumkan.

2. Unit Beruniform (Kadet Polis) SMK Pendeta Za’ba akan mengadakan Perkhemahan
Tahunan pada 10 hingga 12 November 2017 bagi mendokong ke arah pencapaian kecemerlangan
sahsiah khususnya warga Kadet Polis SMK Pendeta Za’ba.

3. Sehubungan itu, selaku penganjur program sukacitanya kami ingin menjemput tuan untuk
mengadakan sesi latihan berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Oktober 2017 (Sabtu)


Masa : 2.00 -5.00 petang
Tempat : Dewan SMK Pendeta Za’ba
Keanggotaan : 150 ahli Kadet Polis

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan.
Segala kerjasama daripada pihak puan amat dialu-alukan.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

....................................................
[RAMONA BINTI ROSLI]
Pengetua,
SMK Pendeta Za’ba ,
70400 Seremban
s.k – 1. Fail Kadet Polis

Ruj.Tuan : SMKPZ-06/03/005( )
Tarikh : 27 Oktober 2017

Kepada

Ketua Polis Daerah,


Ibu Pejabat Daerah Seremban,
70300 Seremban 2,
Negeri Sembilan.
(u.p.: En. Azhar bin Abd Ghani)

Tuan/Puan,

JEMPUTAN PERKHEMAHAN TAHUNAN UNIT BERUNIFORM SEKOLAH 2017


(KADET POLIS)

Dengan segala hormat dimaklumkan.

2. Unit Beruniform (Kadet Polis) SMK Pendeta Za’ba akan mengadakan Perkhemahan
Tahunan pada 10 hingga 12 November 2017 bagi mendokong ke arah pencapaian kecemerlangan
sahsiah khususnya warga Kadet Polis SMK Pendeta Za’ba.

3. Sehubungan itu, selaku penganjur program sukacitanya kami ingin menjemput tuan
merasmikan majlis penutupan Perkhemahan Tahunan berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh : 12 November 2017 (Ahad)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan SMK Pendeta Za’ba.

4. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan.
Segala kerjasama daripada pihak puan amat dialu-alukan.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah.

....................................................
[RAMONA BINTI ROSLI]
Pengetua,
SMK Pendeta Za’ba ,
70400 Seremban
s.k – 1. Fail Kadet Polis

Anda mungkin juga menyukai