Anda di halaman 1dari 4

Salah satu daripada matlamat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah untuk

melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera.
Jelaskan peranan anda bagi mencapai matlamat tersebut?

Matlamat KPM adalah bertujuan melahirkan tenaga kerja mahir serta separa mahir yang
berkualiti, warganegara berdisplin, mempunyai nilai moral tinggi dan beretika kerja yang baik.
Membentuk keterampilan sedemikian lantas menjadi satu tanggungjawab yang perlu dipikul
bersama oleh warga pendidik yang merupakan orang paling berpengaruh untuk memimpin
amanah dalam melaksanakan aspirasi ini di sekolah. Guru merupakan aspek yang penting
dalam membentuk murid bagi mencapai matlamat yang diharapkan oleh KPM. Menurut kata-
kata YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, pendidikan dan latihan kemahiran berkualiti yang
berterusan juga akan memastikan modal insan negara kekal relevan dengan kehendak industri
dan pasaran semasa serta mampu berdepan dengan cabaran dan suasana persaingan
antarabangsa yang kian meningkat.”

Dalam sistem pendidikan di negara kita penumpuan terhadap dasar pendidikan untuk
melahirkan insan yang baik, menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek adalah jelas berdasarkan apa yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Elemen akhlak, moral dan nilai-nilai mumi merupakan salah satu unsur yang penting dalam
memastikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini tercapai. Perlakuan guru menjadi
tumpuan murid. Disini guru memamainkan peranan yang esensi dengan menjadi ‘role model’.
Murid-murid mudah menginterpretasi dan meniru sesuatu yang dilakukan oleh guru sama ada
cara guru bertutur atau bertingkah laku samada yang positif mahupun yang negatif. Bak kata
pepatah guru kencing berdiri, murid kencing berlari. Maka guru perlulah mengikut etika yang
telah ditetapkan dan bertindak secara professional dalam tindakan harian. Oleh itu guru perlu
memastikan penerampilan yang positif untuk dijadikan teladan oleh murid. Penyataan ini
disokong oleh kajian Zuria Mahmud dan Salleh Amat (1998) iaitu guru haruslah menunjukkan
sikap yang positif dalam diri pelajar bagi menanamkan sikap yang positif dalam diri pelajar

Matlamat utama pendidikan dalah untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan.
Oleh itu, guru perlu berfikiran dan bertindak proaktif dalam merancang pengajaran-
pembelajaran, aktiviti ko-kurikulum, berkomunikasi dan berinteraksi secara efektif dan inovatif.
Usaha guru dalam pengajaran menunjukkan tahap pencapaian murid. Pendekatan guru yang
dapat menarik minat pelajar,mengekalkan disiplin, mesra, dan secara bertegas inginkan
kejayaan memberi kesan yang positif terhadap murid. Kajian yang dijalankan oleh Mohamad
Johdi (2007) menyarankan bahawa sepuluh ciri-ciri guru efektif mengikut susunan terpenting
adalah berpengetahuan, kemahiran dan kecekapan bidang; menentukan objektif pengajaran
dan pembelajaran; kejelasan penyampaian dan penghuraian isi pelajaran; menjalankan
pengukuran & penilaian; bermotivasi, minat dan mencungkil sikap ingin tahu murid;
melaksanakan pemulihan & pengayaan; menimbulkan keceriaan, interaksi dan penglibatan
murid; menyediakan rancangan mengajar; berkemahiran mengurus bilik darjah; dan
menggunakan kepelbagaian kaedah dalam pengajaran (Whittington, 2010).

Guru perlu mahir, professional, kreatif dan inovatif secara berterusan dalam pendekatan
dan strategi pengajaran. Guru memperkembangkan “multiple intelligence’ pelajar dengan
penggunaan teknologi seperti komputer, media, literasi komputer seperti Frog VLE. Guru
memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir dengan memberi penekanan terhadap Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi (KBAT) agar percambahan pemikiran berlaku dan pelajar dapat berfikir dan
membuat keputusan dengan lebih rasional, bertimbang rasa dan lebih objektif.

Selain itu, sifat keprihatinan guru terhadap pelajar juga adalah penting dalam
pembentukan sahsiah pelajar. Sifat keprihatinan guru boleh ditunjukkan melalui sifat bersimpati
dan menjaga kepentingan mereka dalam proses pendidikan (Zuria Mahmud & Salleh Amat,
1998). Guru harus sabar, bertolak ansur, suka mendengar pandangan pelajar. Guru harus
mengambil peluang ini untuk mempengaruhi pelajar dalam proses pengajaran di dalam kelas
terutama dalam pembentukan sahsiah dan pembangunan nilai pelajar.

Tanpa proses menerapkan nilai murni ke dalam mata pelajaran yang diajar, cita-cita
untuk melahirkan generasi cemerlang dalam semua aspek tidak akan berhasil kerana hanya
melalui penerapan nilai murni dalam pendidikan mampu mendidik insan yang rasional, amanah,
bertimbang rasa, bertanggungjawab dan memiliki sifat-sifat mulia yang dipersetujui agama dan
masyarakat (lsmail Jusoh dan Mustapa Kassim, 1997).

Sekolah perlu memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan nilai-nilai murni
dengan mewujudkan suasana yang memberangsang dan budaya sekolah yang positif (Zakaria
Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff, Abdul Majid Isa dan Rahil Hj . Mahyuddin, 1996). Dalam
menjayakan aspek penerapan nilai mumi dan penghayatan nilai mumi, guru merupakan orang
yang penting dalam melaksanakan strategi KBSM ini. Guru hendaklah terlebih dahulu
mengamal dan menghayati nilai mumi hendak diajar (Zakaria Kasa, Abdul Rahman Md. Aroff,
Abdul Majid Isa dan Rahil Hj. Mahyuddin, 1996). Lickona (1991) menjelaskan tentang
tanggungjawab guru sebagai model penerapan nilai mumi, iaitu guru perlu menjadi penjaga,
model dan mentor; mencipta komuniti moral; mengamal disiplin moral; membina kelas yang
bercirikan demokrasi; mengajar nilai merentas kurikulum; menggunakan pembelajaran
kooperatif; membina 'conscience of craft'; memupuk keprihatinan melangkaui batas kelas;
membina budaya moral yang positif di sekolah; dan jadikan ibu bapa sebagai rakan kongsi.

Guru perlu menerepkan nilai murni seperti mana yang dispesifikasikan dalam Huraian
Sukatan Pelejaran (HSP) bagi setiap matapelajaran. Guru perlu melaksanakan penerapan nilai
tersebut dan bukannya menghiraukan subtopik tersebut kerana kekangan masa. Guru boleh
merancang aktiviti yang kreatif dan inovatif untuk menarik minat pelajar dan secara tidak
langsung menerapkan nilai murni yang disarankan. Guru boleh melaksanakan aktiviti diluar
waktu pengajaran dan pembelajaran seperti menceriakan bilik darjah dan jamuan Hari Raya
dimana pelajar akan bekerjasama dan saling menolong untuk mencapai suatu objektif umum.
Guru boleh menggunakan waktu relief untuk menyampaikan tazkirah yang berunsurkan
penerapan nilai murni dan keimanan.

Selain itu, guru boleh mempraktikkan penegasan positif dan negatif didalam bilik darjah.
Contohnya, sikap yang positif dan baik seperti bertanggungjawab atau jujur yang diserlahkan
oleh murid diberikan pujian atau ganjaran. Sekiranya murid bersikap kurang sopan atau
mlanggar peraturan, guru boleh membuat teguran, mendenda atau mengambil tindakan disiplin
terhadap murid ini. Praktis sedemikian akan menjadi suatu peringatan kepada murid agar
sentiasa mengamalkan nilai murni dan dalam suatu tempoh masa menjadi amalan kepada
murid secara automatik.

Murid mengambil tauladan daripada guru. Guru mempunyai pengaruh terhadap


perkembangan murid dari segi jasmani , emosi, rohani dan intelek. Pengaruh ini diterapkan
dalam peranan guru sebagai 'role model ', muaddib, murabbi dan muallim (Ab. Halim et al.,
2004). Guru juga merupakan pendukung aspirasi membentuk modal insan yang holistik. Guru
bukan sekadar melahirkan pelajar cemerlang tetapi lebih utama membimbing generasi
bersahsiah mulia. Masa depan negara bergantung kepada keupayaan guru melahirkan
generasi berkemahiran, menghayati nilai murni dan memenuhi cita rasa bangsa dan negara
(Serita Harian, 16 Mei 2009). Mohd Kamal Hassan (2009) turut menjelaskan bahawa guru perlu
mempunyai sahsiah yang baik untuk dicontohi dalam pembentukan sahsiah pelajar. Manakala
Abdul Halim al-Muhammadi (2009) pula menjelaskan, guru ialah ejen kepada
keberkesananpendidikan. Kesepaduan antara kemahiran keilmuan dengan keluhuran peribadi
adalah kriteria peribadi pendidik yang tidak boleh dipisahkan, sebaliknya menjadi contoh yang
berkesan.

Anda mungkin juga menyukai