Anda di halaman 1dari 3

LEMBAGA PENGAWAS

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENDETA ZA’BA


TAMAN PAROI JAYA
70400 SEREMBAN

KERTAS KERJA

MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI


BILIK
BADAN PEMIMPIN PELAJAR
2018

1.0 TUJUAN
1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan cadangan bagi menaiktaraf dan
mengubahsuai Bilik Gerakan Badan Pemimpin Pelajar SMK Pendeta Za’ba.

1
1.2 Keadaan Bilik Gerakan Badan Pemimpin Pelajar ini kekurangan prasarana dan tidak
kemas. Justeru itu, sudah tiba masanya bilik ini dinaiktaraf dan diubahsuai.
1.3 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua Badan Pemimpin Pelajar SMK Pendeta
Za’ba lebih selesa dalam menjalankan semua mesyuarat serta perbincangan bagi
semua aktiviti yang telah dan akan dirancangkan untuk sepanjang tahun.

2.0 LATARBELAKANG
2.1 Bilik Mesyuarat yang terletak di bangunan Blok D merupakan bilik yang digunakan
bagi semua mesyuarat serta perbincangan di antara Jawatankuasa dan Pemimpin
Pelajar SMK Pendeta Za’ba.
2.2 Dengan adanya sebuah bilik yang lebih selesa, diharap segala mesyuarat dan
perbincangan dapat dijalankan dengan baik dan mencapai matlamatnya.
2.3 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan ini
amat dalam usaha memantapkan pengurusan Badan Pemimpin Pelajar SMK Pendeta
Za’ba.

3.0 IMPLIKASI KEWANGAN


3.1 Implikasi kewangan terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.
Anggaran Kos Menaiktaraf dan Mengubahsuai Bilik Gerakan Badan Pemimpin
Pelajar SMK Pendeta Za’ba

Bil. Item / Perkara Anggaran Kos

1. Cat (1 tong 5 liter × RM 70.00) RM 70.00

2. Kain Langsir RM 120.00

3. Alas Meja RM 50.00

Peralatan dan pertukangan


4. Berus cat (3 × RM 5.00) RM 15.00
Roller (3 × RM 5.00) RM 15.00
5 Printer (Model-Brother DCP J100) RM 500.00
6. Papan Nama Bilik RM 140.00
7. Makan dan minum pelajar RM100.00
8. Papan kenyatan RM 50.00
ANGGARAN JUMLAH KOS RM1060.00
3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM1060.00.

4.0 AJK KERJA

Pengerusi : Pn. Ramona binti Rosli (Pengetua)


Naib Pengerusi : Tn. Hj Roslan bin Omar (GPK HEM)
Setiausaha : Cik Theesha a/p Thiruvengidam

2
Bendahari : Pn. Mahana binti Talib
Makanan : Pn. Haslina binti Mohd Yusof
AJK Keceriaan : Ahmad Rashdan B. Ahmad Yazid
(Mengecat) Ahmad Imaduddin Firdaus Bin Abdul Karim
Aiman Haziq Bin Arizan
Muhammad Mafauzy Bin Kamaruzaman
AJK Keceriaan : Nur Ain Nazirah Binti Jamil
(Mengemas) Nur Aqilah Qasrina Bt Abd Rahman
Hameedia Bt. Hamid
Fatin Syakirah Binti Zaimi

5.0 PERTIMBANGAN
5.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon pihak pengurusan agar dapat
meluluskan permohonan kertas kerja ini supaya semua aktiviti pengubahsuaian dapat
dilaksanakan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.
5.2 Bilik Pemimpin Pelajar yang selesa dan kondusif diharap dapat membantu
melaksanakan semua aktiviti yang dirancangkan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Disemak oleh Diluluskan oleh

.................................................... .................................................. ......................................................


Theesha a/p Thiruvengidam Hj. Roslan bin Omar Ramona binti Rosli
Setiausaha Jawatankuasa Badan GPK HEM Pengetua
Pemimpin Pelajar SMK Pendeta Za’ba SMK Pendeta Za’ba
SMK Pendeta Za’ba

Anda mungkin juga menyukai