Anda di halaman 1dari 6

SMK PENDETA ZA’BA

70400 PAROI, NEGERI SEMBILAN

LAPORAN

KURSUS KEPIMPINAN
TANGGUNGJAWAB DIPIKUL, KARISMA DITONJOL
BADAN PEMIMPIN PELAJAR
2018

TARIKH:

10 FEBRUARI 2018 (SABTU)

MASA:

8.00 PAGI – 12.00 TENGAHARI

TEMPAT:

MAKMAL AL-RAZI , SMK PENDETA ZA’BA


PENGENALAN
Kursus Badan Pemipin Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za’ba sesi 2018 merupakan kursus yang
julung kali diadakan kepada semua badan kepimpinan sekolah. Kursus ini adalah langkah permulaan untuk
melahirkan pemimpin-pemimpin pelajar yang berwibawa dan akan menjadi salah satu aktiviti tahunan sekolah.

AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran 1

PENILAIAN AKTIVITI
Pencapaian Objektif
Secara keseluruhan boleh dikatakan penglibatan ahli BPP telah melancarkan perjalanan program. Ahli BPP yang
menghadiri kursus ini lebih berketerampilan dan berkebolehan untuk menjadi pengacara majlis dalam program
sekolah.
Kekuatan
Para pemimpin pelajar telah menunjukkan kesungguhan dalam melancarkan perjalanan program dengan
memberikan sokongan padu. Ahli BPP yang hadir mengikuti segala aktiviti yang dirancang dengan bersungguh-
sungguh
Kelemahan
Tempat yang lebih sesuai diperlukan dan kehadiran yang memberangsangkan
Penambahbaikan
Tempat program yang lebih sesuai dicadangkan iaitu dewan dengan adanya rostrum. Program boleh diadakan pada
hari Jumaat petang bagi meningkatkan kehadiran murid

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI
Rujuk Lampiran 2

PENUTUP
Kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak telah membolehkan program yang dirancang dilaksanakan dengan
jayanya. Diharap program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan.

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

……………………………………… …………………………………………. ………………………………………


Putri Norelysyha binti Saparul Kamar Theesha a/p Thiruvengidam Hj. Roslan bin Omar
(Setiausaha Badan Pemipin Pelajar) (Setiausaha Jawatankuasa Badan (GPK HEM)
Pemipin Pelajar)
SMK Pendeta Za’ba SMK Pendeta Za’ba SMK Pendeta Za’ba
LAMPIRAN 1
LAMPIRAN 2

Anda mungkin juga menyukai