Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ( R ) MSSD

PETALING UTAMA TAHUN 2016

1.0 PENGENALAN

Pada setiap tahun, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Derah Petaling akan


mengadakan Kejohanan Sepak Takraw Daerah Petaling. Sehubungan dengan itu,
Sekolah Kebangsaan Taman Dato Harun 2 telah dipertanggungjawabkan sebagai
Pengerusi Pengelola Kejohanan buat kali ketiga setelah dua tahun berturut-turut
menjadi tuan rumah bagi daerah Petaling Utama. Pihak sekolah telah menerima dan
melaksanakan tugasan yang diberikan oleh PPD Petaling Utama itu dengan jayanya.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil dan memilih bakat di dalam Sukan Sepak Takraw untuk
diserapkan dan digilap dalam wakil sekolah sebagai persiapan dalam
Temasya Sukan MSSD Petaling Utama.
2.2 Menyahut seruan Menteri Pendidikan untuk memajukan sukan negara dari
peringkat sekolah rendah lagi.
2.3 Mengeratkan persefahaman di kalangan peserta di dalam acara yang di
ambil.
2.4 Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan peserta.
2.5 Memupuk semangat yakin diri dan kekentalan jiwa dalam mengharungi dugaan
dan cabaran.
2.6 Memupuk semangat perpaduan dikalangan murid selaras dengan "RIMUP".

3.0 RASIONAL
3.1 Dapat memilih bakat baru.
3.2 Dapat mengembangkan kemahiran yang dipelajari di dalam Pendidikan
Jasmani untuk diserapkan dalam aktiviti luar.
3.3 Mengenalpasti potensi dan kelebihan diri.
3.4 Menambah kemahiran guru dalam mengorganisasikan sesebuah kejohanan
dari awal hingga akhir.
LAPORAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ( R ) MSSD
PETALING UTAMA TAHUN 2016
4.0 BUTIRAN KEJOHANAN
Tarikh : 19-22 Januari 2016 (Selasa - Jumaat)
Masa : 8.30 pagi hingga 3.00 Petang
Tempat : Dewan Terbuka, SK Taman Dato Harun (2)

5.0 SASARAN PESERTA


5.1 Kejohanan ini disertai oleh murid-murid sekolah rendah dalam daerah
PPD Petaling Utama. Sebanyak 19 buah sekolah rendah telah
mengambil bahagian. Sebanyak 34 regu yang mendaftar.

6.0 CARA / MASA PERTANDINGAN


6.1 Kejohanan Daerah :
Selasa hingga Jumaat. ( 4 Hari ) ( 19 22 Jan 2016 )

7.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN


7.1 Undang-undang pertandingan adalah berdasarkan peraturan Gabungan
Persatuan Sepak Takraw Antarabangsa ( ISTAF ) dan peraturan AM
MSSM.

8.0 KEPUTUSAN PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSD PETALING UTAMA


8.1 Sebanyak 16 regu telah layak ke pusingan yang kedua. Regu yang
layak diambil dari juara dan naib juara kumpulan.
8.2 Permainan liga diadakan pada hari pertama dan kedua dan untuk
pusingan kedua dan juga suku akhir juga telah diadakan pada hari
kedua. Perlawanan ketiga hanya melibatkan peringkat separuh akhir
dan akhir sahaja.
8.3 Berikut merupakan keputusan yang diperolehi menerusi kejohanan ini:
Johan : SK Seksyen 11 Kota Damansara
Tempat kedua : SK Kampung Tunku
Tempat ketiga : SK Seksyen 6 Kota Damansara
Tempat ketiga : SK (L) Bukit Bintang 2
LAPORAN KEJOHANAN SEPAK TAKRAW ( R ) MSSD
PETALING UTAMA TAHUN 2016
9.0 CATATAN / ULASAN
Kejohanan ini telah berjalan dengan lancar seperti yang telah
dirancangkan di dalam buku program. Pengurus, jurulatih dan pemain-pemain
dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian telah memberikan kerjasama
yang baik dalam memastikan kelancaran perjalanan kejohanan. Pemain-
pemain telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi dan permainan
yang baik. Dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh pemain-pemain
tidak mustahil pasukan daerah akan dapat mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam pertandingan MSS Selangor yang akan diadakan di Daerah Sepang,
Selangor nanti. Namun bergitu terdapat beberapa masalah yang kita perlu
tangani untuk tahun akan datang. Antara masalahnya ialah Daerah Petaling
Utama kekurangan pengadil dan juga kita juga kekurangan peruntukan untuk
mengelolakan kejohanan. Cara yang boleh kita atasi masalah tersebut ialah
dengan mengadakan lebih banyak kursus Kepengadilan dan Kepegawaian
untuk sukan sepak takraw ini. Untuk masalah peruntukan diharap pihak PPD
khususnya PPD Petaling Utama dapat membantu menyalurkan peruntukan
dengan lebih cepat supaya kejohanan yang dianjurkan dapat diatur dan di
jalankan dengan lebih lancar. Selain itu juga pihak PPD dicadangkan untuk
mencari Penaja, khas untuk Pasukan Daerah ke pertandingan MSS Selangor.

Disediakan oleh, Disahkan oleh

. ..
Ahmad Safwan bin Mohd Anwar Hassan bin Taslim B.P.C
Pengerusi Teknik, Guru Besar ,
Kejohanan Sepak Takraw ( R ), Sek. Keb. Taman Dato Harun (2)
MSSD Petaling Utama 2016. Merangkap PengerusiPengelola,
Kejohanan Sepak Takraw ( R )
MSSD Petaling Utama 2016.

Anda mungkin juga menyukai