Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA AMANPURI

PERSIARAN PERDANA, KEPONG, 52100 KUALA LUMPUR

KERTAS KERJA
KLINIK BOLA BALING
"Satu Program Khas Pembangunan Sukan Sekolah"

Gemilang Dan Terbilang

1
1.0 PENDAHULUAN

Sejak mula diperkenalkan pada sekitar penghujung tahun 1970-an, sukan


bola baling bukanlah asing di negara kita, malah ia merupakan salah satu sukan
yang cukup popular terutama di kalangan pelajar-pelajar sekolah rendah dan
menengah. Ini kerana bola baling telah dimainkan di pelbagai peringkat melalui
kejohanan-kejohanan anjuran majlis sukan-sukan sekolah di setiap negeri sehingga
ke peringkat kebangsaan anjuran pihak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia
(MSSM) – sama seperti sukan-sukan lain.

Program “Klinik Bola Baling Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri” ini


merupakan satu program yang akan dilaksanakan buat kali keduanya dan akan
dilaksanakan di bawah kendalian Unit Kokurikulum SKDA yang juga bermatlamatkan
untuk mencungkil bakat-bakat baru dan sedia ada dalam kalangan murid-murid
sekolah ini. Justeru diharapkan daripada program ini, kita dapat menyediakan
pasukan bola baling sekolah dengan lebih awal sebagai persediaan ke Kejohanan
Bola Baling peringkat MSSD Gombak.

Ianya merupakan satu program pembangunan sukan jangka panjang bagi


membentuk dan membangunkan atlet-atlet bola baling untuk menghadapi
kejohanan-kejohanan bola baling anjuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Selangor
(MSSS) di bawah kelolaan Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri
Selangor sendiri pada masa akan datang. Program ini akan dikendalikan oleh
beberapa orang Jurulatih berpengalaman yang dijemput khas untuk program ini.

2.0 RASIONAL

2.1 Program ini difikirkan perlu setelah mencapai kejayaan dengan


mendapat tempat ketiga bagi kategori lelaki pada Kejohanan Bola
Baling Bawah 11 Tahun MSSD Gombak 2016 yang lalu.

2.2 Satu program yang dilihat dapat memberi kesan positif kepada
pemain-pemain bola baling yang telah menimba pengalaman dengan
menyertai Kejohanan Bola Baling MSSD 2015 dan 2016.

2.3 Kebanyakan pemain bola baling 2016 adalah dari kalangan murid-
murid Tahun 4 dan 5. Sekiranya mereka terus digilap dengan latihan

2
jangka panjang, pasukan bola baling SKDA ini mungkin akan terus
dapat mencabar pasukan-pasukan dari sekolah lain di dalam MSSD
Gombak.

2.4 Memiliki kemudahan dan keluasan padang yang paling sesuai untuk
menjalankan program ini berbanding bola sepak atau hoki.

2.5 Sukan Bola Baling ini merupakan kebitaraan sekolah ini.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Mendedahkan corak latihan dan kemahiran-kemahiran bola baling


yang lebih khusus kepada pemain

3.2 Menyediakan pasukan bola baling yang lebih mantap pada tahun-
tahun yang akan datang

3.3 Mewujudkan persefahaman, semangat kerjasama berpasukan, disiplin


dan toleransi sesama pemain dan antara jurulatih dengan pemain

3.4 Membina kekuatan mental dan fizikal serta keyakinan diri para pemain
untuk menghadapi sesuatu kejohanan/pertandingan

3.5 Melahirkan atlet-atlet yang mampu untuk bersaing di peringkat yang


lebih tinggi

3.6 Melahirkan pemain bola baling yang berkualiti dan mempunyai


semangat juang yang kental

3.7 Mengangkat nama sekolah melalui sukan bola baling di peringkat


MSSD dan MSSS
3.8 Menjadikan bola baling sebagai salah satu ‘Sukan Elit’ di sekolah ini.

3
4.0TEMPAT

4.1 Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri, Kepong.

5.0TEMPOH DAN JANGKAMASA

5.1 Program ini akan diadakan pada _________________bermula jam 8


pagi hingga 5 petang.

6.0PESERTA

6.1 Pemain-pemain bola baling yang telah mewakili SKDA ke Kejohanan Bola
Baling MSSD Gombak.
6.2 Murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 yang berminat serta berpotensi besar di
dalam lapangan sukan bola baling.

7.0 SASARAN

7.1 Layak ke peringkat akhir Kejohanan Bola Baling MSSD Gombak tahun
akan datang yang terdekat, 2018
7.2 Melahirkan pemain yang mampu mewakili Gombak dan Selangor ke
peringkat MSSM

4
8.0 TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Pendaftaran pemain


Sarapan

8.30 pagi - Taklimat

8.45 pagi - Sejarah perkembangan bola baling


- Undang-undang permainan

10.00 pagi - Kemahiran asas permainan


- kemahiran hantaran dan menangkap bola
- kemahiran menjaring gol
- Aktiviti bersama bola

12.30 tengah hari - Makan tengah hari / solat

2.00 petang - Kemahiran asas permainan


- kemahiran menjaga gol

3.00 petang - Kemahiran serangan


- Kemahiran halangan

4.00 petang - Simulasi permainan

4.30 petang - Permainan Kecil

5.00 petang - Penyampaian Sijil dan Bersurai

5
9.0 JAWATANKUASA

Penasihat : Hj Omar Amiah bin Che Ngah

Pengerusi : Pn Vanaja a/p Krishnan

Naib Pengerusi : Pn Norhanida binti Saaidin

Setiausaha : Pn Norhafizah binti Mohd Yusof

Jurulatih Sekolah : Pn Norhafizah binti Mohd Yusof

Jurulatih Jemputan : En Isma Mazni bin Ismail

: En Azmi bin Rejab

AJK : Pn Noor Najihah binti Dzaffarudin

: En Muhammad Syazwan bin Idris

: En Hasrin Niza bin Musa

: En Mohamed Faizal bin Ahmad Puzi

6
10.0 PERANCANGAN PERBELANJAAN

Senarai keperluan

BUTIRAN PERBELANJAAN JUMLAH


BIL
ALATAN HARGA KUANTITI (RM)

1 Bola RM80 5 400.00


2 T-shirt Klinik RM25 50 1250.00
3 Jaring gol RM40 1 40.00
4 Sijil/Cenderahati RM5 50 250.00
5 Makan RM8 50 400.00
6 Jurulatih RM300 2 600.00
7 Banner RM50 1 50.00

JUMLAH : 2990.00

10.1 Jumlah anggaran perbelanjaan untuk menjayakan program ini ialah


sebanyak RM2990.00

11.0 PENUTUP

Melalui moto Sekolah Kebangsaan Desa Amanpuri ini iaitu Gemilang


dan Terbilang, semoga usaha murni serta semangat yang ada pada
penggerak-penggerak sukan SKDA untuk menjayakan program “Klinik Bola
Baling SKDA 2017” ini mampu untuk mengangkatkan nama sekolah di dalam
bidang kokurikulum secara amnya dan bidang sukan permainan bola baling
khususnya.

Akhir kata, dengan terlaksananya program ini nanti, adalah


diharapkan ia dapat memberi manfaat yang besar selain mampu melahirkan
murid-murid yang berpotensi di dalam bidang akademik serta kokurikulum.
Program ini juga diharapkan dapat membawa sedikit sebanyak perubahan
kepada kemampuan dan pencapaian sukan SKDA pada masa hadapan.

7
Disediakan oleh,

................................................................
(NORHAFIZAH BINTI MOHD YUSOF)
SK Desa Amanpuri.

Disemak oleh,

................................................
(VANAJA A/P KRISHNAN)
Penolong Kanan Kokurikulum
SK Desa Amanpuri.

Disahkan oleh,

.....................................................

(HJ OMAR AMIAH BIN CHE NGAH)


Guru Besar
SK Desa Amanpuri.

Anda mungkin juga menyukai