Anda di halaman 1dari 6

JBA8021

SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA,


81850 LAYANG-LAYANG, JOHOR

KERTAS KONSEP

CABARAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA BALING


SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA
SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2021
CABARAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA BALING
SEKOLAH KEBANGSAAN MURNI JAYA
SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2021

1. PENGENALAN

1.1 Cabaran kemahiran sukan bola baling SK Murni Jaya secara atas talian
dilaksanakan kerana kekangan akibat pandemik wabak covid-19 yang
melanda negara sejak tahun 2019.
1.2 Pelaksanaan cabaran sukan bola baling di setiap sekolah merupakan
inisiatif yang perlu diberi perhatian di semua peringkat dalam memastikan
bakat murid dalam aktiviti kokurikulum dapat dikembangkan dengan
kaedah yang lebih terancang.

1.3 Program – program yang berterusan haruslah sentiasa diberi keutamaan


dalam memastikan bakat dan kecenderungan murid dapat dikenal pasti
dan seterusnya penekanan ke arah kecemerlangan perlu diberi perhatian
yang sewajarnya oleh semua pihak.

1.4 Cabaran kemahiran sukan bola baling ini merupakan program


pembangunan bakat murid dan kecemerlangan secara berterusan dan
berfokus yang dilaksanakan dalam kalangan murid-murid yang akan
menjadi pelapis kepada atlet-atlet bola baling sekolah sedia ada.

2. RASIONAL

2.1 Pengumuman penangguhan semua program dan kursus di pelbagai


peringkat akibat penularan jangkitan Corona virus (Covid-19) bermula
pada 13 Mac 2020 sehingga sekarang telah memberi kesan besar
kepada pembangunan bakat murid dalam mengukur prestasi semasa
mereka.

2.2 Peruntukan yang telah diterima juga tidak dapat dibelanjakan mengikut
peratusan atau kadar yang ditetapkan mengikut keperluan.

2.3 Dengan jangkaan semua program kokurikulum tidak dapat dilaksanakan


secara bersemuka sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
kebangsaan bagi tahun 2021 ini, tentunya satu kaedah yang lebih
mampan perlu difikirkan dan digerakkan bersama berdasarkan
peruntukan yang sedia ada untuk memastikan murid dapat meneruskan
perkembangan prestasi dengan berfokus dan terancang.

3. MATLAMAT

3.1 Matlamat utama cabaran kemahiran sukan bola baling ini adalah
menyediakan satu platform kepada murid-murid yang berpotensi dalam
sukan olahraga untuk di ketenghakan pada pertandingan pada masa
hadapan.

4. OBJEKTIF

4.1 Mengenal pasti bakat murid yang berpotensi dalam sukan bola baling.

4.2 Membantu murid mendapatkan skor PAJSK dalam


penglibatan/penyertaan dalam aktiviti sukan/permainan.

4.3 Menggalakkan penyertaan murid yang maksimum kerana cabaran


kemahiran sukan bola baling ini mudah dilaksanakan di kediaman murid.

5. NAMA PERTANDINGAN

Cabaran Kemahiran Sukan Bola Baling Sekolah Kebangsaan Murni Jaya


Secara Atas Talian Tahun 2021.

6. TARIKH / HARI / MASA /TEMPAT PERTANDINGAN

6.1 Tarikh : 15 hingga 20 November 2021


6.2 Hari : Isnin hingga Sabtu
6.3 Masa : 8.00 – 5.00 petang
6.4 Tempat : Kediaman murid

7. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN

7.1 Cabaran Kemahiran Menggelecek Lelaki Tahun 4


7.2 Cabaran Kemahiran Menggelecek Lelaki Tahun 5
7.3 Cabaran Kemahiran Menggelecek Lelaki Tahun 6
7.4 Cabaran Kemahiran Menggelecek Perempuan Tahun 4
7.5 Cabaran Kemahiran Menggelecek Perempuan Tahun 5
7.6 Cabaran Kemahiran Menggelecek Perempuan Tahun 6
7.7 Cabaran Kemahiran Mengacah Lelaki Tahun 4
7.8 Cabaran Kemahiran Mengacah Lelaki Tahun 5
7.9 Cabaran Kemahiran Mengacah Lelaki Tahun 6
7.10Cabaran Kemahiran Mengacah Perempuan Tahun 4
7.11Cabaran Kemahiran Mengacah Perempuan Tahun 5
7.12Cabaran Kemahiran Mengacah Perempuan Tahun 6

8. HADIAH-HADIAH
8.1 Hadiah-hadiah akan diberikan kepada pemenang bagi setiap kategori
seperti jadual di bawah:

ACARA KATEGORI HADIAH BILANGAN


HADIAH
Cabaran Kemahiran Lelaki Tahun 4 No.1 hingga No. 5 5
Menggelecek
Cabaran Kemahiran Lelaki Tahun 5 No.1 hingga No. 10 10
Menggelecek
Cabaran Kemahiran Lelaki Tahun 6 No.1 hingga No. 5 5
Menggelecek
Cabaran Kemahiran Perempuan Tahun 4 No.1 hingga No. 10 10
Menggelecek
Cabaran Kemahiran Perempuan Tahun 5 No.1 hingga No. 5 5
Menggelecek
Cabaran Kemahiran Perempuan Tahun 6 No.1 hingga No. 10 10
Menggelecek
Cabaran Kemahiran Lelaki Tahun 4 No.1 hingga No. 5 5
Mengacah
Cabaran Kemahiran Lelaki Tahun 5 No.1 hingga No. 10 10
Mengacah
Cabaran Kemahiran Lelaki Tahun 6 No.1 hingga No. 5 5
Mengacah
Cabaran Kemahiran Perempuan Tahun 4 No.1 hingga No. 10 10
Mengacah
Cabaran Kemahiran Perempuan Tahun 5 No.1 hingga No. 5 5
Mengacah
Cabaran Kemahiran Perempuan Tahun 6 No.1 hingga No. 10 10
Mengacah

JUMLAH HADIAH 90

9. CARA PERTANDINGAN
9.1 Setiap orang murid dibenarkan mendaftar dalam 2 acara.
9.2 Setiap peserta hendaklah menghasilkan video yang berterusan semasa
perlakuan aktiviti.
9.3 Antara paparan dan audio yang perlu ada dalam rakaman video tersebut
ialah :
a) Nama peserta
b) Aksi perlakuan aktiviti
9.4 Rakaman video hendaklah dihantar kepada guru penasihat Kelab Bola
Baling iaitu Cikgu Muhammad Syafiq bin Abd Salam.

10. CARA PENENTUAN KEDUDUKAN/PEMENANG


10.1Kedudukan peserta dalam setiap acara ditentukan oleh kreativiti dan
kebolehan melakukan kemahiran oleh setiap peserta.
10.2Keputusan hakim adalah muktamad.

11. SUMBER PERUNTUKAN


11.1Sumber peruntukan bagi melaksanakan Cabaran Kemahiran Sukan Bola
Baling secara atas talian menggunakan peruntukan BSS dan Yuran Khas
yang diturunkan.

12. IMPLIKASI KEWANGAN


12.1 Peruntukan yang akan disalurkan berdasarkan sekolah dan jenis sukan /
permainan adalah sebagaimana lampiran. Jumlah keseluruhan
peruntukan yang diperlukan adalah sebanyak RM550.00

13. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bi
Perkara Anggaran Jumlah Sumber
l
1 Rim
1. Sijil RM100.00 BSS
100 x Rm1.00
90 HADIAH x
2 Hadiah RM450.00 BSS
RM5.00
Jumlah Besar RM550.00

14. PENUTUP

Pelaksanaan Cabaran Kemahiran Sukan atas talian merupakan salah


satu platform yang terbaik untuk memastikan sekolah-sekolah dalam
Negeri Johor yang mempunyai potensi dapat difokuskan dan diberi
sokongan terutama dalam aspek kemenjadian murid.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………… ………………………………….
MUHAMMAD SYAFIQ BIN ABD SALAM MOHD SOLEH BIN MESRON
Guru Penasihat Kelab Bola Baling GPK Kokurikulum
SK Murni Jaya SK Murni Jaya

Disahkan oleh,

…………………………..
HANAPIAH BIN BAHAL
Guru Besar
SK Murni Jaya

JAWATANKUASA PENGELOLA CABARAN KEMAHIRAN SUKAN BOLA


BALING SK MURNI JAYA SECARA ATAS TALIAN TAHUN 2021

1. Penasihat : Cikgu Hanapiah bin Bahal (Guru Besar)


2. Pengerusi : Cikgu Mohd Soleh bin Mesron (PK Kokurikulum)
3. Naib Pengerusi 1 : Cikgu Adanan bin Ramli (PK Pentadbiran)
4. Naib Pengerusi 2 : Cikgu Zahrol bin Amat Isnin (PK HEM)
5. Setiausaha : Cikgu Muhammad Syafiq bin Abd Salam
(Guru Penasihat Kelab Bola Baling)

Anda mungkin juga menyukai