Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA ANUGERAH

KECEMERLANGAN SUKAN
TAHUN 2021

4. LATAR BELAKANG

Dalam proses pembentukan struktur organisasi yang berkualiti, maka pendedahan awal
aktivitI/pertandingan sukan perlu didedahkan pada murid-murid sekolah rendah agar dapat
melahirkan pelapes atlet dalam bidang sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan
seterusnya dapat mewakili negara. Aktiviti dan pertandingan sukan yang disertai ini, dapat
mencungkil bakat murid diperingkat awal penglibatan dalam sesuatu acara sukan. Oleh
itu, anugerah sukan ini diadakan bagi mengiktiraf dan menyampaikan hadiah penghargaan
di atas pencapaian murid dalam aktiviti dan pertandingan sukan. Anugerah sukan ini
diadakan dengan harapan murid dapat mengaplikasikan segala ilmu yang mereka perolehi
semasa pertandingan sukan yang mereka sertai agar digunakan ke arah kesempurnaan
kendiri serta mewujudkan semangat kepimpinan yang tinggi seiring menuju OBJEKTIF
KOKURIKULUM dalam proses memantapkan struktur organisasi dan mengukuhkan
matlamat KOKURIKULUM khususnya dan amnya matlamat Kementerian Pendidikan
Malaysia dan Kerajaan Malaysia untuk menjadikan murid sebagai atlet yang paling
penting untuk memajukan sukan negara diperingkat Antarabangsa.

5. MATLAMAT

Mengiktiraf dan memberi penghargaan kepada murid-murid yang menyertai pertandingan


Sukan Sekolah secara atas talian.

6. RASIONAL

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM


TAHUN 2021
Anugerah sukan ini diharap dapat mengukuhkan halatuju murid dalam mengaplikasikan
kemahiran yang diperoleh semasa menyertai pertandingan secara atas talian. Di samping
itu, murid-murid dapat meraikan kejayaan masing-masing dalam bidang sukan yang
disertai.

7. OBJEKTIF

7.1. Melahirkan murid yang cerdas dan sihat.


7.2. Membentuk generasi yang menjiwai semangat kesukanan yang tinggi. memiliki
keterampilan diri, daya saingan yang sihat, bersemangat juang, kreatif serta
inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.
7.3. Melatih murid untuk minat dalam kerjaya sukan kerana melalui sukan dapat
menjana pendapatan.
7.4. Membina generasi yang mahir dan cekal hati dalam penyampaian maklumat.
7.5 Melahirkan pemimpin yang berwawasan dan tabah serta sentiasa peka secara
proaktif dalam menghadapi cabaran hidup.

8. PESERTA

Semua murid Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6) yang menyertai semua pertandingan


kokurikulum (sukan) secara atas talian sepanjang tahun 2021.

8.1 Kelab Olahraga (Merentas Desa)


8.2 Kelab Catur (Pertandingan Catur)
8.3 Kelab Bola Baling (Bola Baling)
8.4 Lain-lain (Mobile Legend Sekolah Rendah)

10. BILANGAN PESERTA

(Rujuk Lampiran 1)

Peserta (murid) = 38 orang

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM


TAHUN 2021
Jumlah = 38 orang

11. PERBELANJAAN

i – Pakaian sukan RM16.00 x 38 orang murid = RM608

12. SUMBER KEWANGAN

Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) - RM 608.00


(Sukan Tahunan Sekolah)

( RINGGIT MALAYSIA ENAM RATUS LAPAN RINGGIT SAHAJA

13. PENUTUP

Diharapkan agar segala yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu yang diperoleh dalam aktiviti/pertandingan sukan secara atas
talian ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Disediakan oleh,

....................................................
(SUHAIMI BIN MAMAT)
Setiausaha Sukan,
Sekolah Kebangsaan Seberang Ketil.

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM


TAHUN 2021
Disemak oleh,

…………………………………………..

Setelah disemak dan diteliti, program/aktiviti berkenaan menepati kehendak Kementerian


Pendidikan Malaysia. Maka dengan ini, saya meluluskan permohonan/peruntukan yang
dimohon sebanyak RM 608.00 dengan disertai dokumen sokongan pembayaran.

Diluluskan oleh,

………………………………………….

Tarikh :

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM


TAHUN 2021

Anda mungkin juga menyukai