Anda di halaman 1dari 10

LAPORAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2020

1.0 PENGENALAN
1.1 Tajuk Laporan
Kejohanan Sukan Tahunan 2020

1.2 Pegawai Yang Melapor Dan Jawatan


Jawatankuasa Buku Program & Dokumentasi Kejohanan Sukan Tahunan 2020
Joharni bt Johari

1.3 Tarikh Laporan


14 MAC 2020

1.4 Objektif Laporan


1.4.1 Memberi maklum balas terhadap Kejohanan Sukan Tahunan 2020 yang
telah dijalankan.
1.4.2 Mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan Kejohanan Sukan
Tahunan 2020 serta mencadangkan beberapa penambahbaikan.

2.0 STATUS PERKARA YANG DILAPORKAN


2.1 OBJEKTIF KEJOHANAN SUKAN
2.1.1 Melahirkan murid yang sihat dan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial (JERIS).
2.1.2 Menyemai semangat kesukanan dalam diri setiap individu dan semangat
kerja berpasukan bagi setiap rumah yang diwakili.
2.1.3 Mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru pada peringkat
sekolah dalam acara balapan dan juga padang ke peringkat yang lebih
tinggi.
2.1.4 Memupuk perpaduan dan silaturrahim dalam kalangan warga SMK Bukit
Jelutong.
2.2 SENARIO KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2020

Kejohanan sukan tahunan SMK Bukit Jelutong kali ke-17 telah berjaya
dilaksanakan pada hari Jumaat, 13 Mac 2020 bertempat di Stadium TUDM
Subang. Pihak sekolah berbesar hati kerana Encik Ahmad Shahzi bin Ahmad
Khairi, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah sudi hadir dan
merasmikan kejohanan sukan pada tahun ini.

Kejohanan yang bermula pada pukul 7.30 pagi dimulai dengan acara
400 meter dan diteruskan dengan perbarisan dan lintas hormat yang
menyaksikan 4 kontinjen rumah sukan mengambil bahagian dalam
pertandingan perbarisan. Tema perbarisan pada tahun ini adalah 4 benua.
Setiap pasukan diiringi oleh maskot benua masing-masing seperti Benua
Afrika, Benua Amerika, Benua Asia dan Benua Eropah. Kesemua kontinjnen
perbarisan telah memberikan persembahan yang menarik dan berdisiplin
serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengetua, diikuti


dengan ucapan perasmian oleh Encik Ahmad Shahzi bin Ahmad Khairi dan
diteruskan pula dengan acara larian 100m, pertadingan senamrobik,
pertandingan zumba dan kemudiannya acara larian 4x100m. Kesemua acara
dan pertandingan dapat dijalankan dengan lancar. Kejohanan Olahraga pada
pagi ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada semua pemenang.

Keputusan akhir menyaksikan rumah Jupiter menjadi Johan


Keseluruhan sekaligus merampas kejuaraan pada tahun lepas yang disandang
oleh rumah Earth. Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bukit Jelutong kali ke-17
berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Majlis sukan berjalan dengan lancar dan
gemilang dengan kehadiran warga SMK Bukit Jelutong serta ibu bapa.
2.3 KEKUATAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2019

2.3.1 Program ini melibatkan warga sekolah secara menyeluruh


termasuklah guru, kakitangan, murid-murid serta ibu
bapa.

2.3.2 Acara dapat dilaksanakan seperti yang telah dirancang


dan dalam tempoh masa yang ditetapkan walaupun
dalam tempoh suasana kes Covid19 yang kian meruncing.

2.3.3 Semua peserta melibatkan diri secara aktif dalam semua


acara yang dilaksanakan.

2.3.4 Pihak sekolah menerima sumbangan hadiah dari pelbagai


pihak.

2.4 KELEMAHAN / KEKANGAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2019

2.4.1 Murid yang tidak terlibat di dalam acara sukan yang dipertandingkan di
stadium berkeliaran.
2.4.2 Penyertaan oleh murid-murid semasa latihan rumah sukan tidak
menggalakkan menyebabkan latihan tidak dapat berjalan dengan lancar
serta tidak mendapat sambutan yang baik.

2.5 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

2.5.1 Guru displin dan guru perlu memperketatkan peraturan dan


menyelaraskan pakaian yang sopan dan bersesuaian dengan aktiviti
sukan.
2.5.2 Murid perlu diberi kesedaran dan mempunyai jati diri yang tinggi bagi
menjaga kebersihan disekeliling.
3.0 REFLEKSI
Kejohanan Sukan Tahunan pada tahun 2020 telah berjalan dengan lancar mengikut
tentatif yang telah ditetapkan. Semua pelajar dan guru telah memberi kerjasama yang
tinggi serta mempunyai semangat kesukanan yang tinggi yang telah memeriahkan lagi
kejohanan pada tahun ini. Diharapkan agar semangat kesukanan yang tinggi ini dapat
dipertingkatkan lagi pada masa hadapan agar kejohanan sukan tahunan pada masa yang
akan datang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

4.0 RUMUSAN
Akhir kata pihak penganjur mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas
curahan masa dan tenaga, bantuan kewangan serta penglibatan ibu bapa dan
masyarakat luar yang turut menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan SMK Bukit Jelutong
2020.

‘KECEMERLANGAN SUKAN MATLAMAT BERSAMA’


‘MAJULAH SUKAN UNTUK SEKOLAH DAN NEGARA’

Disediakan oleh: Disemak oleh:

…………………………………………………… …………………………………………………….
JOHARNI BT JOHARI. ZURAIDAH BINTI HUSIN
AJK BUKU PROGRAM & DOKUMENTASI PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2019 SMK BUKIT JELUTONG
SMK BUKIT JELUTONG
LAMPIRAN
MAKLUMAT KEJOHANAN
KEPUTUSAN KEJOHANAN
BUKU PROGRAM
Statistik Kejohanan Sukanan Tahunan
2020

Gambar-gambar Memori
Kejohanan Sukan Tahunan 2020

Anda mungkin juga menyukai