Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA NGEMAH

96700 KANOWIT

MINIT MESYUARAT UNIT KOKURIKULUM BIL. 1/2022

Bilangan Mesyuarat : 1 / 2022


Tarikh : 17 Mac 2022
Hari : Khamis
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Bilik Guru

Hadir

1. En Saiful Eskandar Bin Hapni - Guru Besar


2. En Dana Anak Sawang - PK Kokurikulum
3. En Edmund Anak Thomas - PK Pentadbiran
4. Pn Minah Anak Jegak - PK HEM

5. En Wan Mohamad Yazid - Setiausaha Sukan


6. En Ziyad Bin khalil - Ketua
7. Pn Suchin Anak Ambon - Ketua
8. En Kanchin Anak Naji - Ketua

1
1.0 UCAPAN PENGERUSI :
EN SAIFUL ESKANDAR BIN HAPNI (GURU BESAR)
1.1 En Saiful Eskandar mengucapkan salam dan ucapan selamat sejahtera kepada semua
guru yang dapat hadir.
1.2 Guru Besar mengucapkan terima kasih atas kehadiran semua guru dan mengharapkan
supaya semua guru dapat menepati masa yang telah ditetapkan.
1.3 Pengerusi menekankan mengenai matlamat kokurikulum SK Nanga Ngemah iaitu
memberikan pendidikan yang berkualiti dan berkesan untuk membangunkan potensi
murid agar menjadi insan yang cemerlang dari segi mental, fizikal, dan emosi ke arah
kecemerlangan dalam kokurikulum dan sukan ke tahap tertinggi.
1.4 Pengerusi berharap agar pada tahun 2022 ini , guru-guru dapat menerima semua tugas
yang diberikan dengan hati yang terbuka dan memberikan kerjasama yang baik dalam
unit Kokurikulum serta dapat memberikan khidmat yang lebih cemerlang dan lebih
bertanggungjawab terhadap amanah yang diberikan.

2.0 HALA TUJU KOKURIKULUM DAN SUKAN


2.1 En Dana selaku PK Kokurikulum SK Nanga Ngemah merakamkan ucapan terima kasih
dan tahniah kepada Jawatankuasa Unit Kokurikulum SKNN yang telah dilantik bagi
tahun 2022, yang terdiri daripada Jawatankuasa Induk iaitu Setiausaha Kokurikulum,
Setiausaha Sukan, Penyelaras Unit Beruniform, Kelab dan Persatuan , Sukan dan
Permainan serta semua Ketua Guru Penasihat .
2.2 En Dana kemudiannya menerangkan berkaitan jawatankuasa induk yang memainkan
peranan penting dan menjadi tulang belakang sekolah dalam merealisasikan hasrat
dan matlamat unit kokurikulum sekolah, dan tidak terkecuali juga kepada semua
guru sebagai AJK pelaksana yang bersama-sama menyumbang kejayaan kepada unit
kokurikulum.
2.3 En Dana berharap agar KPI yang disasarkan dapat dicapai oleh Unit Kokurikulum dan
Sukan iaitu sasaran 1.40% (8 orang) pencapaian peringkat antarabangsa , 2.45% (14
orang) pencapaian di peringkat Kebangsaan , 6.12% (35 orang) pencapaian peringkat
Negeri dan 10.50% (60 orang) pencapaian di peringkat Daerah/zon , 100% lulus
Penilaian Kokurikulum dan 2.0 GPS keseluruhan mengikut PAJSK KPM serta
mencapai 90 % bagi penarafan SKPMg2 Kokurikulum.
2.4 Objektif Kokurikulum dan Sukan iaitu :-
2.4.1 Membina dan mengukuhkan ilmu pengetahuan, kemahiran berfikir dalam semua
aktiviti kokurikulum dan sukan.
2.4.2 Membina dan mengukuhkan kemahiran kepimpinan dalam kalangan murid
agar menjadi pemimpin yang berwibawa.
2.4.3 Melahirkan murid yang bersahsiah tinggi, berakhlak, beretika, patuh kepada
Ajaran Agama, mempunyai jati diri dan kecintaan kepada Negara.
2.4.4 Memperkembangkan potensi dan bakat murid ke arah peningkatan pencapaian
kokurikulum dan sukan pada peringkat negeri,kebangsaan, dan antarabangsa.
2.4.5 Melahirkan murid yang mempunyai kebolehan yang seimbang dalam
bidang kokurikulum dan akademik.

2.5 Analisa PAJKS .

2
2.5.1 Analisa mengikut GPS , peratus dan gred.

RUMUSAN 2022
GPS 1
% GPS 100
BILANGAN A 5
PENCAPAIAN KESELURUHAN 100 %

2.5.1.1 Rumusan keseluruhan menunjukkan kesemua pelajar mendapat 100% A.

3
2.5.2 Markah PAJSK 2021

MARKAH BILANGAN GPS PERATUS


KOKURIKULUM PELAJAR
A 5 100
GPS 1 100%
KESELURUHAN
BADAN 5
BERUNIFORM
KELAB 5
PERSATUAN
SUKAN 5
PERMAINAN

2.5.2.1 Untuk sukan dan permainan, penyertaan kurang pada tahun 2021 atas faktor
pandemik covid. Ini menyebabkan penyertaan dalam acara sukan dan
permainan menjadi terhad.

3.0 PENGURUSAN KOKURIKULUM

3.1 En Dana mengingatkan guru-guru supaya menjadikan Buku Dasar dan


Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum sebagai sumber rujukan.
Tindakan dan makluman : Semua Guru
3.2 MESYUARAT
3.2.1 Mesyuarat Unit Kokurikulum (Jawatankuasa Murid ) dirancang dan
dilaksanakan sekurang-kurangnya dua kali setahun termasuk Mesyuarat Agung.
Tindakan : SU Kokurikulum/ Ketua Guru
Penasihat dan Pemimpin
3.2.2 Notis panggilan mesyuarat disediakan 7 hari bekerja sebelum mesyuarat
menggunakan format SPSK PK07-1 dan diedarkan setelah ditandatangani oleh
Guru Besar / PK Kokurikulum

4
Tindakan : Guru Besar / PK Kokurikulum

3.2.3 Minit Mesyuarat Unit Kokurikulum guru perlu dihantar kepada PK


Kokurikulum dua minggu selepas mesyuarat.
Tindakan dan makluman : SU sub Unit Koku /
Ketua Guru penasihat

3.3 PENUBUHAN UNIT KOKURIKULUM SEKOLAH


3.3.1 Mesyuarat Jawatankuasa Penaja diadakan untuk menghasilkan draf
perlembagaan , peraturan , aktiviti dan syarat keahlian dalam tempoh tiga hari
selepas jawatankuasa penaja ditubuhkan.
3.3.2 Surat permohonan penubuhan Kelab dan persatuan Unit Kokurikulum
disediakan dan dikemukakan kepada Guru Besar untuk mendapatkan kelulusan
dalam tempoh 7 hari bekerja selepas mesyuarat Jawatankuasa Penaja.
3.3.3 Surat permohonan pengesahan pendaftaran Kelab dan Persatuan diajukan
kepada Guru Besar beserta dengan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab
atau persatuan , senarai aktiviti utama dan senarai ahli jawatankuasa untuk
menghasilkan sebuah rekod atau daftar ahli yang kemaskini dalam tempoh 14
hari selepas mesyuarat agung.
3.3.4 Perkara-perkara tersebut semuanya ada di dalam BLAK yang akan digunakan
nanti. Guru-guru hanya perlu mengisi kesemua maklumat- maklumat yang
diperlukan di dalam BLAK. Pada bahagian kewangan, jika guru-guru tidak ada
mengutip apa-apa bayaran, guru-guru tidak perlu mengisi bahagian tersebut.
3.3.5 Takwim Aktiviti Tahunan disediakan dan mendapatkan pengesahan daripada
guru besar sebagai panduan aktiviti mingguan dan sepanjang tahun
Makluman : Semua guru penasihat
3.3.6 Jadual kedatangan ahli disediakan dalam setiap aktiviti yang dijalankan.
Tindakan : Jawatankuasa kelab & Persatuan

3.3.7 Semua guru penasihat perlu menyediakan laporan tahunan setiap akhir tahun.
Format laporan akan diberikan kepada semua guru penasihat.
Tindakan dan makluman : Semua guru penasihat

5
3.4 PENDAFTARAN KOKURIKULUM MURID
3.4.1 Kegiatan Kokurikulum adalah wajib dilaksanakan di semua sekolah.
3.4.2 Semua murid tahap dua hendaklah mengambil bahagian sekurang- kurangnya
dalam salah satu gerak kerja pakaian seragam, satu kegiatan persatuan atau
kelab dan satu kegiatan sukan atau permainan.
Tindakan dan makluman : SU Kokurikulum / semua guru penasihat
3.4.3 Pendaftaran ahli hendaklah dijalankan pada awal tahun mengikut takwim
sekolah /Kokurikulum.
Tindakan : SU Kokurikulum

3.4.4 Pemilihan Unit Kokurikulum oleh murid berdasarkan minat/


kecenderungan / kebolehan dan keperluan sekolah.

Tindakan : PK Kokurikulum / SU
Kokurikulum/Guru Data Kokurikulum
3.4.9 Pendaftaran rumah sukan menggunakan formula nombor pendaftaran murid/
pengagihan guru kelas / nisbah murid mengikut jantina / bilangan rumah sukan.
Tindakan : SU Sukan / Guru Kelas

3.5 PENJAWATAN MURID


3.5.1 Seorang murid hanya dibenarkan memegang hanya 1 jawatan tertinggi sahaja.
3.5.2 Markah penilaian kokurikulum diberikan berdasarkan jawatan yang
disandang dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun
semasa.
Tindakan : Guru penasihat
PERJUMPAAN MINGGUAN
3.5.3 Bilangan perjumpaan setahun sebanyak 12 kali mengikut ketetapan dalam
dasar PAJSK bagi setiap unit Pasukan Badan Beruniform, Sukan dan
Permainan serta Kelab dan Persatuan.
Tindakan : Penyelaras Unit / Guru Penasihat
3.5.4 Mematuhi SOP semasa melaksanakan aktiviti bersemuka.
3.5.5 Memastikan semua lokasi perjumpaan dan peralatan selamat sebelum aktiviti
dijalankan.
Tindakan : PK Kokurikulum / SU Kokurikulum /
Penyelaras Unit / Guru Penasihat.
3.6 PENGURUSAN BUKU PAJSK
3.6.1 Semua murid mesti memiliki kad/ Buku PAJSK pada awal tahun.
3.6.2 Kehadiran murid direkodkan pada setiap kali perjumpaan
3.6.3 Analisis kehadiran bulanan disediakan berdasarkan Borang Kehadiran
Bulanan.
Tindakan : Guru Kelas/ Guru Penasihat/
Penyelaras PAJSK/ Setiausaha Unit

3.7 MEKANISME PEMANTAUAN


3.7.1 Penyediaan borang pemantauan akan disediakan dan diberikan dalam grup
6
telegram rasmi Induk Kokurikulum.
Tindakan : PK Kokurikulum / SU Kokurikulum /
3 Penyelaras Unit

3.8 PENILAIAN PAJSK


3.8.1 Menubuhkan Jawatankuasa PAJSK yang terdiri daripada Guru Besar , Semua
pentadbir , Guru Bimbingan dan Kaunseling , Guru Pendidikan Jasmani dan
beberapa orang guru ( mengikut keperluan sekolah ).
Tindakan : Guru Besar / PK Kokurikulum
3.8.2 Menyemak dan mengesahkan maklumat yang terdapat dalam Buku Rekod
PAJSK
Tindakan : Guru Kelas

3.9 PENGIKTIRAFAN DAN PENGHARGAAN


3.9.1 Pengiktirafan kepada murid dan guru dalam aktiviti kokurikulum dan
sukan perlu dilaksanakan.
Tindakan : PK Kokurikulum /SU Kokurikulum/
SU Sukan

3.10 WAKTU PERJUMPAAN KOKURIKULUM

3.10.1 Waktu perjumpaan kokurikulum

3.15.1.1 Perjumpaan dijalankan secara Google Meet pada hari Sabtu secara atas talian.

Aktiviti 1

9.00 -9.30 pagi UBB/Persatuan


9.30-9.40 pagi Rehat

Aktiviti 2

9.40-10.10 pagi UKP


Di ikuti dengan tugasan melalui telegram atau
whats App
Tindakan dan Makluman : Semua Guru Penasihat

4.0 PELANTIKAN JAWATANKUASA KOKURIKULUM 2022


4.1 En Dana mengumumkan pelantikan Jawatankuasa Tertinggi dalam Kokurikulum bagi
tahun 2022 dengan mengekalkan semua jawatan tertinggi iaitu Setiausaha Kokurikulum ,
Penolong Setiausaha , Setiausaha Sukan dan Penolong Setiausaha, Penyeleras Unit
Beruniform , Penyelaras Kelas dan Persatuan. Pelantikan baharu bagi Penyelaras Sukan
dan Permainan iaitu Encik Yazid.
4.2 Semua guru boleh merujuk buku 3P bagi semua jawatan dan barisan ahli jawatankuasa
serta senarai tugas dalam setiap unit yang dilantik bagi tahun 2022.
Makluman : Semua guru

7
5.0 UCAPAN PENANGGUHAN MESYUARAT
5.1 Semua guru diingatkan supaya dapat bersedia dengan perancangan aktiviti yang menarik
dan memberikan impak yang tinggi dan terbaik untuk murid-murid.
5.2 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru dan
menangguhkan mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari

Urusetia

Setiausaha Kokurikulum 2022


SK Nanga Ngemah

Anda mungkin juga menyukai