Anda di halaman 1dari 11

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KUALA MUDA YAN,

08000 SUNGAI PETANI,


KEDAH DARUL AMAN.

KERTAS KERJA
KEJOHANAN MERENTAS DESA
PENDIDIKAN KHAS
DAERAH KUALA MUDA YAN
2022

TARIKH : 26 MEI 2022 (KHAMIS)


MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : SK PADANG LUMAT
1.0 PENDAHULUAN

Amalan gaya hidup sihat memang banyak kepentingannya kepada manusia.


Melalui amalan gaya hidup sihat, seseorang akan sentiasa kelihatan ceria, cergas
dan bertenaga. Antara cara-cara mengamalkan gaya hidup sihat ialah pemakanan
yang seimbang dan melakukan aktiviti senaman serta beriadah. Pengambilan
makanan seimbang yang disertai dengan amalan bersenam dan beriadah secara
konsisten dapat membakar kalori dalam badan dan seterusnya mengurangkan
masalah peningkatan berat badan.
Penganjuran Merentas Desa Pendidikan Khas ini dilihat sebagai satu cara
amalan gaya hidup sihat yang boleh dilakukan oleh murid berkepeluan khas.
Merentas Desa Pendidikan Khas yang akan dilaksanakan ini merupakan aktiviti
merentas desa yang kebiasaannya dianjurkan untuk murid aliran perdana.
Berdasarkan kepada konsep merentas desa, murid-murid berkeperluan khas yang
berkemampuan perlu berlari mengikut laluan dan jarak yang telah ditetapkan oleh
penganjur.
Aktiviti Merentas Desa Pendidikan Khas ini adalah julung kali dilaksanakan
untuk MBK di daerah Kuala Muda Yan. Inisiatif penganjuran program ini adalah
untuk membuka ruang kepada murid-murid berkeperluan khas khususnya di daerah
Kuala Muda Yan menonjolkan bakat individu. Selain itu, pelaksanaan program ini
juga dapat mempelbagaikan aktiviti sukan yang boleh disertai oleh murid-murid
berkeperluan khas.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama pelaksanaan program ini adalah untuk membentuk murid yang
berpengetahuan melalui kaedah pembelajaran di luar bilik darjah. Di samping itu,
melalui pelaksanaan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala
Muda Yan ini juga dapat melahirkan murid berkeperluan khas yang mempunyai
sahsiah diri yang tinggi dan juga boleh menambah minat murid dalam bidang sukan
dan aktiviti yang bersifat fizikal. Inspirasi melaksanakan program seumpama ini
adalah berlandaskan kepada matlamat bahawa murid berkeperluan khas juga

2
berupaya cemerlang dalam olahraga serta menjadikan sukan sebagai satu budaya
hidup sihat dalam kalangan murid.
3.0 RASIONAL

Pelaksanaan Merentas Desa Pendidikan Khas adalah seiring dengan kehendak


Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran yang digubal dengan matlamat untuk mengembangkan potensi murid
secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu serta bersesuaian dengan tahap
kefungsian murid. Bagi memenuhi keperluan individu, proses pengajaran dan
pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran
dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan “guru-guru boleh mengubahsuai kaedah
atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti,
mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat
Pendidikan Khas”.

Program ini, merupakan satu aktiviti yang dirangka bertepatan dengan mata
pelajaran yang diikuti murid-murid berkeperluan khas di sekolah. Program ini juga
dilihat mampu meningkatkan bakat dan kebolehan murid dalam bidang sukan
olahraga. Selain itu, pelaksanaan Merentas Desa Pendidikan Khas boleh
meningkatkan tahap kecergasan dan kesihatan diri serta menerapkan nilai-nilai
murni dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas.

4.0 OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan Merentas Desa Pendidikan Khas adalah seperti berikut :

I. Memberi pengalaman baru kepada murid dalam aktiviti kecergasan.


II. Membina kecergasan fizikal dan mental melalui aktiviti sukan bagi
membentuk individu yang cergas.
III. Menjadi inspirasi kepada murid dalam menjana kreativiti untuk memahami isi
pengajaran dan pembelajaran.
IV. Memupuk persaingan yang sihat dalam kalangan murid berkeperluan khas.

3
5.0 PELAKSANAAN

Pelaksanaan Merentas Desa Pendidikan Khas Peringkat Daerah adalah seperti


berikut :

Tarikh : 26 Mei 2022


Hari : Khamis
Tempat : Sekolah Kebangsaan Padang Lumat
Masa : 7.30 pagi – 12.00 tengah hari

6.0 KUMPULAN SASARAN

Program ini disasarkan kepada semua murid pendidikan khas, guru-guru


Pendidikan Khas dan pembantu pengurusan murid (PPM) pendidikan khas Daerah
Kuala Muda Yan. Berikut adalah anggaran penyertaan :

Kategori
Jumlah
Bil Butiran B12 B15 B19 Jumlah
Sekolah
L P L P L P

1 Sekolah Rendah 29 58 58 58 58 232

2 Sekolah Menengah 15 30 30 30 30 120

Jumlah Keseluruhan 352

Jumlah mengikut Kategori 58 58 88 88 30 30

*Nota: Penyertaan setiap sekolah 2 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan mengikut kelayakan
kategori B12/B15/B19

4
7.0 AHLI JAWATANKUASA

7.1 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : MUKHTAR BIN MANSOR, B.C.K., P.K.


(Pegawai Pendidikan Daerah KMY)

Penasihat : AHMADI BIN ABDULLAH


(Timbalan PPD KMY)

Pengerusi : MOHD SUFI BIN HASAN


(Penolong PPD Pendidikan Khas KMY)

Timbalan Pengerusi : LT. KOL. MOHD NAZRI BIN SAAD, PK., PS., PPA.
(Guru Besar SK Padang Lumat)

Naib Pengerusi 1 : NORAZIZAH BINTI YUSOFF


(Penolong PPD Pendidikan Khas KMY)

Naib Pengerusi 2 : NOOR ZAL KAMALIAH BINTI SULAIMAN


(Penolong PPD Pendidikan Khas KMY)

Pengerusi Teknik : YUSNITA BINTI YATIM


(SK Guar Chempedak)

Setiausaha : MOHD SHOKIR BIN SULAIMAN


(SK Padang Lumat)

Bendahari : MOHD ILLYAS BIN ISMAIL


(SK Bakar Arang)

7.2 JAWATANKUASA PELAKSANA

BIL JAWATANKUASA TUGAS

5
1. PENGELOLA 1.1 Mengelola keseluruhan kejohanan agar berjalan seperti yang
dijadual.
- SK PADANG LUMAT

2/ PEGAWAI TEKNIK 2.1 Memastikan peralatan mencukupi dan mengikut spesifekasi.


PERTANDINGAN 2.2 Menentukan peraturan-peraturan kejohanan dan mengenalpasti
/ PERALATAN trek.
2.3 Menyediakan borang dan kad teknik yang diperlukan untuk urusan
- SK GUAR CHEMPEDAK kejohanan .
2.4 Menyerahkan borang keputusan, jam randik, kad teknik
gelang/getah dan Air Horn kepada JK Penjaga Masa, JK
Keputusan/Pencatat, JK Hakim Penamat, Ketua Pegawai Stesen
dan Pelepas sebelum kejohanan bermula.
2.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang ditetapkan oleh PPD.

3. PEGAWAI PELEPAS 3.1 Melepaskan peserta mengikut kategori pada masa dan tempat yang
ditetapkan.
- PPD, PENGETUA, GURU
BESAR

4. HAKIM PENAMAT 4.1 Berada di garisan penamat dan bekerjasama dengan Penjaga Masa/
Keputusan/Pencatat.
- SK KOTA KUALA MUDA (2) 4.2 Menyemak token dan menentukan peserta yang sampai ke garisan
- SK TAMAN INTAN (2) penamat mendapat kad kedudukan tempat ( 1 – 10 )
- SMK MERBOK (1) 4.3 Mengarah peserta yang mendapat kad melapor diri kepada
- SMK BATU 17 (1) bahagian Keputusan/Pencatat Masa.
4.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

5. PENJAGA MASA 5.1 Berada di garisan penamat dan bekerjasama dengan Hakim
Penamat / Keputusan/Pencatat Masa.
- SK JENIANG PUSAT (1) 5.2 Memastikan stop watch yang digunakan berfungsi.
- SK SIDAM KIRI (1) 5.3 Melapor masa( Hantar borang kedudukan dan masa ) peserta
- SMK BAKAR ARANG (2) kepada Pencatat Masa./Keputusan
- SMK DULANG (2) 5.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

6. PENCATAT MASA 6.1 Berkerjasama dengan Hakim Penamat/Penjaga masa dan


/KEPUTUSAN Keputusan/ Statistik.
6.2 Mencatat nama,masa dan tempat dalam borang keputusan
- SMK GURUN (2) berdasarkan kad yang dibawa oleh peserta dan menyemak bilangan
- SMK TELUK BAYU (2) gelang/tag.
- SK GURUN PUSAT (2) 6.3 Menghantar keputusan kepada JK Keputusan dan Statistik.
6.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

7. PENDAFTARAN 7.1 Menyediakan borang pendaftaran semasa hari pendaftaran dan


memastikan proses pendaftaran teratur dan berjalan lancar.
- SK PADANG LUMAT (2) 7.2 Memastikan peserta melapor /mendaftarkan diri sebelum acara
- SK HAJI NYAK GAM (2) bermula dan memakai reben mengikut warna yang telah ditetapkan

6
mengikut kategori masing-masing.
7.3 Memastikan peserta yang mengambil bahagian tidak mempunyai
masalah kesihatan dan berpakaian sukan.

8. BANNER 8.1 Menempah/membuat banner dan memasang sekurang-kurangnya


sehari sebelum kejohanan.
- SMK PEKULA JAYA 8.2 Menurunkannya selepas tamat kejohanan dan disimpan di stor
sukan.
8.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

9. MARSHALL 9.1 Mengatur kedudukan peserta mengikut setiap kategori sebelum


peserta berlepas.
- SK BERAPIT 9.2 Memastikan keselamatan peserta dan trek selamat digunakan dan
- SK PEND. KHAS mengawasi keselamatan peserta semasa di jalanraya dengan
- SMK SUNGAI LAYAR (BP) sentiasa memberi arahan supaya peserta berlari mengikut bahagian
tepi jalanraya.
( 8 ORANG MARSHALL)
9.3 Melaporkan kepada JK Pertolongan cemas jika berlaku sebarang
kes kemalangan untuk diambil tindakan.
9.3 Berkerjasama dengan pihak keselamatan semasa peserta berada di
jalanraya.
9.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

10. KETUA PEGAWAI STESEN / 10.1 Mengetahui lokasi/stesen yang perlu dijaga.
PEGAWAI STESEN 10.2 Memberi kad/gelang kepada pegawai stesen untuk diberi kepada
peserta (stesen tertentu sahaja).
- SK BAKAR ARANG (4) 10.3 Menunjuk arah kepada peserta dan memberi bantuan perubatan
- SK AMBANGAN HEIGHT (2) jika berlaku sebarang kecederaan kepada pelajar.
- SK BUKIT SELAMBAU (2) 10.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.
- SK GUAR CHEMPEDAK (2)

11. JURI RAYUAN 11.1 Menerima borang bantahan secara bertulis daripada guru.
11.2 Memastikan bantahan adalah mengikut prosedur.
- PPD 11.3 Menerima atau menolak bantahan mengikut pertimbangan secara
saksama.
11.4 Memberitahu secara bertulis atau lisan kepada pihak yang
membuat bantahan.

12. KEPUTUSAN/STATISTIK 12.1 Menerima borang keputusan daripada JK Pencatat


Masa/keputusan untuk disahkan.
- SMPKV MERBOK (2) 12.2 Memasukan senarai nama pemenang mengikut setiap kategori.
- SK TAMAN RIA (2) 12.3 Memberi keputusan yang disahkan kepada Juruacara.
12.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

13. SIARAYA 13.1 Menyedia/memasang/menyimpan P.A sistem di tempat


penyampaian hadiah.
- SK BATU HAMPAR 13.2 Menyediakan pembesar suara .
13.3 Memastikan peralatan berfungsi dan mencari peralatan alternatif
jika berlaku sebarang gangguan atau kecemasan pada hari
kejohanan.

7
13.4 Berkerjasama dengan juruacara dan JK Persiapan Tempat.
13.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

14. PERSIAPAN TEMPAT 14.1 Menyediakan tempat permulaan dan tempat penamat pada hari
kejohanan.
- SK BUKIT BESAR 14.2 Menyiapkan tempat untuk JK Pencatat( meja dan kerusi ) dan
- SK TELUK WANG lorong ketibaan peserta mengikut kategori.
- SMK PENGKALAN LEBAI 14.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.
MAN

15. HADIAH/SIJIL 15.1 Menempah dan mengambil hadiah (medal dan hamper) bagi setiap
kategori kejohanan..
- SK BANDAR BARU SUNGAI 15.2 Menyediakan sijil untuk para pemenang.
LALANG 15.3 Menyusun hadiah dan sijil dan menyelaras/berkerjasama dengan
- SMK TAMAN RIA Juruacara semasa penyampaian hadiah.
15.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

16. DOKUMENTASI /JURUFOTO 16.1 Mengambil gambar semasa hari kejohanan.


16.2Mengumpul sebarang maklumat yang perlu mengenai kejohanan
- SMK SUNGAI LAYAR (BD) untuk didokumentasikan.
- SMK BANDAR PUTERI JAYA 16.3Menyerahkan bahan yang siap didokumentasikan kepada PPD dan
sekolah pengelola untuk simpanan.
16.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

17. JURUACARA MAJLIS 16.1 Mengendalikan upacara penyampaian hadiah.


PENUTUPAN 16.3 Berkerjasama dengan JK Siaraya, Hadiah dan Keputusan / Statistik
16.4 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.
- SK GUAR CHEMPEDAK
- SK TAMAN RIA

18. MAJLIS PENUTUPAN 18.1 Menyediakan tempat dan kerusi untuk majlis penutup.
18.2 Memastikan pemenang acara bersedia untuk tampil menerima
- SMK KOTA KUALA MUDA hadiah semasa acara penyampaian.
- SK SERI PINANG 18.3 Mengatur dan menentukan masa, susunan acara majlis perasmian
dan penutupan.
18.4 Menentukan kelengkapan dan penyelarasan majlis perasmian
penutupan.
18.5 Memastikan majlis dapat berjalan dengan lancar.

19. PERTOLONGAN CEMAS 19.1 Menyedia tempat rawatan pada hari kejohanan.
19.2 Menyediakan petugas dan ubat-ubatan.
- SMK TUNKU ISMAIL 19.3 Menghubungi pihak berkuasa kesihatan jika berlaku sebarang
- SK SUNGAI PETANI kecederaan yang serius kepada peserta.
19.4 Sentiasa berhubung dengan Marshal dan Pegawai Stesen jika
berlaku kemalangan kepada peserta semasa di trek dan
menyediakan pengangkutan jika perlu.
19.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

8
20. KAWALANKESELAMATAN / 20.1 Mengawal keselamatan / disiplin murid sebelum kejohanan bermula
DISIPLIN dan semasa penyampaian hadiah.
20.2 Memastikan keselamatan murid semasa berlari di trek
- SK SUNGAI LAYAR (2) 20.3 Mengatur kedudukan peserta mengikut setiap kategori sebelum
- SK KHIR JOHARI (1) peserta berlepas dengan bantuan JK Marshall
- SMK BUKIT SELAMBAU (1) 20.4 Memastikan tiada kenderaan yang keluar masuk ke kawasan
sekolah semasa peserta hendak dilepaskan dan semasa peserta
sampai.
20.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh PPD.

21. BACAAN DOA 21.1 Menyediakan pembaca doa untuk majlis penutupan dan
menyediakan skrip bacaan doa.
- SK KAMPONG PASIR

22 BROSUR 22.1 Merekacipta dan menguruskan brosur.


22.2 Mengedarkan brosur untuk setiap sekolah pada hari kejohanan.
- SK BANDAR LAGUNA
MERBOK

23. KEBERSIHAN 23.1 - Memastikan kebersihan tempat kejohanan sebelum dan selepas,
berada dalam keadaan bersih.
- SJKC LIN KHAY
- SJKC CHUNG HWA

24. PENAJAAN / SUMBANGAN / 24.1 Mencari tajaan / sumbangan bagi kejohanan.


CENDERAHATI PERASMI 24.2 Menyediakan cenderahati perasmi.

- SK BUKIT KIARA

25. MAKAN DAN MINUM 25.1 Membuat tempahan makan dan minum peserta, pegawai dan VIP.
25.2 Mengagih makanan kepada peserta dan pegawai.
- SK BEDONG (2) 25.3 Menyediakan ruang makan VIP / Perasmi.
- SJKT MAHAJOTHI (2)

8.0 PENYATA KEWANGAN

8.1 Anggaran Perbelanjaan

BIL. HARGA
BIL BUTIRAN JUMLAH
UNIT SEUNIT
1. Air Minuman 20ktk RM 12.00 RM 240.00

9
2. Makanan peserta 352bks RM 5.00 RM 1,760.00
3. Jamuan Pegawai/Urusetia 80 RM 5.00 RM 400.00
4. Jamuan VIP RM 100.00
5. Banner 1 RM 70.00 RM 70.00
6. Ubat-ubatan RM 50.00
Hadiah Pemenang :
- B12 (L) 3 RM 6.00 RM 18.00
- B12 (P) 3 RM 6.00 RM 18.00
- B15 (L) 3 RM 6.00 RM 18.00
7.
- B15 (P) 3 RM 6.00 RM 18.00
- B19 (L) 3 RM 6.00 RM 18.00
- B19 (P) 3 RM 6.00 RM 18.00

8. Hadiah Penamat/finisher 334 RM 6.00 RM 2,004.00

9. Sijil RM 150.00
10. Cenderahati Perasmi RM 50.00
11. Petugas JPAM RM 200.00
12. Sticker Check Point RM 20.00
13. Sewa Khemah & Kerusi 4 RM 100.00 RM 400.00
JUMLAH RM 5,552.00

8.2 Sumber Kewangan

BIL BUTIRAN JUMLAH

1. Yuran Pendaftaran (RM 10.00 X 352 peserta) RM 3,520.00


2. Kekurangan RM 2,032.00
JUMLAH RM 5,552.00

9.0    PENUTUP

Segala pengisian di sepanjang aktiviti Merentas Desa Pendidikan Khas yang akan
diadakan, diharapkan dapat membawa manfaat sepenuhnya kepada murid-murid
berkeperluan yang terlibat. Melalui program ini juga, permuafakatan dan kefahaman
yang digarapkan akan menjadi titik tolak ke arah konsep berdikari, berkerjasama dan

10
jalinan silaturrahim yang sihat selaras dengan Falsafah Pendidikan Khas. Adalah
diharapkan agar Merentas Desa Pendidikan Khas yang dirancang ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya. Juga diharapkan agar ianya mendapat sokongan
sepenuhnya daripada pihak pengurusan atasan dan semua guru agar semua
objektif dan matlamatnya tercapai.

Disediakan oleh ,

..................................................................

Disemak oleh, Diluluskan oleh,

.................................................. ......................................................

11

Anda mungkin juga menyukai