Anda di halaman 1dari 5

UNIT BOLA SEPAK, SK BATU BERENDAM 2

PROGRAM PEMBANGUNAN
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 BOLA SEPAK SEKOLAH

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SEKOLAH

1.0
PENGENALAN

Program ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh Unit bola sepak SK Batu
Berendam 2 dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Batu Berendam 2,
Melaka.

Unit bola sepak SK Batu Berendam 2 akan menganjurkan program pembangunan


bola sepak SK Batu Berendam 2. Program ini diharap dapat mengasah bakat dan
mempertingkatkan potensi yang dimiliki oleh para pelajar. Harapan kami juga agar
program ini dapat memberi peluang serta pendedahan awal kepada para pelajar berkaitan
sukan bola sepak yang sememangnya sukan nombor satu negara.

2.0
MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk mencungkil bakat – bakat baru dalam kalangan
pelajar SK Batu Berendam 2 khususnya dalam acara bola sepak agar boleh diasah
bakatnya. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan dan memberi ilmu pengetahuan
aspek teknikal dan taktikal sukan bola sepak. Di samping itu ianya tidak mustahil ,
mungkin suatu hari nanti pelajar SK Batu Berendam 2 ini akan mewakili negara pada masa
akan datang jika latihan yang sistematik dan konsisten dapat direalisasikan.

Sehubungan dengan itu, Unit bola sepak SK Batu Berendam 2 tidak mahu membuang masa
dan terus mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan membina generasi
baharu kita agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menghadiri program ini yang
menjadi sebahagian aktiviti kokurikulum seterusnya menjauhi gejala sosial yang memang
hangat pada masa ini.

3.0
OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar menimba ilmu teknikal dan taktikal bola sepak.
3.2 Membentuk pelajar yang mahir dalam pengkhususan tertentu samada dalam posisi
penyerang, pemain sayap, pemain tengah, pertahanan mahupun penjaga gol.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.4 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi yang
bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
| Program Pembangunan Bola Sepak Sekolah 1
UNIT BOLA SEPAK, SK BATU BERENDAM 2
PROGRAM PEMBANGUNAN
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 BOLA SEPAK SEKOLAH

3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap


mementingkan diri sendiri.
3.6 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan sosial.

4.0
4.1
TARIKH DAN TEMPOH PELAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang setiap hari sabtu sepanjang tahun 2023 tetapi bergantung
kepada jadual program yang dianjurkan oleh pihak sekolah, JPN atau KPM.
4.2 Masa pelaksanaan melibatkan waktu pagi
4.3 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 1

5.0
TEMPAT (RASIONAL PEMILIHAN TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang bola SK Batu Berendam 2;
5.1 Penyewaan padang ini tidak dikenakan sebarang bayaran.
5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan sepenuhnya pada
peserta dalam aktiviti mereka.

6.0.
KUMPULAN SASARAN

Disasarkan kepada semua murid lelaki daripada Tahun 2- Tahun 6. Dianggarkan seramai
100 pelatih akan menyertai program ini.

7.0
JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA

Pengerusi : Puan Mastura Lim binti A. Ghani


Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2

Penasihat : En Kamarulzaman Bin Ahamad Zainudin YDP PIBG


Timbalan Pengerusi : En. Mohd Amin Atfi bin Najib, GPK Kokurikulum
Naib Pengerusi 1 : Hj. Norazman bin Ghauth, GPK Pentadbiran
Naib Pengerusi 2 : En. Nor Ramlee bin Ismail, GPK Hal Ehwal Murid
Penyelaras : En. Muhammad Usaid bin Jamal
Setiausaha : En. Mohd Nasrul Hadi bin Mohd Zin

| Program Pembangunan Bola Sepak Sekolah 2


UNIT BOLA SEPAK, SK BATU BERENDAM 2
PROGRAM PEMBANGUNAN
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 BOLA SEPAK SEKOLAH

Ahli Jawatankuasa

BIL TUGAS NAMA GURU BIDANG TUGAS


1. Jurulatih 1. En. Muhammad Usaid bin Melatih murid-murid.
Jamal
2. En. Mohd Nasrul Hadi bin
Mohd Zin
3. En. Norhezri bin Othman
4. En. Ruzman bin A. Wahab
5. Mohamad Alharisi Almaliki
Bin Mohd Nor

| Program Pembangunan Bola Sepak Sekolah 3


UNIT BOLA SEPAK, SK BATU BERENDAM 2
PROGRAM PEMBANGUNAN
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 BOLA SEPAK SEKOLAH

8.0
PERBELANJAAN

ANGGARAN PERBELANJAAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 5000.00
Jumlah Permohonan RM 5000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH

Baju peserta 100 helai RM 15.00 RM 1500.00

( Tshirt round neck)

Peralatan

- Utiliti RM 100.00

- Bola 20 biji RM 50.00 RM 1000.00

- jaring gol 2 unit RM 100.00 RM 200.00

- Kon 40 unit RM 5.00 RM 200.00

- Bit 26 unit RM 10.00 RM 260.00

- Wisel 4 unit RM 25.00 RM 100.00

- Stopwatch 2 unit RM 50.00 RM 100.00

- Glove 3 set RM 100 RM 300.00

- Corner flag 4 unit RM 120.00 RM 480.00

First Aids 2 kotak RM 130.00 RM 260.00

Kos Luar Jangka RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 5000.00

| Program Pembangunan Bola Sepak Sekolah 4


UNIT BOLA SEPAK, SK BATU BERENDAM 2
PROGRAM PEMBANGUNAN
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2 BOLA SEPAK SEKOLAH

9.0
SUMBER KEWANGAN

 Sumbangan luar

10.0
PENUTUP
Diharapkan program yang dirancang ini dapat memberi manfaat kepada murid
dalam meningkatkan potensi memantapkan jati diri. Secara tidak langsung program
yang diadakan ini dapat memberikan manfaat kepada murid-murid untuk
diaplikasikan dalam kehidupan.
Disediakan oleh : Disemak oleh :

( MUHAMMAD USAID BIN JAMAL) ( MOHD AMIN ATFI BIN NAJIB)


Penyelaras, Guru Penolong Kanan Kokurikulum,
Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak, Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2, Melaka.
Melaka.

Diluluskan oleh :

( MASTURA LIM BINTI A. GHANI)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Batu Berendam 2,
Melaka.

| Program Pembangunan Bola Sepak Sekolah 5

Anda mungkin juga menyukai