Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN DATO KRAMAT,

10150 JALAN PERAK , PULAU PINANG

KERTAS KERJA
PEMBELIAN PERALATAN UNTUK KELAB SOFTBALL
TAJUK:
MODUL ASAS PERMAINAN SOFTBALL

TARIKH:
11 MEI 2022

TEMPAT:
PADANG SK FRANCIS LIGHT

ANJURAN:
KELAB SOFTBALL SEKOLAH KEBANGSAAN DATO KRAMAT

KUMPULAN SASARAN:
AHLI KELAB SOFTBALL SEKOLAH KEBANGSAAN DATO KRAMAT
1.0 PENDAHULUAN
Sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, bagi melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, pelbagai program dianjurkan di peringkat Sekolah Kebangsaan Dato
Kramat. Kelab ping pong yang baru ditubuhkan ini merupakan platform terbaik untuk menampilkan serta
mencungkil bakat-bakat murid yang meminati sukan ini. Melalui aktiviti yang dijalankan oleh kelab ini,
diharapkan sukan ini dapat menjadi taruhan untuk menjamin penyertaan sekolah dalam pertandingan dan
kejohanan di pelbagai peringkat.

Modul asas permainan softball ini diadakan bagi menerangkan serta memperkenalkan peraturan
dan kaedah bermain permainan ini. Permainan ping pong sudah dipertandingkan di peringkat olimpik dan
menjadi sukan outdoor kegemaran kerana teknik permainannya yang agak ringkas dan mudah untuk diikuti.
Rata-rata negara Asia memiliki ramai pelapis dan peminat dalam sukan ini. Walaupun permainannya dilihat
mudah dan ringkas, sukan ini tetap memiliki peraturan dan disiplin yang mesti diikuti.

Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul asas ini, murid-murid dapat didedahkan
dengan cara tepat dan teknik yang betul untuk bermain permainan softball ini. Asas yang kukuh sudah tentu
dapat menjamin keberhasilan yang cemerlang dalam apa jua perkara. Justeru, diharapkan pelaksanaan modul
asas softball ini dapat mencapai objektifnya dan menarik minat lebih ramai murid untuk mengikuti permainan ini
dengan lebih serius.

2.0 MATLAMAT

Membentuk disiplin dan pengetahuan yang menyeluruh mengenai peraturan permainan softball.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memahami peraturan dan cara permainan softball.

3.2 Menambah peralatan dan set alatan sukan di peringkat sekolah.

3.3 Membuka peluang untuk murid menyertai aktiviti ko-kurikulum dan melaksanakan aktiviti 1M1S.

3.4 Mencungkil bakat dan meningkatkan kemampuan serta kebolehan murid dalam ko-kurikulum.

4.0 BUTIRAN AKTIVITI

4.1 TARIKH AKTIVITI


11 Mei 2022
4.2 TEMPAT AKTIVITI
Padang SK Francis Light

4.3 SASARAN
Ahli kelab softball SK Dato Kramat

5.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI : EN. MOHD ASRI BIN ABDULHATAM

(GURU BESAR)

NAIB PENGERUSI I : PN. DHANYALAKSHMI ARJUNAN

(GPK KO KURIKULUM)

NAIB PENGERUSI II : PN. NORAFRIZA BINTI AHMAD

(GPK KURIKULUM)
NAIB PENGERUSI III : PN. AZIZAH BT MOHD EUSOFF

(GPK HAL EHWAL MURID)

PENYELARAS : EN. NUR HAZLY BIN MOHD HASHIM

SETIAUSAHA : PNPN. NUR NADHIRAH BINTI AZMI

AJK : EN. MUHAMMAD IZZUDIN BIN ABU BAKAR

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA/UNIT (RM) JUMLAH

1. Glove PVC 6 unit RM 75.00 x 6 RM 450.00


2. Ball Dimple 10 unit RM 25.00 x 10 RM 250.00
3. Batting Helmet 5 unit RM 130 x 5 RM 650.00
4. Catcher Helmet 1 unit RM 280 x 1 RM 280.00

5. Body Protector 1 unit RM 136 x 1 RM 136.00


6. Skittles 5 unit RM 15 x 5 RM 75.00
JUMLAH BESAR RM 1391.00
6.1 SUMBER PERALATAN DAN KEWANGAN - BANTUAN KOKURIKULUM SEKOLAH

7.0 MODUL ASAS PERMAINAN SOFTBALL


Rujuk Lampiran 1.

8.0 PENUTUP
Diharapkan Modul Asas Permainan softball ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif
yang diingini. Adalah diharapkan aktiviti-aktiviti sihat seperti ini akan terus berkembang dan mendapat sambutan
yang baik di semua pihak demi kesedaran untuk melibatkan diri dalam aktiviti ko-akedemik. Semoga usaha murni ini
mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid- murid khususnya.

Disediakan oleh, Tarikh:

……………………………..........….....................

(EN. NUR HAZLY BIN MOHD HASHIM)

Guru Penolong Ketua,


Sekolah Kebangsaan Dato Kramat.

Disemak oleh, Tarikh:

………………………………….....................

(PN DHANYALAKSHMI ARJUNAN)

Guru Penolong Kanan Kokurikulum,


Sekolah Kebangsaan Dato Kramat.

Disahkan oleh, Tarikh:

…………………………………...

(EN MOHD ASRI BIN ABDULHATAM)

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Dato Kramat.
LAMPIRAN 1

MODUL ASAS PERMAINAN SOFTBALL

1. Peraturan asas permainan softball (kiraan mata, kesalahan dalam permainan dan cara kiraan set)
2. Teori dan praktikal balingan dan tangkapan.
3. Teori dan praktikal pukulan dan memadang.

Anda mungkin juga menyukai