Anda di halaman 1dari 10

KERTAS KERJA

____________________________________________________

PEMBANGUNAN BOLA SEPAK SK MEMBEDAI


BAWAH 11 TAHUN
(BRAVOkids)
______________________________________________________________

TARIKH :
SEPANJANG TAHUN 2020

TEMPAT :

PADANG BOLA SEPAK SK MEMBEDAI

ANJURAN :

KELAB BOLA SEPAK SK MEMBEDAI

DENGAN KERJASAMA :
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK MEMBEDAI
PENDAHULUAN

Program ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh kelab bola sepak SK
MEMBEDAI dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK
MEMBEDAI

Kelab bola sepak SK MEMBEDAI akan menganjurkan program pembangunan


bola sepak SK MEMBEDAI bawah 11 tahun (BRAVOKIDS). Program ini di
harap dapat mengasah dan mengenengahkan bakat yang dimiliki oleh para
murid. Harapan kami juga agar program ini dapat memberi peluang serta
pendedahan awal kepada murid berkaitan sukan bola sepak disamping
mengeratkan lagi silaturrahim antara para murid

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama program adalah untuk mencungkil bakat – bakat baru


dikalangan murid SK Membedai khususnya dalam acara bola sepak agar boleh
di ketengahkan bakatnya. Program ini juga bertujuan untuk mendedahkan dan
memberi ilmu pengetahuan aspek teknikal dan taktikal sukan bola sepak. Di
samping itu ianya Tidak mustahil, mungkin suatu hari nanti murid SK
Membedai ini akan mewakili negara pada masa akan datang jika latihan yang
sistematik dan konsisten dapat disempurnakan.

Sehubungan dengan itu, BRAVOKIDS tidak mahu membuang masa dan terus
mengambil langkah – langkah perlu bagi membimbing dan membina muda
mudi kita agar sentiasa cergas dan berfikiran positif dengan menghadiri
program ini yang menjadi sebahagian aktiviti ko-kurikulum seterusnya
menjauhi gejala sosial yang memang hangat di kala ini.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid menimba ilmu teknikal dan taktikal bola
sepak.
3.2 Membentuk murid yang mahir dalam pengkhususan tertentu samada
dalam posisi penyerang, pemain sayap, pemain tengah, pertahanan
mahupun penjaga gol.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti ini.
3.4 Melahirkan murid yang berupaya untuk mengeluarkan strategi-strategi
yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.
3.5 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap
mementingkan diri sendiri.
3.6 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan. emosi dan
sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh yang dirancang setiap hari selasa, rabu dan khamis sepanjang
tahun 2020 tetapi bergantung kepada jadual program yang dianjurkan
oleh pihak sekolah, JPN atau KPM.
4.2 Masa pelaksanaan melibatkan waktu petang
4.3 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 2
4.4 Masa dan tarikh akan berubah mengikut keperluan semasa dan keadaan

5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)

Rasional pemilihan tempat ini adalah kerana Padang bola SK Membedai:


5.1 Penyewaan padang ini tidak dikenakan sebarang bayaran.
5.2 Bebas dari sebarang gangguan luar dan memberikan tumpuan
sepenuhnya pada peserta dalam aktiviti mereka.

6.0 PERASMIAN
Program pembangunan bola sepak SM SK Membedai akan dirasmikan oleh
Guru Besar SK Membedai. Ia akan berlangsung di Padang Bola SK Membedai.
Upacara ini akan dilangsungkan selama sekitar 20 minit kerana SK Membedai
akan memberi ucapan ringkas sekaligus merasmikan program ini.

7.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

7.1 Jumlah pasukan : 2 pasukan x 10 orang


7.2 Penyertaan tahun 4 : 10 orang
7.3 Penyertaan tahun 5 : 10 orang
7.4 Senarai nama peserta seperti dilampiran 1

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penaung : Us Mohd Farihi Bin Ab Halim
Penasihat : En Talip Bin Hj Ahmad

JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program : Ust Nawawi Bin Ejal


Setiausaha : En Muhd Akmal Danial Bin Hazani
Pengurus pasukan : En Mohamad Haszri Bin Sapini
Jurulatih : Ust Nawawi Bin Ejal (TEKNIKAL)
: En Mohamad Haszri Bin Sapini (TAKTIKAL)
: En Muhd Akmal Danial Bin Hazani (KECERGASAN)

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN


Lampiran A

10.0 RINGKASAN EKSEKUTIF


Berikut adalah ringkasan eksekutif bagi Program Pembangunan Bola Sepak SK
Membedai bawah 11 tahun.
JAWATANKUASA Kelab bola sepak SK Membedai
TAJUK PROGRAM Program pembangunan bola sepak SK Membedai bawah 11
tahun (Bravokidz)

JENIS PROJEK KESUKANAN ( BOLA SEPAK )

MATLAMAT ATAU  Memberi peluang kepada murid menimba ilmu teknikal dan
PENCAPAIAN tektikal bola sepak.
PROGRAM  Membentuk murid yang mahir dalam pengkhususan tertentu
samada dalam posisi penyerang, pemain sayap, pemain
tengah, pertahanan mahupun penjaga gol.
 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa
menyertai aktiviti ini.
 Melahirkan para murid yang berupaya untuk mengeluarkan
strategi-strategi yang bernas semasa mereka menyertai
aktiviti dalam kumpulan.
 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta
mengikis sikap mementingkan diri sendiri.
 Melahirkan individu yang seimbang dari segi intelek, sukan.
emosi dan sosial.

ANJURAN Kelab bola sepak SK Membedai

Sepanjang tahun 2020


TARIKH

TEMPAT Padang bola sepak SK Membedai

BIL. PASUKAN 2 Pasukan


ANGGARAN KOS RM 2000.00

11.0 ULASAN PENAUNG / PENASIHAT PERSATUAN

ULASAN PENASIHAT :
TANDATANGAN & COP : _________________________

TARIKH : ______________________

12.0 PENUTUP

Diharap program yang dirancang mendapat kelulusan agar objektif program ini
tercapai. Segala kerjasama daripada semua pihak yang terlibat amatlah dihargai.
Sekian, Terima kasih.

LAMPIRAN A

ANGGARAN BELANJAWAN

ANGGARAN BELANJAWAN:
i) Permohonan Peruntukan RM 2000.00
Jumlah Permohonan RM 2000.00

ANGGARAN PERBELANJAAN:

PERKARA BILANGAN Harga per unit JUMLAH


Baju peserta (termasuk guru) 25 helai RM 25.00 RM 625.00

( Tshirt round neck)

Peralatan

- Utiliti RM 100.00

- jaring gol 2 unit RM 100.00 RM 200.00

- Bib 26 unit RM 10.00 RM 260.00

- Stopwatch 2 unit RM 50.00 RM 100.00

- Glove 3 set RM 50.00 RM 150.00

First Aids 1 kotak RM 65.00 RM65.00

Kos Luar Jangka RM 500.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2000.00


Disediakan oleh :
.........................................................
Setiausaha Program
( MUHAMMAD AKMAL DANIAL BIN
HAZANI)
SETIAUSAHA SUKAN SK MEMBEDAI

Disokong oleh :
.........................................................
Pengerusi Program
( UST NAWAWI BIN EJAL )
KETUA KELAB BOLA SEPAK SK MEMBEDAI

.........................................................
Pengurus Pasukan
( EN MOHAMAD HASZRI BIN SAPINI )
GURU PENDIDIKAN JASMANI
SK MEMBEDAI

Disemak oleh :
.........................................................
Penasihat
( EN TALIP BIN HJ AHMAD )
PEN KANAN KO-KURIKULUM
SK MEMBEDAI

Permohonan diluluskan oleh :


.........................................................
Penaung
( UST MOHD FARIHI BIN AB HALIM )
GURU BESAR
SK MEMBEDAI

LAMPIRAN 1 : SENARAI NAMA PESERTA


LAMPIRAN 2 : JADUAL LATIHAN

TARIKH MASA AKTIVITI


MINGGU 1 1. Fitness and andurance
2. Ball Feelling.
3. Dribbling
4.00 – 5.30 4. Passing
PTG 5. Law of game
6. Video watch

MINGGU 2 1. Fitness and andurance.


4.00 – 5.30 2. Shooting
PTG 3. Support play
4. Heading
5. Video watch

MINGGU 3 1. Fitness and andurance


4.00- 5.30 2. Support play 2
PTG 3. Dribbling
4. Attacking
5. Defending
6. Friendly game

MINGGU 4 1. Fitness and andurance.


4.00 – 5.30 2. Tackling.
PTG 3. Defending
4. Goal keeping
5. Small sided game

*MINGGU 1 SEHINGGA MINGGU 4 AKAN DIULANG SECARA SISTEMATIK


*PERUBAHAN JADUAL BERGANTUNG KEPADA KEADAAN SEMASA SEKOLAH
*INTENSITI LATIHAN BERGANTUNG KEPADA KEPERLUAN PESERTA

Anda mungkin juga menyukai