Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN PERMAINAN BOLASEPAK 9 SEBELAH ANTARA RUMAH SUKAN SEMPENA KARNIVAL KOKURIKULUM SMK JENGKA 12 TAHUN 2013 1.

0 SYARAT PERTANDINGAN
1. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar T1,T2 dan T3 lelaki dari setiap rumah sukan. 2. Setiap pasukan mestilah disertai oleh 5 orang pelajar dari setiap tingkatan. 3. Setiap pasukan adalah dibenarkan mendaftar seramai 15 orang pemain. 4. Bagi setiap perlawanan, setiap pasukan di benarkan menurunkan seramai 9 orang pemain dan 6 orang pemain simpanan. 5. Sepanjang tempoh perlawanan, setiap pasukan mestilah disertai oleh 3 orang pelajar dari setiap tingkatan. 6. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan sekurang-kurangnya seorang penjaga garisan. 7. Peraturan pertandingan adalah tertakluk kepada peraturan Bolasepak Malaysia serta pihak penganjur kejohanan. 8. Pertukaran pemain boleh dibuat bila-bila masa. 9. Pertukaran pemain sebanyak 3 kali boleh dibuat pada setiap perlawanan yang dijalankan untuk satu pasukan. 10. Pertukaran pemain perlulah mendapat kebenaran pengadil terlebih dahulu. 11. Setiap pasukan dilarang mengambil pemain selain daripada pemain yang telah didaftarkan dalam borang pertandingan. 12. Jika didapati ada pasukan yang mengambil pemain selain yang didaftarkan penyertaan pasukan akan terbatal.

2.0

CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN


1. Pertandingan akan diadakan secara liga. 2. Cara memberi mata; Menang - 3 mata , Seri - 1 mata , Kalah - 0 mata 3. Sekiranya diakhir perlawanan, kiraan mata diperolehi sama oleh 2 atau lebih pasukan, maka keputusannya akan ditentukan seperti berikut; 4. Pasukan yang menang perbezaan gol yang lebih (Goal Difference) akan diisytiharkan pemenang; 5. Sekiranya perbezaan gol sama, maka pasukan yang menjaringkan paling banyak gol akan dikira pemenang; 6. Sekiranya jaringan gol sama banyak, maka pasukan yang kena bilang gol paling kurang (Goal Conceded) akan dikira pemenang; 7. Jika semua perkara di atas didapati sama juga, maka keputusan mutamad akan dibuat secara undian Toss Of Coin

3.0. TEMPOH PERLAWANAN


1. Perlawanan akan berlangsung selama 10 minit pada setiap separuh masa dan 10 minit pada masa kedua (10 x 1 x 10) serta 1 minit untuk pertukaran tempat.

4.0

BANTAHAN
1. Sebarang bantahan hendaklah sampai ke meja urusetia selewatlewatnya 5 minit selepas perlawanan tersebut tamat; 2. Setiap bantahan hendaklah di sertakan dengan wang tunai sebanyak RM200.00 (tidak dikembalikan). 3. Keputusan Ahli Jawatankuasa Bantahan adalah muktamad.

5.0

PAKAIAN PEMAIN
1. Setiap pasukan diwajibkan menyediakan baju mengikut warna rumah sukan masing-masing. 2. Pemain adalah DIWAJIBKAN memakai kasut sepanjang tempoh masa perlawanan.

6.0

PERINGATAN
1. Jawatankuasa pengelola kejohanan adalah berhak dan berkuasa menambah, meminda, menolak dan menerima atas sebarang perkara yang dinyatakan di dalam peraturan di atas. 2. Pengurus pasukan hendaklah memastikan menjaga kebersihan dan harta benda sekolah. setiap pemain

Anda mungkin juga menyukai