Anda di halaman 1dari 5

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA 2019 PIALA EXCO PENDIDIKAN NEGERI MELAKA


Tarikh : 5 – 6 Januari 2019
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Stadium Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM)

A. SYARAT SYARAT PERTANDINGAN


1. Pertandingan ini terbuka kepada semua belia berumur 18 tahun ke atas dan 35 tahun ke bawah
(Lelaki)
2. Pertandingan akan dijalankan secara 5 sepasukan dengan 3 orang pemain simpanan ( 8 orang
pemain dalam 1 pasukan sama ada termasuk ATAU tidak termasuk Pengurus Pasukan)

B. PENDAFTARAN PEMAIN
1. Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah mengunakan borang yang disediakan oleh penganjur
2. Hanya pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan bermain
3. Seorang pemain hanya layak didaftarkan untuk satu pasukan sahaja dan tidak layak untuk bermain
untuk pasukan lain
4. Kejohanan ini terbuka kepada semua warganegara dan bukan warganegara (pelajar IPT) berstatus
AMATUR sahaja
5. Pemain yang pernah berdaftar untuk pertandingan LFK, Liga Super, Liga Perdana dan Piala Presiden
pada tahun 2018 tidak dibenarkan daftar
6. Setiap pemain wajib menghantar salinan kad pengenalan dan salinan kad matrik pelajar untuk tujuan
semakan sebelum tarikh tutup penyertaan
7. Setiap pasukan dibenarkan mendaftar hanya dua (2) pemain berstatus bukan ‘warganegara’
8. Hanya satu (1) pemain berstatus bukan ‘warganegara’ dibenarkan berada didalam padang pada
satu-satu perlawanan.

C. FORMAT PERTANDINGAN (TERTAKLUK KEPADA PENGANJUR)


96 Pasukan akan di undi ke dalam tiga puluh dua (32) kumpulan dengan maksimum tiga (3) pasukan kecuali
dalam setiap kumpulan.
1. Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara liga satu pusingan.
2. Johan dan naib johan setiap kumpulan layak ke pusingan kedua, iaitu peringkat kalah mati (knock-out
stage)
3. Pusingan kedua perlawanan akan ditentukan melalui undian.

D. UNDANG – UNDANG & PERATURAN PERMAINAN


Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang
diperuntukan oleh FIFA dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Kejadian di luar jangka dan tidak
dinyatakan di dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :
1. Semua kejadian perkara–perkara bukan teknikal akan diputus berasaskan kepada PERATURAN AM
KEJOHANAN.
2. Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan Futsal
Terbuka Ipt 2019 Piala Yb Exco Pendidikan Negeri Melaka berasaskan kepada peraturan-peraturan
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Undang-undang Permainan Futsal Persekutuan Bola
Sepak Antarabangsa (FIFA) dan keputusan adalah muktamad. Selain dari peraturan di atas,
Jawatankuasa Pengelola adalah BERHAK MEMINDA PERATURAN-PERATURAN TAMBAHAN, selaras
dengan matlamat penganjuran kejohanan ini.

E. MEMULAKAN PERLAWANAN
Setiap pasukan mestilah mempunyai lima (5) pemain termasuk seorang Penjaga Gol. Sekiranya kurang dari
lima (5) pemain bagi salah satu pasukan berada di gelanggang apabila pengadil memerintahkan perlawanan
dimulakan pada masa yang dijadualkan, maka pasukan yang mempunyai lima (5) pemain yang berada di
dalam gelanggang akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan 3-0 dan diberikan tiga (3) mata.

F. WAKTU BERMULA PERLAWANAN


Waktu bermula sesuatu perlawanan adalah seperti yang tercatat di dalam jadual pertandingan rasmi. Waktu
tersebut adalah untuk panduan sahaja dan perlawanan akan mengikut Bilangan Perlawanan (Match
Number).

G. PENGGANTIAN PEMAIN
Tiada had penggantian pemain semasa perlawanan (Rolling Substitution). Seseorang pemain yang telah
diganti boleh masuk semula ke gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.

H. SYARAT MENGANTI PEMAIN SEMASA PERLAWANAN SEDANG BERJALAN


1. Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi garisan tepi di kawasan zon
penggantian.
2. Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian dari kawasan zon
penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga pemain yang hendaklah keluar telah melintasi
garisan tepi.
3. Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain dengan syarat kebenaran dari
salah seorang pengadil hendaklah diminta terlebih dahulu.

I. TEMPOH MASA PERLAWANAN


Masa perlawanan
Pusingan 1 : KUMPULAN - 10 (10 minit tanpa rehat)
Pusingan 2 : KALAH MATI (pusingan kedua) - 10 (10 minit tanpa rehat)
(Separuh akhir & akhir) - 7 1 7 (7 minit main, 1 minit rehat, 7 minit main)
J. KELEWATAN
1. Sekiranya mana-mana Pasukan yang gagal menghadirkan seramai sekurang-kurangnya lima (5)
orang pemain selepas 2 minit daripada masa perlawanan yang dijadualkan akan dikira kalah
(walkover) secara automatik.
2. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pasukan lawannya dengan tiga (3) mata dan jaringan
tiga (3) – kosong (0).

K. PAKAIAN, WARNA DAN NOMBOR JERSI


1. Setiap pasukan digalakan menyediakan dua (2) warna jersi yang berlainan
2. Setiap pemain diwajibkan menggunakan satu nombor jersi sahaja dan tidak dibenarkan menukar
nombor jersi semasa perlawanan
3. Jika kedua-dua pasukan memakai jersi yang sama warna maka pihak pengadil berhak untuk memilih
salah satu pasukan untuk menggunakan bip.
4. Kesemua pemain diwajibkan menggunakan kasut , berstokin panjang paras lutut dan menggunakan
‘Shin pad’.
5. Hanya kasut futsal bersesuaian sahaja dibenarkan. Penggunaan ‘boot’ sama sekali tidak dibenarkan.
6. Seluar panjang, tracksuit tidak dibenarkan, hanya seluar pendek dan inner sahaja dibenarkan.

L. KESALAHAN DAN KELAKUAN TIDAK SOPAN


1. Sekiranya dalam perkara di mana pemain di perintah keluar gelanggang dan salah satu pasukan
tinggal kurang dari 3 pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan dan kemenangan akan
diberikan kepada pasukan lawan dengan jaringan 3-0 atau jaringannya yang terbesar.
2. Mana-mana pemain yang didapati menyerang pengadil atau pemain yang diperintah keluar padang
kerana pergaduhan akan digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini dan akan diserahkan
kepada pihak berkuasa Polis serta merta.
3. Pemain yang telah menerima kad merah tidak boleh bermain untuk dua (2) perlawanan seterusnya.
Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan yang sama dan seterusnya
mendapat kad merah, tidak boleh bermain untuk satu (1) satu perlawanan seterusnya.
4. Pemain yang telah menerima dua (2) kad kuning pada perlawanan-perlawanan yang berlainan tidak
boleh bermain untuk satu (1) perlawanan yang berikutnya.
5. Dalam masa permainan, pemain yang menerima kad merah dan diarahkan meninggalkan
gelanggang boleh digantikan dengan pemain lain setelah tamat tempoh dua (2) minit permainan
dijalankan.
6. Pengurus Pasukan bertanggungjawab ke atas disiplin dan keselamatan pasukan.

M. PEMBERIAN MATA / PENENTUAN PASUKAN PEMENANG ATAU TERATAS


1. Tiga (3) mata akan diberikan bagi pasukan yang menang, satu (1) mata bagi seri Dan tiada (0) mata
bagi pasukan yang kalah.
2. Dalam pertandingan liga satu pusingan atau peringkat kumpulan, penentuan pasu kan teratas atau
pemenang iaitu setelah tamat semua perlawanan peringkat liga hendaklah mengikut susunan seperti
berikut :-
a. Pasukan yang mendapat mata yang terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama
b. Pasukan yang mempunyai jumlah perbezaan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika
sama
c. Pasukan yang mempunyai jumlah jaringan gol terbanyak dikira sebagai pemenang, jika sama
d. Pasukan yang telah mengalahkan pasukan lawannya akan dikira sebagai pemenang, jika seri
e. Jika masih seri juga, tendangan penalti akan dijalankan untuk menentukan pemenang secara
SUDDEN DEATH secara bergilir-gilir sehingga bertemu dengan pemenangnya.
3. Dalam perlawanan kalah mati atau perlawanan akhir atau, penentu pemenang adalah mengikut
seperti berikut :
a. Pasukan yang menang dalam perlawanan penuh masa permainan, jika seri :
b. Jika kedudukan masih seri sehingga tamat perlawanan sepenuh masa, tiga (3) sepakan penalti
akan diberikan kepada setiap pasukan untuk menentukan pemenang.
c. Jika masih seri, satu sepakan penalti secara SUDDEN DEATH akan diberikan kepada setiap
pasukan untuk menentukan pemenang.
N. PERLAWANAN YANG DITUNDA ATAU DIHENTIKAN/MENARIK DIRI MENYERAH KALAH/MEMBERI
KEMENANGAN PERCUMA
1. Semua pasukan dimestikan menghabiskan setiap perlawanan dan tidak boleh mem berikan
kemenangan percuma kepada pihak lawannya untuk perlawanan yang akan atau sedang
berlangsung.
2. Setiap pasukan dimestikan meneruskan permainan dalam semua perlawanan walau pun telah layak
untuk ke pusingan kalah mati.
3. Perlawanan yang ditunda atau dihentikan :
4. Sekiranya pengadil memutuskan perlawanan tidak boleh dimainkan atau ditangguh kan kerana
sebab-sebab luar jangka atau bencana alam, kekurangan kawalan kese lamatan perlawanan atau
sebab-sebab teknikal, maka Jawatankuasa Teknikal hend aklah membuat keputusan yang mana
keputusannya adalah muktamad.
5. Sekiranya pengadil menghentikan perlawanan kerana sikap penonton, pegawai atau pemain satu
pasukan yang tidak memuaskan, maka kemenangan akan diberi kepada pasukan lawan dengan tiga
(3) mata dan jaringan gol 3-0 atau lebih semasa perla wanan dihentikan.
6. Menarik diri / Memberi kemenangan percuma :
a. Jika pasukan tidak melaporkan diri untuk satu perlawanan atau gagal menurunkan minimum
lima (5) orang pemain pada masa permulaan perlawanan atau;
b. Jika pasukan tersebut enggan meneruskan permainan atau meninggalkan gelanggang
sebelum tamatnya perlawanan, atau;
c. Jika pasukan memberi kemenangan percuma, atau; 0 Jika pasukan gagal menamatkan jadual
perlawanannya dalam pertandingan tanpa mendapat persetujuan Jawatankuasa
Teknikal/Penganjur, Pasukan tersebut terkeluar daripada pertandingan dan semua keputusan
mata atau jaringan perlawanan-perlawanan terdahulu tidak dikira.

O. RAYUAN DAN BANTAHAN


Bantahan bertulis beserta bukti (jika ianya memerlukan bukti) terhadap mana mana pasukan yang lain
mestilah diserahkan kepada pihak urusetia 5 minit selepas satu perlawanan. Yuran bantahan RM500.00
(Tunai) mestilah diserah bersama surat bantahan tersebut. Jawatankuasa Teknikal akan siasat dan membuat
keputusan terhadap bantahan.
a) Keputusan Jawatankuasa Teknikal adalah muktamad.
b) Wang pertaruhan akan dipulangkan sekiranya bantahan berjaya.

P. HADIAH
Johan : Tunai RM 2000.00 + Medal + Hamper + Sijil Penyertaan + Piala Pusingan
Naib Johan : Tunai RM 1300.00 + Medal + Hamper + Sijil Penyertaan
Ketiga : Tunai RM 700.00 + Medal + Hamper + Sijil Penyertaan
Keempat : Tunai RM 300.00 + Medal + Hamper + Sijil Penyertaan
Kelima – Kelapan : Tunai RM 50.00 + Hamper + Sijil Penyertaan
Kesembilan – enam belas : Hamper + Sijil Penyertaan
Penjaring terbanyak : Trofi + Hamper + Sijil Penjaring terbanyak
Pemain Terbaik : Trofi + Hamper + Sijil Pemain Terbaik
Q. LAIN-LAIN HAL
1. Segala hal yang berkaitan dengan peraturan-peraturan teknikal yang tidak diperuntukkan di bawah
peraturan-peraturan ini atau soal perbezaan taksiran akan diputus kan oleh Jawatankuasa
Teknikal/Penganjur dan sebarang keputusan adalah MUKTAMAD.
2. Sekiranya timbul apa-apa persoalan yang tidak diliputi oleh mana-mana undangun dang atau syarat
atau peraturan penyertaan dan pertandingan di dalam ini, maka ianya akan diputuskan berasaskan
prinsip-prinsip am dan amalan biasa yang diterima umum tertakluk kepada keputusan pihak
Jawatankuasa Teknikal/Penganjur.
3. Jawatankuasa Teknikal/Penganjur berhak mengubah mana-mana jadual, peraturan, syarat, dan
undang-undang perlawanan secara serta merta.

R. TARIKH TUTUP PENYERTAAN DAN UNDIAN KUMPULAN


1. Tarikh tutup penyertaan pada 28 Disember 2018 (Jumaat) jam 5 petang.
2. Taklimat dan undian untuk kedudukan kumpulan pada 4 Januari 2019 (Jumaat) jam 3.00 petang
bertempat di Stadium Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).
3. Setiap pasukan wajib menghantar pengurus pasukan atau wakil untuk taklimat dan undian
kedudukan kumpulan.

URUSETIA
KEJOHANAN FUTSAL TERBUKA 2019
PIALA EXCO PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
YB NOOR EFFANDI BIN AHMAD
(EXCO PENDIDIKAN, MODAL INSAN, SAINS DAN INOVASI NEGERI MELAKA)

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI :-


+60187709332 (Iman)
+60176444219 (Hafiz)

“Kemaskini 20 Disember 2018”

Anda mungkin juga menyukai