Anda di halaman 1dari 8

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN MENYUMPIT
PESTA PSKPP PERINGKAT DAERAH DALAT
TAHUN 2015

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN


PERMAINAN MENYUMPIT
PESTA PSKPP DAERAH DALAT 2015

1. BILANGAN PENYERTAAN
1.1.

Penyertaan adalah TERBUKA kepada zon-zon yang telah


ditetapkan.

1.2.

Seorang peserta dihadkan boleh mengambil tidak lebih daripada 3


acara dipertandingkan.

2. SYARAT SYARAT PENYERTAAN


2.1.

Peserta hendaklah sihat tubuh badan. Penyertaan akan dibatalkan


jika didapati peserta dalam keadaan mabuk semasa pertandingan
ini dijalankan

2.2.

Peserta boleh menggunakan peralatan sendiri, saiz sumpit dan


damak adalah bebas.

2.3.

Sumpit dan damak boleh menggunakan ataupun diperbuat


daripada mana-mana bahan mengikut kesesuaian peserta.

2.4.

Penggunaan alat sampingan seperti cahaya laser adalah dilarang.

2.5.

Peserta tidak boleh menganggu konsentrasi pemain yang sedang


bertanding sama ada dengan membuat bising ataupun bunyibunyian, (ex: gerunong).

2.6.

Pihak urusetia pertandingan / penganjur tidak akan


bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kemalangan,
kematian terhadap peserta-peserta dan kehilangan harta benda
peserta sepanjang masa atau selepas pertandingan.

2.7.

Ketinggian bull eye adalah 5 kaki daripada aras tanah /


permukaan.

2.8.

Saiz papan sasar / target ditetapkan oleh pihak pinganjur.

2.9.

Acara-acara yang dipertandingkan adalah:

No.
Aca
ra

Acara acara

Jarak

Peserta

Individu lelaki (men singles)

Individu
singles)

Beregu lelaki (mens double)

90 kaki
70 kaki

2 orang peserta
[peserta
pertama
menyumpit jarak 90
kaki
dan
peserta
kedua
menyumpit
jarak 70 kaki]

Berpasukan (team)

90 kaki
60 kaki

Mana-mana 4 orang
peserta dari acara 1
hingga 5 di atas. (2
lelaki dan 2 wanita)
[peserta
lelaki
menyumpit jarak 90
kaki
dan
peserta
wanita
menyumpit
60 kaki]

wanita

90 kaki
70 kaki

2 orang peserta
[kedua dua peserta
menyumpit jarak 90
dan 70 kaki]

(women 60 kaki
50 kaki

2 orang peserta
[kedua dua peserta
menyumpit jarak 60
dan 50 kaki]

3. PERATURAN PERATURAN AM PERTANDINGAN


3.1
Setiap peserta dibenarkan menyumpit 10 damak kea rah
sasaran dan hendaklah dihabiskan dalam masa 5 minit.
3.2
Sebarang damak yang disumpit setelah masa menyumpit tamat
tidak akan diambil kira untuk pemerkahan.
3.3
Sekiranya peserta menyumpit lebih dari 10 damak, maka damak
yang mempunyai markah yang tertinggi akan dibatalkan.

3.4Daripada 10 damak, hanya damak yang mengenai sasaran sahajaakan


dikira markahnya.
3.5
Damak yang tidak mengenai sasaran bermarkah akan dikira Miss
(m @ kosong markah)
3.6
Mana-mana damak yang terkena buntut damak yang melekat
dahulu pada sasaran maka damak itu mendapat markah yang sama
dengan yang terdahulu wlaupun damak kedua menyentuh atau
melekat pada permukaan target bermarkah.
3.7
Damak yang terlepas secara tidak sengaja dari batang sumpit
dan jatuh ke tanah boleh diambil untuk cubaan menyumpit kali kedua
dengan syarat damak terlepas jatuh ke tanah tidak melebihi garisan 10
kaki dari garisan menyumpit.
3.8
Damak yang terlepas secara sengaja atau tidak sengaja dan
jatuh ke tanah melebihi garisan 10 kaki akan dikira markah sebagai
miss (m atau kosong markah).
3.9
Garisan menyumpit adalah garisan di mana peserta-peserta
berdiri untuk menyumpit semasa pertandingan berlangsung.
3.10
Sekiranya damak terpacak di atas garisan bulat serta mencecah
atau memutuskan garisan pada sasaran, maka markah yang
diberikan adalah markah bagi yang tertinggi. Contoh: damak
menyentuh dan memutus garisan di antara markah 40 dan 30, maka
markah damak tersebut adalah 40 (yang lebih tinggi).
3.11
Jika terdapat peserta yang mendapat jumlah markah yang sama
dalam mana-mana peringkat pertandingan, acara sudden death atau
kalah mati diambil dengan menggunakan 1 damak bagi setiap peserta
dijalankan. sudden death akan diulang sehingga damak yang
disumpit peserta menunjukkan markah yang berbeza. Markah yang
tertinggi akan dikira sebagai pemenang.
3.12
Hanya peserta yang mengambil bahagian dalam acara
berkenaan bersama AJK pengelola sahaja dibenarkan untuk derada di
lapang sasar dan kawasan papan sasaran semasa pemarkahan sedang
dikira.

3.13
Mana-mana peserta yang tidak mematuhi peraturan/syarat
syarat pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur akan
dibatalkan penyertaan mereka.
3.14
Keputusan oleh pihak penganjur adalah muktamad dan sebarang
bantahan tidak akan dilayan.
4

TATACARA PERTANDINGAN

4.1 Setiap acara dipertandingkan [individu lelaki/wanita, regu lelaki/wanita, regu


campuran dan berpasukan] dalam 2 pusingan (round)

4.2 1 pusingan 10 damak; 2 pusingan 20 damak keseluruhan


4.3 Pemarkahan untuk menentukan juara dan kedudukan peserta dikira
berdasarkan jumlah keseluruhan markah diperolehi oleh peserta di dalam 2
pusingan tersebut.

4.4

RAJAH/PELAN LAPANG SASAR PERTANDINGAN MENYUMPIT

4.5

SUSUN ATUR PAPAN SASAR MENYUMPIT [TARGET FACE]

4.6 PAPAN SASAR [TARGET FACE]

PESTA PSKPP DAERAH DALAT 2015


BORANG PENDAFTARAN PEMAIN

NAMA PASUKAN :
NAMA PERMAINAN

NAMA PENGURUS

NAMA JURULATIH :

WARNA JERSI

[1] .. [2] ..

BIL

NAMA PESERTA LELAKI

NO KAD
PENGENALAN

CATATAN

BIL

NAMA PESERTA WANITA

NO KAD
PENGENALAN

CATATAN

Disahkan oleh:
.
Pengurus Pasukan

NAMA PENUH
COP RASMI

Anda mungkin juga menyukai