Anda di halaman 1dari 14

KARNIVAL KOMPLEKS KEJIRANAN 2008

BORANG PENYERTAAN
NAMA

TARIKH
TUTUP
PENYERTAAN
:
8 OGOS 2008

NO.
PENGENALAN

KAD :

ALAMAT

NO. TELEFON

(H/P)

ACARA (sila tandakan X )


1.

DART (Terbuka)

2.

DAM AJI (Terbuka)

3.

CONGKAK (Terbuka Wanita

4.

BATU SEREMBAN (Terbuka Wanita)

5.

KAROM (Terbuka)

(R)

LELAKI

(P)

WANITA

*Peserta hanya dibenarkan menyertai dua acara sahaja.

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA


PENGAKUAN DIRI
Saya seperti nama di atas dengan ini bersetuju mengikut segala undang undang dan
peraturan serta mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan saya
mengaku tidak akan mengemukakan sebarang tuntutan terhadap pihak penganjur
dan agennya di atas sebarang musibah ke atas diri/pasukan saya sebelum, semasa
dan selepas menyertai pertandingan ini.

Tandatangan : _________________
__________________

Tarikh

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi urusetia ditalian :03-88877092, 7547, 7439, 8028 & 7586.
Faks : 03-8887 5022
www.ppj.gov.my

FORMAT PERMAINAN DART


1.

2.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.1.

Penyertaan adalah terbuka kepada 48 peserta sahaja.

1.2.

Acara Perseorangan Lelaki dan Wanita

FORMAT PERTANDINGAN
2.1.

PERINGKAT KUMPULAN
2.1.1. Peserta akan dibahagi kepada 16 kumpulan yang mengandungi
3 orang pemain.
2.1.2. Format pertandingan akan diadili secara pungutan mata
tertinggi (high score)untuk 10 pusingan bagi setiap peserta.
2.1.3. Hanya johan setiap kumpulan akan layak ke pusingan kedua.

2.2.

PERINGKAT KALAH MATI


2.2.1. Peserta akan diundi kembali untuk menentukan kedudukan
nombor giliran perlawanan.
2.2.2. Format pertandingan untuk peringkat kedua adalah kiraan 301
x 3 terus mula dan diakhiri on double.
2.2.3. Bagi perlawanan separuh akhir dan akhir format pertandingan
adalah kiraan 501 x 3 mula terus dan diakhiri on double.
2.2.4. Sekiranya pemain tidak dapat menamatkan permainan on
double maka pengadil (chalker) akan memutuskan
kemenangan pada pungutan mata tertinggi bagi 2 balingan dart
tertinggi untuk menentukan kemenangan.

3.

ETIKA PEMAIN DAN SYARAT PENYERTAAN


3.1.

Setiap peserta dikehendaki memakai kasut.

3.2.

Seluar pendek tidak dibenarkan.

3.3.

Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau ditukarkan kepada nada


gegaran. Peserta adalah dilarang untuk menjawab panggilan semasa
dalam perlawanan.

3.4.

Peserta tidak dibenarkan menghisap rokok, meminum atau membawa


minuman keras ke dalam dewan pertandingan.

3.5.

Setiap peserta hendaklah berada di papan dart apabila nama peserta


telah ditulis oleh pengadil (Chalker).

3.6.

Masa menunggu tidak lebih daripada 10 minit akan diberikan kepada


pemain yang lewat. Selepas tempoh menunggu tamat Pengadil

(Chalker)
berhak mengisytiharkan pemain yang gagal hadir atau lewat dikira
kalah.

3.7.

Pemain tidak dibenarkan membuat gangguan semasa lawanya sedang


membuat balingan.

4.

BANTAHAN
4.1.

Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas


perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur. Keputusan
pengadil adalah muktamad.

4.2.

Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada Urusetia


dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya
perlawanan yang berkenaan berserta wang cagaran RM 500.

(Ringgit
dikembalikan

Malaysia : Lima Ratus Sahaja) Wang ini tidak akan


sekiranya bantahan itu gagal.

FORMAT PERMAINAN DAM AJI

1.

2.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.1.

Penyertaan terhad kepada 64 peserta sahaja.

1.2.

Acara Perseorangan Lelaki dan Wanita

FORMAT PERTANDINGAN
2.1.

Pertandingan akan dijalankan secara kalah mati.

2.2.

60 buah (30 sebelah ) akan digunakan dalam pertandingan ini. Seorang


pengawas pertandingan akan bertanggungjawab kepada pengadil
pengadil yang terdiri daripada pemain yang berdaftar dan pengadil
bebas yang ditetapkan oleh jawatankuasa pertandingan.

2.3.

Perlawanan dijalankan dalam 2 set permainan. Sekiranya seri,


permainan set penentuan akan dijalankan.

2.4.

Bagi perlawanan yang tiada berkesudahan yang mana disebabkan


kedudukan buah dam pemain dan dam lawan tidak dapat menewaskan
antara satu sama lain dalam tempuh yang ditetapkan, maka keputusan
adalah mengikut bilangan buah yang tinggal. Dalam penentuan
kemenangan ini, 2 mata akan diberikan pada buah Aji dan 1 mata pada
buah yang tidak Aji.

2.5.

Jika mata adalah sama maka perlawanan itu hendaklah dibuat semula.

2.6.

Pertukaran pemain tidak boleh dibuat semasa perlawanan sedang


dijalankan.

2.7.

Undangundang dan peraturan yang telah digariskan sebagai panduan


dalam pertandingan dam ini adalah seperti berikut:2.7.1. Setiap buah dam yang disentuh oleh jari pemain mesti
digerakkan atau didenda. Jika jari telah dilepaskan maka
pergerakan itu adalah diambil kira dan pergerakan buah dam
itu tidak boleh ditarik balik.
2.7.2. Dam hanya boleh sorong semasa membuat pergerakan ataupun
diangkat apabila memakan buah dam lawan dan tidak boleh
pegang lama-lama semasa membuat pergerakan atau
memakan.
2.7.3. Pihak lawan mesti memakan buah dam yang diumpankan oleh
pemain. Pemain perlu memaklumkan umpanan dengan cara
menunjukkannya sama ada pihak lawan sengaja atau tidak,
tidak memakan buah dam yang diumpankan.

2.7.4. Jika pihak lawan cuai atau terlupa memakan manamana buah
dam pemain maka buah dam pihak lawan boleh di rampas oleh
pemain.

2.7.5. Dalam keadaan di mana pemain mempunyai dua pilihan untuk


memakan, maka hendaklah ia makan bilangan buah lawan
yang terbanyak. Pihak lawan boleh meminta pemain sama ada
memakan bilangan buah yang terbanyak atau mengedam buah
lawannya mengikut budi bicaranya jika pemain tidak makan
bilangan buah yang banyak.
2.7.6. Sekiranya buah dam yang hendak dimakan itu sama
banyaknya, maka tanpa mengira masa buah Aji dan dam biasa
pemain boleh memakan mengikut budi bicaranya
2.7.7. Buah dam tidak boleh diangkat semasa memakan sehingga
pergerakan selesai. Ini adalah untuk memastikan tindakan
memakan balik buah dam lawan di atas garisan yang sama
tidak dilakukan oleh pemain.
2.7.8. Memakan buah dam di atas garisan yang sama hanya
boleh dilakukan sekiranya ia tidak melanggar/makan balik buah
dam yang dimakan.
2.7.9. Masa berfikir satu-satu pergerakan adalah dihadkan selama 10
saat. Pengadil akan memberi amaran jika tempuh yang
dihadkan hampir tamat.
2.7.10. Masa perlawanan adalah 15 minit.
3.

BANTAHAN
3.1.

Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas


perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur. Keputusan
pengadil adalah muktamad.

3.2.

Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada Urus setia


dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya
perlawanan yang berkenaan berserta wang cagaran RM

500. (Ringgit

Malaysia : Lima Ratus Sahaja) Wang ini tidak

akan dikembalikan

sekiranya bantahan itu gagal.

PERATURAN PERMAINAN CONGKAK


1.

ALATAN DAN GELANGGANG


Papan congkak yang mengandungi sekampung tujuh (7) rumah anak serta
satu rumah ibu.

2.

PENYERTAAN
2.1

3.

Penyertaan terhad kepada 64 peserta wanita sahaja.

FORMAT PERTANDINGAN
Permainan dijalankan secara Kalah Mati

4.

PERATURAN DAN PERMAINAN


4.1

Dua orang peserta berhadapan


4.1.1

Dua orang peserta berhadapan

4.1.2

Permainan dilaksanakan dalam dua (2) papan. Kedua-dua


peserta

jalan/menapak

serampak

untuk

papan

pertama.

Pemenang akan mengambil giliran jalan dulu pada papan kedua.


Papan ketiga (jika seri) mula permainan menapak / jalan
serampak.
4.1.3

Setelah diberi aba-aba:


4.1.3.1 Mula permainan dengan mengambil semua sakak dari
mana- mana rumah anak di kampung sendiri; kemudian
4.1.3.2 Menapak dari kanan ke kiri; lalu
4.1.3.3 Masukkan sakak satu demi satu butir ke dalam tiap

rumah

dengan
4.1.3.4 Mengelilingi kampung rumah papan congkak dalam
4.1.3.5 Keadaan tangan genggam tergadah; ikut giliran dan
menapak
4.1.4

Boleh memintas. Langkau atau layer adalah ditegah. Apabila


tiba-tiba di rumah ibu sendiri hendaklah dimasukkan juga satu
(1) butir cakak. Tetapi tidak di rumah ibu lawan. Cakak yang
masuk ke rumah ibu lawan adalah menjadi kepunyaan lawan.

4.1.5

Cakak terakhir masuk ke rumah, mesti lepaskan genggaman


dahulu, sebelum mengambil cakak kembali dan terus
bertapak.

4.1.6

Peserta mati giliran menapak ialah jika cakak ke mana-mana


rumah kosong. Peserta lawan akan mendapat giliran jalan.

4.1.7

Jika naik rumah maka peserta hidup, boleh meneruskan jalan


semula

4.1.8

Hanya boleh tikam setelah melalui kampung lawan. Tikam


layer adalah ditegah

4.1.9

Setiap sentuhan cakak mesti mulakan jalan. Undan/masa


berfikir hanya diberikan selama 5 saat sahaja.

4.1.10 Mana-mana rumah terbakar, tidak boleh di tanda. Baki


disimpan di rumah ibu. Rumah anak mesti dikosongkan
bermula dari kanan dan berturutan. Cakak yang masuk ke
rumah terbakar hendaklah dibawa semula menapak.

Sejumlah cakak yang masuk ke rumah terbakar diambil ganti


dari rumah ibu sendiri ke pihak lawan.
5.

PENENTUAN KEMENANGAN
5.1

Menang tapak (pihak lawan ketiadaan cakak rumah anak) tiap papan.

5.2

Menang 2 papan

5.3

Pihak

lawan

membuat

kali

kesalahan

serupa

atau

dibuang

gelanggang
6.

LARANGAN DAN DENDAAN


6.1

Adalah menjadi kesalahan jika:


6.1.1

mendepani aba-aba menapak jalan serampa

6.1.2

bermain dengan genggam tangan terlungkup

6.1.3

tidak masukkan cakak ke rumah ibu atau ke rumah anak

6.1.4

sentuhan cakak yang tidak berjalan/menapak

6.1.5

berfikir melebihi 5 saat

6.1.6

cakak akhir digenggam tidak dilepaskan sebelum mengambil


bawa cakak yang baru

6.1.7

masukkan cakak di mana-mana rumah anak dan ibu lebih


dari satu butir

6.2

Pemain-pemain yang diberi amaran buang gelanggang


6.2.1

Penggunaan kad hijau, kuning dan merah akan digunakan


sepanjang kejohanan

6.2.2

mana-mana pemain yang melanggar atau melakukan


kesalahan seperti di perkara 4.3.1 akan diberikan kad hijau
untuk sekali kesalahan, kuning untuk dua kali kesalahan dan
merah untuk 3 kali kesalahan.

6.2.3

Pemain yang menerima kad merah akan dibuang


gelanggang dan tidak dibenarkan meneruskan permainan.
Pihak lawan akan diisytiharkan pemenang bagi set itu.

6.2.4

Set seterusnya akan diteruskan, jika pemain yang sama


menerima kad merah lagi untuk kali kedua, permainan akan
ditamatkan dan pihak lawan diisytiharkan pemenang dalam
perlawanan tersebut.

7.

ETIKA PEMAIN DAN SYARAT PERTANDINGAN.


7.1.

Pakaian haruslah kemas dan sopan. Pemakaian seluar pendek tidak


adalah dilarang.

7.2.

Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau ditukarkan kepada nada

gegaran. Peserta adalah dilarang untuk menjawab panggilan


semasa dalam perlawanan.
7.3.

Peserta tidak dibenarkan membuat bising, menghisap rokok, makan,


minum atau membawa minuman keras ke dalam dewan
pertandingan.

8.

7.4.

Pemain tidak dibenarkan membuat gangguan semasa lawannya.

7.5.

Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan adalah dilarang.

BANTAHAN
8.1.

Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas


perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur.
keputusan pengadil adalah muktamad.

8.2.

Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada Urus


setia dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya
perlawanan yang berkenaan berserta wang cagaran RM 500. (Ringgit
Malaysia : Lima Ratus Sahaja) Wang ini tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan itu gagal.

PERATURAN PERMAINAN BATU SEREMBAN


1.

TUJUAN
Memungut mata timbangan terbanyak

2.

3.

PENYERTAAN
2.1.

Penyertaan terhad kepada 60 peserta wanita sahaja

2.2.

Alat: 5 uncang bersaiz 3cm persegi setiap satu

2.3.

Gelanggang : permukaan rata

FORMAT PERTANDINGAN

3.1.

Peserta akan dibahagi kepada 4 kumpulan A,B,C,D yang mengandungi


12 orang pemain.

3.2.

6 peserta yang memungut mata tertinggi setiap kumpulan akan


memasuki pusingan seterusnya yang akan dibahagi kepada 2
kumpulan E dan F.

3.3.

6 peserta yang memungut mata tertinggi setiap kumpulan akan


memasuki pusingan akhir yang mengandungi 12 peserta. Peserta
yang memungut mata tertinggi akan dikira sebagai pemenang.

4.

PERATURAN DAN CARA


4.1

PERATURAN

Pada masa mengambil cakak, pemain tidak boleh menyentuh


mana-mana cakak lain.

Pemain hendaklah menyambut cakak yang dilambung sebelum


cakak jatuh ke bumi

Tiap kali satu-satu tahap, semua cakak dikumpulkan dan


diserakkan untuk peringkat yang lain.

Pemain lain akan mengambil gilirannya apabila sesuatu


kesilapan/kesalahan

telah

dilakukan

oleh

pemain

yang

terdahulu.

Dalam nagam lepas itu, seorang pemain menyambung


permainannya di peringkat ia telah melakukan kesilapan. Setiap
pemain mesti mulakan dengan buah satu.

4.2

Permainan dalam tiga (3) nagam.

CARA
A.

TAHAP SATU (BUAH SATU)

Serakkan cakak ke bumi dan

Ambil satu, lambung

Sebelum cakak jatuh ke bumi, pungut satu cakak di bumi dan

terus
sambut cakak yang dilambung tadi, dengan tangan yang sama.

Letakkan ke tangan kiri

Ulang semula pergerakan tadi hingga habis cakak, dan

Dengan sekali lambung pindahkan cakak yang terkumpul


di tangan kiri ke tangan kanan.

B.

TAHAP DUA (BUAH DUA)

Sama seperti tahap satu, Cuma

Pungut dua cakak setiap kali lambung

C.

TAHAP TIGA (BUAH TIGA)

Sama seperti tahap satu dan dua, bezanya

Sekali lambung pungut satu dan

Lambungan kedua pungut tiga

D.

TAHAP EMPAT (BUAH EMPAT)

Sekali lambung dan pungut keempat-empat cakak sekaligus.

E.

TAHAP LIMA (BUAH LIMA)

Serakkan cakak

Ambil 3 cakak di tangan kanan dan

2 cakak di tangan kiri

Lambung satu cakak yang ada di tangan sambil

Meletakkan ke bumi cakak-cakak yang berada di kedua-dua


tangan dan segera sambut cakak yang dilambung.

Sekali lagi lambung dan

Terus pungut semula cakak yang ada di bumi dengan kedua-dua


belah tangan (2 di tangan kiri dan 2 ditangan kanan)

Sambut cakak yang dilambung

Sekali lambung pindahkan semua cakak ke tangan kanan

F.

TAHAP ENAM (BUAH SENTUH)

Seperti buah satu, tetapi

Sentuh sahaja setiap cakak di bumi, dan

Dengan sekali lambung, pungut kesemua cakak yang disentuh

G.

TAHAP TUJUH (BUAH TUJUH)

Sama seperti buah enam, Cuma

Pungut semua cakak dan masukkan ke tangan kiri setiap kali


lambung, hingga

Habis cakak di bumi, dan

Dengan sekali lambung, kumpulkan cakak ke tangan kanan

H.

TAHAP LAPAN (BUAH TUKAR)


Serakkan cakak

I.

J.

Ambil satu, lambung dan pungut satu cakak


Sekali lagi lambung sambil menukar cakak di tangan
dengan satu cakak di bumi
Ulang sehingga kesemua cakak ditukar
Akhir sekali sambil lambung letakkan cakak yang di tangan
ke bumi, dan
Dengan sekali lambung pungut semua cakak

TAHAP SEMBILAN (BUAH LAMBUNG)


Sama seperti buah tukar, bezanya
Kedua-dua cakak dilambung dan
Segera tangan kiri menyambut satu cakak daripada dua
cakak tersebut dan
Tangan kanan pungut satu cakak di bumi dan
Segera sambut satu lagi cakak yang dilambung tadi
Ulang pergerakan itu sehingga habis cakak di bumi
Akhirnya dengan sekali lambung kumpulkan semua cakak
TAHAP SEPULUH (BUAH TIMBANG)
Untuk menentukan mata
Timbang cakak ke belakang tapak tangan, sekiranya
dapat lima (5), dan
Sambut semula ke dalam tapak tangan lima (5) juga dan
mata dikira lima (5)

5. PENENTUAN KEMENANGAN

Pemain yang memungut mata terbanyak.


Pihak lawan dibuang gelanggang
Jika seri, buat tiga (3) kali buah timbang
Jika seri lagi tambah tiga (3) kali lagi buah timbang, jika masih seri,jalankan
undian

6. LARANGAN DAN DENDAAN


6.1MATI
Jika pemain tidak dapat menyambut cakak yang dilambung.
Jika memungut cakak di bumi, tersentuh cakak lain atau cakak-cakak yang
berhimpit bergerak
Pada tahap sepuluh (buah timbang), jumlah cakak tidak sama.Jika ditimbang
semula ke dalam tapak tangan.
Pemain terlupa tahap dia berada ketika menyambung semula.
6.2BUANG GELANGGANG
Mana-mana pemain yang dikira tiga (3) kali berbuat tidak sopan.
Mana-mana pemain yang berbual dalam permainan.

7. BANTAHAN
7.1.

Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas

7.2.

perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur.


Keputusan pengadil adalah muktamad.
Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada Urus
setia dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya
perlawanan yang berkenaan berserta wang cagaran RM 500. (Ringgit
Malaysia : Lima Ratus Sahaja) Wang ini tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan itu gagal.

Catatan: Dalam teks ini, pemain menggunakan tangan kanan. Jika pemain
menggunakan tangan kiri perkataan kanan akan ditukar kepada kiri.

PERATURAN PERMAINAN KAROM


1.

2.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1.1.

Penyertaan terhad kepada 32 peserta sahaja.

1.2.

Penyertaan Terbuka (Lelaki dan Wanita)

1.3.

Penyertaan Terbuka Remaja bawah 15 tahun (Lelaki dan Wanita).

FORMAT PERTANDINGAN
2.1.

Kalah Mati

2.2.

Permainan menggunakan 18cm + Qc/m (buah merah).

2.3.

Pemain yang memulakan permainan menggunakan 9 buah c/m putih.


lawannya menggunakan 9 buah c/m hitam.

2.4.

Setiap perlawanan akan bermain dalam 2 set terbaik.

2.5.

Buah merah akan dikeluarkan oleh pengadil setelah pemain membuat


pukulan

2.6.

C/m (buah putih/hitam) perlu diletakkan di bulatan tengah warna merah


(tindakan pengadil) apabila dalam keadaan berikut :
2.6.1. Buah karom (c/m) melambung keluar dan papan karom.
2.6.2. Buah karom (c/m) yang terkeluar dari papan karom dan
termasuk semula.
2.6.3. Sekiranya terdapat c/m lain di bulatan merah tengah, maka c/m
yang perlu diletakkan di kawasan bulatan merah yang ada atau
letak secara bertentangan pihak lawan.

2.7.

Pemain yang cuba memasukkan c/mnya yang terakhir tetapi termasuk


sekali gundu (striker) maka permainan masih belum ditamatkan kecuali

2
c/m denda dapat dimasukkan.
3.

LARANGAN, KESALAHAN DAN DENDA


3.1.

Pengadil akan mendenda 1 biji c/m apabila pemain melakukan


kesalahan seperti berikut:3.1.1. Pemain yang memasukkan gundu (striker) ke dalam lubang
semasa pukulan dibuat (hilang peluang meneruskan pukulan
lagi)
3.1.2. Pemain membuat pukulan (jentik) lengan dan siku melebihi
kawasan pemisah pada papan karom atau memasuki kawasan
permainan.
3.1.3. Gundu (striker) tidak menyentuh kedua-dua garisan yang ada
semasa pukulan dibuat.

3.1.4. Gundu (striker) tidak berada dalam bulatan (full moon) semasa
membuat pukulan.
3.1.5. Pemain tersentuh c/m dalam permainan yang menyebabkan
kedudukan c/m lain berubah.
3.1.6. Pemain mengambil gundu (striker) yang masih bergerak dalam
permainan.
3.2.

Pemain lawan perlu meletakkan denda c/m dalam keadaan sukar


bertentangan (disadvantage position) di kawasan bulatan.

3.3.

Pemain boleh menyusun denda c/m pihak lawan bersama c/mnya tetapi
tidak boleh terus memukul c/m tersebut dan tidak menyentuh c/m yang
lain terlebih dahulu. Tetapi perkara ini dikecualikan jika c/m

denda dan
cm yang akhir.
3.4.

Pemain yang memasukkan c/m bersama gundu (striker) boleh


meneruskan permainan tetapi denda perlu dikeluarkan terlebih dahulu.
Pihak lawan akan memasukkan 2 buah c/m di bulatan tengah.

Keadaan

meletakkan adalah cara yang menyulitkan pihak lawan

(disadvantage).
3.5.

Gundu (striker) yang sukar diambil perlu dilakukan oleh pengadil. Jika
pemain yang mengambil dan tersentuh c/m denda akan dikenakan.

4.

PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PERMAINAN


4.1.

Pengadil boleh membatalkan permainan jika pemain berada dalam


keadaan berikut:
4.1.1. Merokok, makan atau minum.
4.1.2. Membuat bising atau mengganggu semasa pihak lawan hendak
membuat pukulan.
4.1.3. Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan
4.1.4. Bangun semasa pihak lawan hendak membuat pukulan.
4.1.5. Menukar gundu (striker) dalam permainan kecuali dibenarkan
oleh pengadil
4.1.6. Mengerakkan/mengalihkan kerusi semasa hendak membuat
pukulan.

5.

BANTAHAN
5.1.

Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas


perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur. Keputusan
pengadil adalah muktamad.

5.2.

Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada Urus setia


dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya
perlawanan yang berkenaan berserta wang cagaran RM 500. (Ringgit
Malaysia : Lima Ratus Sahaja) Wang ini tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan itu gagal.

Anda mungkin juga menyukai