Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA

PEMBELIAN BOLA
UNTUK PASUKAN BOLASEPAK B15 & B18
DAN
KELAB BOLA SEPAK

SMK PUJUT, MIRI


2020
KERTAS KERJA PEMBELIAN BOLA
UNTUK KEGUNAAN LATIHAN PASUKAN BOLASEPAK SEKOLAH
DAN AKTIVITI KELAB BOLASEPAK SMK PUJUT, MIRI

1. PENDAHULUAN
Pasukan bolasepak SMK Pujut akan menghadapi Kejohanan Bolasepak MSSD Miri yang
bakal berlangsung pada 1-3 April 2020. Bilangan bola yang ada di dalam stor sukan pada
masa ini adalah sebanyak dua unit sahaja yang mana ia tidak dapat menampung untuk
kegunaan latihan pasukan bolasepak sekolah khasnya dan untuk aktiviti Kelab Bolasepak
amnya.

2. MATLAMAT
Matlamat pembelian bola ini adalah untuk menambahkan bilangan bolasepak sedia ada
supaya pasukan bolasepak sekolah (B18 dan B15) dapat menjalani latihan dengan lebih
optimum dan efektif. Selain itu ianya boleh digunakan untuk aktiviti Kelab Bolasepak
dengan kapasiti 100 orang pelajar di mana perlunya bilangan bola yang banyak agar
penglibatan pelajar lebih menyeluruh.

3. OBJEKTIF
i. Melatih dan membentuk pasukan bolasepak yang mantap.
ii. Memberi peluang menyeluruh kepada ahli kelab bolasepak untuk terlibat dengan
aktiviti kelab bolasepak.

4. SASARAN
- 18 orang pemain bolasepak sekolah B18 tahun.
- 18 orang pemain bolasepak sekolah B15 tahun.
- 100 orang ahli Kelab Bolasepak SMK Pujut.

5. AGGARAN KOS
i. Bolasepak (Saiz 5) - 10 unit x RM 50 = RM500

6. PENUTUP
Diharapkan dengan penambahan bilangan bolasepak ini dapat meningkatkan tahap
latihan pasukan bolasepak sekolah sebagai persiapan kejohanan MSS Miri pada bulan
April 2020 dan Kelab Bolasepak SMK Pujut dapat menjalankan aktiviti kelab dengan
lebih lancar serta dapat melibatkan lebih ramai ahli kelab dengan aktiviti yang telah
dirancang.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Diluluskan /Tidak Diluluskan

……………………. …………………… ………………………………


(SHAROL NIZAM BIN ABD AZIZ) (ROHANA BINTI ZAHARI) MADLINE ANAK JAYAN
GURU PENASIHAT PENOLONG KANAN PENGETUA
KELAB BOLASEPAK KO KURIKULUM SMK PUJUT, MIRI
SMK PUJUT, MIRI SMK PUJUT, MIRI

Anda mungkin juga menyukai