Anda di halaman 1dari 8

1.

Latarbelakang LAND OF ARCHERY merupakan satu jolokan yang diberikan kepada Pengkalan Hulu kerana telah melahirkan beberapa orang atlit memanah. Sebut sahaja SMK Tun Saban pasti orang akan bertanya tentang kehebatan memanahnya. Kehebatan sukan ini telah melahirkan atlit bertaraf kebangsaan. Nama-nama seperti Mon Rae Dee, Mohd Marbawi Sulaiman dan Mohd Adery serta beberapa nama telah mendapat latihan asas memanah di SMK Tun Saban. Beberapa atlit baru seperti Sunantra yang kini telah diserap ke Sekolah Sukan Bukit Jalil, Nur Arif dan Chan Ren Ken yang berada di bawah Program Pelapis Serantau juga telah dilahirkan di SMK Tun Saban. Sukan ini juga telah membawa paling banyak pingat emas dalam kejohanan yang disertai bagi Daerah Hulu Perak dan yang pastinya kebanyakan atlit yang membawa pulang pingat ini adalah dari Pengkalan Hulu. Kemudahan yang dimiliki oleh persatuan sukan memanah SMK Tun Saban ialah sebuah bilik gimnasium yang lengkap dengan peralatannya. Peralatan ini bernilai puluhan ribu ringgit yang ditaja oleh MSN dan Majlis Sukan Negeri Perak. Anak didik yang lahir dari pusat latihan ini telah mengharumkan nama negara seperti Mon Rae Dee, Marbawi serta Amirullah yang membawa cabaran emas ke Sukan Olimpik Athen, Sukan Asia, Sukan SEA, SUKMA dan SUPER. SMK Tun Saban sangat berbangga dengan kejayaan yang tidak dapat dinikmati oleh sekolah lain di negeri Perak ini. Hanya SMK Tun Saban yang berjaya mengekalkan prestasi sukan ini sejak awal tahun 90-an lagi.

2.

Pengenalan

Bagi melahirkan atlit-atlit yang berpotensi memerlukan satu program yang terancang serta perlu dilaksanakan secara sistematik dan terperinci serta memerlukan satu jangka masa yang panjang. Atas dasar kesedaran ini dan kejayaan-kejayaan yang telah dilalui, maka lahirlah program pembangunan sukan memanah di SMK Tun Saban agar dapat dijadikan satu panduan untuk kejayaan bersama. Latihan yang dijalankan seharusnya berterusan dan berkualiti di samping sepanjang proses ini atlit-atlit akan diserapkan dengan nilai-nilai kewarganegaraan, semangat juang, jati diri, disiplin, fokus serta tahap kemahiran yang tinggi. Program ini kelak dengan sendirinya bukan 1

sahaja dapat melahirkan pemanah-pemanah yang cemerlang bahkan juga akan melahirkan insan yang berhemah tinggi, bersih, amanah dan bertanggungjawab. Program ini juga akan dilaksanakan secara saintifik melalui pendekatan-pendekatan yang sedia ada. Ujian-ujian bakat akan dilakukan kepada pelajar-pelajar yang berminat menyertai program ini tanpa paksaan sesuai dengan teori Bompa (1995) dalam from childhood to champion Athelete dalam model Overall Developmentpada peringkat awal dan menjurus ke arah pengkhususan di peringkat yang lewat. Gambaran pendekatan yang dicadangkan untuk perkembangan individu dalam sukan adalah seperti berikut: 6 14 tahun 18 24 tahun Perkembangan Multilateral Prestasi Tinggi

14 18 tahun Latihan Khusus

Berdasarkan kepada model inilah maka difikirkan satu program yang jitu perlu dilaksanakan dan dipraktikan agar bakat yang ada pada pelajar-pelajar harus dicungkil dan diketengahkan agar dapat memberi satu impak kepada pembangunan sukan sekolah, daerah, negeri serta negara. Sekolah sebagai pentas dan guru sebagai pemegang amanah harus menunaikan tanggungjawab dalam melahirkan bakat para pelajar dengan kemahiran yang sedia ada. Di samping melahirkan pelajar sebagai atlit yang cemerlang, mereka juga akan cemerlang dalam akademik. Memanah sebagai sukan yang harus diberikan perhatian oleh semua pihak sesuai dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Dailami, Rasullullah bersabda yang bermaksud ajarkanlah kepada anak anak kamu berenang dan panah memanah. Dan sebaik-baik permainan untuk perempuan mukmin ialah bermain kecapi.

3. Objektif 1. 2. 3. Melahirkan atlit memanah yang mempunyai kemahiran sehingga ke peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya layak untuk mewakili negara. Melahirkan atlit memanah yang berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan negara. Melahirkan atlit memanah yang mempunyai kemampuan untuk berinteraksi dengan berkesan dalam masyarakat yang berbilang kaum diceburi. 2 melalui sukan yang

4. Matlamat 1. 2. 3. 4. Untuk melahirkan atlit yang berkualiti dalam pelbagai aktiviti sukan yang ada bagi pelajar. Untuk memberi semua pelajar peluang menceburkan diri dalam aktiviti sukan yang bersistematik dan berkesinambungan. Untuk menggalakkan mereka melibatkan diri, memperbaiki kemahiran serta mempertingkatkan kecergasan dalam pelbagai jenis sukan. Untuk mengurangkan penekanan terhadap menang bermati-matian serta melahirkan keseronokan dan pertandingan yang sihat melalui penyertaan dalam sukan. 5. 6. 7. Untuk melahirkan atlit yang berpotensi dalam permainan-permainan yang tertentu di samping mempunyai latar belakang akademik yang tinggi. Untuk menerapkan nilai-nilai kesukanan yang tulen ke arah melahirkan atlit yang mempunyai disiplin, semangat serta sikap yang terpuji. Untuk mempertingkatkan kualiti pengurusan sukan bagi melahirkan atlit.

5. Sasaran 1. Murid-murid Tahap Dua sekolah rendah di sekitar Pengkalan Hulu yang berumur dalam lingkungan 10 hingga 12 tahun. 2. Pelajar-pelajar sekolah ini dan sekolah menengah di sekitar dan mesti berumur sekurang-kurangnya dalam lingkungan 13 tahun. 3. Golongan remaja di bawah umur 18 tahun yang telah mengikut program ini semasa berada di sekolah menengah.

6. Masalah Dan Cabaran 1. Peralatan : Peralatan merupakan faktor utama yang memerlukan kos

penyelenggaraan yang tinggi iaitu sekitar RM 30,000.00 setahun. Peralatan perlu banyak dan mencukupi dengan jumlah atlit. 2. Hanya terdapat seorang jurulatih yang menerima latihan jurulatih yang diiktiraf dalam sukan memanah, iaitu En. Md Razali Bin Hasan yang mempunyai Sijil Sains

Sukan Tahap 2 dan seorang pembantu jurulatih iaitu Pn. Naddia Che Nordin yang mempunyai Sijil Sains Sukan Tahap 1. 3. Pengalaman Pelajar : Pelajar-pelajar tidak ada pengalaman sedia ada jika dibandingkan dengan permainan-permainan yang lain. Berdasarkan alasan ini satu program jangka panjang di mana sesetengah pelajar ini menimbulkan satu rasa jemu dan bosan. 4. Atlit-atlit tidak mempunyai semangat berjuang dan keyakinan yang cukup tinggi terutamanya dalam pertandingan peringkat tinggi.

7. Cadangan Dan Saranan Bagi mengatasi dan mengurangkan permasalahan tersebut adalah dicadangkan : 1. Bilangan guru/jurulatih hendaklah ditambah untuk membantu program ini dan dibayar elaun sebagai jurulatih oleh MSN. Dicadangkan En. Mohd Faiz Bin Abu Samah dari SK Kroh untuk membantu program ini. 2. 3. Pendedahan Atlit : Pemanah-pemanah harus diberikan peluang menyertai banyak pertandingan dan kejohanan. Sokongan daripada semua pihak amat diperlukan. Kewangan : Memohon geran tahunan sebanyak RM 62, 870 setahun.

8.

Kewangan

Peralatan Memanah BIL 1 PERKARA Easton ACE A1 Carbon Shaft + Point 1.1 Arrow Easton ACE 720 1.2 Arrow Easton ACE 570 1.3 Arrow Easton ACE 850 1.4 Arrow Easton ACE 470 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 G Nock Spin Wing (50 pcs) Plunger Button Cartel Arrow Rest Cartel Clicker Mighty Carbon Sight CR Long Stabilizer CR Short Stabilizer CR Extender K1 V Bar Fast Flight String Limb Hoyt 13.1 Saiz 66-38 13.2 Saiz 66-40 Handle Hoyt Mesin Pemotong Anak Panah JUMLAH 10 20 10 10 10 10 10 10 10 10 10 6 4 1 25 65 115 85 20 405 145 109 54 54 50 3, 000 3, 100 1, 800 250 1, 300 1150 850 200 4, 050 1, 450 1, 090 540 540 500 18, 000 12, 400 1, 800 RM 66, 320 KUANTITI 12 dozen HARGA SEUNIT(RM) 1850 JUMLAH(RM) 22, 200

Perbelanjaan Ke Kejohanan Setahun BIL 1 2 3 4 5 6 7 KEJOHANAN Sirkit Kebangsaan 1 Sirkit Kebangsaan 2 Karnival Remaja Kebangsaan 1 Karnival Remaja Kebangsaan 2 Terbuka UPM Terbuka UUM MSSPK JUMLAH ANGGARAN ( RM ) 1, 650 1, 650 1, 650 1, 650 1, 650 1, 650 1, 650 11, 550

Jumlah Besar BIL 1 2 PERKARA Peralatan Memanah Perbelanjaan Ke Kejohanan Setahun JUMLAH JUMLAH (RM) 66, 320 11, 550 RM 77, 870

Sumber Kewangan BIL 1 PERKARA Majlis Sukan Negeri Perak (MSN) JUMLAH JUMLAH RM 15, 000 RM 15,000

Disediakan Oleh 6

Disahkan Oleh

................................... Md. Razali Bin Hasan Jurulatih Memanah SMK Tun Saban 9. Ahli Jawatankuasa Induk

.................................... Tn Hj Abd Wahid Bin Ramli Pengetua SMK Tun Saban

Pengerusi Tuan Hj. Abd Wahid Bin Ramli Pengetua SMK Tun Saban Timbalan Pengerusi En. Sze Too Yu Shen Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tun Saban Naib Pengerusi I En. Azmi Bin Awang Penolong Kanan Pentadbiran SMK Tun Saban Naib Pengerusi II En Wan Suhaimi Bin Wan Abdullah Penolong Kanan HEM SMK Tun Saban Penyelaras En. Md Razali Bin Hasan Jurulatih Memanah SMK Tun Saban Setiausaha Pn. Naddia Binti Che Nordin Penolong Jurulatih Memanah SMK Tun Saban AJK 1. En. Mohd Ariff Bin Abd Latiff SMK Tun Saban 2. Tn Hj Mohd Habib Bin Jusoh 7

SMK Tun Saban

10. Penutup Cadangan-cadangan yang dikemukakan perlu diberi perhatian yang serius sekiranya KECERMERLANGAN SUKAN di peringkat sekolah, daerah, negeri dan negara ingin dicapai. Ini kerana sekolah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyemai, memupuk bakat dan melahirkan bakal- bakal JAGUH SUKAN NEGARA. 11. Lampiran Lampiran 1 Lampiran 2 Lampiran 3 Lampiran 4 Lampiran 5 Lampiran 6 Lampiran 7 Lampiran 8 Lampiran 9 Lampiran 10 Lampiran 11 Perancangan Strategik Sasaran Analisis SWOT Isu-isu Strategik Strategik Pelan Taktikal Cadangan Penambahbaikan Peruntukan Kewangan Senarai nama atlit Jadual Latihan Kumpulan Elit Jadual Latihan Kumpulan Pelapis

Anda mungkin juga menyukai