Anda di halaman 1dari 2

Nama : CHING RU CHIEN Kumpulan : PPISMP-PCPJKSPI Tajuk Ulasan : Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipinggirkan?

Ulasan Setelah membaca artikel ini , saya berasa sedih terhadap peristiwa ini bahawa Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dipinggirkan. Pendidikan Jasmani ditakrifkan sebagai proses pembelajaran yang berlaku seumur hidup melalui jasmani untuk membantu individu mendapat kemahiran, kecergasan, pengetahuan dan sikap yang membawa kepada perkembangan keseluruhan. Pendidikan Jasmani menggunakan aktiviti jasmani untuk membantu perkembangan keseluruhan individu termasuk pemilikan dan penghalusan kemahiran-kemahiran motor, pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan; memperoleh pengetahuan dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap pembelajaran seumur hidup. Menurut artikel ini, ramai Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sering dianggap sebagai mata pelajaran sampingan atau mata pelajaran `mainmain'.Hal ini demikian kerana mata pelajaran ini tidak dinilai dalam peperiksaanpeperiksaan kebangsaan, mata pelajaran ini tidak dipandang sambil lewa sehingga akhirnya waktu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan digunakan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain. Kajian yang dilakukan oleh sepasukan penyelidik dari Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati menjelang musim peperiksaan terutamanya, kebanyakan guru tidak menggunakan waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk tujuan sebenar sebaliknya menggunakan waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan. Kebanyakan guru mencuri masa mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan. Masa untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ialah tiga kali seminggu tetapi terdapat guru mengambil waktu-waktu itu untuk mengajar mata pelajaran peperiksaan. Mereka menganggap mata pelajaran peperiksaan lebih penting daripada Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi menyediakan murid menghadapi peperiksaan . Selain itu, guru guru mata pelajaran yang lain tidak harus memandang rendah guru matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan kerana matapelajaran ini adalah sangat penting dan objektifnya adalah untuk menolong individu mencapai pembangunan individu yang optimum dan memberi sumbangan kepada matlamat masyarakat . Selain itu , Pendidikan Jasmani juga turut membangunkan kemahiran motor yang sesuai , bermula dengan kemahiran motor asas , menjurus ke arah kemahiran sukan khusus dan akhirnya menitikberatkan sukan seumur hidup . Akhirnya , matlamat dan tujuan Pendidikan Jasmani adalah membangun dan mengekal tahap kecergasan fizikal yang sesuai untuk kesihatan dan mengajar mengapa kecergasan adalah penting

penting dan bagaimana ia mempengaruhi senaman Dengan ini, insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani akan dilahirkan. Pada pendapat saya, negara kita bukannya hendak mewujudkan robot yang tahu membaca dan menduduki peperiksaan sahaja. Secara keseluruhannya, kegiatan dalam Pendidikan Jasmani tertumpu kepada perkembangan tubuh badan termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental. Oleh itu mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlulah dilaksanakan dengan perancangan teliti termasuk mengambil kira keperluan semasa dan kebolehan pelajar. Sekiranya matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ini tidak dapat dilaksanakan di sekolah-sekolah dengan cemerlang, dikhuatiri akan lahir generasi yang kurang aktif dalam membentuk diri ke arah kesejahteraan fizikal, mental dan emosi. Justeru, usaha-usaha untuk melahirkan golongan pendidik yang benarbenar berwibawa dan serasi dengan mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu dikembangkan, sama ada melalui kursus-kursus jangka pendek, mahupun jangka panjang. Kementerian Pendidkan juga harus merangka satu sukatan yang lebih sesuai dengan sekolah-sekolah. Pihak sekolah juga harus mementingkan matapelajaran ini dan memastikan masa matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak diganti atau dicuri oleh guru untuk mengajar matapelajaran lain. Selain itu pihak sekolah juga harus mengadakan aktiviti-aktivit sukan untuk memupuk minat murid-murid terhadap matapelajaran ini . Secara kesimpulannya, sikap orang ramai yang memandang rendah terhadap matapelajaran terhadap Pendidikan Jasmani dan Kesihatan haruslah dikikis. Semua pihak yang berkenaan haruslah bekerjasama supaya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan tidak dipinggirkan begitu sahaja.

Anda mungkin juga menyukai