Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN GARLAND

Jalan Batu Kawa, 93250 Kuching, Sarawak

KERTAS KERJA MEMBAIKPULIH


LANDASAN LOMPAT JAUH
DAN
GELANGGANG LONTAR PELURU

1
1. 0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan peruntukan bagi
membaikpulih kawasan mendarat lompat jauh dan gelanggang lontar peluru di Sekolah
Kebangsaan Garland.

2.0 PENGENALAN
Kejohanan Sukan Olahraga peringkat sekolah dijalankan setiap tahun. Kejohanan ini
disertai oleh semua murid SK Garland. Setiap tahun murid-murid sekolah ini menyertai
kejohanan tersebut namun dengan persediaan yang agak terbatas kerana kemudahan yang
terhad.
Berdasarkan pencapaian lalu, atlet-atlet sekolah lebih menyerlah dalam acara padang.
Pembinaan kemudahan ini amat perlu bukan sahaja untuk menyediakan para atlet sekolah
yang mampu bersaing di peringkat daerah, bahagian dan negeri malahan ia juga dapat
membantu kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani dan
Kesihatan kerana semua acara ini juga merupakan kemahiran yang perlu diajar oleh para
guru Pendidikan Jasmani.

3. OBJEKTIF
3.1 Membaikpulih gelanggang lompat jauh dan lontar peluru yang sediaada supaya lebih
sesuai dan selamat digunakan.
3.2 Menyediakan atlet dengan latihan yang terbaik sebelum menyertai kejohanan
peringkat tinggi.

4. JUSTIFIKASI
4.1 Acara padang merupakan penyumbang pingat untuk sekolah dalam kejohanan
MSSD.
4.2 Kemudahan juga perlu untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Jasmani.
4.3 Sekolah mempunyai tenaga mahir untuk acara padang.
.

2
5. CADANGAN
5.1 Membina gelanggang konkrit lompat jauh dan lontar peluru
5.1.1 Ukuran gelanggang Lompat Jauh

9m

2.75m
5.1.2 Ukuran gelanggang Lontar Peluru

3
6. ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Pembinaan/Alatan Jumlah(RM)
1 Kos bahan mentah 3000.00
2 Kos gaji 2000.00
5000.00

7. PENUTUP
Jutaan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung atau sebaliknya dalam
membantu menjayakan cadangan membina kemudahan bagi acara padang di padang Sekolah
Kebangsaan Garland untuk dijadikan sebagai pemangkin kepada kecemerlangan sukan
sekolah.

Disediakan oleh; Disemak oleh; Disahkan oleh;

................................... ....................................... ................................


(GHAZI BIN TURKEY) (SAMUEL ANAK NOEID) (ELVAN ANAK KIM LAI)
Guru Sukan, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar,
SK Garland SK Garland SK Garland

4
LAMPIRAN

Gambar 1: Tapak landasan lompat jauh

Gambar 2: Tapak gelanggang Lontar Peluru

Anda mungkin juga menyukai