Anda di halaman 1dari 1

Tajuk : Saya seekor anak ayam

Oleh : Elizabeth Unyang Clarence


SK St. James Quop
Kelas : Tahun 3

Saya Seekor Anak Ayam


Saya seekor anak ayam. Saya tinggal di sebuah kampung yang indah.
Bapa saya ayam jantan. Bapa saya besar dan kuat.
Di atas kepalanya ada balung yang besar dan berwarna merah. Oh..Cantiknya!
Setiap pagi bapa saya berkokok dengan kuat untuk membangunkan orang daripada
tidur.
Setiap hari, ibu membawa kami keluar untuk bermain dan mencari makanan .Kami
suka bermain sambil kejar mengejar. Ibu juga mengajar kami mencari ulat dan biji
bijian.
“Anak-anak, kita tidak ada gigi, telanlah sedikit batu kecil supaya makanan kita
mudah dicernakan.”
Suatu hari , kami bermain di padang. Tiba-tiba datang seekor helang.
“Cepat…sembunyi dibawah kepak ibu.”
Kami berasa sangat takut, kami cepat-cepat bersembunyi di bawah kepak ibu.
“Jangan takut anak-anak, kamu semua akan selamat”.
Helang merenung tajam kearah ibu .Ibu pula membeliakkan matanya kearah helang
itu, Tidak lama kemudian, helang itu pun terbang pergi .
Kami sudah selamat…yeay…
Saya mahu menjadi berani seperti ibu apabila besar nanti.

Daripada cerita ini, Pengajaran yang ingin dikongsikan adalah kita hendaklah rajin
dan berani untuk menghadapi cabaran hidup.

Anda mungkin juga menyukai