Anda di halaman 1dari 2

Tajuk Cerita: PINOCCHIO

Oleh: Ellysia Selfira Anak Samuel


Sekolah: SK St. James Quop

Selamat pagi dan salam sejahtera. Bertaut tangan salam dihulurkan, izinkan
saya memperkenalkan cerita yang bertajuk “Pinocchio”.
Tidak lama dahulu, seorang lelaki bernama Gappetto suka mengukir pada kotak
muzik dan jam. Suatu hari, dia membuat boneka khas dan menamakannya Pinocchio.
Dia kemudiannya melihat bintang di langit dan membuat hajat, “Saya harap Pinocchio
ini boleh bertukar menjadi kanak-kanak sebenar!”
Setelah Gappetto tidur, pari-pari Blue Fairy datang ke bengkelnya. “Gappetto,
kamu telah memberi banyak kegembiraan kepada semua orang. Sudah tiba masanya,
hajat kamu ditunaikan.”
Pari-pari Blue Fairy menyentuh boneka itu dengan tongkat saktinya. “Saya
hadiahkan sebuah kehidupan kepada boneka ini!” dan dengan sekelip mata, Pinocchio
hidup.
“Saya boleh berjalan!” Jerit Pinocchio. “Benarkah saya seorang kanak-kanak?”.
“Tidak Pinocchio,” jawab pari-pari Blue Fairy. “Menunaikan hajat Gappetto adalah
bergantung pada kamu. Buktikan yang kamu seorang yang berani, jujur dan rendah
diri.”
Pari-pari itu menyuruh seekor cengkerik, Jiminy Cricket, untuk menolong
Pinocchio. Jiminy ialah seekor cengkerik yang sentiasa pergi dari satu rumah ke rumah
yang lain mencari tempat tinggal dan dia suka menyanyi. Pada malam itu, dia tinggal di
bengkel Gappetto.
Pari-pari Blue Fairy menyentuh Jiminy dengan tongkat saktinya dan dia akan
membantu Pinocchio dalam mengenal perkara baik dan buruk. Sebelum pari-pari Blue
Fairy berlalu pergi, dia berpesan, “Ingat Pinocchio, kamu perlu jadi budak yang baik.
Gappetto terjaga dan mendapati yang bonekanya hidup. Dia mengambil
Pinocchio dan memeluknya. “Hajat saya ditunaikan!”. Dia bangga dan memperkenalkan
Pinocchio kepada Figaro dan ikan emasnya, Cleo. Setelah penat meraikan Pinocchio,
mereka semua kembali tidur.
Keesokan paginya, Gappetto memberi Pinocchio sebiji epal dan buku. Dia
menyuruh Pinocchio pergi ke sekolah. Pinocchio pergi ke sekolah tanpa Jiminy. Dalam
perjalanan ke sekolah, seekor musang bernama Honest John mengajak Pinocchio
untuk pergi ke Pulau Ajaib. Pinocchio yang mudah terpengaruh terus melompat naik
sebuah kereta.
Di Pulau Ajaib, Pinocchio bersama budak-budak lain bermain sepuas-puasnya.
Jiminy cuba memujuk Pinocchio untuk pulang supaya dia berpeluang menjadi budak
sebenar tetapi Pinocchio tetap mahu tinggal di situ. Tiba-tiba, telinganya bertukar
menjadi telinga keldai dan mempunyai ekor! Pinocchio dan Jiminy ketakutan dan berlari
pulang.
Setibanya di rumah, mereka mendapati Gappetto tidak ada di situ. Seekor
burung merpati muncul dan membawa sekeping nota. Nota itu menyatakan Gappetto
telah pergi ke laut mencari Pinocchio dan ditelan oleh seekor ikan paus. Tetapi,
Gappetto masih hidup!
Pinocchio terus menuju ke laut dan menjumpai Gappetto di dalam perut ikan
paus. Pinocchio mendapat idea untuk membuat ikan paus itu bersin dengan membuat
unggun api. Tidak lama selepas itu, ikan paus itu bersin. Pinocchio dan ayahnya
tercampak keluar. Mereka segera pulang ke rumah.
Tiba-tiba, pari-pari Blue Fairy muncul dan menukarkan Pinocchio yang berani
menjadi seorang budak yang sebenar. “Saya seorang budak yang sebenar!” jerit
Pinocchio sambil memeluk ayahnya.
Kawan-kawan, ingatlah kita jangan sesekali cuba berbohong seperti Pinocchio
kerana sikap itu tidak disenangi oleh semua orang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai