Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA PERMOHONAN PERUNTUKAN

BAGI KHIDMAT JURULATIH LUAR


DAN
PERUNTUKAN PERALATAN
UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN BOLA TAMPAR
SMA TAN SRI GHAZALI JAWI (SABK) 2024

Disediakan oleh : ABDUL RAHMAN BIN WAHID PUTERA


Guru Penasihat Kelab Bola Tampar
SMA Tan Sri Ghazali Jawi 2023/24
KERTAS CADANGAN
MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN BAGI KHIDMAT JURULATIH DAN
PERALATAN UNTUK PEMBANGUNAN SUKAN BOLA TAMPAR

1) PENDAHULUAN

Sukan dan permainan adalah aktiviti yang digalakkan penyertaannya kepada semua
pelajar SMA Tan Sri Ghazali Jawi (SMATSGJ). Pelbagai jenis sukan dan permainan boleh
menjadi pilihan pelajar-pelajar sebagai inisiatif untuk meningkatkan penyertaan dalam
aktiviti kokurikulum di sekolah. Selain menggalakkan semua murid untuk kekal sihat
dan cergas, ia juga mampu membentuk disiplin mereka.
Walaupun terdapat golongan pendidik yang mampu membimbing mereka, namun
mereka masih memerlukan khidmat nasihat dan tunjuk ajar dari individu yang
professional bagi memantapkan lagi kemahiran mereka. Oleh itu, secara rasionalnya
bantuan jurulatih luar yang lebih mahir amatlah diharapkan. Selain meningkatkan
Kemahiran dan meningkatkan ketangkasan mereka, ia juga dapat mengembangkan lagi
bakat dan mendedahkan diri mereka tentang kejurulatihan dalam bidang sukan. Usaha
ini diharapkan dapat membantu sekolah dalam meeningkatkan mutu sukan SMATSGJ
serta mengharumkan nama SMATSGJ di dalam dan luar daerah Hulu Perak pada masa
akan datang.

2) TUJUAN

Kertas kerja ini dirangka bertujuan bagi mendapatkan peruntukan kewangan daripada
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMA Tan Sri Ghazali Jawi untuk membantu Kelab
Bola Tampar SMATSGJ mendapatkan khidmat jurulatih dari luar yang berbayar serta
mendapatkan dana bagi membeli peralatan yang mampu memudahkan aktiviti
pembangunan sukan Bola Tampar SMATSGJ. Selain itu, permohonan peruntukan ini juga
bertujuan memudahkan pengurusan pakaian Kontinjen Bola Tampar dalam perlawanan
persahabatan dan persiapan penyertaan dalam kejohanan-kejohanan yang akan
berlangsung sepanjang tahun 2024.

3) MATLAMAT
Membantu kelab dan pasukan Bola Tampar SMATSGJ dalam Program Pembangunan
Bakat Bola Tampar SMASTGJ sepanjang tahun 2024.

4) OBJEKTIF
4.1 Menggalakkan penyertaan murid-murid dalam aktiviti sukan dan permainan.
4.2 Membantu murid-murid mendapat latihan yang terbaik untuk meningkatkan
kemahiran mereka.
4.3 Membolehkan murid-murid menyertai pertandingan bola tampar di pelbagai
peringkat.

5) MAKLUMAT JURULATIH
NAMA JURULATIH Mohamad Zulhairie Iman Bin Mohd Zamiri
PENGALAMAN Peserta:
 Tempat Ketiga Kejohanan Bola Tampar U21
Terbuka Perak
 Johan Karnival Sukan Bola Tampar, Baling,
 Peserta Bola Tampar KPTM Bangi Di Kejohanan
Ace Volleyball Club pada akhir Disember 2023.
 Pernah Mewakili Smk Putra, Perlis Untuk
Perlawanan Bola Tampar Majlis
Sukan Sekolah Perlis.
 Bermain Di Pelbagai Kejohanan Bola Tampar
Terbuka Dan Juga
6) TARIKH
Oktober 2023 hingga Jun 2024

7) SASARAN
Peserta Bola Tampar Lelaki dan Perempuan SMA Tan Sri Ghazali Jawi

8) ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA ANGGARAN UNIT JUMLAH (RM)


1 KHIDMAT JURULATIH RM30 / hari Rm1080
36 hari
*Lampiran 1 - Jadual latihan
2 Bola Tampar 12 biji RM 135.00 RM1620
- Molten V5M3500
3 Jersey Kejohanan 24 helai RM 55.00 RM1320
*Lampiran 2 – Design Baju
JUMLAH KESELURUHAN (RM) RM 4020

9) PENUTUP
Adalah menjadi harapan besar agar kertas cadangan ini diluluskan oleh Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SMA Tan Sri Ghazali Jawi. Dengan ini, segala peruntukan dan
bayaran khidmat jurulatih yang disalurkan akan digunakan dengan sebaik-baiknya.
Semoga kerjasama yang diberikan dapat membantu program Pembangunan Bola
Tampar SMATSGJ cemerlang di peringkat tertinggi.
Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………………………….
……………………………………………………. ( )
( ) Penolong Kanan Kokurikulum,
Guru Penasihat, SMA Tan Sri Ghazali Jawi
Kelab Bola Tampar,
SMA Tan Sri Ghazali Jawi

Disahkan oleh, Diluluskan oleh,

……………………………………………………. …………………………………………………….
( ) ( )
PK Pentadbiran, Yang DiPertua,
SMA Tan Sri Ghazali Jawi Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
SMA Tan Sri Ghazali Jawi

Anda mungkin juga menyukai