Anda di halaman 1dari 4

SK KULAMBAI,

PETI SURAT 104, 89158 KOTA BELUD

KERTAS KERJA CADANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN BADMINTON DAN PERSIAPAN KE KEJOHANAN MSS BADMINTON ZON BARAT TAHUN 2013
DISEDIAKAN : NASHRUDDIN ZAKARIA, (Jurulatih Badminton SK Kulambai) Kota Belud.

PENDAHULUAN Kertas kerja ini merupakan satu cadangan untuk membina minat pelajarpelajar di SK Kulambai supaya dapat menanam minat dan kecenderungan bukan sahaja sekadar untuk bermain, malah dapat mempertingkatkan lagi kemahirankemahiran tertentu dalam permainan badminton . Cadangan saya ini adalah bersifat untuk jangkamasa pendek dan untuk perancangan jangka masa yang lebih panjang akan dibentangkan dalam kertas kerja berasingan.

OBJEKTIF 1) 2) 3) 4) Mengesan bakat pemain di SK Kulambai. Mencari wakil sekolah dalam MSS Badminton Zon Barat. Menyediakan modul latihan sebelum pertandingan. Memastikan dan mempersiapkan barisan pelapis pamain badminton sekolah. CADANGAN AKTIVITI Aktiviti ini adalah bersifat cadangan dan bergantung kepada pihak pentadbiran untuk membuat perubahan atau penambahbaikan.

TARIKH /MASA 05/02/2013 (SELASA) Jam : 3pm 5 pm

AKTIVITI Aktiviti pemilihan dilakukan. Murid yang terbaik akan dipilih dan menjalani latihan intensif sebelum ke MSS Zon Barat. Pada masa yang sama. Jurulatih juga akan mengesan bakat sebagai pelapis yang akan digilap dari semasa ke semasa sebagai persiapan tahun mendatang. Pemain akan berlatih di dewan badminton tertutup. Pemain akan dididik dan didedahkan dengan taktikal dan strategi dalam pertandinga badminton. Pemain akan berlatih di dewan sekolah. Jurulatih akan menitikberatkan latihan asas beserta teori-teori permainan.

CATATAN

09/02/2013 (SABTU) 10am 12pm 13/02/2013 (RABU) 3pm-5pm

Tempat : Dewan St Edmund.

Tempat : Dewan sekolah.

Sessi motivasi dan menanam semangat kepercayaan dengan kebolehan kendiri . Pemain akan berlatih di dewan badminton tertutup. Pemain akan dididik dan didedahkan dengan taktikal dan strategi dalam pertandingan badminton dengan lebih mendalam dn khusus. Pemain akan bertanding di kejohanan Badminton MSS Zon Barat. Tempat : Dewan St Edmund.

15/02/2013 (JUMAAT) 2.30 4.30 PETANG

19 & 21 /02/2013 (SELASA & KHAMIS)

Tempat : Dewan SJK Chung Hwa, Kota Belud.

BUDGET / KOS AKTIVITI

BIL 1 2

PERKARA Shuttle RSL No.1 (1 Tabung) Kos Gelanggang tertutup: 1 Gelanggang : RM6 X 2 jam = RM12 RM12 X 2 Gelanggang = RM24 RM24 X 2 hari latihan = RM48

JUMLAH / CATATAN RM54 RM48 (kos 1 jam = RM6)

Kos pengangkutan: - RM20 (utk 2 kereta) - RM20 X 2 hari = RM40 Yuran Kejohanan Pertandingan Badminton MSS Zon Barat KOS KESELURUHAN

RM40

RM50 RM192.

PERSIAPAN KE MSS BADMINTON ZON BARAT. Persiapan yang rapi dan terancang perlu dibuat supaya kejohanan MSS dapat dijalankan dengan lancar bagi mengelakkan sebarang keciciran yang merugikan pemain dan pihak sekolah. Secara ringkas perincian persiapan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut: BIL 1 2 3 PERKARA Yuran Kejohanan Pertandingan Badminton MSS Zon Barat 8 Orang pemain sekolah 2 Orang Guru Pengiring CATATAN RM50 4 Pemain lelaki 4 Pemain perempuan Guru 1 : untuk mengurus semua keperluan pemain badminton sekolah. Guru 2 : Untuk menjadi Umpire / Hakim kejohanan.

4 5 6

Pengangkutan Pergi dan Pulang para pemain Sarapan pagi dan Makan Tengahari para pemain Air minum pemain masa kejohanan dan minuman tambahan. Minuman tambahan yang dicadangkan adalah LIVITA / 100PLUS PENUTUP

Selaku Jurulatih, saya amat berharap semoga aktiviti dan program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan mendapat kerjasama dari pihak pentadbiran serta guru-guru yang terlibat. Apabila minat para pelajar dibentuk disusuli dengan bimbingan guru serta sokongan pihak pentadbiran sekolah secara berterusan, SK Kulambai, Kota Belud akan melahirkan pemain badminton yang mampu memberi saingan ke peringkat negeri dan peringkat kebangsaan satu hari nanti. Insyallah.

Anda mungkin juga menyukai