Anda di halaman 1dari 1

Kepada : Guru Besar 2 MAC 2020

SRA Pulau Lumut


SRA (KAFA) Intergrasi Kg. Perigi Nenas
Pulau Indah
42920 Pelabuhan Klang, Selangor.

MAKLUMAN DAN MEMOHON PERLEPASAN MUIRD BAGI MENJALANI LATIHAN BOLA BALING

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan/puan, Pasukan Bola Baling sekolah akan menyertai Kejohanan Bola
Baling MSSD Klang pada April 2020. Sehubungan itu, pihak kami akan mengadakan latihan sebagai
persiapan awal bagi menyertai kejohanan tersebut mengikut ketetapan berikut ;

2.1 Hari : Setiap Isnin - Jumaat


2.2 Masa : 5.00 – 6.30 Petang
2.3 Tempat : Padang SK Pulau Indah

3. Besarlah harapan kami agar pihak tuan/puan datang memberikan perlepasan kepada murid
yang terpilih mengikuti latihan tersebut. Senarai nama murid terkini yang layak menyertai sesi latihan
Bola Baling sekolah adalah seperti dalam lampiran . Pihak kami ingin memaklumkan bahawa surat yang
dikeluarkan sebelum ini adalah terbatal dengan serta merta atas sebab perubahan nama yang berlaku.
Sebarang kesulitan yang berlaku amat dikesali.

4. Segala jasa baik dan kerjasama pihak tuan/puan amat saya hargai dan diucapkan jutaan terima
kasih.

Sekian. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai