Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEPULUT

Peti Surat 53, 89950 Nabawan,Sabah.




____________________________________________________________
Ruj Kami : XEA1112/400- /10
Tarikh : 17 APRIL 2014

Pengurus Operasi,
Syarikat Teroka Jaya Sdn Bhd


Tuan/Puan ,

MEMOHON SUMBANGAN PASIR

Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas dirujuk.

02. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak SMK. Sepulut ingin memohon sumbangan
pasir dari pihak tuan.Sumbangan pasir ini sangat-sangat diharapkan untuk kegunaan di
arena lompat jauh dan lompat kijang.Tambahan pula pihak sekolah akan menganjurkan
kejohanan sukan sekolah seperti ketetapan berikut:

Tarikh Kejohanan : 24 hingga 27 Jun 2013 ( Isnin hingga Khamis)
Tempat : Padang SMK Sepulut


03. Sehubungan dengan itu, Unit Sukan SMK Sepulut ingin memohon jasa baik dan
sumbangan pasir pihak tuan.Jumlah pasir yang diperlukan adalah sebanyak 50 karung dan
segala urusan pengambilan akan dibuat oleh pihak sekolah.

04. Diharapkan pihak Tuan dapat menyumbangkan pasir yang diperlukan.Segala
sumbangan dan bantuan pihak Tuan adalah amat dihargai dan di dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,


..................................................
HM OSMAN BIN AGANDUK
Pengetua,
SMK Sepulut

Anda mungkin juga menyukai