Anda di halaman 1dari 1

Ruj.

Kami : SJKTPERAI /800-7/4/2/19 (1)


Tarikh : 08 MEI 2023

TN HJ SUHAIMI BIN ABDULLAH ,


PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEBERANG PRAI TENGAH,
PERMATANG PASIR ,13500 PERMATANG PAUH ,
SEBERANG PRAI TENGAH , PULAU PINANG.

UNIT PEMULIHAN KHAS DAERAH SEBERANG PERAI TENGAH

Tuan,

JEMPUTAN SEBAGAI PENGADIL PERTANDINGAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN PERINGKAT SEKOLAH UNTUK GURU-GURU SEKOLAH TAMIL DI SJKT
PERAI.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan SJKT PERAI akan mengadakan Pertandingan Inovasi Pengajaran dan
Pembelajaran peringkat sekolah untuk guru-guru SJKT PERAI dengan kerjasama Unit Pemulihan,
Panitia Bahasa Melayu dan Matematik. Pertandingan akan diadakan seperti butiran berikut:

Tarikh : 15 Mei 2023


Hari : Isnin
Masa : 2.00 petang

3. Sehubungan dengan itu, kami ingin memohon jasa baik tuan untuk menerima jemputan
sebagai pengadil untuk pertandingan ini. Bersama surat ini disertakan kertas kerja Pertandingan
Inovasi Pengajaran dan Pembelajaran Anjuran SJKT Perai bersama Unit Pemulihan Panitia Bahasa
Melayu dan Matematik.

4. Keprihatinan pihak tuan dalam hal ini amatlah kami hargai.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

_________________________
(PN.VASAGI DEVY A/P ARIVANANDAM)
Guru Besar
SJKT PERAI

Anda mungkin juga menyukai