Anda di halaman 1dari 2

Rujukan kami: JRA3001/600-10/2/7

Tarikh : 19 September 2013

Pengarah,
Kolej Komuniti Bandar Penawar,
81930 Kota Tinggi, Johor

Tuan,

PERMOHONAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM IMPAK MAKSIMA


PELAJAR SPM DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman pihak tuan,Unit Kecemerlangan SMK Agama Bandar


Penawar ingin mengadakan Program Impak Maksima pelajar-pelajar tingkatan 5 bagi
memantapkan penguasaan mereka dalam semua mata pelajaran sebelum menghadapi
peperiksaan SPM yang sebenar.

3. Kami ingin memohon kebenaran untuk mengadakan program tersebut di


Kolej Komuniti Bandar Penawar pada 7 hingga 10 Oktober 2013. Kami juga memohon
untuk menggunakan kemudahan-kemudahan di Kolej Komuniti Bandar Penawar
sebagaimana lampiran yang disertakan. Besarlah harapan kami agar permohonan kami ini
mendapat perhatian sewajarnya dari pihak tuan.

4. Sekian sahaja untuk makluman pihak tuan. Segala kerjasama yang


diberikan didahulukan dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar :

......................

sk : Fail Kecemerlangan SMKA Bandar Penawar


PROGRAM IMPAK MAKSIMA PELAJAR SPM 2013

SENARAI KEMUDAHAN YANG DIPERLUKAN


DI KOLEJ KOMUNITI BANDAR PENAWAR

Tarikh : 7, 8 , 9 dan 10 Oktober 2013


Hari : Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis
Jumlah Peserta : 77 orang ( 24 lelaki, 53 perempuan )

BIL KEMUDAHAN CATATAN


1 Dewan kuliah
2 Bilik kelas 1 bilik
3 Dewan Makan / kantin
4 White board
5 PA Sistem
6 LCD

Disahkan oleh :

Anda mungkin juga menyukai