Anda di halaman 1dari 2

Latihan

1. Rajah menunjukkan pekerjaan yang mempunyai gaji yang tertinggi di Malaysia.

1. PAKAR BEDAH
Bidang: Kesihatan & perubatan
Kelayakan Minimum: Ijazah Kedoktoran
Gaji Bulanan: RM 70 000

2. KETUA PEGAWAI KEWANGAN


Bidang : Kewangan
Kelayakan minimum : Ijazah Sarjana Dalam
perakaunan kewangan atau perniagaan
Gaji Bulanan: RM 70 000

3. PENGARAH PEMASARAN
Bidang : Pemasaran
Kelayakan minimum : Ijazah Sarjana Dalam pemasaran atau
pentadbiran perniagaan
Gaji Bulanan : RM 55 000

Bagaimanakah Iskandar merealisasikan impian anaknya, Fatin untuk memiliki salah satu kerjaya tersebut.
[8 markah]

6(b) Markah 1 – 4 Markah 5 – 8 Markah 9 – 12


Menunjukkan Menunjukkan kefahaman Menunjukkan kefahaman tentang:
kefahaman tentang: tentang: - Merancang pendidikan –
- Merancang - Merancang pendidikan – penerangan mendalam dari
pendidikan penerangan ringkas dari sekolah rendah
- Belajawan peribadi sekolah rendah ke university - Belanjawan peribadi – penerangan
- Strategi simpanan - Belajawan peribadi – mendalam
- Menambah penerangan ringkas - Strategi simpanan – penerangan
sumber - Strategi simpanan – mendalam/tempat tabungan
pendapatan penerangan ringkas/tempat - Menambah sumber pendapatan –
tabungan cara /penerangan mendalam.
- Menambah sumber
pendapatan –
cara/penerangan ringkas
CONTOH JAWAPAN 12 MARKAH:

Bagi merealisasikan impian anaknya untuk menjadi ketua pegawai kewangan, Ahmad perlu menyediakan
program/agenda seperti berikut:

Fatin perlu menduduki ujian prikometrik untuk melihat kecenderungan kerjaya yang diwarisi secara”trait
and factor”.

Memastikan aliran pendidikan sejajar dengan bidang yang ingin diceburi. Fatin perlu menjurus kepada aliran
sastera ikhtisas. Dalam aliran ini Fatin akan mengambil subjek elektif seperti ekonomi, perakaunan dan
matematik tambahan yang merupakan subjek penting bagi meneruskan impiannya.
Dengan keputusan SPM yang cemerlang, Fatin akan memasuki Kolej Matrikulasi dan seterusnya mengikuti
kursus perakaunan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Setelah tamat pengajian selama 4 tahun. Fatin akan
memohon pekerjaan sebagai pegawai kewangan di syarikat swasta. Fatin akan menjawat jawatan ini selama
10 tahun hingga 15 tahun sebelum menjawat jawatan ketua pegawai kewangan di syarikat swasta yang
berprestij.

Ahamd akan memastikan sumber kewangan yang mencukupi bagi menampung kos pengajian dan kos hidup
mencukupi.
Anggaran Kos Pengajian Di UKM:

Yuran pengajian (4 tahun) RM 69 000


Kos sara hidup RM650 x 48 bulan RM 31 200
Buku/alat tulis RM 250 x 4 tahun RM 1 000
Jumlahkos terlibat RM 101 200
Ahmad perlu menyediakan belanjawan peribadi yang bersesuaian bagi memastikan tabunganya cukup
untuk membiayai pendidikan Fatin:

Contoh belanjawan peribadi:


Pendapatan boleh guna RM 6 000
Tolak: Makan/ minum RM 1 000
Sewa rumah RM 600
Bil utility RM 600
Petrol RM 400
Derma RM 200
Lain-lain RM 200

Tabungan RM 3 000

 Tabungan untuk anak sebanyak RM 1 400


sebulan
Baki untuk tabungan lain-lain

Peracangan perbelanjaan yang berhemat akan membantu Ahmad menabung. Antara strategi simpanan
yang boleh dipilih ialah dengan menabung sama ada di bank perdangangan, bank islam, Bank Simpanan
Nasional, Lembaga Tabung Haji, unit amanah, koperasi, insurans nyawa, syarikat kewangan atau simpanan
lain.

Ahmad memilih menabung untuk pendidikan anaknya di Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).
Melalui skim ini, Ahmad layak mendapat pengecualian cukai di samping menerima dividen dan bonus.

Usaha-usaha lain yang boleh dilakukan oleh Ahmad untuk menambahkan pendapatanya adalah melalui
pelaburan. Ahmad boleh menjadikan rumah pusaka dikampung sebagai inap desa untuk mendapat sewa.
Ahmad juga boleh berniaga secara atas talian untuk mendapatkan untung

Anda mungkin juga menyukai