Anda di halaman 1dari 3

Bahagian B

1. a. Maklumat yang berikut berkaitan dengan iklan A dan iklan B.


Iklan A Iklan B
Jawatan : Pegawai Pemasaran Jawatan : Pegawai Kewangan Bank
Kelayakan : Sarjana Muda Ekonomi Kelayakan : Sarjana Muda Kewangan
Gaji : RM3 000 Gaji : RM3 600
Kemudahan : Rawatan perubatan percuma, Kemudahan : Rawatan perubatan percuma,
faedah pinjaman perumahan 3%, elaun lebih faedah pinjaman perumahan 2.5% dan
masa. Gimnasium percuma bagi staf.
Keutamaan : Pengalaman tidak diperlukan, Keutamaan : Pengalaman 1 tahun diperlukan
memiliki kereta sendiri, sanggup bekerja lebih dalam bidang berkaitan, memiliki kereta sendiri,
masa. sanggup dihantar ke luar bandar.
Semua permohonan hendaklah dialamatkan Semua permohonan hendaklah dialamatkan
kepada: kepada:
Bahagian Sumber manusia, Bahagian Personal dan Pentadbiran
Syarikat Gemilang Terbilang Sdn. Bhd, Bank Warisan Bhd,
151 Jalan Kuala Kangsar, Taman Meru, Lot 51, Jalan Hang Tuah,
66300 Ipoh, Perak. 47300 Subang Jaya, Selangor.

Setelah meneliti iklan tersebut, Encik Anafiah yang tinggal di Ipoh membuat keputusan untuk
memohon bekerja di Syarikat Gemilang Terbilang Sdn. Bhd.
Bincangkan tindakan yang diambil oleh Encik Anafiah? [12 Markah]

Pekerjaan merupakan sesuatu yang dilakukan oleh seseorang buruh secara fizikal atau mental
dalam proses pengeluaran. Pekerjaan juga merupakan suatu hubungan yang melibatkan dua pihak
antara pengusaha dan pekerjanya. Seseorang individu bekerja bertujuan mendapatkan pendapatan
wang atau keuntungan untuk digunakan membeli barang dan perkhidmatan yang diperlukan.

Encik Anafiah membuat keputusan untuk memohon bekerja di Syarikat Gemilang Terbilang Sdn.
Bhd kerana beliau mempunyai kelayakan akademik dan bersesuai dengan jawatan tersebut. Hal ini
dapat meningkatkan keyakinan untuk memajukan diri dalam bidang kerjaya yang dipilihnya. Selain
itu, faedah sampingan yang diberi oleh Syarikat Gemilang Terbilang Sdn. Bhd adalah elaun lebih
masa, faedah pinjaman perumahan dan rawatan percuma. Elaun lebih masa dapat meningkatkan
pendapatan Encik Anafiah. Di samping itu, lokasi tempat kerja Syarikat Gemilang Terbilang Sdn. Bhd
lebih dekat berbanding Bank Warisan Bhd. Hal ini dapat menjimatkan masa dan kos pengangkutan
Encik Anafiah. Tambahan pula, jawatan yang dimohon oleh Encik Anafiah tidak memerlukan
pengalaman. Hal ini dapat memastikan keberangkalian untuk mendapatkan pekerjaan yang dipohon
adalah lebih cerah.
b. Maklumat di bawah berkaitan dasar kerajaan.
Kerajaan mengumumkan penurunan kadar cukai pendapatan individu antara satu
hingga dua peratus bagi semua kumpulan pendapatan. Kadar cukai pendapatan individu
yang tertinggi ialah 29% diturunkan menjadi 28%.

Bincangkan kesan penurunan kadar cukai tersebut? [8 markah]


Cukai pendapatan individu merupakan salah satu komponen potongan wajib. Penurunan
kadar cukai pendapatan individu bermakna jumlah cukai yang dikenakan terhadap individu
berkurang.

Penurunan jumlah cukai akan meningkatkan pendapatan boleh guna seseorang individu. Ia
akan menyebabkan kuasa beli individu bertambah dan meningkatkan jumlah permintaan kualiti
barangan atau perkhidmatan terutama barang kehendak. Secara tidak langsung penurunan kadar
cukai akan meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Pada masa yang sama, firma akan menghadapi kekurangan stok kerana berlaku lebihan
permintaan. Seterusnya, firma akan meningkatkan jumlah output dan menyebabkan keuntungan
firma bertambah. Firma akan menambahkan pelaburan baharu seperti pembinaan kilang dan ia akan
mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Selain itu, penurunan kadar cukai akan mengurangkan
hasil kerajaan yang mungkin akan menyebabkan risiko belanjawan kurangan berlaku.
2. Maklumat di bawah berkaitan dengan pendapatan dan perbelanjaan bulanan Encik
Fatah Amin.
Pendapatan RM3 000
Perbelanjaan RM3 700

Keadaan tersebut merupakan trend generasi Y sekarang.


a. Huraikan kesan trend tersebut? [8 markah]
Perbelanjaan Encik Fatah Amin melebihi pendapatannya, iaitu sebanyak RM700 sebulan.
Keadaan ini menunjukkan Encik Fatah Amin berbelanja berlebihan terhadap barang dan
perkhidmatan. Perbelanjaannya tidak dirancang terlebih dahulu dan barang yang tidak penting atau
mustahak didahulukan.
Apabila perbelanjaan melebihi pendapatan Encik Fatah Amin terpaksa membuat pinjaman
daripada bank atau ahli keluarga. Jika trend ini diamalkan, hutang atau pinjaman Encik Fatah Amin
akan semakin bertambah setiap bulan. Keadaan ini mungkin membawa kepada kemuflisan bagi
individu tersebut jika pinjaman bank tidak dapat dilangsaikan. Pinjaman yang makin bertambah juga
menyebabkan masalah hubungan kekeluargaan dalam rumah tangga. Selain itu, tabungan Encik
Fatah Amin akan berkurang atau sifar. Apabila tabungan berkurang atau sifar, keadaan ini akan
mengurangkan keupayaan pelaburan pada masa depan. Di samping itu, perbelanjaan yang
berlebihan akan mewujudkan lebihan permintaan yang akan meningkatkan inflasi. Inflasi akan
menyebabkan tingkat harga barang meningkat di mana kuasa beli masyarakat akan jatuh dan
seterusnya taraf hidup jatuh.

b. Bincangkan bagaimana trend tersebut boleh diperbetulkan supaya pendapatan


melebihi perbelanjaan individu? [12 markah]
Setiap individual haruslah membelanja dengan berjimat cermat dan merancang belanjawan
peribadi terlebih dahulu sebelum melakukan perbelanjaan. Belanjawan peribadi ialah anggaran
perbelanjaan berdasarkan anggaran pendapatan boleh guna seseorang individu untuk tempoh
tertentu seperti satu bulan.

Langkah pertama untuk menyediakan belanjawan peribadi ialah mengenalpasti punca


pendapatan dan potongan wajib. Keduanya, catatkan semua perbelanjaan yang hendak dilakukan
dalam satu jangka masa tertentu. Selepas itu, susunkan perbelanjaan mengikut keutamaan di mana
yang sangat penting didahulukan dan yang kurang penting ditangguhkan pembeliannya. Akhirnya
mengimbangkan anggaran pendapatan boleh guna dengan perbelanjaan untuk mengelak berhutang
dan catatkan amaun tabungan.

Tabungan yang baki haruslah disimpan di dalam bank perdagangan untuk memperolehi faedah.
Tabungan tersebut dapat memenuhi cita-cita pada masa akan datang seperti pergi melancong,
membiayai pendidikan, membeli barang kehendak dan sebagainya. Selain itu, tabungan juga adalah
untuk tujuan awasan seperti kemalangan. Di samping itu, tabungan dapat membantu kita
menjelaskan hutang dan mengelakkan kita berhutang pada masa depan.

Anda mungkin juga menyukai