Anda di halaman 1dari 47

KANDUNGAN

 RINGKASAN

 PENGENALAN PERNIAGAAN

 TUJUAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN


DISEDIAKAN

 LATAR BELAKANG PEMILIK

 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

 PENGURUSAN

 PEMASARAN

 KEWANGAN

 PENUTUP

SHAFANI ENTERPRISE 1
1.0 RINGKASAN

SHAFANI ENTERPRISE adalah sebuah perniagaan perkongsian yang menjalankan


perniagaan menjual produk kecantikan dan kesihatan serta rawatan kesihatan dan juga
menjual pelbagai jenis tudung. Perniagaan telah beroperasi selama lima tahun dengan
modal permulaan sebanyak RM10,000.00 yang didaftarkan di alamat 709-C-3H, Flat Sri
Terengganu, Sentul, 51000 Kuala Lumpur dan telah beroperasi di No FC13, Tingkat 1,
BB Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Kawasan ini sungguh strategik kerana berada di kawasan yang dikenali sebagai segitiga
emas di Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan orang ramai dengan deretan kedai, gedung
perniagaan dan bank yang menjadi tumpuan pelajar, orang ramai seperti pekerja pekerja
swasta dan kerajaan dan juga para pelancung yang berulang-alik ke kawasan tersebut
untuk tujuan menjamu selera, membeli belah, dan juga kegiatan harian yang lain.

Secara keseluruhannya saya dapat menjangkakan suatu persaingan yang sangat sihat
apabila membuka perniagaan di kawasan ini kerana terdapat banyak pesaing-pesaing
yang telah lama bertapak dan menguatkan semangat saya untuk terus maju di dalam
perniagaan dandanan dan kecantikan yang begitu konsisten di pasaran dengan satu tujuan
untuk memajukan diri sebagai usahawan bumiputera yang berjaya di suatu hari nanti.

Dari aspek pemasaran, SHAFANI ENTERPRISE tidak menghadapi masalah kerana


ianya telah mempunyai pelanggan yang tetap dan baru serta berada di dalam Kompleks
Perniagaan yang sememangnya menjadi tumpuan orang ramai pada setiap masa.
Pelbagai barangan yang ditawarkan seperti produk kecantikan dan kesihatan serta
rawatan kesihatan seperti rawatan resdung dan urutan selepas bersalin dan juga pelbagai
jenis tudung yang ditawarkan dengan harga yang berpatutan dimana ianya sangat
menarik perhatian pelanggan tidak kira lelaki mahupun kaum wanita mahupun pelancung
asing untuk mengunjungi kedai ini dalam tempoh yang berulang.

Matlamat Perniagaan ini adalah untuk :

a) Untuk memberi perkhidmatan menjual barangan kesihatan dan rawatan


kesihatan secara yang termampu oleh pengguna.

SHAFANI ENTERPRISE 2
b) Ianya juga untuk memenuhi citarasa pelanggan kini yang mahukan sesuatu
gaya dan fesyen yang “up-to-date” dimana tudung boleh disesuaikan di semua
majlis dan keramaian dan juga untuk pemakaian harian.

c) Dapat membantu pemilik dengan memberi keuntungan yang lumayan dari


segi pendapatan bulanan.

d) Mampu bersaing dengan peniaga-peniaga yang sedia ada serta menyahut


seruan Kerajaan yang mahukan lebih ramai usahawan-usahawan Bumiputera
menceburi bidang yang lazimnya dimonopoli oleh kaum bukan Bumiputera

Potenti Perniagaan boleh dilihat dari sudut :

a) Perkhidmatan menjual peoduk kesihatan dan rawatan kesihatan serta


tudung ini adalah sesuatu perniagaan yang sentiasa konsisten di pasaran
dan boleh menarik ramai pelanggan tetap sekiranya barangan dan
perkhidmatan yang diberikan memuaskan dan mengikut citarasa mereka.

b) Kemajuan sosio-ekonomi penduduk dari segi gaya kerja, kesihatan,


kecantikan dan personaliti adalah satu trend atau keutamaan masa kini.

c) Satu senario yang dapat dilihat apabila perkhidmatan ini dapat memberi
kepuasan kepada pelanggan untuk kelihatan lebih cantik dan bergaya dan
juga kesihatan yang baik dari masa ke semasa.

d) Fakta-fakta tersebut mengujudkan satu trend ingin kelihatan cantik,


bergaya dan hebat serta sihat terutama kepada kaum wanita yang
sememangnya mempunyai naluri yang kuat ke arah tersebut.

Kesimpulannya, maka wujudlah satu unjuran perniagaan yang statistik untuk membantu
perkhidmatan menjual produk kecantikan dan kesihatan serta rawatan kesihatan dan juga
menjual pelbagai jenis tudung berkembang dengan maju dan membantu usahawan untuk
mengendalikan pulangan dan aliran kewangan mereka.

Sejajar dengan itu, unjuran dibuat mengikut bilangan tahun operasi, bilangan pengguna
dan keupayaan perkhidmatan agar pihak usahawan perlu memainkan peranan penting dan
komited untuk merealisasikan pencapaian yang diunjurkan.

SHAFANI ENTERPRISE 3
2.0 PENGENALAN PERNIAGAAN

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdullillah saya bersyukur kehadrat ilahi


kerana dengan izinnya, Allah S.W.T, saya telah dapat menyiapkan sebuah kertas kerja
yang merangkumi segala aspek Rancangan, Tujuan, Pengurusan, Pemasaran, dan
Kewangan seperti yang telah tertera di depan muka hadapan dan sebagaimana sedia
maklum, perniagaan yang dijalankan adalah berteraskan kepada menjual produk
kecantikan dan kesihatan serta rawatan kesihatan dan juga menjual pelbagai jenis tudung.
Ianya menawarkan produk kesihatan dan pelbagai jenis tudung kepada kaum wanita dan
lelaki yang mementingkan kesihatan.

Nama kepada Syarikat yang menjalankan perniagaan ini ialah SHAFANI


ENTERPRISE yang telah ditubuhkan pada 16hb September 2002 beralamat di No
FC13, Tingkat 1, BB Plaza, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Perniagaan ini telah beroperasi di sekitar Lembah Klang dan Kompleks BB Plaza amnya
dimana terdapat bilangan pengunjung yang ramai dan juga bilangan pekerja-pekerja
swasta dan kerajaan yang ramai dan sejajar dengan perkembangan Lembah Klang yang
menjadi tumpuan orang ramai termasuk pelancong asing.

Menyedari permintaan terhadap produk kecantikan dan kesihatan sentiasa mendapat


tempat di hati pelanggan khasnya kepada kaum wanita, SHAFANI ENTERPRISE tidak
ragu-ragu untuk turun padang menambah pesaingan dengan visi untuk mempelbagaikan
dan memperhebatkan rangkaian produk dan perkhidmatannya, memperluaskan dan
menguasai kawasan-kawasan pasaran dan menarik lebih ramai kumpulan serta ingin
bersaing dengan perniagaan bukan bumiputera yang selama ini memonopoli pasaran
perkhidmatan tersebut, Insyaallah.

Dengan ini SHAFANI ENTERPRISE ingin memohon pembiayaan sebanyak


RM50,000 dengan tujuan untuk membantu menambah pusingan modal bagi pembelian
stok perniagaan dan belanja mengurus dengan tempoh bayaran balik selama 5 tahun
dengan tempoh bernafas selama 2 bulan.

Ringkasnya idea perniagaan ini wujud untuk menambahkan lebih ramai penglibatan
usahawan bumiputera di dalam bidang menjual produk kecantikan dan kesihatan serta
rawatan kesihatan disamping menyahut seruan Kerajaan yang mahukan usahawan
bumiputera mampu berdiri, bersaing dan boleh menyumbangkan kepada pembangunan
ekonomi negara dan dapat berkhidmat kepada masyarakat, bangsa dan agama.

SHAFANI ENTERPRISE 4
3.0 TUJUAN KERTAS KERJA PERNIAGAAN
DISEDIAKAN

Tujuan Kertas Kerja ini disediakan adalah untuk membentangkan perniagaan SHAFANI
ENTERPRISE yang meliputi pelbagai aspek pengurusan, pemasaran, operasi
perniagaan, perkhidmatan dan kewangan syarikat kepada pihak MARA dan seterusnya
memohon pembiayaan.

Jumlah pembiayaan yang dicadangkan adalah sebanyak RM50,000.00 (Ringgit


Malaysia : Lima Puluh Ribu Sahaja).

Tempoh pembiayaan yang dipohon adalah selama 5 tahun dan SHAFANI


ENTERPRISE turut memohon tempoh mula bayar balik dua (2) bulan selepas mendapat
pembiayaan.

Kos pelaburan projek adalah sebanyak RM55,000.00 dimana sebanyak RM5,000.00


adalah modal pemilik sendiri sementara baki iaitu RM50,000.00 adalah melalui
pembiayaan yang dipohon ini.

2.1 Pembiayaan ini akan digunakan untuk tujuan seperti berikut

No Perkara Jumlah

1 Belanja pengurusan seperti sewa kedai, gaji pekerja, api, RM20,000,00


air, pengangkutan

2 Membeli stok barangan jualan RM30,000.00

JUMLAH RM50,000.00

SHAFANI ENTERPRISE 5
2.2 Selain daripada beberapa perkara yang disebutkan di atas antara tujuan
tujuan lain kertas kerja perniagaan disediakan adalah seperti berikut:

2.2.1 Sebagai Satu Garis Panduan Menguruskan Projek

Ianya bertindak sebagai satu garis panduan dan kawalan kepada


perniagaan yang diceburi supaya perancangan yang dijalankan adalah
mengikut prosedur-prosedur yang telah dirancangkan dan ditetapkan.
Dengan itu setiap perancangan yang dijalankan akan mendapat mencapai
matlamat dan objektif dengan cukup berkesan.

2.2.2 Menentukan Potensi dan Daya Projek

Seterusnya, ia dapat menentukan potensi dan daya projek yang bakal


dijalankan serta menuju ke arah matlamat dan objektifnya dengan
berkesan.

2.2.3 Menambah Bilangan Pengusaha Bumiputra

Ianya juga bertujuan untuk menambahkan bilangan pengusaha bumiputera


yang menceburkan diri di dalam bidang perniagaan professional.

2.2.4 Mengenalpasti Masalah dan Risiko

Masalah dan risiko akan dapat dikenalpasti. Ini akan membantu di dalam
menyediakan alternatif-alternatif bagi mengatasi segala masalah yang
wujud dan risiko yang bakal ditempuhi nanti.

2.2.5 Potensi Perniagaan

Berdasarkan kepada analisa dan kajian pasaran yang dibuat, perniagaan ini
mempunyai potensi yang cukup besar untuk berkembang di sekitar 10%
hingga 20% setahun. Oleh itu kerana ia masih berada di tahap awal
perkembangan, ia mempunyai potensi yang cukup besar dan luas untuk
dikembangkan di masa hadapan.

SHAFANI ENTERPRISE 6
4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

1. NAMA PENUH : FATIMAH BT SULAIMAN

2. NO KAD PENGENALAN : 521222-08-6158

3. TARIKH LAHIR : 22HB DISEMBER 1952

4. UMUR : 54 TAHUN

5. ALAMAT TETAP : 709C-3H, FLAT SRI TERENGGANU


SENTUL
51000 KUALA LUMPUR

6. NO TEL : 019-3311108

7. KELULUSAN : SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

8. JAWATAN : PEMILIK / PENGURUS

9. KEMAHIRAN : URUTAN SELEPAS BERSALIN

10. PENGALAMAN : 10 TAHUN

SHAFANI ENTERPRISE 7
4.0 LATAR BELAKANG PEMILIK

1. NAMA PENUH : SHAHRULL NIZAM B. BORHANI

2. NO KAD PENGENALAN : 760613-08-6241

3. TARIKH LAHIR : 13HB JUN 1976

4. UMUR : 30 TAHUN

5. ALAMAT TETAP : 709C-3H, FLAT SRI TERENGGANU


SENTUL
51000 KUALA LUMPUR

6. NO TEL : 019-3311108

7. KELULUSAN : SIJIL RENDAH PELAJARAN

8. JAWATAN : PEMILIK / PENGURUS

9. KEMAHIRAN : PENGURUSAN PERNIAGAAN

10. PENGALAMAN : 5 TAHUN

SHAFANI ENTERPRISE 8
5.0 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN

1. NAMA PERNIAGAAN : SHAFANI ENTERPRISE

2. ALAMAT PENDAFTARAN : 709C-3H, FLAT SRI TERENGGANU


SENTUL
51000 KUALA LUMPUR

3. ALAMAT PREMIS : NO FC13, TINGKAT SATU


BB PLAZA
JALAN BUKIT BINTANG
55100 KUALA LUMPUR

4. JENIS PERNIAGAAN : MENJUAL PRODUK KESIHATAN


DAN KECANTIKAN, TUDUNG

5. BENTUK PERNIAGAAN : PERKONGSIAN

6. MODAL PERMULAAN : RM10,000 (MODAL SENDIRI)

7. TARIKH PERNIAGAAN : 16HB SEPTEMBER 2002

8. NO PENDAFTARAN : 001371251-D

9. BANK : RHB BANK BERHAD

10. NO AKAUN SYARIKAT : 21436100005250

SHAFANI ENTERPRISE 9
6.0 PENGURUSAN

Pada masa ini hanya saya dan ibu serta dibantu oleh abang yang mengendalikan
perniagaan ini.

FATIMAH BT SULAIMAN SHAHRULL B. BORHANI


( PEMILIK/PENGURUS ) ( PEMILIK/PENGURUS )

SHAMSHULL BAHARILL B. BORHANI


( PEMBANTU JUALAN )

SHAFANI ENTERPRISE 10
Carta Organisasi yang dipilih adalah berdasarkan kepada kaedah fungsian: Ianya baik
digunakan kerana :

1) Dapat mempastikan setiap pekerja dapat menjalankan tugas dan


bertanggungjawab di dalam bahagian masing-masing.

11) Perjalanan organisasi dapat dijalankan dengan lancar dimana terdapat


penyelarasan dan pengkhususan bagi tugasan.

111) Ianya dapat menjimatkan kos kerana tanggungjawab dan kerja telah dibahagi
dengan teratur.

6.1 SENARAI JAWATAN DAN BILANGAN PEKERJA

BIL JAWATAN TUGAS

1 PEMILIK/PENGURUS  MENGGABUNGKAN DUA ELEMEN IAITU KECANTIKAN


KECANTIKAN DAN KESIHATAN SERTA MENGENDALIKAN
PERNIAGAAN.

 MENGURUSKAN KEWANGAN PERNIAGAAN.

 MEMBUAT PROMOSI.

 MENAMBAH DAN MENCARI MAKLUMAT DARI MASA


KESEMASA MENGENAI BIDANG KECANTIKAN DAN
KESIHATAN

 MENGAJAR DAN MELATIH PEKERJA.

2 PEMBANTU  MEMPELAJARI DAN MELATIH DIRI DI DALAM BIDANG


( 1 orang ) INI

 MEMBANTU PEMILIK KEDAI DALAM URUSAN JUALAN


BARANGAN KECANTIKAN DAN KESIHATAN

SHAFANI ENTERPRISE 11
6.2 GAJI DAN GANJARAN PEKERJA

JAWATAN BILANGAN GAJI KWSP PERKESO JUMLAH BONUS


(RM) (RM) (RM) (RM)

PEMILIK/ 2 3,000.00 289.00 10.00 3,299.00


PENGURUS
KECANTIKAN

PEMBANTU KEDAI 1 1,200.00 154..00 4.50 1,358.50. 0.5% ST


DARI GAJI

Kenaikan tahunan bergantung kepada prestasi kerja yang ditunjukkan oleh setiap para
pekerja dimana jika prestasi kurang memuaskan kemungkinan peratus kenaikan akan
dikurangkan oleh majikan dan sebaliknya jika prestasi berada pada tahap yang cemerlang
peratusan kenaikan tahunan akan ditingkatkan sehingga mencapai 12%.

6.3 ANGGARAN KOS PROJEK KEDAI KECANTIKAN

BIL JENIS PERBELANJAAN JUMLAH


( RM )

1 Gaji dan Elaun Pengurus 3,000.00

2 Gaji dan Elaun Pekerja 1,200.00

3 KWSP 443.00

4 Perkeso 14.50

5 Sewa Beli Kenderaan/Faedah 650.00

6 Belian Barangan 30,000.00

SHAFANI ENTERPRISE 12
6.4 BARANGAN YANG HENDAK DIBELI

BIL. PERKARA KUANTITI U/HARGA JUMLAH


(RM)
1 Set natasya GOLD 8 unit 180.00 1,440.00
2 Cream malam natasya GOLD 10 unit 40.000 400.00
3 Cream siang natasya GOLD 10 unit 47.00 470.00
4 Toner natasya GOLD 12 unit 27.00 324.00
5 Sabun natasya GOLD 12 unit 18.00 216.00
6 Facial scrup natasya GOLD 6 unit 35.00 210.00
7. Moisturiser cream natasya GOLD 6 unit 40.00 240.00
8. Set natasya 4 in 1 10 unit 75.00 750.00
9. Set natasya 2 in 1 20 unit 27.00 540.00
10 Cream malam natasya biasa 20 unit 19.50 390.00
11 Cream siang natasya biasa 15 unit 27.00 405.00
12 Alas bedak asas natasya 10 unit 25.00 250.00
13 Toner natasya biasa 15 unit 12.00 180.00
14 Sabun natasya biasa 15 unit 9.50 142.50
15 PRO – Fit natasya RM 75.90 6 unit 53.00 318.00
16 PRO Diet natasya RM 79.90 6 unit 55.00 330.00
17 Sabun dan cream payudara natasya 6 unit 45.00 270.00
18 Box merit mal
24 unit 40.00 480.00
19 NP trime klenze
12 unit 45.00 540.00
20 LAX - 9
12 unit 35.00 420.00
21 LAX - 5
12 unit 26.00 312.00
22 Healin Gamogen RM 118
20 unit 76.70 1,534.00
23 Healin gamat spirulina + RM 59
20 unit 38.35 767.00
24 Healin merah RM 98
20 unit 63.70 1,274.00
25 Healin oren RM 39.50
20 unit 25.70 514.00

SHAFANI ENTERPRISE 13
BIL. PERKARA KUANTITI U/HARGA JUMLAH
(RM)
26 Healin Gamalin RM 39.50 20 unit 25.70 514.00
27 Jeli gamat luxor 20 unit 27.000 540.00
28 Jeli awal gamat luxor 15 unit 34.00 510.00
29 Gel gamat luxor RM 38 10 unit 24.00 240.00
30 Cream gamat luxor RM 39.50 15 unit 24.00 240.00
31 Pembersih muka gamat luxor 10 unit 13.00 130.00
32 Pembersih wanita gamat luxor 10 unit 13.00 130.00
33 M. urut gamat luxor 10 unit 13.00 130.00
34 Pembersih padaraj kuning 20 unit 6.00 120.00
35 Pembersih padaraj strobery 20 unit 6.00 120.00
36 Pembersih padaraj lemon 20 unit 6.00 120.00
37 Pembersih padaraj apel 20 unit 6.00 120.00
38 Rapat padaraj 20 unit 7.00 140.00
39 Padaraj keputihan 20 unit 7.00 140.00
40 IDOLA cantik 20 unit 23.00 460.00
41 Kotak iqg-plus 12 unit 109.00 1,308.00
42 Kopi lasidah caffe 10 unit 17.00 170.00
43 Tea misai kucing wonderful 20 unit 16.00 320.00
44 Kopi Habbetus sauda 24 unit 10.00 200.00
45 Shampu natur campur B. mal 24 unit 5.50 132.00
46 Kismis minda al - wafi 24 unit 6.50 132.00
47 Halia madu B. 24 unit 5.50 156.00
48 Halia madu K. 10 unit 48.00 132.00
49 Botol madu khaula serang 10 unit 45.00 480.00
50 Botol madu khaula kosong 10 unit 45.00 450.00

BIL. PERKARA KUANTITI U/HARGA JUMLAH


(RM)
51 Majun pak tani B. 12 unit 12.00 144.00
52 Majun pak tani K. 24 unit 7.20 172.80
53 Kapsul asbab anjaib 24 unit 6.50 156.00

SHAFANI ENTERPRISE 14
54 Kapsul T. Ali hitam 24 unit 13.50 324.00
55 Kapsul kacip fatimah 3 in 1 24 unit 13.50 324.00
56 Kapsul habbastus sauda 24 unit 6.50 156.00
57 Kapsul kacip fatimah petani B. 24 unit 10.50 252.00
58 Kapsul kacip fatimah petani K. 24 unit 5.50 132.00
59 Kapsul T. Ali petani B. 24 unit 10.50 252.00
60 Kapsul T. Ali petani K. 24 unit 5.50 132.00
61 Kotak tea uncang Ok 36 unit 11.00 396.00
62 Majun kacip fatimah petani 24 unit 9.00 216.00
63 Pil resdong petani 24 unit 8.50 204.00
64 Pil resdong Ok 24 unit 8.50 204.00
65 Kapsul ubi t.ali petani B. 24 unit 10.50 252.00
66 Kapsul ubi t. ali petani K. 24 unit 5.50 132.00
67 Pil surut mustika ratu 12 unit 9.00 108.00
68 Ramuan penyubur rambut 24 unit 7.00 168.00
69 M.cem M.R 24 unit 9.00 216.00
70 Shampu bayam campur B. mal 24 unit 4.50 108.00
71 Shampu lidah buaya 24 unit 4.50 108.00
72 Shampu merang 24 unit 4.50 108.00

BIL. PERKARA KUANTITI U/HARGA JUMLAH


(RM)
73 Shampu daun waru 24 unit 4.50 108.00
74 Bilasan santanula serang 12 unit 6.50 78.00
75 Pembersih jeruk 12 unit 4.50 54.00
76 Penyegar jeruk 12 unit 4.00 48.00
77 Pembersih ros mustika ratu 12 unit 4.50 54.00
78 Penyegar ros 12 unit 4.00 48.00
79 Pembersih timun 12 unit 4.50 54.00
80 Penyegar timun 12 unit 4.00 48.00

SHAFANI ENTERPRISE 15
81 Losyen 1001 mustajab 24 unit 13.50 324.00
82 Losyen peti halia mustajab 30 unit 15.50 465.00
83 Bio trim sirih mas 20 unit 17.00 340.00
84 Cream golden horse pink 20 unit 7.50 180.00
85 Cream golden horse hijau 24 unit 7.50 180.00
86 Cream temulawak biasa 24 unit 2.50 60.00
87 Tea botol serbuk Ok 12 unit 10.50 126.00
88 Pil binari botol 24 unit 9.50 228.00
89 Pil payuda putri binari 24 unit 9.50 228.00
90 Pil puteri binari 24 unit 9.50 228.00
91 Keplet X-cream puteri binari 24 unit 12.00 288.00
92 Pil X-cream putri binari 24 unit 9.00 216.00
93 Pembersih wanita binari 20 unit 10.00 200.00
94 Set bersalin selapan (hadiah) 4 unit 75.00 300.00
95 Set bersalin selapan biasa 6 unit 54.00 324.00

BIL. PERKARA KUANTITI U/HARGA JUMLAH


(RM)
96 Set bersalin warisan 6 unit 38.00 228.00
97 Set bersalin afiat 11 unit 60.00 240.00
98 Set bersalin lisa formula premium 2 unit 262.50 525.00
99 Set bersalin salindah 2 unit 296.00 592.00
100 Set bengkung bersalin leesa formula 4 unit 36.75 147.00

SHAFANI ENTERPRISE 16
6.5 PERBELANJAAN PENTADBIRAN

BIL PERKARA PERBELANJAAN PERBELANJAAN PERBELANJAAN JUMLAH


HARTA (RM) BULANAN (RM) LAIN-LAIN

1 Perabot 1,500.00 1,500.00

2 Peralatan Kedai 500.00 500.00

3 Sewa Kedai 1,500.00 1,500.00

4 Petrol 200.00 200.00

JUMLAH 3,700.00

SHAFANI ENTERPRISE 17
6.6 STRATEGI PENGURUSAN

Dalam mengurus sesuatu perniagaan, strategi dan sokongan padu daripada


kakitangan amat mustahak bagi memajukan perniagaan. Diantara beberapa
strategi pengurusan yang telah di atur oleh Syarikat adalah seperti berikut :

6.6.1 Mengekalkan hubungan baik dan harmoni di antara pekerja dengan pihak
pengurusan dan pentadbiran supaya dapat meringankan kerja.

6.6.2 Memberi tunjuk – ajar kepada pekerja – pekerja agar dapat menunjukkan
prestasi kerja yang baik serta bertanggungjawab .

6.6.3 Menetapkan tugas dan pembahagian kerja supaya kerja dapat diselaraskan
dengan baik.

6.6.4 Memperkenalkan sistem kenaikan gaji bagi menggalakkan pekerja bekerja


bersungguh-sungguh dan memperkenalkan sistem bonus jika keuntungan
syarikat meningkat.

6.6.5 Mengadakan strategi iklan dan promosi tentang perniagaan dan


perkhidmatan yang diberikan.

6.7 INSENTIF KEPADA PEKERJA

Ada beberapa insentif diberikan kepada para pekerja seperti KWSP dan bonus
tahunan. Ini diberikan kerana perkhidmatan dan kerjasama yang diberi kepada
syarikat sepanjang masa bekerja.

1. Cuti Tahunan

Cuti tahunan adalah sebanyak 15 hari tidak termasuk cuti am.

2. Cuti Sakit

Cuti sakit diberi apabila adanya pengesahan dari hospital atau klinik dan
jangkamasa cuti bergantung kepada pengesahan tersebut. Gaji akan diberi
semasa cuti. Cuti sakit juga adalah selama 15 hari.

3. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Caruman KWSP adalah sebanyak 11% daripada gaji pokok.

SHAFANI ENTERPRISE 18
4. Perkeso
Caruman Perkeso adalah sebanyak 2% daripada gaji pokok.

5. Bonus Tahunan
Bonus tahunan akan diberi kepada pekerja bergantung kepada purata
keuntungan setahun yang diperolehi oleh syarikat. Kadar bonus pekerja
akan dinilai dari segi prestasi pekerja sepanjang tahun. Kadar bonus akan
ditentukan oleh pengurus dan kadar tidak boleh kurang dari 2%.

6.8 LAIN-LAIN INSENTIF UNTUK KAKITANGAN

1. Perubatan secara percuma atas bayaran Syarikat.

2. Kursus atau latihan pengurusan.

6.9 OBJEKTIF RANCANGAN PENGURUSAN

Objektif kepada Rancangan Pengurusan di atas dirangka adalah bertujuan untuk :

i. Melancarkan pentadbiran syarikat harian.


ii. Memastikan syarikat mencapai objektif dan matlamatnya
iii. Mengawasi pulangan dan pusingan keuntungan secara kolektif dan
statistik.

SHAFANI ENTERPRISE 19
7.0 PEMASARAN

7.1 SASARAN PASARAN

Tinjauan Umum mendapati anggaran seramai 280,500 penduduk di bawah


Mukim Bukit Bintang dan sekitarnya. Penempatan penduduk bagi penduduk-
penduduk di kawasan sekitar tempat perniagaan yang merangkumi penduduk
berpendapatan tinggi, sederhana dan sederhana rendah. Di dapati juga penduduk
di kawasan-kawasan yang tersebut di atas berumur purata di antara 18 hingga 60
tahun dan bekerja sebagai kakitangan awam, kakitangan swasta, dan
kebanyakannya adalah ahli perniagaan. Purata pendapatan penduduk adalah di
antara RM1,500,00 hingga RM20,000.00 ke atas.

Sasaran pasaran adalah ditujukan kepada semua golongan tidak kira lelaki,
wanita, kanak-kanak mahupun warga emas yang amat menitikberatkan kesihatan
diri dan kecantikan.

7.2 SAIZ PASARAN

Sasaran utama adalah penduduk di sekitar kawasan Parlimen Bukit Bintang


amnya. Anggaran penduduk bagi kawasan ini adalah seramai 20% daripada
penduduk Kuala Lumpur. Golongan kaum lelaki di kawasan ini adalah seramai
40% iaitu berjumlah 72,000 orang dan kaum wanita pula adalah seramai 60%
iaitu berjumlah 208,000 orang. Daripada jumlah ini peratusan umur adalah di
antara 18 hingga 40 tahun dimana sebanyak 30% adalah untuk golongan lelaki
dan 40% adalah untuk golongan wanita iaitu seramai 17,230 orang lelaki dan
34,460 adalah wanita. Saya jangkakan 50% dari jumlah penduduk wanita ini
akan menggunakan perkhidmatan perniagaan ini sebulan sekali iaitu meliputi
jumlah 17,230 orang.

SHAFANI ENTERPRISE 20
Perniagaan di dalam bidang ini mempunyai pesaing-pesaing yang ramai tetapi
dengan kemahiran yang dimiliki dan juga pekerja yang mahir dalam selok belok
rawatan kecantikan dan kesihatan maka syarikat ini dapat bersaing dan
menandingi pusat-pusat kecantikan dan kesihatan yang telah lama menjalankan
perniagaan di kawasan sekitar.

Maka sasaran perniagaan adalah untuk mendapatkan sebanyak 30% daripada


pelanggan pesaing menjadikanya seramai 3,446 orang dan dianggarkan
perniagaan ini akan mempunyai purata serama 300 hingga 400 orang pelanggan
sebulan. Jumlah ini mendapat kadar purata seramai 10 orang pelanggan dalam
rawatan kesihatan dan rawatan selepas bersalin di dalam sehari.

7.3 STRATEGI PEMASARAN

 Menyediakan produk-produk yang bermutu tinggi dan berjenama supaya dapat


menarik minat para pelanggan yang mengunjungi premis.

 Mengenalpasti produk-produk yang paling kerap digunakan oleh para pelanggan


dengan mengadakan kajian terhadap orang awam dan juga para pelajar untuk
mendalami lagi kehendak pelanggan.

 Menyediakan kepelbagaian produk yang berlainan dari para pesaing untuk


menarik minat para pelanggan dan juga untuk membolehkan para pelanggan
mempunyai pilihan yang pelbagai terhadap sesuatu barangan yang ditawarkan.

 Mengenalpasti citarasa pelanggan mengikut kepada umur, jantina, keadaan


pasaran dan keadaan ekonomi setiap pelanggan.

 Mempastikan setiap barangan keperluan utama tidak kehabisan bagi mengelakkan


pelanggan lari ke premis yang lain.

 Mengadakan promosi barangan yang menarik seperti bagi pembelian yang


melebihi dari tahap promosi akan mendapat hadiah percuma dan setengah harga
untuk tujuan rawatan kesihatan demi kepuasan kepada setiap pelanggan.

7.4 STRATEGI PROMOSI

 Mengadakan promosi yang berterusan bagi mempastikan premis sentiasa


dikunjungi pada setiap masa.

 Promosi yang hebat dan diberi keutamaan adalah di pejabat-pejabat kakitangan


awam, swasta, perniagaan persendirian, kilang dan orang ramai kerana di sana
adalah sasaran utama bagi perniagaan ini.

SHAFANI ENTERPRISE 21
 Mengedarkan pamplet dan juga risalah harga bagi setiap barangan kepada orang
ramai dan ke pejabat-pejabat swasta, perniagaan persendirian dan kilang.

 Menggantung banner bagi memberitahu kewujudan premis kepada orang ramai.

 Menjalankan promosi bergerak secara berterusan ke pejabat-pejabat untuk


menarik perhatian tentang perkhidmatan yang ditawarkan.

 Menjalankan promosi harga yang menarik dan berpatutan bagi menarik minat
para pelanggan dan memberi saingan yang berkesan kepada para pesaing.

7.5 STRATEGI HARGA

 Menyediakan pakej harga yang menarik dan berpatutan bagi setiap perkhidmatan
yang ditawarkan selaras dengan perniagaan yang baru diwujudkan.

 Melakukan pemantauan harga para pesaing bagi mengadakan saingan yang sihat
dan untuk mengelakkan kerugian jika terlalu bermain dengan harga bagi
perniagaan yang baru.

 Memastikan harga yang ditawarkan adalah mengikut kemampuan para pelanggan


mengikut kawasan dan gaya hidup.

 Mempamerkan harga bagi setiap barangan untuk kemudahan para pelanggan.

 Memberitahu pelanggan jika ada sebarang kenaikan harga yang mendadak supaya
mendapat tindakbalas yang positif.

 Menyediakan barangan yang mempunyai harga yang rendah tetapi berkualiti


untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

 Menawarkan harga yang lebih rendah berbanding pesaing untuk mendapatkan


pelanggan pada permulaan perniagaan dan harga biasa jika keadaan perniagaan
sudah menunjukkan tahap yang stabil dan memuaskan.

 Ini dibuktikan dengan wujudnya berbagai –


bagai projek perumahan seperti perumahan kos rendah untuk golongan tersebut,
perumahan kos sederhana dan terdapat juga projek perumahan untuk golongan
yang berpendapatan tinggi seperti banglo, kondominium, apartment-apartment
dan rumah mewah berkembar.

SHAFANI ENTERPRISE 22
Di bawah inilah adalah graf Pie cart yang menunjukkan potensi syarikat kami sebelum
dan selepas beroperasi :

 Pie cart bagi peratus pelanggan sebelum syarikat kami beroperasi :

 Pie cart bagi peratus pelanggan selepas syarikat kami beroperasi :

 60% pelanggan telah pergi mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan


dengan pesaing no 1
 40% pelanggan telah pergi mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan kecantikan
dengan pesaing no 2

SHAFANI ENTERPRISE 23
 Pie cart bagi peratus pelanggan selepas syarikat kami beroperasi :

 45% pelanggan masih tetap dengan pesaing no 1


 30% pelanggan pula masih bersama dengan pesaing no 2
 25% pelanggan telah melakukan perubahan dengan berkunjung dan menjadi
pelanggan kepada syarikat kami.

SHAFANI ENTERPRISE 24
7.6 MAKLUMAT PESAING

Pesaing-pesaing ini mempunyai kekuatan tersendiri di mana mereka telah lama


menjalankan perniagaan ini di antara 2 hingga 6 tahun dan telah mempunyai
pelanggan yang tetap. Di samping itu juga, syarikat mereka terletak di kawasan
yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pusat membeli belah, restoren
makanan dan juga beberapa buah bank berhampiran. Namun demikian, jika ada
kekuatan pasti ada kelemahan di mana pesaing-pesaing ini menghadapi masalah
kekurangan pelanggan pada hari cuti. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh
mereka adalah tempat meletak kereta yang terhad dan berbayar di kawasan-
kawasan pusat membeli belah seperti yang disebutkan di atas.

7.7 KEKUATAN SYARIKAT

 Sedia ada pelanggan tetap kerana telah menjalankan perniagaan di rumah


sebelum ini.

 Harga perkhidmatan yang ditawarkan agak berpatutan dan tidak terlalu


menekan para pengguna.

 Mempunyai pengalaman yang cukup di dalam menjalankan perniagaan ini.

 Produk dan tunjuk ajar serta nasihat mudah diperolehi dari agen yang amat
luas pengetahuan dan pengalaman selama 10 tahun di dalam bidang kesihatan
dan kecantikan.

 Di dalam perancangan untuk menambahkan lagi cawangan di sekitar Kuala


Lumpur dan Selangor.

 Kemudahan mendapatkan pelbagai produk.

 Dimiliki oleh usahawan Islam.

SHAFANI ENTERPRISE 25
KELEMAHAN

 Persaingan yang banyak kerana berlainan produk dan citarasa pelanggan yang
pelbagai.

 Kurangnya promosi yang dijalankan kerana kekurangan modal perniagaan.

 Kurangnya pengetahuan orang ramai berkaitan produk kesihatan.

 Salah anggap pada produk setelah digunakan

SHAFANI ENTERPRISE 26
Jadual 1: Ramalan Jualan (Perkhidmatan) Dalam Sebulan

Purata pelanggan berbelanja untuk Perkhidmatan rawatan kesihatan untuk pendapatan


kasar sebulan adalah :

Perkhidmatan Bil Pelanggan dalam Harga (RM) Jumlah


tempoh 30 hari Seorang

Rawatan resdung 20 orang RM30.00 600.00

Rawatan selepas bersalin 10 orang RM50.00 500.00

Jumlah 1,100.00

SHAFANI ENTERPRISE 27
8.0 KEWANGAN

8.1 PENGENALAN

Plan kewangan ini dibuat di akhir kertas kerja dengan tujuan untuk menganalisa
tentang keupayaan SHAFANI ENTERPRISE dalam pengurusan kewangan.
Pengurusan kewangan perniagaan sangat penting di dalam menentukan kestabilan
perniagaan. Pengurusan perniagaan dilihat akan lebih berkesan sekiranya
kewangan dan senarai perakaunannya teratur. Pengurusan wang yang baik boleh
mengelakkan salahguna wang dan seterusnya menghasilkan perniagaan yang
baik.

8.2 OBJEKTIF PLAN KEWANGAN

Objektif Plan Kewangan adalah seperti berikut :

i) Mengenalpasti kos operasi.


ii) Mengenalpasti modal yang diperlukan. Setelah ditolak modal sendiri ,
berapa hutang dan faedah yang perlu dibayar kepada pemimjam.
iii) Mengenalpasti untung atau rugi syarikat.
iv) Mengetahui kedudukan kewangan syarikat, samada stabil ataupun tidak.

8.3 KEPENTINGAN PLAN KEWANGAN

Plan kewangan merupakan satu aspek yang sangat penting apabila merancang
sesuatu perniagaan. Plan kewangan mewakili kemampuan sesetengah syarikat
bagi membuat keputusan yang baik dalam perancangan kewangan, mengurangkan
kos dan meninggikan keuntungan. Dengan cara yang sistematik dan strategi
perancangan kewangan ianya sangat perlu bagi mengelakkan pembaziran kos dan
kehilangan modal perniagaan. Bahagian Kewangan perniagaan dapat melahirkan
prestasi kerja yang baik dan keupayaan merancang kewangan dengan lancar dan
berkesan.

SHAFANI ENTERPRISE 28
SHAFANI ENTERPRISE percaya yang perniagaan ini akan mencapai kejayaan
dengan perancangan kewangan yang baik. Saya percaya sekiranya pentadbiran
kewangan itu baik, badan-badan pemimjam seperti MARA khasnya dan pihak
bank amnya tidak akan ragu-ragu memberi pinjaman modal kepada perniagaan
yang ingin dijalankan.

8.4 KOS PERLAKSANAAN

SHAFANI ENTERPRISE memiliki modal yang cukup untuk pra operasi.


Modal ini datangnya dari wang sendiri dan wang pinjaman MARA.

8.5 MODAL SENDIRI

Pengurus Perniagaan akan melaburkan wang sebanyak RM5,000.00.

8.6 PINJAMAN MARA

SHAFANI ENTERPRISE akan memohon pinjaman MARA sebanyak


RM50,000.00 untuk belian barangan perniagaan dan perniagaan akan membayar
balik pinjaman dalam masa lima (5) tahun dengan kadar 5%.

8.7 SUMBER PEMBIAYAAN PROJEK

PERNIAGAAN

SUMBER PEMBIAYAAN PROJEK

Modal Sendiri RM5,000.00

Pinjaman MARA RM50,000.00

Jumlah Kos Pembiayaan Projek RM55,000.00

SHAFANI ENTERPRISE 29
9.0 KESIMPULAN/PENUTUP

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,
sebagaimana yang telah saya lakarkan di muka hadapan, saya bersyukur ke hadrat illahi
sekali lagi kerana dengan limpah kurnianya, saya dapat menyiapkan kertas kerja
Perniagaan ini dengan jayanya.

Kertas kerja perniagaan ini disediakan dengan tujuan memohon bantuan dari pihak
MARA disamping menjadi rujukan semasa di dalam menjalankan perniagaan . Di harap
segala isi kandungan rancangan perniagaan ini dapat membantu tujuan tersebut.

Dari kajian yang telah dibuat, dari aspek pemasaran di dapati perniagaan ini sangat
berpotensi dan mampu menarik ramai pelanggan dan dapat bersaing dengan peniaga-
peniga yang sedia ada dengan menekan dan memberi perkhidmatan yang cemerlang dan
efisyen serta kualiti produk yang bermutu tinggi turut diperkenalkan. Dari aspek
pengurusan, saya yakin dapat mengendalikan pentadbiran syarikat dengan cekap, teratur
dan amanah.

Kos projek adalah berpatutan dan munasabah serta bersesuaian dengan projek yang saya
jalankan dan keuntungan yang diperolehi sangat memuaskan. Sekiranya pihak MARA
dapat memberi bantuan pembiayaan, syarikat ini mampu membayar balik pinjaman
tersebut, Insyaalah.

Diharap projek ini mendapat sokongan dan perhatian serta bantuan dari pihak MARA
dari segi pembiayaan dan bimbingan dan sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kerana sudi menilai kertas kerja Perniagaan ini dengan rapinya.

Sekian, Wassalamualaikum.

SHAFANI ENTERPRISE 30
SHAFANI ENTERPRISE 31
SHAFANI ENTERPRISE 32
SHAFANI ENTERPRISE 33
SHAFANI ENTERPRISE 34
SHAFANI ENTERPRISE 35
SHAFANI ENTERPRISE 36
SHAFANI ENTERPRISE 37
SHAFANI ENTERPRISE 38
SHAFANI ENTERPRISE 39
SHAFANI ENTERPRISE 40
SHAFANI ENTERPRISE 41
SHAFANI ENTERPRISE 42
SHAFANI ENTERPRISE 43
SHAFANI ENTERPRISE 44
SHAFANI ENTERPRISE 45
SHAFANI ENTERPRISE 46
SHAFANI ENTERPRISE 47

Anda mungkin juga menyukai