Anda di halaman 1dari 4

GERAN KEUSAHAWANAN SOSIAL KPT 2013

MEMBANGUN KEUSAHAWANAN INDUSTRI HALAL DALAM KALANGAN PERNIAGAAN KECIL DAN SEDERHANA

1. PENDAHULUAN Perkembangan industri halal Malaysia telah berjaya menembusi pasaran halal antarabangsa khususnya dalam sektor makanan. Justeru itu, perkembangan industri halal di Malaysia mempamirkan potensi yang besar dari segi peningkatan keuntungan melalui peluang perniagaan yang boleh diterokai dalam pasaran produk halal ini. Apatah lagi permintaan terhadap pasaran halal semakin meningkat bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa khususnya 57 buah negara di dunia adalah majoriti penduduknya Islam. Malaysia berusaha untuk menjadi hab halal bagi pengeluaran makanan dunia. Selari dengan itu, Malaysia telah membangunkan zon-zon untuk menggalakkan lebih banyak pelaburpelabur terutamanya pelabur tempatan untuk membuka perusahaan bagi pengeluaran dan pemprosesan produk halal. Kejayaan Malaysia untuk menarajui pembangunan sistem halal dalam sektor makanan perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengeluar dan pengusaha khususnya usahawan kecil yang rata-ratanya terlibat dalam perusahaan dan perniagaan makanan. Walau bagaimanapun, bidang perniagaan dan keusahawanan merupakan bidang yang sangat mencabar. Pelbagai faktor diperlukan untuk memastikan kejayaan dalam perniagaan; antara lainnya termasuklah sumber kewangan yang kukuh serta cekap dalam pengurusan kewangan tersebut, perkhidmatan yang baik, kemahiran dalam pengurusan dan pengelolaan organisasi, kemahiran mendapat pelanggan dan menguruskan pelanggan, produk yang diyakini, dan keberkesanan pemasaran. Produk makanan halal adalah sesuatu yang kini menjadi pilihan masyarakat islam. Produk halal menjadi keyakinan umat islam untuk menggunakannya. Namun, sekadar menyebut produk itu halal belum tentu dapat meyakini masyarakat. Sekiranya masyarakat pengguna

mendapati kecacatan dan proses menjadikan produk halal, masyarakat pengguna akan hilang kepercayaan terhadap produk tersebut. Justeru itu, dari sumber, proses hingga produk siap mestilah halal kedudukannya. Pemasaran juga merupakan aspek yang sangat penting. Pemasaran berperanan untuk mendidik, memberi kesadaran dan seterusnya menarik minat para pelanggan. Tanpa pelanggan, perniagaan tidak wujud. Masalah pemasaran adalah masalah universal yang turut dialami oleh semua peniaga tidak kira latar belakang mahupun saiz perniagaan mereka. Pemasaran jugalah yang menjadi cabaran besar yang dihadapi oleh usahawan kecil dalam perniagaan halal. Oleh itu, adalah perlu memberi penekanan kepada strategi pemasaran. Produk yang baik tidak akan terjual dengan sendirinya tanpa usaha untuk memasarkan, mempromosikan, dan mengiklankan produk tersebut. Walaupun peniaga kecil tidak mempunyai kemampuan yang sama dari segi modal untuk tujuan pemasaran jika dibandingkan dengan pengusaha-pengusaha besar namun mereka perlu kemahiran mencari peluang serta rangkaian yang baik. Para usahawan perlu mempunyai kepekaan yang tinggi terhadap persekitaran mereka. Dalam suasana kerajaan Malaysia bersungguh menjadikan Negara ini sebuah pusat pengeluaran makanan halal dunia, pengusaha perlu mengambil ruang dan peluang ini dengan mengenalpasti jenis-jenis makanan yang mendapat pasaran baik. Pengusaha perlu berusaha sekurang-kurangnya produk makanan halal dapat ditempatkan di pasaraya besar di Malaysia agar pasaran mereka lebih luas. Persoalan kini adalah bagaimana produk halal dapat diujudkan secara professional sehingga mendapat pengiktirafan JAKIM. Bagaimana untuk mempertemukan produk halal yang diujudkan dengan masyarakat Islam yang memerlukannya? Persoalan ini memerlukan pengusaha menyusun strategi perniagaan secara mantap dengan keilmuan keusahawan khususnya dalam makanan halal. Proses dari mengenalpasti pengwujudan produk, proses membuat produk halal, pengurusan organisasi, pengurusan kewangan, serta meluaskan pemasaran; disamping strategi persaingan dengan produk yang was-was tentang halalnya.

2. TUJUAN 3. KUMPULAN SAASARAN Kumpulan sasaran yang menjadi tumpuan utama dalam program ini adalah pengusaha kecil makanan halal di zon selatan Malaysia (Melaka, Negeri Sembilan, Johor) dengan kriteria seperti berikut: a) Pengusaha Bumiputera. b) Terlibat dalam industri pembuatan makanan halal. c) Berstatus pengusaha kecil. Pengusaha kecil adalah merujuk kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dimana pengusaha yang menjalankan perniagaan dengan nilai jualan tahunan antara RM250,000 dan kurang daripada RM10 juta dan mempunyai pekerja sepenuh masa antara lima (5) dan 50 orang pekerja.

4. KAEDAH PELAKSANAAN 5. IMPLIKASI KEWANGAN 6. OUTCOME 7. JADUAL KERJA i. ii. iii. Carta Aliran Kerja Program (Lihat lampiran) Carta Gantt Aktiviti Program (Lihat Lampiran) Milestones & Tarikh (Lihat Lampiran)

8. PENGLIBATAN 1) Dr Noor Azam Abd Aziz 2) Prof Madya Dr Hasan Bahrom

3) Dr Roimah 4) Mohd Harun Shahudin 5) Mohd Nazim Ganti Shaari 6) Md Shariff M Haniff 7) Ummi Kalsum Hassian 8) Zaihan Abd Latif 9) Maizatul Saadiah Mohamad 10) Nura Lina Md Elias 11) Zaliha Hj Hashim 12) Siti Nazirah Omar 13) Zailani 14) Alisa 15) Suhaila 16) X 17) X 18) X 19) X 20) x 9. PENUTUP

Anda mungkin juga menyukai