Anda di halaman 1dari 26

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan yang mencipta alam semesta. Selawat
dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, keluarga dan
para sahabat baginda. Saya amat bersyukur kepada Allah di atas hidayah
dan pertolongan-Nya, tugasan bagi kursus (PERAKAUNAN
PENGURUSAN JTW 212/213 ) ini diharapkan dapat disempurnakan
sepenuhnya dengan cemerlangnya. Dalam kesempatan ini, saya ingin
merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Sesungguhnya, tugasan ini
banyak memberi manfaat kepada diri saya dan berharap agar ia dijadikan
salah satu sumber rujukan penuntut yang lain. Sememangnya tugasan ini
dapat menambah pengetahuan serta memperkukuhkan kemahiran
menghasilkan manfaat kepada semua pihak dalam menjaga keamanan di
muka bumi ini. Semoga Allah S.W.T memberkati usaha murni ini dalam
meneroka dunia ilmu tanpa sempadan.
BAHAGIAN A
PENGENALAN PERNIAGAAN PENGIKLANAN

 Perniagaan yang akan dijalankan oleh pihak Morrisons


Excellence adalah bidang pengiklanan. Pengiklanan
mempunyai fungsi-fungsinya yang tersendiri, iaitu terhadap
pemasaran, komunikasi, pendidikan, ekonomi dan sosial.
 Fungsinya ini mampu untuk memberikan sesuatu yang
bermakna kepada orang ramai. Strategi utama untuk
melariskan perniagaan adalah melalui promosi dan
pengiklanan. Pada hari ini, kita dapat lihat betapa banyak
papan-papan iklan, banting, poster, kertas-kertas iklan dan
bermacam lagi cara yang digunakan oleh para peniaga untuk
menghebahkan perniagaan masing-masing. Tidak dinafikan,
promosi dan pengiklanan sememangnya salah satu cara
berkesan untuk menarik para pelanggan. yang lain.
 Dalam era IT dan globalisasi ini, bermacam kaedah
yang boleh digunakan bagi tujuan pengiklanan.
‘Facebook’, ‘Twitter’, ‘Email’, laman sesawang
pengiklanan seperti ‘mudah.my’, ‘e-bay’ dan banyak
lagi laman pengiklanan di internet yang boleh
digunakan untuk mempromosikan perniagaan yang
dijalankan bukan hanya di dalam negara malah di
seantero dunia.
 Jika pengiklanan benar-benar kreatif dalam
mengiklankan perniagaan, maka tidak mustahil
perniagaan yang dijalankan mampu berkembang maju
dalam sekelip mata. Oleh itu pihak Morrisons
Excellence ingin mencemburi bidang pengiklanan
kerana perniagaan pengiklanan akan membuahkan
hasil yang lumayan.
JUSTIFIKASI PERNIAGAAN
 Berdasarkan kepada perancangan dan unjuran pendapatan
yang telah dibentangkan, Morrisons Excellence amat
berkeyakinan bahawa perniagaan yang diceburi ini akan
memberikan pulangan yang lumayan.
 Unjuran dan anggaran yang dibuat untuk tahun pertama
operasi selepas pembiayaan agak konservatif
kerana mengambil kira faktor perniagaan yang masih di
peringkat awal di mana promosi dan pemasaran baru
dilancarkan.
 Kajian dan perancangan yang sistematik telah dirangka
bagi membolehkan perniagaan ini berjalan dengan lancar
dan seterusnya dapat mencapai sasaran keuntungan yang
telah dirangka. Oleh itu syarikat Morrisons Excellence amat
optimis dengan perniagaan ini dan yakin ia berdaya maju
dan mampu berkembang di masa hadapan serta
menyumbang kepada ekonomi Negara.
FAKTOR PERSEKITARAN MIKRO
 Konsep pemasaran syarikat kami ialah sentiasa berpegang
bahawa segala usaha pemasaran perlu berlandaskan kepada
aspek keperluan, kehendak dan kepuasan pelanggan serta
menghasilkan keuntungan untuk perniagaan. Jadi, objektif
utama pemasaran adalah untuk mengutamakan kepuasan
pengguna dan pelanggan. Oleh itu, pihak syarikat akan
menghasilkan barangan yang mudah untuk diperolehi,
pada ketetapan masa agar produk syarikat disenangi dan
diperlukan, dengan harga yang berpatutan.
 Pada pihak semua kebanyakkan pelanggan mementingkan
aspek-aspek tersebut sekiranya mereka hendak membeli
sekiranya mereka hendak membeli. Membantu
memperbaiki taraf hidup yang lebih baik dengan adanya
produk yang pelbagai di pasaran. Produk-produk ini akan
digunakan bagi membantu kerja-kerja seharian dengan
lebih cepat dan berkesan.
FAKTOR PERSEKITARAN MAKRO

 Fungsi Iklan Terhadap Komunikasi.


 Iklan menyampaikan maklumat dan mesej kepada
orang ramai. Pelbagai cara boleh digunakan
antaranya dengan menggunakan perkataan,
gambar, audiovisual dan berbagai cara terkini. Ia
memberi peluang kepada orang ramai untuk
mentafsir mesej daripada iklan yang didengar atau
dilihat. Contoh:- Iklan Notis Awam. Memberitahu
mengenai sesuatu pihak telahpun
bangkrap, perletakkan jawatan dan sebagainya.
Fungsi Iklan Terhadap Pendidikan.

 Memberi pengetahuan mengenai cara penggunaan sesuatu produk.


Mengajar pengguna menggunakan perkhidmatan dengan cara yang
betul. Langkah demi langkah akan ditonjolkan supaya orang ramai
faham.
 Contoh :- Iklan Smartshop memaparkan alat-alat senaman untuk
kesihatan. Ia mengajar pengguna dengan jelas cara-cara yang betul
menggunakan alat senaman.

Fungsi Iklan Terhadap Ekonomi

 Iklan, mampu untuk meningkatkan jualan syarikat dan seterusnya


menambahkan keuntungan. Prestasi syarikat akan berada dalam
keadaan baik kerana orang ramai akan mencari-cari produk yang
diiklankan. Oleh yang demikian tidak hairan jikalau kita lihat syarikat
akan membelanjakan wang yang banyak bertujuan membuat
pengiklanan. Pengguna juga mampu membuat perbandingan produk
mana yang terbaik di pasaran. Perlulah melihat iklan-iklan yang
disiarkan bagi mendapatkan maklumat yang berguna dengan ini
ekonomi rumahtangga juga mampu diawasi jika pelanggan bijak
didalam pembelian.
Fungsi Iklan Terhadap Pemasaran
 Iklan dapat menyalurkan maklumat dengan
meluas, cepat dan berkesan. Ia merupakan elemen
di dalam promosi. Pengeluar dapat menggunakan
kaedah ini bagi melariskan jualan. Ia juga
membantu orang ramai bagi mendapatkan sesuatu
produk yang diperlukan. Oleh itu media-media ini
begitu luas digunakan sebagai alat penyalur
informasi berkenaan dengan produk dan
perkhidmatan dan mampu mempertingkatkan
jualan di pasaran.
i. Proses penyediaan belanjawan

 Pengenalan Perancangan yang baik dan teliti lazimnya akan menghasilkan


natijah yang baik. Perancangan yang baik adalah perancangan yang
didokumentasikan dan mampu diikuti oleh semua pihak yang terlibat dalam
perniagaan tersebut. Belanjawan adalah satu set dokumen yang menerangkan
perancangan jangka pendek atau jangka panjang sesebuah perniagaan yang
diterjemahkan dalam nilai wang. Belanjawan bukan satu penyata kewangan,
tetapi lebih merupakan satu dokumen yang menunjukkan keputusan yang
diharapkan bagi tahun akan datang (ramalan prestasi).
 Belanjawan juga berfungsi untuk membantu pihak pengurusan koperasi
membelanjakan wang koperasi bagi tujuan menjalankan operasi perniagaan. Ia
merupakan penyata rancangan kewangan dalam bentuk nilai wang. Penyediaan
belanjawan adalah satu kaedah bagi mengenal pasti sama ada sesuatu projek
atau aktiviti yang dirancang sesuai untuk dilaksanakan dan selaras pula dengan
hala tuju perniagaan.
 Belanjawan biasanya dibuat berasaskan kajian, pengamatan dan pengalaman.
Kajian terhadap pasaran dan pengguna biasanya dibuat sebelum sesuatu
perniagaan atau produk itu dihasilkan dan dijual. Pengamatan pula dibuat ke
atas pesaing-pesaing perniagaan manakala pengalaman pula diperoleh daripada
pencapaian sebenar pada tahun-tahun lepas. Selain itu, ia meletakkan amaun
yang munasabah berdasarkan beberapa faktor dalaman dan luaran yang lain
seperti perbelanjaan sebenar, perubahan harga barang-barang, perubahan
ekonomi pasaran, isu semasa dan sebagainya.
ii. aplikasi atau perisian yang digunakan untuk menyediakan belajawan

 Alat yang lazim digunakan dalam merancang kewangan perniagaan ialah


belanjawan. Rancangan kewangan yang berkesan bergantung kepada
kemampuan pihak tertinggi dalam koperasi dan pihak pengurusan
untuk menyediakan dan seterusnya melaksanakan belanjawan-
belanjawan tersebut. Tetapi, semasa memulakan proses penyediaan
belanjawan tahunan, mereka perlu menetapkan perkara-perkara berikut
Penyediaan belanjawan yang sesuai untuk Belanjawan tahunan yang
sesuai bagi sesebuah koperasi bergantung kepada aktiviti-aktiviti yang
dijalankan oleh koperasi.
 Jika koperasi mempunyai perniagaan yang berskala besar dan
mempunyai banyak aktiviti-aktiviti perniagaan, koperasi perlu
menyediakan pelbagai jenis belanjawan disebabkan banyak perkara
perlu dirancang dan dikawal. Antaranya adalah belanjawan jualan,
belanjawan belian, belanjawan perbelanjaan, belanjawan penyata
kewangan dan sebagainya. Perniagaan kecil pula mungkin memerlukan
belanjawan yang kurang terperinci selagi pemilik yakin belanjawan
tersebut dapat membantu perniagaan. Belanjawan hanya berguna
sebagai alat kawalan apabila ia boleh dikawal oleh pihak pengurusan
dan keputusan yang diperoleh dapat membantu pihak pengurusan untuk
mengambil tindakan yang wajar bagi membaiki keadaan perniagaan.
 Setiap perniagaan yang dijalankan mempunyai objektif dan misi tertentu. Oleh
itu, bagi memastikan pelaksanaan rancangan kewangan selaras dengan hala tuju
perniagaan, langkah pertama ialah menetapkan objektif yang realistik yang
sesuai dengan belanjawan rancangan perniagaan. Ini mungkin merupakan
objektif jangka pendek, iaitu sesuatu yang hendak dicapai dalam tempoh
belanjawan berikutnya. Atau mungkin juga merupakan objektif jangka panjang
dan pada peringkat permulaan supaya pihak pengurusan mampu mencapai
sebahagian daripada objektif tersebut. Menyediakan anggaran belanjawan yang
realistik Membuat anggaran adalah satu proses yang amat rumit terutama bagi
perniagaan bersaiz kecil dan mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia
perniagaan. Bagi mereka yang telah lama bergiat dalam perniagaan pula, proses
membuat anggaran mungkin tidak membebankan.
 Sekurang-kurangnya mereka boleh berpandukan kepada belanjawan tahun lepas
dan meningkatkan semua angka dengan peratusan yang munasabah. Mereka
juga boleh menggunakan khidmat akauntan dan pengurus aktiviti untuk
membuat penyelarasan dan penyesuaian dengan keadaan semasa bagi
membolehkan belanjawan baru disediakan. Walau bagaimanapun, kaedah yang
paling sesuai untuk membuat anggaran ialah dengan menjadikan rekod-rekod
kewangan yang lalu sebagai garis panduan untuk menyediakan belanjawan baru.
Adalah menjadi tanggungjawab pihak pengurusan untuk menyediakan rekod-
rekod kewangan yang lengkap dan dikemas kini supaya proses-proses
pembuatan keputusan dalam perniagaan dapat dijalankan dengan mudah.
Sebarang kemungkinan harus dikaji khususnya sekiranya belanjawan ini tidak
dapat diikuti dan mungkin akan menghasilkan kesan pada perjalanan
perniagaan koperasi.
 Analisis ini juga sebagai langkah persediaan dan strategi sekiranya berlaku
sebarang perubahan dalam belanjawan. Antara faktor-faktor yang boleh
menyebabkan belanjawan berubah adalah terdapat persaingan daripada produk
atau perkhidmatan yang lain. Perubahan harga produk dan perkhidmatan yang
disediakan. Promosi dan pemasaran kurang berkesan dan berlaku pembaziran
perbelanjaan yang tidak menggunakan sumber yang ada secara optimum.
 Belanjawan yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut Perancangan
yang dinyatakan dalam belanjawan mestilah yang boleh dicapai oleh perniagaan.
Anggaran hendaklah tidak terlalu rendah atau tinggi sehingga menyebabkan
penyelarasan sukar untuk dilaksanakan khususnya jika berlaku lebihan belanja
pada bahagian jangkaan perbelanjaan. Belanjawan yang dibuat hendaklah
mengambil kira semua faktor luaran dan dalaman.
 Faktor dalaman merujuk kepada kekuatan dan kelemahan koperasi itu sendiri,
manakala faktor luaran pula merujuk kepada peluang dan ancaman kepada
perniagaan koperasi seperti persaingan, keadaan ekonomi, politik dan
sebagainya. Semua pihak termasuk anggota lembaga dan pihak pengurusan atau
pengurus dalam setiap aktiviti perniagaan tersebut hendaklah mengambil
bahagian ataupun diberi peluang menyatakan pendapat dalam penyediaan
belanjawan. Jadi, belanjawan yang terhasil adalah belanjawan bersama dan
bukan belanjawan individu semata-mata.
iii. Bagaimana belanjawan digunakan dalam menguruskan
perniagaan

 Merujuk Penyata Pendapatan proforma dan Kunci Kira-


Kira proforma yang disedikan bagi tujuan mengawal
kewangan firma dalam jangka masa panjang.
 Analisis dalaman bertujuan mengenal pasti jenis keluaran
yang boleh dihasilkan berdasarkan kapasiti pengeluaran
dan faktor pengeluaran sedia ada.
 Analisis luaran perlu bertujuan untuk melihat sejauh mana
keadaan ekonomi dan perkembangan dalam industri akan
membawa kesan kepada perniagaan pada masa akan
datang.
 Pihak pengurusan boleh mendapatkan pembiayaan
daripada sumber dalaman atau luaran atau memilih antara
sumber hutang jangka pendek dengan sumber hutang
jangka panjang.
Aliran Tunai Bersih

 Bajet tunai terdiri daripada empat komponen yang berikut:


 Pembayaran Tunai
 (a) Menentukan ramalan
 Beberapa jangkaan yang menyentuh pelbagai aspek perniagaan harus dibuat
sebelum menyediakan bajet.
 Jangkaan yang dibuat boleh digunakan untuk mengukur tingkat kecekapan
pengurusan dan operasi organisasi.
 Pihak pengurusan perlu melihat kedudukan aset tetap dan aset semasa dalam
syarikat supaya tindakan segera boleh diambil.
 Untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran atau menjalankan analisis bagi
mengenal pasti semasa ada aktiviti pelabur yang bakal dijalankan akan
membawa pulangan yang diharapkan atau sebaliknya.
 Perancangan kewangan melibatkan penyediaan bajet tunai dan penentuan
keuntungan melalui ramalan penyata pendapatan yang bertujuan memberi garis
panduan kepada firma untuk mengarah, menyelaras dan mengawal tindakan
syarikat.
 (b) Menentukan kedudukan aset tetap dan aset semasa.
 Dapat memberikan cadangan tentang cara ntuk mengatur pembelian dan
pembayaran balik hutang supaya pinjaman dapat dikurangkan.
 Bajet tunai boleh dogunakan untuk merancang pembayran cukai dengan
lebih berkesan melaui penentuan belian, jualan dan sebagainya pada
masa yang tepat.
 Nasihat kewangan dapat diberi untuk mengenal pasti kelemahan dan
kekuatan sesebuah perniagaan berdasarkan laporan bajet tunai yang
tepat.

 Dengan membuat perancangan ke hadapan,, sesebuah perniagaan boleh
mengetahui waktu keperluan tunai akan mencukupi dan membolehkan
perniagaan membuat keputusan pembelian secara tunai atau kredit.
 Memperbaiki sesuatu keadaan apabila berlaku ketidakseimbangan
antara pinjaman jangka pendek dan pinjaman jangka panjang.
 (b) Motivasi
 Meningkatkan motivasi pihak pengurusan dan pekerja untuk bekerja
kuat.
 Dasar ini merupakan matlamat yang perlu dicapai dan ganjaran akan
diberi kepada Pembayaran tunai
 Perbelanjaan yang terlibat semasa aktiviti perngeluaran dan pengedalian
organisasi.
iv. Masalah berkaitan belanjawan di sediakan

 Dalam kajian Mohd Helmi (1983) terdapat beberapa masalah yang melandai
syarikat-syarikat pengiklanan terutama dari kalangan bumiputera.
 Agensi pengiklanan sukar menembusi pasaran di mana agensi-agensi
pengiklanan antarabangsa yang bertindak memonopoli industry pengiklanan.
Kedudukan ini mengakibatkan persaingan yang hebat bagi agensi-agensi
bumiputera ini untuk mengukuhkan perniagaan.

 Masalah kepimpinan dan persefahaman di kalangan agensi-agensi pengiklanan


bumiputera itu sendiri. Tiada persatuan untuk dirujuk atau membantu. Apatah
lagi persatuan pengiklanan yang ada telah didominasikan oleh agensi-agensi
pengiklanan antarabangsa.

 Masalah kewangan telah dijadikan suatu tekanan dari pihak pemilik media
massa yang memerlukan jumlah kewangan yang banyak sebagai jaminan untuk
mendapatkan kemudahan kredit dan komisyen.

 Agensi-agensi pengiklanan bumiputera mempunyai modal yang kecil dan


kurangnya kepercayaan bank dan industry kewangan untuk kemudahan kredit.

 Kurangnya tenaga mahir dan terlatih.


BAGAIMANA PROSES PENYEDIAAN BELANJAWAN DAPAT
DITINGKATKAN

Analisa Persaingan
- Dengan pertambahan bilangan penduduk serta kehendak masyarakat, sumber semakin
meningkat, Morrissons Excellence tidak menghadapi persaingan yang sengit memandangkan
pengiklanan biasanya dikuasai oleh bangsa lain. Masyarakat kini didapati lebih selesa
menggunakan perkhidmatan yang dikendalikan oleh bumiputera. Jadi ini menjadi salah satu
factor syarikat boleh berkembang memandangkan tidak ramai bumiputera menceburi bidang
pengiklanan ini.

Harga
- Harga pasaran merupakan satu factor yang sangat penting dalam mengimbangi kos dan
keuntungan yang akan diperolehi. Untuk itu pihak syarikat akan memfokus ke arah pengurangan
kos operasi syarikat. Antaranya dengan menyiapkan segala tempahan dalam masa yang singkat.
Berikutan ini kos syarikat akan berkurangan dan meningkatkan keuntungan syarikat.

Kualiti
- Aspek kualiti adalah sangat penting di dalam semua jenis pengurusan perniagaan. Antara ciri-ciri
kualiti yang perlu dipertingkatkan adalah dari segi operasi, jualan, khidmat pelanggan,
penghantaran dan rekaan berkualiti tinggi. Ini adalah kerana kualiti yang tinggi akan menjamin
kestabilan dan kesinambungan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat.
BAGAIMANA KEGUNAAN BELANJAWAN UNTUK
OPERASI PERNIAGAAN DITINGKATKAN

Analisis Pasaran
- Seterusnya kita akan melihat bagaimana pula analisis pasaran pengiklanan boleh dikaitkan
dengan 4P.

Pengiklanan Dengan Keluaran (Produk)

- Iklan memainkan peranan yang penting untuk menunjukkan perbezaan antara satu produk
dengan produk yang lain. Alasannya kerana jika tiada perbezaan antara produk lain pelanggan
tidak dapat tahu mengenai produk sesebuah syarikat. Terdapat 3 cara pembezaan produk:-
 Pembezaan Nyata - perubahan yang dapat dikenalpasti atau dilihat dengan jelas melalui
iklan. Contoh: jenama, rekabentuk, pembungkusan, warna, saiz. Contoh : perubahan warna
seperti Milo (hijau), Ovaltine (Merah) dan Vico (kuning)
 Pembezaan yang tidak nyata – pembezaan yang tidak jelas dari pandangan kasar. Contoh
Iklan sos- menggunakan bahan-bahan segar. Iklan ubat gigi (Fresh & White) – dimana
kandungan ditambah supaya menjadi lebih segar.
 Pembezaan kerana didorong – pengguna didorong melalui iklan. Contoh: Rokok dilarang
dibuat iklan jadi ada cara lain yang digunakan untuk mengiklan rokok tersebut secara tidak
langsung seperti bolasepak yang ditaja Dunhill. Iklan juga mempunyai kaitan rapat dengan
Kitaran Hayat Produk. Huraian di bawah akan menjelaskan dengan lebih mendalam lagi
akan perkara ini.
Permintaan Pasaran.
 Sejauh mana penerimaan sesuatu produk dan perkhidmatan di pasaran. Di sini
hukum penawaran dan permintaan ada diamalkan iaitu jika permintaan pasaran
adalah tinggi maka harga produk tersebut akan menjadi tinggi. Maka peranan
iklan menjelaskan bahawa harga sesuatu produk itu tinggi adalah disebabkan
kualiti produk tersebut. Seperti produk lampin bayi pakai buang Pampers
dengan jenama lain di mana Pampers lebih mahal kerana kualitinya. Contoh-
contoh lain seperti detergen Dynamo dengan cecair cucian lain di mana Dynamo
mahal sedikit kerana permintaannya tinggi.

Kos Pengeluaran Dan Kos Penghantaran.


 Jika kos pengeluaran meningkat dan kos penghantaran meningkat maka harga
produk akan meningkat. Iklan biasanya akan menunjukkan kesukaran bagi
menghasilkan sesuatu produk. Contohnya Minyak Masak Seri Murni yang mana
penghasilannya sukar iaitu melalui proses pemeringkatan. Jadi jika harganya
tinggi orang ramai yang melihat iklan akan faham keadaannya. Syarikat-syarikat
akan bersaing antara satu sama lain dengan mengiklankan produk mereka. Oleh
itu orang ramai akan membandingkan mana produk yang lebih baik. Oleh itu
iklan akan cuba menonjolkan produk merekalah yang terbaik.
 Syarikat akan cuba menggambarkan di dalam iklan imej yang diinginkan. Jika
syarikat meletakkan imej yang tinggi maka iklan yang disiarkan haruslah
menunjukkan imej yang tinggi sesuai dengan kehendak syarikat
pengeluar contohnya Dunhill, jadi syarikat akan memastikan iklan tersebut
setanding dengan imej yang dikehendaki.
Pengiklanan Dengan Promosi.
 Iklan disiarkan di televisyen atau radio kemudian disusuli dengan
jurujual pergi dari rumah ke rumah membuat promosi bagi
mendapatkan jualan. Iklan dan publisiti contohnya sidang akhbar
diadakan bagi mewujudkan komunikasi dua hala dengan ini dapat
membetulkan tanggapan yang salah terhadap sesuatu produk.

Ciri-Ciri Pasaran
 Pasaran berasaskan kepada bidang pengiklanan. Permintaan bidang
pengiklanan ini dipengaruhi oleh :
 (a) harga,
 (b) musim,
 (c) pendapatan pelanggan,
 (d) Upacara seperti perayaan, kenduri perkahwinan, hari jadi, hari
guru, hari konvokesyen dan majlis-majlis keraian serta mempengaruhi
permintaan pasaran berasaskan iklan-iklan dalam bentuk maya ataupun
secara langsung.
 (e) Mudah didapati dimana faktor mudah dan boleh didapati apabila
diminta oleh pengguna juga mempengaruhi permintaan.
Perkhidmatan Yang Disediakan seperti menyediakan studio seni, khidmat
percetakan untuk iklan-iklan di majalah, penyelidikan pemasaran dan syarikat
produksi.

Studio Seni.
 Iaitu tempat dimana pekerja-pekerja bertugas mencipta dan membuat kerja-
kerja lukisan dan illustrasi sebelum menghasilkan iklan yang sebenar. Pekerja
disini terdiri daripada pelukis-pelukis yang mahir dan juga terdapat ramai
pakar-pakar seperti pengarah seni , pelukis grafik dan sebagainya.

Pencetakan
 Menjalankan kerja-kerja pencetakan dalam bentuk percetakan . Biasanya
syarikat mempunyai peralatan yang lengkap dan canggih bagi menghasilkan
output yang berkualiti. Sebagai contoh brosur, kad perayaan, katalog dan
sebagainya.

Produksi / Penerbitan.
 Menjalankan aktiviti membuat iklan di televisyen. Di syarikat ini terdapat studio
yang dikhaskan bagi sesi penggambaran iklan. Ada pekerja yang pakar di dalam
produksi filem dengan ini mampu memaparkan iklan yang berkesan.
BAKAL PESAING
 Berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap produk berasaskan pengiklanan
yang terhad menyebabkan berlakunya persaingan dengan pembekal iklan adalah
kurang. Tetapi kemungkinan wujudnya pesaing yang baru adalah tinggi kerana
wujudnya pasaran yang kian berkembang. Kami akan sentiasa meningkatkan
kualiti dan kuantiti pengeluaran dalam bidang pengiklanan untuk bersaing
secara sihat dalam industri ini.

STRATEGI PEMASARAN SECARA KESELURUHAN


 Strategi pemasaran adalah merupakan perancangan yang konsisten. Ia
melibatkan bagaimana konsep 4P digunakan bagi mencapai matlamat dan
objektif perniagaan dalam dunia keusahawanan. 4P ini terdiri daripada produk
(product), tempat (place), harga (price) dan promosi (promotion).
 STRATEGI KELUARAN/PRODUK
 (a) Produk dan perkhidmatan yang dikeluarkan adalah:
 Berkualiti
 Menarik
 (b) Teknik produk pengiklanan:
 Mempunyai jenama sendiri
 Iklan yang menarik seperti menggunakan model (artis) sebagai duta
syarikat
STRATEGI HARGA
 Harga istimewa untuk Ahli Berdaftar serta promosi dalam
bayaran termurah mengikut kupon yang diberikan kepada
pelanggan tetap syarikat.

 STRATEGI PROMOSI
 Memperkenalkan perkhidmatan syarikat kami kepada
pelanggan sasaran dengan kaedah :
 Pendaftaran keahlian
 Kerjasama dengan Kementerian Suruhanjaya Komunikasi
Dan Multimedia serta agensi berkaitan
 Hari perasmian dirasmikan oleh orang kenamaan
 Memberikan perkhidmatan pengiklanan secara diskaun
10% - 20% mengikut tempoh masa bulanan iklan
 Secara langsung
 Laman web www.marrisonsexcellence.com
 STATEGI AGIHAN / PENGEDARAN
 Penghantaran terus kepada pelanggan yang
membuat tempahan iaitu:
 (a) Restoran
 (b) Hotel
 (c) IKS, Perkongsian, Enterprise, Syarikat Sdn.
Bhd, Syarikat Berhad
 Kami akan mencari agen di setiap negeri dalam
mempromosikan Syarikat Pengiklanan dalam
membuat penghantaran terus kepada pelanggan.
Kesimpulannya di sini ialah belanjawan yang baik akan memberi
manfaat yang banyak kepada koperasi melalui maklumat-maklumat
yang disediakan dalam belanjawan. Perjalanan aktiviti perniagaan
akan lebih teratur dan tersusun. Langkah demi langkah untuk
mencapai matlamat penubuhan perniagaan telah disediakan. Pihak
pengurusan dan kakitangan hanya perlu bekerja keras untuk
mencapai matlamat yang telah dirancang. Bidang pengiklanan
mempunyai potensi besar untuk berkembang dengan maju. Oleh itu
kami mempunyai strategi jangka panjang dalam memastikan
syarikat kami berjaya memonopoli pasaran iaitu:
 Menambahkan cawangan di Seluruh Malaysia bagi memenuhi
permintaan yang kian meningkat.
 Melakukan R&D untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti dalam
bidang pengiklanan.
 Menjadi perunding (mentor) dalam bidang pengiklanan.
 Menjalankan usahasama dengan pengiklanan di luar negara.
 Mengadakan acara pertandingan mencipta logo tahunan syarikat.
 RUJUKAN
 Abdul Razak Omar. 1998. Menjaring Usahawan
Bumiputera. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributors Sd. Bhd.
 Moha Asri Hj. Abdullah. 1999. Pembangunan Industri
Kecil Dan Sederhana. Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributors Sd. Bhd.
 Moha Asri Hj. Abdullah, Juhary Ali dan Faoziah Idris.
2000. Pengurusan Perniagaan Kecil. Kuala Lumpur.
Utusan Publication & Distributors Sd. Bhd.
 Mohd Shafie Ariffin dan Mohamad Azim
Shafeeyullagan. 2009. Teras Keusahawanan. Selangor.
McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai