Anda di halaman 1dari 6

BERKHATAN DALAM ISLAM

Berkhatan dari sudut Islam

Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong. Dalam Malayalam ianya juga
disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk
menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan.
Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk
wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak
diamalkan sepenuhnya. Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan
sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa
cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa
yang lebih selamat.

Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi
dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur
apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan
apaila seseorang mencapai akil baligh.

Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala
zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan
dengan berbagai cara.

Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada
namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di
atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin
dan tidak mencacatkan.

Sekian Wassalaam

Berkhatan tuntutan fitrah, sunnah


MENUJU ALAM REMAJA...berkhatan antara tuntutan bagi menyempurnakan syarak.

BAGI seorang kanak-kanak lelaki, berkhatan adalah 'acara' kemuncak sebelum memasuki alam
remaja.

Pada zaman dahulu, sebelum berkhatan kanak-kanak akan berbaju Melayu dan berkain pelekat,
berendam di sungai.

Selepas itu mereka akan duduk di atas bahu bapa masing-masing dan diarak ke tempat
berkhatan. Di sana tersedia sebatang pokok pisang tempat berkhatan.
Usia anak lelaki yang dikhatankan biasanya antara 10 dan 12 tahun. Memang takut dan gementar
mengenangkan ia perkara yang menyakitkan.

Tok mudim cukup 'digeruni' kerana dialah yang melakukan tugas khatan. Dari cerita yang
disampaikan orang zaman dulu, tok mudim menggunakan penyepit khas yang diletakkan pada
bahagian kulit zakar yang hendak dipotong.

Bahagian itu kemudian dipotong dengan pisau khas sebelum diletakkan iodin dan dibalut dengan
kain. Selepas selesai berkhatan, kapur sirih disapu di bahagian pergelangan kaki bagi mencegah
kegatalan daripada sejenis hama.

Kenduri bagi merayakan orang yang berkhatan turut diadakan dengan menjemput orang
kampung memeriahkan hari bersejarah anak-anak lelaki menempuh alam remaja.
Itu cerita dulu, kini di zaman moden, pengalaman berkhatan di atas batang pisang mungkin
jarang dapat dilihat.

Kebanyakan anak-anak dikhatankan di klinik atau hospital menggunakan kaedah lebih moden,
praktikal, kurang sakit selain luka cepat sembuh.

Sesuai dengan musim cuti persekolahan sekarang, ramai ibu bapa mengambil kesempatan
mengkhatankan anak mereka.

Berdasarkan hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain bahawa Nabi bersabda yang
bermaksud: "Lima perkara yang tergolong dalam fitrah iaitu berkhitan, mencukur bulu ari-ari,
mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menipiskan misai."

Bagaimanapun, seseorang itu tidak dianggap berdosa kerana tidak berkhatan sewaktu kecil atas
alasan dia tidak mengetahuinya.

Terdapat beberapa pendapat ulama yang mengatakan bahawa khatan itu sunnah. Contohnya
mazhab Maliki, mazhab Hanafi dan Hambali.

Pendapat mereka berlandaskan kepada dalil syar'i yang memang secara tegas menyebutkan
sunnah berkhatan. Daripada Ibnu Abbas, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Khitan itu
sunnah buat lelaki dan memuliakan buat wanita." (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi)

Berdasarkan fatwa mazhab Syafie dan kebanyakan ulama berpendapat khatan itu hukumnya
wajib, bukan saja untuk lelaki, tetapi juga perempuan.

Dalil yang menunjukkan wajib berkhatan adalah melalui sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Buanglah rambut-rambut kamu yang ada ketika kamu kufur dan berkhatanlah." (Hadis riwayat
Abu Daud)

Cara berkhatan bagi lelaki ialah dengan memotong selaput kulit yang menutupi kepala zakar
sehingga nampak kepala zakar itu keseluruhannya.
Berbeza dengan perempuan, wajib baginya memotong sedikit daging yang ada di sebelah atas
faraj (klitoris) atau cukup sekadar berdarah bagi memenuhi syarat berkhatan.

Berdasarkan sebuah hadis daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah menegur Ummu 'Athiah
dengan bersabda yang bermaksud: "Apabila engkau mengkhatan maka khatanlah (dengan
memotong sebahagian al-bazhr) dan jangan engkau berlebih-lebihan (dalam memotong) kerana
yang demikian itu menjernihkan air muka perempuan dan mendatangkan kesukaan kepada suami
(boleh menambah kelazatan bersetubuh)." (Hadis riwayat at-Thabrani)
Islam menuntut umatnya berkhatan kerana terdapat beberapa hikmah dan kelebihan.

Dari sudut agama Islam, ia antara tuntutan fitrah dan salah satu syiar Islam bagi
menyempurnakan tuntutan syarak.

Ini berasaskan kepada sunnah Nabi Ibrahim serta membezakan antara orang Islam dengan
penganut agama lain. Namun begitu sekarang ini orang bukan Islam ada juga yang sudah mula
berkhatan.

Dari sudut kesihatan, terlalu banyak manfaat, antaranya dapat membersihkan zakar, memperelok,
mencantik bentuknya dan menambahkan kelazatan ketika hubungan kelamin.

Ia juga dapat mengawasi kesihatan tenaga batin serta memelihara diri daripada dihinggapi
penyakit kelamin dan kanser.

Dengan itu tergambar kepada kita akan keindahan Islam serta rahsia di sebalik syariat amalan
berkhatan yang dianjurkan Islam.

Apa yang jelas, jika tidak berkhatan ketika membuang air kecil kotoran itu akan bertakung di
kawasan kulit zakar. Jadi bagaimana seseorang boleh bersolat jika dia tidak benar-benar dalam
keadaan suci dan bersih.

Beberapa kajian dibuat berkenaan kebaikan berkhatan antaranya dalam buku bertajuk
'Kehidupan dan Seksologi' karangan Dr Sobri Al-Qubbani menyatakan khatan memberi manfaat
besar terhadap kesihatan seperti dapat membebaskan seorang daripada penyakit kulit yang
berpunca daripada peluh, daki, kuman serta kumpulan lemak di bahagian kulit yang menutupi
kepala zakar, mengurangkan risiko kanser prostat serta mengelak sindrom kencing malam jika
anak lelaki dikhatan awal.

Kemudian Al-Tarmizi meriwayatkan daripada Abu Ayyub, katanya Rasulullah bersabda yang
bermaksud: "Empat perkara dari sunnah Rasul iaitu: khatan, berwangi-wangian, bersiwak, dan
nikah."

Pensyarah Kolej Islam Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah, Muhd Zainul Asri Ramli berkata
hikmah berkhatan jelas dapat dilihat dari sudut kesihatan.

"Allah mensyariatkah khatan bagi mendidik hamba-Nya menjaga kebersihan. Sebelum


melakukan kewajipan seperti bersolat contohnya seseorang perlu bersih daripada najis dan
kekotoran.

"Melalui amalan khatan ini menjadikan seseorang itu bersih, sihat dan segar," katanya.

Zainul Asri berkata wajib bagi lelaki berkhatan seorang lelaki wajib berkhatan apabila mencapai
usia akil baligh.

"Sunat dilakukan khatan ketika bayi berusia tujuh hari selepas dilahirkan dan jika sebelum itu
hukumnya adalah makruh.

"Pendapat wajib khitan untuk lelaki berdasarkan arahan di dalam surah an-Nahl ayat 123 di
mana Allah berfirman yang bermaksud: 'Kemudian kami wahyukan kepada kamu (Ya
Muhammad iaitu): Ikutlah agama Ibrahim yang lurus dan tidaklah dia termasuk di kalangan
orang-orang yang musyrik.'

"Dalam ayat berkenaan Allah memerintahkan Rasulullah untuk mengikuti ajaran Nabi Ibrahim di
mana salah satu dari ajarannya ialah khitan. Nabi Ibrahim berkhatan pada umur lapan puluh
tahun dan menjadi orang paling awal berkhatan," katanya.

Beliau berkata apabila anak lelaki dikhatankan maka sunat mengadakan kenduri manakala anak
perempuan hanya sunat dihadiri jemputan wanita.

"Sama juga seperti majlis meraikan anak yang baru lahir, orang yang baru balik bermusafir serta
khatam al-Quran yang biasa diadakan.

"Untuk majlis khatan ini pula ia diadakan dengan tujuan untuk memberi semangat kepada anak
pada hari mereka dikhatankan," katanya.

Zainul Asri berkata hikmah berkhatan bagi lelaki ialah untuk memperelokkan bentuk zakar serta
mencapai kelazatan apabila melakukan hubungan kelamin dengan isteri.

"Bagi perempuan, khatan adalah untuk memuliakan mereka. Selain itu, ia adalah bagi
mengekang nafsu syahwat perempuan yang sememangnya lebih tinggi daripada lelaki.

"Bagi menjaga kehormatan wanita yang terbaik buat mereka adalah 'isymam' iaitu memotong
sedikit hujung daripada kelentit mereka," katanya.

Beliau berkata bagi golongan mualaf mereka diberi pilihan sama ada untuk berkhatan atau pun
tidak kerana Islam tidak membebankan umatnya.

"Bagaimanapun, kesedaran mengenai kebaikan dan kelebihan berkhatan mula disedari oleh
orang bukan Islam," katanya.
KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa. Malah, pada kini
dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh dunia berkhatan sama ada disebabkan anjuran agama
seperti Islam dan Yahudi, mahupun kerana faktor kesihatan.

Dalam Islam, khatan atau khitan adalah perkara khilafiyah dibincangkan dalam semua mazhab,
namun menurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki dan perempuan.
Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.

Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik dan Imam Abu Hanifah
berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki dan perempuan.

Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat
bagi perempuan.

Antara dalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allah yang
bermaksud: "Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim."

Hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Nabi Ibrahim
berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama 'al-Qudum' (di Syam). (Riwayat
Imam Bukhari dan Muslim).

Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan juga oleh
Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itu sunat bagi lelaki dan suatu
perkara yang terpuji bagi perempuan.

Selain itu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu 'Asakir meriwayatkan suatu hadis daripada
ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorang wanita bernama Ummu 'Atiyyah
kerjanya mengkhatankan anak gadis.

Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu: "Apabila engkau mengkhatankan anak perempuan
jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itu jika disederhanakan akan
menambahkan seri muka dan menyebabkan suami lebih gembira."

Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatan bagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj
yang berbentuk segi tiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidak sampai ke
pangkalnya.

Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong
bahagian kulit berlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibius pada
bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong, dilipat dan dijahit dengan
benang larut sendiri.

Bagaimanapun, kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudah
berbentuk bulat untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Ia bertujuan menghentikan
perjalanan darah dalam tempoh seminggu dan secara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.

Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari
sudut kesihatan.

Bagi perempuan, khatan dapat menundukkan naluri nafsu yang membuak-buak, walaupun
sesetengah pihak menentang amalan itu kononnya menghilangkan kenikmatan ketika bersama
pasangan.

Khatan kepada lelaki mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama
menghindarkan diri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV.

Hasil kajian pakar Eropah dan Afrika di empat bandar Afrika mendapati berkhatan
menghindarkan tiga kali ganda daripada dijangkiti virus HIV.

"Kami mempunyai bukti berkhatan boleh mencegah risiko dijangkiti HIV di kalangan lelaki
yang sememangnya berita baik berikutan beberapa laporan mengecewakan sebelum ini,"
demikian menurut rencana ditulis Marie-Louise Newell dan Till Barnighausen daripada
Universiti KwaZulu-Natal di South Africa dan Fakulti Kesihatan Awam, Universiti Harvard.

Di wilayah Kwazulu-Natal yang kes HIV sangat tinggi, penyelidik mendapati kadar penduduk
berkhatan amat rendah.

Sebanyak 35,000 jangkitan baru mungkin dapat dicegah pada 2007 jika 2.5 juta lelaki di sana
berkhatan.

Penyelidik Amerika Syarikat, Richard Bailey, ketika berucap di persidangan mengenai Aids di
Sydney, sebelum ini, menggesa pihak berkuasa setiap negara mempromosi amalan berkhatan
kerana bukti saintifik menunjukkan ia boleh mengurangkan jangkitan HIV sebanyak 60 peratus.

Menurutnya, tiga kajian yang dijalankan di Afrika mengesahkan kepercayaan sedia ada
mengenai keberkesanan khatan dalam mengurangkan jangkitan virus itu.

"Sudah tiba masanya untuk bertindak. Melengahkan amalan berkhatan boleh mendatangkan
lebih banyak keburukan," kata pensyarah Universiti Illinois itu.

Amalan berkhatan juga dapat mencegah lelaki daripada menghidap barah zakar. Media
melaporkan, satu kajian mendapati 87 daripada 89 kes barah zakar adalah di kalangan lelaki
yang tidak berkhatan.

Di samping itu, ada beberapa faedah lain seperti memberikan ruang kepada zakar memanjang
dan mengembang selepas kulup atau kulit penghujung zakar dipotong, malah memberikan daya
ereksi lebih normal serta peningkatan daya kawalan daripada cepat ejakulasi.

Anda mungkin juga menyukai