Anda di halaman 1dari 5

MAJLIS BERKHATAN Perkataan berkhatan berasal dari perkataan 'khitan' iaitu potong.

Dalam Malayalam ianya juga disebut sebagai Maarkham. Kebiasanya ianya juga disebut sebagai 'sunat'. Ini digunakan untuk menunjukkan bahawa ianya dilakukan sebagai 'kebiasaan' pada zaman Nabi Ibrahim A.S.

Menurut kitab Fathul Mueen, berkhatan adalah wajib bagi lelaki dan perempuan. Walaubagaimanapun ada juga sebilangan besar ulama' berpendapat bahawa berkhatan untuk wanita hanyalah sunat. Ini mungkin sebabnya mengapa berkhatan dikalangan wanita tidak diamalkan sepenuhnya.

Selain dari itu, berkhatan untuk lelaki adalah sunat dihebahkan sementara untuk wanita pula ianya adalah sebaliknya. Sekiranya bersunat itu akan dalam apa-apa cara membahayakan diri kanak-kanak tersebut, maka ianya patut di tangguhkan ke suatu masa yang lebih selamat. Berkhatan adalah sebaik-baiknya sebaik-baiknya dilakukan pada hari ke 7 atau hari ke 40 bayi dilahirkan. Satu lagi masa yang baik adalah semasa umurnya mencapai 7 tahun, ia itu umur apabila mereka perlu dinasihatkan untuk sembahyang. Berkhatan menjadi wajib untuk dilakukan apaila seseorang mencapai akil baligh. Berkhatan untuk lelaki dilakukan dengan membuang 'foreskin' , kulit yang menutupi kepala zakar (glans penis) sehingga nampak keseluruhan glans penis keluar. Ianya boleh dilakukan dengan berbagai cara. Untuk kanak- kanak perempuan pula ianya dilakukan untuk memenuhi syarat berkhatan pada namanya. Ini bermaksud memotong pada sebahagian kecil di 'daging berbentuk balung ayam di atas saluran kencing' (yakni kelentit atau klitoris). Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin dan tidak mencacatkan. Berkhatan mempunyai banyak kebaikannya yang tersendiri. Islam menuntut supaya umatnya berkhatan kerana ia mempunyai beberapa kelebihan yang tidak akan diperolehi mereka yang tidak berkhatan. Kebaikan dan kelebihan berkhatan dapat dilihat dari dua aspek, iaitu dari aspek kesihatan dan dari aspek keagamaan.

Dari aspek kesihatan terdapat tiga kelebihannya. 1. Menjauhkan tebiat kencing malam. 2. Mendatangkan kebersihan. 3. Mengawasi kesihatan. Dari aspek keagamaan pula ada empat kelebihannya. 1. Untuk membezakan orang Islam dengan penganut agama lain. 2. Sebagai ikrar patuh kepada arahan-Nya dan tunduk di bawah hukum dan kekuasaan-Nya. 3. Berkhatan adalah induk kepada fitrah, syiar Islam dan sebagai lambang syariah. 4. Menyumpurnakan tuntutan syarak.

Pantang Larang Di antara pantang larang yang biasa diamalkan selepas berkhatan ialah: Makanan yang gatal dilarang sama sekali seperti udang, sotong, telur, ayam, pedal ayam, daging, ikan megkeroi dan ikan tudung tempayan. Buah setoi dan buah seter. Kuih buah melaka. (Makanan tersebut boleh memudaratkan dan mendatangkan kesan buruk pada luka bekas berkhatan). Menegah kanak-kanak daripada: Minum air terlalu banyak Melangkah bendul pintu Melangkah tahi ayam Melangkah kulit kerang dan lain-lain lagi Pantang larang ini diberitahu supaya kanak-kanak tidak bangun berjalan bertujuan untuk cepat sembuh.

Majlis Berkhatan Upacara berkhatan bagi kanak-kanak lelaki lebih meriah berbanding upacara berkhatan untuk kanak-kanak perempuan. Walau bagaimanapun, kemeriahan sesuatu majlis itu bergantung kepada kemampuan dan kehendak seseorang serta kebiasaan masyarakat setempat.

Majlis kenduri sempena berkhatan selalunya dibuat serentak dengan majlis perkahwinan. Ini untuk menjimatkan belanja dan kerja. Telah menjadi satu kebiasaan bagi masyarakat Melayu menjalankan upacara berkhatan secara beramai-ramai, iaitu 2-10 orang yang terdiri daripada kaum keluarga ataupun saudara-mara. Menurut kepercayaan dan adat orang Melayu, jika kanak-kanak tidak khatam al-Quran, kuranglah kemuliaan kanak-kanak itu. Oleh itu, seboleh mungkin, upacara mengkhatam al-Quran turut diadakan. Upacara berkhatam al-Quran dijalankan sehari sebelum berkhatan. Pada sebelah petang atau malam sebelumnya, kanak-kanak tersebut akan dimandikan, diandam dan dipakaikan dengan pakaian baru. Keesokannya upacara khatam al-Quran akan dijalankan.

Satu hidangan khas disediakan oleh keluarga kanak-kanak yang hendak dikhatankan itu. Kanak-kanak tersebut akan diberi layanan istimewa semasa makan adap-adapan itu. Kini berkhatan boleh dilakukan di klinik kerajaan atau klinik swasta. Tetapi berkhatan secara tradisional memerlukan seorang mudin.

Pada masa dahulu ibubapa kanak-kanak yang terlibat bekerjasama mengadakan kenduri-kendara secara besar-besaran. Mereka biasanya dibantu oleh sanak-saudara dan jiran-jiran terdekat yang dijemput hadir. Sebelum upacara berkhatan dijalankan, beberapa acara sampingan diadakan terlebih dahulu mengikut adat resam masyarakat Melayu. Sehari sebelum masa ditetapkan untuk berkhatan, kanak-kanak tersebut terlebih dahulu dimandikan, kemudian mereka akan memakai pakaian baru dan diarak seperti pengantin serta disandingkan sesama mereka. Selepas itu jika ada majlis berkhatam Al-Quran mereka akan duduk bersila dan membaca Al-Quran dengan tertib sambil diperhatikan oleh seorang guru Al-Quran dan para jemputan yang lain. Setelah selesai upacara tersebut, bunga-bunga telur akan diedarkan kepada para jemputan. Guru yang menganjar Al-Quran tersebut akan diberikan hadiah satu persalinan pakaian. Kanak-kanak tersebut akan bangun mencium tangun guru mereka. Selepas itu, para jemputan akan menikmati hidangan yang disediakan oleh ibubapa kanak-kanak tersebut. Pada keesokkan harinya, sebelum Tok Mudim tiba, beberapa bahan yang diperlukan untuk upacara berkhatan disediakan. Antara bahan tersebut ialah:

Batang pisang Kain putih berukuran 2 ela Seekor bapa ayam Sebiji buyung air Sirih pinang Pengeras Pada pagi itu, kanak-kanak tersebut akan dimandikan dan dibersihkan badan mereka. Setelah selesai, mereka akan dimandikan sekali lagi dengan air jampi (air dalam buyung yang telah dijampi oleh Tok Mudim). Kanak-kanak tersebut kemudiannya didudukan di atas batang pisang dan Tok Mudim pun mengkhatankannya dengan segera. Selepas itu, kepala bapa ayam akan diacukan ke arah kemaluan kanak-kanak tersebut bertujuan untuk mengeluarkan "bisa". Terdapat juga kepercayaan bahawa jika bulu tengkuk ayam itu kembang sewaktu diacukan, mereka percaya itu adalah petanda bahawa kanak-kanak tersebut seorang yang "garang" sewaktu bersama isteri dan akan beristeri banyak. Tok Mudim seterusnya akan mengkhatankan seorang demi seorang dan selepas itu dibalut dan disapukan ubat. Mereka akan dibaringkan di tempat yang disediakan. Beberapa orang Tok Mudim berpendapat sesetengah perkara-perkara yang dilakukan untuk mengiringi proses berkhatan adalah adat semata-mata dan dilakukan mengikut adat resam tempatan masing-masing dan tidak semua Tok Mudim melakukan adat-adat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai