Anda di halaman 1dari 5

Adat Melayu yang telah diharamkan selepas kedatangan Agama Islam

Selepas kedatangan islam, berlakunya perubahan yang ketara dari beberapa sudut terutamanya
dari segi larangan terhadap amalan tradisi melayu. Berikut disertakan beberapa contoh amalan
adat tradisi melayu yang telah ditinggalkan selepas diharamkan oleh syariat islam. Makan dalam
bab ini akan merungkaikan beberapa contoh adat tradisi melayu yang sering diamalkan pada
zaman dahulu dan sebab pengharamannya.

Melenggang Perut

Jika dahulu, adat melenggang perut dilakukan pada 3 bulan terakhir sebelum kelahiran. Aktiviti
melenggang perut ini kebiasaannya dilakukan oleb seoranb bidan. Melenggang perut dilakukan
dipercayai bertujuan, untuk memudahkan proses kelahiran, menentukan jantina bayi didalam
kandungan dan dikatakan untuk membuang sial yang terdapat pada kandungan. Cara-cara
upacara ini di jalankan, Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan
adat melenggang perut seperti berikut, Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai
kain berwarna itu secara melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di
atas lapisan-lapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa
atau minyak urut secara perlahan-lahan. Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan
diguling-gulingkan secara perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak
tujuh kali dan pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek
daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan memerhatikan
bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti bergolek. Jika mata kelapa itu
menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki, dan jika ia menghala ke bawah, anak
perempuan akan dilahirkan.

Namun selepas kedatangan islam, amalan ini telah mula diperbetulkan akidahnya berikutan ianya
merupakan satu amalan yang khurafat. Hal ini kerana merujuk kepada amalan yang
mempercayai membuang sial dengan alatan yang digunakan seperti tepung tawar yang
dipercayai dalam masyarakat melayu yanv dipercayai mampu membuang sial. Dalam perkara ini
ianya telah menjadi syirik. Menurut Islam syirik adalah salah satu dosa besar yang perlu
dielakkan.
Menurut islam, upacara ini tidak lagi wajar diikuti kerana, dalam hal yang berkaitan nasab iaitu
keturunan, telah diperkenalkan upacara cukur jambul, bertaknik dan aqiqah dalam menyambut
kelahiran dan memohon keberkatan dan perlindungan yang maha esa.

Menegakkan Tiang Seri

Menegakkan Tiang Seri merupakan satu amalan masyarakat zaman dahulu yang dilakukan
apabila pasangan pengantin baru yang ingin mendirikan sebuah rumah akan menegakkan tiang
utama rumah tersebut yang akan berada di tengah-tengah rumah. Dalam kepercayaan masyarakat
melayu, tiang seri ini dipercayai mampu menjadi pengukuhan institusi kekeluargaan
berdasarkan keutuhan tiang seri tersebut. Amalan ini menjadi amalan khurafat kerana wujudnya
unsur-unsur pemujaan dan ritual semasa menaikkan tiang seri tersebut.

Upacara ini boleh dikatakan syirik kerana, pemujaan yang dibaca ini berunsurkan pemujaan
terhadap semangat-semangat agar memelihara dan tidak mengganggu keamanan keluarga yang
bakal menetap di tempat tersebut. Kebiasaannya tiang seri ini akan diletakkan tiga cebisan kain
yang berwarna merah, kuning, hitam di atas tiang tersebut sebelum di tanggamkan pada
bumbung. Upacara ini bakal diketuai oleh sorang pawang yang akan membaca jampi dan
menentukan dimana tiang ini perlu didirikan pada tapak yang telah dipilih. Kebiasaannya,
upacara ini dilakukan secara bergotong-royong.

Menurut Islam amalan ini tidak lagi wajar diikuti kerana berunsur khurafat dan syirik. Dalam
agama islam, amalan ini digantikan majlis bacaan doa selamat dan kenduri kesyukuran selepas
masuk rumah ke rumah baru. Seperti yang dianjurkan dalam islam bacaan doa selamat ini
bertujuan untuk memohon keberkatan untuk memulakan sebuah kehidupan di tempat baru.

Adat kematian dan meninggal dunia

Semasa seseorang meninggal dunia Bomoh akan meletakkan gunting di atas mayat semasa baru
meninggal dunia. Semasa hendak menghantar mayat ke kubur diadakan pula kenduri masuk
kubur, selepas 7 hari kematian, diadakan kenduri pecah perut, selepas 14 hari di adakan kenduri
makan serabai ( sejenis kuih). Kenduri 40 hari sebagai tanda ruh berpisah dari waris. Kenduri
100 hari sebagai kenduri turun batu nisan dan ruh si mati telah masuk ke dalam kumpulannya di
alam kubur.

Dalam situasi ini, perkara ini menjadi satu larangan kerana terang-terangan bertentangan dengan
ajaran islam. Islam menggalakkan untuk mengingati kematian, akan tetapi amalan yang
dicontohi daripada ajaran hindu yang mempercayai roh-roh orang yang telah meninggal akan
kekal di dunia untuk suatu tempoh sebelum benar-benar naik ke langit.

Sebenarnya memperbanyakkan sedekah bacaan ayat-ayat Al-Quran dengan apa cara sekalipun,
asalkan tidak menyalahi syarak dan tidak terdapat di dalamnya sesuatu yang menyalahi syarak
dengan diniatkan pahala sedekah itu untuk disampaikan kepada ibu bapa yang telah mati
daripada waris-warisnya yang masih hidup terutamanya anak-anak adalah digalakkan

Mandi Bunga

Ada yang percaya dengan mengamalkan amalan mandi bunga, seseorang itu akan lekas
mendapat jodoh maka ini adalah khurafat. Percaya dengan mengamalkan amalan mandi bunga
seseorang itu akan dapat terbuang kecelakaannya maka ini juga khurafat. Dalam adat mandi
bunga ini, beberapa jenis bunga akan dipilih oleh seorang pawang atau dukun yang
bertanggungjawab untuk menguruskanya. Dipercayai, bunga-bunga yang dipiih oleh pawing
tersebut mempunyai aura yang tersendiri untuk menaikkan seri orang yang mandi bunga itu.
Percaya dengan mengamalkan amalan mandi bunga rezekinya akan menjadi luas juga adalah
khurafat bahkan akan jatuh hukumnya kepada syirik.

Dukun atau pawing akan meminta orang yang akan mandi bunga menanggalkan pakaian dan
berada dalam bilik air yang telah disiapkan air mandian bunga tersebut. Selepas itu, si dukun
akan membaca jampi serapah dan memuja semangat-semangat nenek moyang untuk membantu
menyerikan si pemakai dan meminta semangat nenek moyang untuk menjauhkan segala
keburukan dan kecelakaan. Upacara mandi bunga ini kebiasaannya diadakan pada malam tengah
malam jumaat kerana dipercayai lebih berkesan.

Walaubagaimanapun, amalan ini merupakan amalan khurafat kerana amalan ini merupakan satu
amalan yang mencontohi agama hindu dan merosakkan akidah serta jatuh syirik. Jatuh syirik
kerana secara sedar meletakkan kebergantungannya kepada sesuatu selain Allah. Ketahuilah,
segala sesuatu telah ditetapkan Allah dengan ketetapan yang disebut taqdir termasuklah dalam
soal jodoh, nasib dan rezeki. Seseorang yang masih belum berkahwin pada usia muda pada
hakikatnya bukanlah disebabkan kerana berat jodoh tetapi mungkin telah ditetapkan Allah
jodohnya pada usia lewat. Seseorang yang sentiasa dirundung masalah pada hakikatnya bukanlah
disebabkan kerana nasib malang yang menyelubunginya tetapi mungkin Allah mahu
mengajarnya tentang kesabaran. Seseorang yang dalam kesempitan pada hakikatnya bukanlah
disebabkan kerana rezekinya mahal tetapi mungkin saja Allah mahu mengajarnya tentang
tawakal. Oleh itu, berbaik sangkalah dengan Allah.

Sebab-sebab pengharaman adat tradisi

Selepas kedatangan Islam ke dalam tamadun Melayu, perkara-perkara berunsurkan syirik dan
khurafat telah mula dikikisa kerana telah jelas menyimpang daripada ajaran islam. Sebagaimana
yang diketahui oleh umat islam pada hari ini, perkara khurafat dan syirik yang menyekutukan
Allah ini merupakan salah satu dosa besar.

Didalam Al-Quran sendiri, Allah telah memberi amaran dan larangan berkaitan perbuatan syirik.
Syirik dari segi istilah Menyekutukan Allah. Oleh itu dalam perara ini, adat tradisi ini
mengandungi unsur khurafat syirik dan tahyul kerana mempercayai sesuatu perkara itu
mempunyai azimat atau dengan melakukan sesuatu perkara itu mampu mengurniakan sesuatu
hasil yang baik. Walaubagaimapun ia tiada dalam ajara islam maka, apabila tiada dalam ajaran
islam perkara itu menjadi satu yang syirik.

Melalui hadis Nabi Muhammad Dari Abdullah ia berkata : aku telah bertanya kepada
Rasulullah saw. dosa apakah yang lebih besar menurut Allah ? Baginda menjawab : Engkau
menjadikan sekutu bagi Allah padahal Dial lah yang menciptakanmu (HR. Bukhari dan
Muslim ). Melalui hadis ini jelas Rasulullah melarang untuk kita berbuat syirik.

Selain hadis, Allah sendiri melarang untuk menyekutukannya seperti yang dinyatakan dalam
beberapa surah dalam Al-Quran seperti Surah Luqman ayat 13 yang bermaksud Dan (ingatlah)
ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai
anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, Sesungguhnya mempersekutukan (Allah)
adalah benar-benar kezaliman yang besar". Seterusnya dalam surah An-Nissa ayat 48 yang
bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni
segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang
mempersekutukan Allah, Maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." . Surah seterusnya
ialah Surah Al- An'Am ayat 88 yang bermaksud "Itulah petunjuk Allah, yang dengannya Dia
memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya. Seandainya
mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka
kerjakan."

Maka melalui hadis-hadis ini jelahlah bahawa amalan-amalan adat tradisi Melayu kita yang
dahulu diharamkan kerana wujudnya unsur syirik dan khurafat kerana bergantung nasib dan
berharap selain daripada Allah swt. Amalan adat tradisi Melayu sebegini tidak lagi wajar
diteruskan kerana jelas menyimpang daripada ajaran dan syariat Islam.

Anda mungkin juga menyukai