Anda di halaman 1dari 10

Adat melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di

selatan semenanjung manakala di sebelah utara semenanjung lebih dikenali


dengan panggilan kirim perut. Adat ini ialah suatu adat yang dijalankan ke atas
seorang isteri yang telah genap tujuh bulan hamil dan ia bertujuan untuk
meletakkan kedudukan bayi di dalam perut di tempat yang sepatutnya, iaitu
bahagian kepala di pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan
bayi tidak kelemasan di dalam perut. Maka pada masa itu, bidan akan dipanggil
untuk memeriksa dan menentukan isteri yang hamil itu betul-betul telah genap
tujuh bulan hamil atau belum cukup bulan lagi. Jika didapati sudah genap tujuh
bulan isteri itu hamil, maka mulailah bidan itu diupah untuk melangsungkan adat
melenggang perut ini. Kelengkapan yang mustahak perlu disiapkan untuk
menjalankan adat ini. Antara kelengkapan tersebut disediakan adalah seperti
berikut:
Tujuh helai kain yang berlainan warna.
Satu gantang beras.
Sebiji buah kelapa.
Beberapa urat benang.
Satu batang damar.
Sedikit minyak kelapa atau minyak urut.
Beberapa batang lilin.
Satu tepak sirih, yang lengkap dengan isinya.
Pengeras wang sebanyak lima suku ($1.25) di dalam tepak itu.
Setelah semua barang tersebut disediakan, tok bidan akan menjalankan adat
melenggang perut seperti berikut:
Mula-mula tok bidan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berwarna itu secara
melintang sehelai demi sehelai. Ibu yang hamil itu akan dibaringkan di atas lapisanlapisan kain tersebut. Kemudian, perut ibu itu akan diurut dengan minyak kelapa
atau minyak urut secara perlahan-lahan.
Selepas itu, kelapa yang sudah dikupas tersebut akan diguling-gulingkan secara
perlahan-lahan di atas perut ibu itu ke atas dan ke bawah sebanyak tujuh kali dan
pada kali yang ketujuh itu, kelapa itu akan dilepas serta dibiarkan jatuh bergolek
daripada perut ibu itu sambil diperhatikan oleh tok bidan itu. Tok bidan akan
memerhatikan bagaimana kedudukan muka atau mata kelapa itu setelah berhenti
bergolek. Jika mata kelapa itu menghala ke atas, ibu itu akan beroleh anak lelaki,
dan jika ia menghala ke bawah, anak perempuan akan dilahirkan.

Setelah itu, sebelah tangan tok bidan akan memegang satu hujung kain lapisan
atas sekali dan dengan tangannya yang sebelah lagi, dipegangnya hujung yang
satu lagi. Kemudian kain itu diangkatnya sedikit sambil dilenggang-lenggangkan
badan ibu itu. Dari sinilah terbitnya panggilan Lenggang Perut itu. Selepas itu, kain
itu ditarik keluar daripada bawah badan ibu tersebut. Perbuatan ini akan dilakukan
sehingga habis ketujuh-tujuh helai kain itu dikeluarkan dari bawah pinggang ibu
tersebut. Kain yang di bawah sekali akan diberikan kepada tok bidan bersama-sama
dengan kelapa, beras, damar, sirih pinang beserta dengan wang pengeras lima suku
di dalam tepak sirih itu.
Biasanya, pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang
akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri
itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut itu akan dipakaikan dengan
pakaian yang baru dan cantik
Melenggang Perut (Sewaktu Mengandung)

Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di bahagian utara
Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mengandung anak sulung ketika
kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh
seorang bidan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin menimpa
wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam
perut. Peralatan untuk upacara ini termasuk Tujuh helai kain dengan tujuh warna
berlainan Segantang beras, Sebiji kelapa, Beberapa urat benang, mentah Damar,
Minyak kelapa atau minyak urut, Lilin Tepak, sirih yang lengkap isinya, Pengeras
sebanyak RM1.25

Pada permulaannya bidan akan membacakan jampi mentera dan mengandam


wanita hamil tadi. Tepung tawar dicalit ke mukanya dan beras kunyit ditabur.

Seterusnya adat mandi sintuk limau dan air buyung dilakukan. Sebiji telur diselitkan
di kain basahan iaitu di bahagian perutnya dan sebuah cermin kecil dibawa
bersama. Wanita itu didudukkan di atas kerusi di mana pada kaki kerusi itu
ditambat seekor ayam. Kemudian air buyung dijiruskan ke badannya manakala telur
tadi dilepaskan atau dijatuhkan dengan kepercayaan ia akan memudahkan wanita
tadi bersalin.

Setelah membersihkan badan, wanita itu bercermin muka dengan harapan anak
yang bakal lahir nanti mempunyai rupa paras yang cantik. Setelah acara itu selesai
bidan akan membentangkan ketujuh-tujuh helai kain berbentuk melintang sehelai di
atas sehelai yang lain. Ibu yang hamil dibaringkan di atas lapisan kain-kain tersebut.
Bidan akan mengurut ibu yang hamil dengan menggunakan minyak kelapa atau
minyak urut. Bidan mengambil buah kelapa yang telah dibersihkan lalu
menggulingkannya perlahan-lahan di atas perut terus ke hujung kakinya sebanyak
tujuh kali. Adalah dipercayai sekiranya kelapa berhenti bergolek dengan matanya ke
atas, anak yang dikandungnya adalah lelaki dan perempuan jika sebaliknya.
Akhirnya bidan akan melenggangkan setiap helai kain tersebut pada perut wanita
hamil itu. Mengikut adatnya, kain yang di bawah sekali diberikan kepada bidan
beserta dengan peralatan upacara tadi. Lazimnya pada hari tersebut, kenduri doa
selamat akan diadakan dan ibu yang menjalani upacara ini dipakaikan dengan
pakaian baru. Adalah dipercayai adat ini mengandungi unsur-unsur budaya Hindu.

Adat Jangan Bertentangan Syariat

Oleh ZUNAIDAH ZAINON

Dalam kepesatan masyarakat menuju ke arah negara maju, masih wujud kekeliruan
antara tuntutan agama dan adat yang menjadi pegangan kuat orang Melayu.
Bahkan, ada pepatah mengatakan biar mati anak, jangan mati adat. Ini
menggambarkan betapa dalam sesuatu situasi adat mendahului kepentingan lain
dalam hidup.

Amat menjengkelkan apabila ada lapisan masyarakat menjadikan adat sebagai


perkara wajib hingga tuntutan agama diabaikan. Perkara ini dapat dilihat terutama
dalam majlis yang membabitkan perkahwinan, menyambut kelahiran cahaya mata
dan kematian.

"Sebenarnya, masyarakat perlu faham bahawa Islam tidak pernah menolak adat
selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Dalam hal ini, saya tidak menyalahkan
masyarakat kerana wujudnya kekeliruan antara memahami adat dan tuntutan

agama," kata Timbalan Dekan (Hal Ehwal Akademik), Fakulti Pengajian Islam,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Rugayah Tibek.

Beliau memberi contoh majlis menyambut kelahiran cahaya mata baru dalam
sesebuah keluarga. Dalam Islam, bayi yang baru lahir perlu diazan dan
ditahmidkan. Kemudian, ibu bapa akan memilih nama yang baik dan seterusnya
melakukan aqiqah. Semua ini penting sebagai tanda kesyukuran kerana mendapat
anak.

Namun, yang agak dikesali adalah tindakan sesetengah masyarakat yang


menyambut kelahiran anak dengan bermacam-macam perkara hingga menjadi
khurafat seperti meletakkan pisau di bawah bantal, kononnya untuk mengelakkan
daripada gangguan hantu dan syaitan.

"Sama juga dengan majlis mencukur kepala. Sepatutnya rambut dicukur dengan
tujuan membersihkan kepala bayi tersebut tetapi kita hanya cukur sedikit sahaja.
Rambut yang habis dicukur perlu ditimbang dengan nilai emas untuk disedekahkan
kepada fakir miskin.

"Cuma Islam tidak memberatkan untuk timbangan emas kerana yang penting ialah
membersihkan kepala bayi." jelas Rugayah.

Disunatkan

Pada majlis perkahwinan pula, yang menjadi tuntutan agama ialah akad nikah dan
kenduri kahwin. Perkahwinan yang dilangsungkan hendaklah diisytiharkan dengan
mengadakan kenduri seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Buatlah kenduri walau dengan seekor kambing." (Riwayat Bukhari)

Dalam Islam, meminang adalah disunatkan tetapi ia bukan satu adat. Agama turut
menggalakkan pemberian hadiah, misalnya pemberian hantaran kepada keluarga
pengantin, tetapi biarlah ia bersederhana untuk mengeratkan hubungan
silaturahim. Kalau ia dilakukan secara berlebih-lebihan seperti mana pada hari ini,
itu semua adalah adat semata-mata dan bukannya tuntutan agama.

Begitu juga dengan majlis perkahwinan yang terlalu meriah hingga mengundang
kepada pembaziran. Perkara ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam. Di samping
itu, ia turut diiringi dengan majlis persandingan di mana pengantin perempuan
berhias secara berlebih-lebihan dan membuka aurat.

"Islam menggalakkan kenduri untuk menghebahkan perkahwinan kepada umum.


Adalah lebih elok kalau pasangan melayan tetamu dengan dihiasi pakaian yang
sedikit berbeza dan menunjukkan dirinya baru berkahwin. Tetapi dalam masyarakat
kita terlalu banyak adat hingga matlamat sebenar tidak tercapai," kata beliau.

Rugayah turut menyentuh mengenai adat menepung tawar pasangan pengantin


semasa majlis persandingan. Dipercayai adat ini berlaku dalam kalangan
masyarakat Melayu dahulu kala yang hendak belayar. Ketika itu diadakan upacara
menurunkan perahu atau kapal. Upacara dilakukan dengan perahu itu dipulihkan
dengan jampi serapah dan mentera menggunakan tepung tawar dan sebagainya.

Membebankan

"Seperti yang saya nyatakan, masyarakat kita sebenarnya tidak jelas apakah adat
yang mereka buat dan tujuannya. Dalam adat menepung tawar, kita perlu lihat
pada tujuannya terlebih dahulu. Kalau berhasrat untuk menolak bala, maka Islam
tidak membenarkan. Sekiranya ia dilakukan dengan tujuan untuk meraikan
pengantin, ini tidak bertentangan dengan syarak," tambahnya.

Selain itu, beberapa adat yang wujud di sesetengah negeri seperti adat mandi bagi
pasangan pengantin juga tidak manis dilakukan kerana ia menampakkan aurat
antara lelaki dan perempuan.

Adat tol seperti di Johor juga dilihat membebankan pihak lelaki yang sudah banyak
mengeluarkan perbelanjaan. Bagaimanapun, adat ini tidaklah sampai ke peringkat
haram kerana mereka melakukan sekadar untuk berseronok.

Antara adat yang bertentangan dengan syarak ialah lenggang perut. Adat
melenggang perut kebanyakannya lebih difahami masyarakat Melayu di selatan
Semenanjung manakala di utara Semenanjung, ia lebih dikenali dengan panggilan
kirim perut.

Ia dilakukan ke atas wanita yang genap hamil tujuh bulan bertujuan meletakkan
kedudukan bayi di tempat yang sepatutnya dalam perut ibu iaitu bahagian kepala di
pintu rahim. Ini penting bagi memudahkan si ibu bersalin dan bayi tidak kelemasan
di dalam perut.

Kelengkapan yang diperlukan ialah tujuh helai kain berlainan warna, segantang
beras, sebiji kelapa, beberapa urat benang dan lilin, sebatang damar, sedikit
minyak kelapa atau minyak urut, satu tepak sirih yang lengkap dengan isinya dan
pengeras wang sebanyak RM1.25 di dalam tepak sirih.

Biasanya pada hari melenggang perut akan diadakan kenduri kecil-kecilan yang
akan dihadiri oleh orang tua-tua dan kaum keluarga yang rapat. Pada masa kenduri
itu berlangsung, si ibu yang akan melenggang perut akan dipakaikan dengan
pakaian baru dan cantik.

"Adat ini wujud kerana azam kita agar bayi dapat dilahirkan dengan selamat.
Hakikatnya, kita perlu memohon dan berdoa kepada Allah s.w.t. supaya
dimudahkan bersalin dan bukannya melalui upacara tersebut.

"Oleh kerana adat ini diwarisi sejak turun-temurun, maka masyarakat hari ini masih
lagi mengamalkannya," ujar Rugayah yang berpendapat perlu ada usaha
digerakkan bagi menjelaskan kekeliruan antara adat dan agama.

Masyarakat Melayu juga mempunyai kepercayaan tertentu apabila membabitkan


soal kematian. Misalnya, mengadakan majlis tahlil dalam tempoh tertentu hingga
membebankan keluarga si mati.

Apabila masyarakat semakin keliru dan tidak tahu membezakan antara adat dan
agama, ia akan menyebabkan umat Islam keciciran tanggungjawab terhadap
agama. Dalam kehidupan sesetengah individu, dari segi psikologi mereka sentiasa
mengharapkan ada kuasa lain dalam diri mereka.

"Saya ingin tegaskan bahawa selagi adat tidak bertentangan dengan agama, maka
Islam membenarkan. Jangan sampai ia memudaratkan seperti mana yang kita lihat
pada hari ini iaitu perbelanjaan perkahwinan yang tinggi menyebabkan ramai
pasangan muda menangguhkan perkahwinan mereka dan akhirnya berlaku
maksiat," tegas beliau.

Sumber: Utusan Malaysia ( 25 Julai 2006 ) dengan sedikit pindaan.

LENGGANG PERUT TRADISI YANG SUDAH DILUPAKAN

Sudah berlalu 1 Ramadhan dan Alhamdullilah segalanya berjalan dengan lancar.


Aku kini masih di kampung isteri, Kota Tinggi, Johor menyambut 1 Ramadhan di sini
bersama sanak saudara yang lain. Sebelum itu kenduri tahlil dan majlis lenggang
perut dijalankan bagi anak sulungku yang kini genap 7 bulan dalam kandungan.

Aku pada dasarnya tak lah tahu apa itu lenggang perut dan kenapa tradisi ini begitu
sinonim dengan masyarakat jawa dan melayu di Malaysia dan setelah melaluinya
kini barulah aku tahu KENAPA ianya penting dan diamalakan secara turun temurun
dari dahulu hingga kini. Tapi, mengikut ibu mertuakumenurutnya amalan ini
kadang-kadang berbeza mengikut tempat, negeri dan suku kaum di nusantara ini.

Lenggang perut merupakan satu ritual tradisi bagi setiap ibu yang mengandungkan
anak sulung. Upacara ini juga adalah untuk mempastikan keselamatan anak
pertama yang dikandungkan oleh si ibu. Masyarakat dahulu kala percaya janin yang

berusia tujuh bulan sudah mempunyai roh dan ianya perlulah dijaga dengan baik
dan diraikan. Anak pertama itu dikatakan membawa tuah kepada keluarga dan adik
beradik yang lain yang akan dlahirkan.

Upacara lenggang perut biasanya dimulakan dengan mandian kepada si ibu dan
mandian ini biasanya terdiri dari air bunga yang dinamakan sebagai kembangg
setaman disertai dengan doa dan selawat serta salam ke atas junjungan besar
Nabi kita. Kemudian si ibu akan dijiruskan oleh ibu mereka sendiri/ibu mertua/mak
bidan (baca; isteri aku dimandikan oleh ibunya dalam erti kata ini disirami dengan
air kembang setaman). Ini diikuti dengan orang-orang lain yang akan mengambil
tempat untuk menjirus air ini ke atas si ibu dan diakhiri oleh suaminya. Selepas itu,
kedua-dua pasangan tersebut akan disirami dengan air yang sama! Aku yang turut
dijirus menggigil bagai nak gila dek kerana kesejukan air tersebut bagaikan air batu
dikutub utara!

Kemudian, upacara diteruskan dengan proses mengantikan kain batik atau


menyalinkan kain batik ke atas si ibu sejurus selepas disiram tadi. Sebanyak lima
helai kain batik digunakan untuk proses ini dan setelah siap diganti perlulah disidai
di ampaian dengan kadar segera bagi proses pengeringan. Menurut ibu mertuaku
proses ini adalah simbolik bagi mempermudahkan urusan semasa bersalin kelak
supaya segalanya berjalan dengan lancar.

Di akhir proses, si ibu akan dibaringkan dan perutnya akan diurut-urut bagi
mengesan kedudukan bayi dan pada masa yang sama meperbetulkan kedudukan
bayi jika ketika itu tidak ditempat yang sepatutnya. Pada ketika ini, si ibu akan
dibaringkan di atas kain-kain batik dan perutnya akan dilenggangkan serta dihayunhayunkan ke kiri dan ke kanan dan oleh sebab itu ritual ini dinamakan lenggang
perut.Proses ini diiringai dengan doa serta selawat-selawat ke atas Nabi. Akhir
sekali sejenis bubur akan diesarkan kepadajiran tetangga sebagai tanda berterima
kasih dan bersyukur atas kurniaan rezeki yang diberikan olehNya

Bagi aku, ini merupakan satu pengalaman yang beharga kerana diberi kesempatan
untuk melakukan satu ritual tradisional yang mungkin pada zaman sekarang tidak
dilakukan lagi oleh kebanyakkan orang. Memang jika dilihat dari sudut sains dan
teknologinya mungkin tidak memberi apa-apa signifikasi kepada bayi,ibu dan juga
bapa yang terlibat dalam proses ini akan tetapi kita harus percaya ritual inilah yang
diaplikasikan selama beratus-ratus tahun pada zaman dahulu oleh moyang-moyang
kita. Apa pun selagi ianya tidak menyimpang dari agama islam serta tidak ada

unsur-unsur khurafat,bidaah dan syirikianya boleh diamalkan. Mungkin satu hari


nanti jika tidak diamalkan upacara adat resam seperti ini, cucu cicit kita mungkin
hanya dapat melihat proses sebegini di video-video yang dirakamkan di Muzium
Negara sahaja!

p/s Semuanya sempurna dan Alhamdullilah, isteri dan anak aku di dalam
kandungan tahan berpuasa satu hari!

Anda mungkin juga menyukai