Anda di halaman 1dari 5

PENGERTIAN ADAB DAN ADAT DALAM MASYARAKAT TRADISIONAL

ADAB ADAT

Adab adalah istilah bahasa Arab yang tatacara yang mengatur tingkah laku
memberi maksud sebagai kesusasteraan manusia dalam segenap aspek kehidupan
seperti puisi atau syair. dan perlu dipegang kuat daripada satu
generasi ke generasi yang seterusnya
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan
Pustaka Edisi Keempat, adab adalah cara
seseorang berkelakuan dalam sesuatu
situasi tertentu.

Adab didefinisikan sebagai tamadun iaitu


cara hidup sekelompok manusia yang
diamalkan sejak turun temurun.

Tamadun ini termasuklah satu


perkembangan pemikiran yang tinggi
dalam bentuk sosial, politik, budaya dan
sebagainya.
didefinisikan sebagai cara hidup,
kepercayaan dan suatu bentuk budaya
yang diamalkan dalam masyarakat
Contoh adat Minangkabau :
- cara bersanding
- cara menyantap
- cara pertabalan Luak dan sebagainya
- wujud istilah-istilah ‘Undang-undang
adat”, “mahkamah adat”, “ketua adat”
dan sebagainya
Adat dalam masyarakat Melayu sinonim
dengan istilah adat jawi iaitu adat yang
bercampur. Istilah berikut menggambarkan
campuran ras-ras kecil yang beragama
Islam, maka wujudlah apa yang dipanggil
Melayu.
ADAB ADAT

Adat melayu dibentuk melalui tiga


pengaruh besar :
i) adat yang dipengaruhi oleh adat Hindu/
Buddha
ii) adat yang dipengaruhi oleh zaman
Hindu/ Buddha dan Islam
iii) adat berteraskan Islam

Sebagai contoh, penggunaan perkataan


“Raja” juga dipengaruhi oleh zaman Hindu/
Buddha dan masih digunapakai sehingga
hari ini. Ada juga pada zaman kedua itu,
amalan mandi Safar yang dianggap
sebagai suatu usaha membuang sial pada
bulan Safar jelas khurafat. Begitu juga
dengan adat masyarakat tradisional yang
mengamalkan pemujaan pantai, kampung
dan sebagainya.

Menurut Syed Naquib al-Attas, masyarakat


melayu lebih jelas adatnya mengikut
kepatuhan syariah Islam. Di dalam
Perlembagaan Malaysia juga menyebut
bahawa Melayu itu didefinisikan sebagai
mereka yang beragama Islam, bertutur
dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu.
Adat yang dipengaruhi oleh amalan dalam
Islam seperti adat bercukur, melaungkan
azan dn iqamat ke telinga bayi dan tahnik.
Masyarakat tradisional Cina juga
mempunyai adat dan amalan mereka yang
tersendiri. Adat bagi masyarakat Cina
adalah warisan daripada negara China dan
masih diamalkan setelah berhijrah ke
Tanah Melayu.
Kaum Cina juga mempunyai adat
perkahwinan, kematian dan sebagainya.
Adat yang mereka pegang dalam
membentuk kehidupan seharian
bergantung kepada istilah yang disebut
sebagai “Feng Shui”.
Lazimnya, kehidupan mereka ini
berpegang kepada pelbagai acara dan
pantang larang yang berorientasikan adat.
ADAB ADAT

Adat atau amalan masyarakat Cina juga


mementingkan nasab keluarga pada
sebelah lelaki. Penggunaan nama juga
termasuk dalam kepentingan bernasabkan
sebelah lelaki. Seperti kebanyakan kaum
lain juga, adat masyarakat Cina yang
menjadikan lelaki sebagai ketua keluarga
dan waris utama harta pusaka.
Tradisi yang masyarakat Cina kekalkan
diikuti oleh upacara merisik seorang
perantara hinggalah ke perkahwinan.
Aspek kelahiran juga turut tidak terkecuali
yang mana kesihatan si ibu dan
kandungann amat dititikberatkan. Si ibu
akan diajarkan untuk memakan makanan
yang baik, tidur awal, melihat benda-benda
yang cantik dan sebagainya.

Pada hari ke 29 kelahiran, bayi akan


dicukur rambutnya dan dibungkus dengan
kain merah kemudian digantung
berdekatan dengan bantal selama 100 hari.
Setelah itu, rambut tersebut akan dibuang
ke dalam sungai.

Selepas sebulan kelahiran, akan diadakan


satu upacara Bulan Penuh secara meriah.
Kematian seseorang dalam masyarakat
Cina amat berharga dan memakan kos
yang sangat tinggi. Mereka memerlukan
keranda yang baik, tanah kuburan yang
baik dan pakaian kematian yang terbaik.

Mereka akan menggunakan seorang


tukang tilik sebagai penasihat untuk urusan
upacara mandi mayat, memberi makan,
kafan dan memasukkan mayat ke dalam
keranda. Upacara ini biasanya diketuai
oleh seorang sami yang dipilih ahli
keluarga.
ADAB ADAT

Setiap perayaan masyarakat Cina


dipengaruhi oleh perubahan musim
pertanian dan negara China. Antara
upacara perayaan mereka seperti Tahun
Baru Cina, Chap Goh Meh dan
sebagainya. Mereka mempunyai adat
ulang tahun kematian, adat puja kampung,
adat mencuci kubur dan menjamu keramat.
Bagi masyarakat tradisional kaum India
pula, mereka mengikut adat resam yang
dipengaruhi oleh agama Hindu. Sebagai
contoh, mereka mengamalkan amalan
melangkah dengan kaki kanan sebelum
masuk ke rumah.
Menyapa sesama sendiri dengan istilah
“Vanakam” juga turut diamalkan oleh kaum
India. Kaum India amat menitikberatkan
penggunaan anggota badan sebelah kanan
untuk melakukan sesuatu dan memberi
maksud sebagai tanda kebaikan dan
kesyukuran.
Institusi kekeluargaan kaum India
meletakkan ibu sebagai golongan yang
dihormati dan dianggap mulia kerana
setiap ibu itu dianggap sebgaai “Tuhan”.

Proses perkahwinan dalam masyarakat


India pula ditentukan oleh seorang ketua
agama yang akan membuat tilikan bagi
mengelakkan sebarang malapetaka atau
keburukan. Perkahwinan ini juga perlulah
direstui oleh ketua agama bagi
mendapatkan keserasian kepada
pasangan yang akan berkahwin.

Perkahwinan boleh diadakan di rumah


pengantin perempuan atau di kuil.
Dalam aspek kelahiran bayi pula,
masyarakat India mengamalkan selama 16
hari mereka tidak boleh melakukan
sebarang upacara agama. Bermula 16 hari
kelahiran, adakan upacara penting bagi
penamaan bayi. Nama baik juga dipilih
mengikut bintang oleh ketua agama sambil
dinyanyikan doa agama oleh kaum wanita.
ADAB ADAT

Banyak perayaan masyarakat India


mengikut kalendar Hindu mereka dan
upacara sembahyang berkaitan musim dan
perubahan tahun di negara India.

Mereka bersembahyang tiga kali sehari


iaitu wkatu pagi, tengahari dan petang.
Terdapat 21 perayaan termasuklah
Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.

Anda mungkin juga menyukai