Anda di halaman 1dari 10

ETNIK ETNIK UTAMA DI MALAYSIA DAN BUDAYA KEHIDUPAN MEREKA MASYARAKAT MELAYU Pertumbuhan Unsur-Unsur Budaya Melayu Struktur

r masyarakat Melayu tradisional boleh dipisahkan antara golongan memerintah dan rakyat jelata. Pusat golongan memerintah ialah di istana, juga merupakan bandar tradisional dan mempunyai corak budaya yang bermutu tinggi. Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-tenurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalan-amalan tertentu tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini. Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama dan mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam telah ditinggalkan dan tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat dan pepatah melayu berkata biar mati anak,jangan mati adat. Ia merujuk kepada berapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat Melayu. Kebanyakan adat adalah juga merupakan peraturan kehidupan seharian. Berikut adalah beberapa adat resam yang pernah diamalkan dan masih diamalkan sehingga hari ini seperti melenggang perut selepas menyambut kelahiran, berandoi dan cukur jambul, sunat atau khatan, khatam Al-Quran, untuk yang ingin berkahwin seperti merisik, meminang, bertunang dan akhir sekali akad nikah. Semasa majlis perkahwinan pula seperti berinai, bersanding, bertandang iaitu sambut menyambut antara kedua belah pihak dan terakhir sekali selepas bersalin hendaklah berpantang selama 44 hari. Kelazimannya, bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Ia bukanlah satu adat,tetapi ia lebih merupakan amalan berunsur keagamaan. Selepas kelahiran amalan berpantang amat penting bagi masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang di warisi sejak turun-temurun. Sekiranya wanita tersebut melanggar pantang.mereka akan mengalami bentan atau sakit sampingan. Dalam tempoh berpantang, wanita tersebut dilarang makan sembarangan. Makanan yang dilarang keras yang boleh mengakibatkan kegatalan seperti udang, kerang, ketam dan lain-lain. Selain daripada itu adalah bertungku yang dipercayai dapat membantu

perut wanita bersalin kembali normal dan selepas itu amalan berbengkung, ini bertujuan untuk mengatasi perut buncit atau pinggul yang turun selepas bersalin. Dari segi kebudayaan masyarakat Melayu, tarian masyarakat Melayu iaitu Makyong adalah satu tarian drama melayu tertua yang berasal dari negeri Siam dan ia telah dibawa masuk oleh bangsa Melayu sendiri terutamanya ke negeri Kelantan,Terengganu dan Kedah. Alat musik yang dimainkan seperti rebab, gendang, geduk, gedombak, celempong dan gong. Permainan tradisional bagi masyarakat Melayu pula seperti congkak yang memerlukan 2 orang pemain. Gasing iaitu permainan yang memerlukan kebolehan yang tinggi. Ia dimainkan di merata-rata tempat di negara ini dan gasing yang besar amat popular di Kelantan dan Terengganu. Ia dimainkan selepas musi menuai. Layang-layang atau wau adalah permainan yang digemari oleh penduduk kampung. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasankawasan seperti kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Kuda Kepang ialah permainan tradisi yang masih diamalkan di daerah-daerah tertntu di Malaysia. Ia dipercayai berasal dari Indonesia dan ia mula bertapak di Johor dan berkembang di negeri-negeri lain di pantai barat semenanjung. Kuda Kepang ini amat popular di Johor dan selalu dimainkan oleh masyarakat Jawa di sana.

MASYARAKAT CINA Mengikut sejarah,didapati mereka berasal dari Tanah Besar China yang tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke- 20. Kebanyakan mereka ialah keturunan pendatang dari China yang menjadi warganegara atau penduduk tetap di Malaysia. Kaum Cina di Malaysia didapati mengekalkan identiti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya. Ini adalah kerana orang Melayu adalah beragama Islam. Di bawah undang-undang Malaysia, perkahwinan sedemikian memerlukan pihak bukan beragama Islam untuk memeluk agama yang dianuti pasangannya terlebih dahulu. Bagi orang Cina di Malaysia mereka mengganggap kecinaan mereka sebagai satu identiti, budaya dan politik. Orang Cina Malaysia sejak sekian lama menguasai ekonomi Malaysia, tetapi sejak adanya Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia untuk memberi samarata dalam ekonomi negara, dominasi mereka dalam negara agak menyusut. Walaubagaimanapun ,masyarakat Cina masih membentuk majoriti golongan yang berpendapatan sederhana dan tinggi di Malaysia. Mengikut adat dan budaya masyarakat Cina pula, kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga kaum-kaun yang lain, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan Feng Shui, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan masyarakat Cina pada hari ini. Lazimnya, adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan bagi masyarakat Cina. Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga di dalam masyarakat Cina sebagai contoh yang pertama adalah perkahwinan, oleh itu perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisinya, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran. Contoh yang kedua adalah dari segi kelahiran, kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru itu, kesihatan si ibu dan kandungan adalah amat

dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Contoh yang ketiga adalah kematian. Bagi masyarakat Cina, kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan kosnya agak mahal yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah perkuburan yang baik dan pakaian yang baik kematian pastinya memerlukan belanja yang besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil. Dalam masyarakat Cina, upacara kebumian adalah acara yang amat meriah dengan dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian. Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak kali perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang Cina. Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat- adat ini nampak seumpama perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina tersendiri.

MASYARAKAT INDIA Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Apabila Melaka muncul sebagai Pusat Perdagangan serantau menjelang abad ke -15, masyarakat India yang tersiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri. Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain seperti kaum-kaum lain di Malaysia. Ini kerana tidak kesemua orang India beragama Hindu dan ada diantara mereka yang beragama Islam dan Kristian. Di dalam adat dan budaya masyarakat India, mereka juga mempunyai budaya seperti berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut menerima kunjungan dari jiran tetangga. Di dalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung ke rumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu seperti juga masyarakat Melayu. Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan menyebut Vanakam. Apabila tetamu datang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu mesti menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Seperti juga adat kaum-kaum lain, kelahiran seorang bayi adalah acara yang penting kepada keluarga dan masyarakat India. Pantang larang selama 16 hari selepas kelahiran bayi, ahli keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari lahir ke 16, upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Ketika ini rumah dan buaian akan dihias cantik dan jiran-jiran dijemput bersama meraikan upacara tersebut. Dari aspek perayaan, terdapat banyak perayaan di kalangan masyarakat India. Di sepanjang tahun mengikut kalendar Hindu mereka akan mengamalkan pelbagai upacara sembahyang berkaitan musim dan perubahan tahun seperti di negeri India. Masyarakat Hindu akan bersembahyang sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengahari dan petang di tempat tertentu di rumah. Mereka juga pergi ke kuil untuk bersembahyang ataupun

mengadakan upacara agama. Terdapat 21 jenis perayaan di dalam adat masyarakat India. Perayaan-perayaan itu termasuklah Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal. Deepavali ialah perayaan cahaya sebagai tanda kejayaan cahaya ke atas gelap atau ilmu ke atas kejahilan ataupun keadilan mengatasi kezaliman. Inilah perayaan paling utama bagi masyarakat India. Pada hari ini sembahyang akan diadakan terutama untuk mendoakan roh keluarga yang sudah meninggal dunia. Thaipusam adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yan berisi buah-buahan,susu dan akan dibawa pelbagai persembahan. Thaiponggal pula merupakan perayaan menuai dan masak padi baru serta memuja

semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mengadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.

MASYARAKAT ETNIK SARAWAK Masyarakat Melanau adalah antara masyarakat yang terdapat di Sarawak. Umumnya masyarakat Melanau mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu baik dari segi kepercayaan, kebudayaan dan adat resam. Justeru itu masyarakat ini merupakan satu cabang dalam masyarakat Melayu. Namun begitu masyarakat Melanau tetap mempunyai budaya dan adat resam mereka yang tersendiri. Adat resam ini jelas terlihat dalam aspek kehidupan mereka seperti kelahiran, perkahwinan dan juga kematian. Adat resam atau amalan ini diwarisi sejak zaman berzaman dan masih diteruskan hingga ke hari ini. Menurut buku Kajian Budaya dan Masyarakat Di Malaysia oleh Mohd Taib Osman terdapat sekelompok kecil masyarakat Sarawak yang tinggal di sepanjang sungai besar dan anak sungai dan juga lebih ramai yang tinggal di kawasan pantai. Ada sebahagian besar daripada perkampungan mereka terletak di kawasan paya. Bagi masyarakat

Sarawak,kebanyakan mereka adalah nelayan terutama yang tinggal di kawasan pantai. Terdapat juga kumpulan komuniti yang menanam getah dan padi. Ini menunjukkan sebahagian besar masyarakat Sarawak hidup di perkampungan dan budaya kehidupan mereka yang utama. Kebanyakan masyarakat Sarawak dan majoritinya tinggal di rumah panjang dan merupakan ciri-ciri utama bagi masyarakat Sarawak. Bahasa pertuturan anggota kaum Melanau dan Melayu Sarawak adalah bahasa melayu tetapi masih terdapat dialek-dialek tertentu. Seperti masyarakat etnik yang lain,

masyarakat Melanau juga mempunyai pantang larang dan amalan tertentu dalam aspek kelahiran. Ini merangkumi peringkat sewaktu mengandung, semasa bersalin dan selepas lahir. Apabila si ibu melahirkan anak, orang kampung dan saudara mara akan datang melawat. Mereka lazimnya akan membawa hadiah bersama. Masyarakat Melanau juga dilarang daripada memuji bayi yang baru dilahirkan. Sebaliknya mereka lebih senang jika bayi itu dikatakan hodoh dan sebagainya. Perkahwinan dalam masyarakat Melanau mengandungi beberapa istiadat yang sangat diambil berat kerana implikasi sosial yang terdapat padanya. Aspek pangkat dititikberatkan dalam institusi perkahwinan berbanding dengan institusi yang lain. Masyarakat Melanau juga begitu mementingkan status sosial mereka iaitu sembilan pikul, tujuh pikul, tujuh betirih dan lima betirih. Jenis barangan dan hadiah yang perlu dibawa untuk "Tanda tunang" dan barang yang mengiringi mas kahwin seperti "Adat Menuga", "Adet Mebin" dan "Pakan" juga dikira

berdasarkan status sosial ini. Namun begitu, asas adat perkahwinan adalah sama seperti masyarakat lain iaitu merisik, meminang dan majlis perkahwinan. Kaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai perayaan hari Gawai. Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada manikmanik yang diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan. Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang.

MASYARAKAT ETNIK SABAH Kaum Kadazan Kaum kadazan-dusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu Kadazan dan Dusun namun disebabkan persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum Kadazan dengan kaum Dusun satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu Kadazan-Dusun. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah. Kadazan-dusun terkenal dengan kaum yang mempunyaibanyak sub-etnik yang kaya dengan budaya mereka sendiri. Oleh itu, setiap kaum dalam kadazan-dusun mempunyai perbezaannya pakaian tradisionalnya yang tersendiri. Contohnya pakaian tradisi bagi etnik dusun bundu di Ranau dan Liwan di Tambunan adalah berbeza dengan pakaian tradisi bagi etnik Lotud di Tuaran dan juga Kimaragang di Kota Marudu. Setiap etnik dalam kaum kadazan-dusun ini mempunyai keunikannya yang tersendiri. Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Pakaian ini biasanya dipakai dimusim perayaan seperti pesta kaamatan dan juga upacara khas seperti perkahwinan. Kebiasaannya para gadis dari kaum Kadazandusun akan memperagakan jenis pakaian tradisi ini apabila adanya pertandingan unduk ngadau kaamatan di peringkat negeri Sabah. Bahasa pengantar masyarakat kadazan dusun Bahasa kadazan dusun ialah satu daripada 50 atau lebih bahasa dan lebih daripada 80 dielek di sabah. Bahasa kadazan dusun dituturkan oleh kebanyakan populasi di Sabah terutamanya di kawasan pendalaman Kota Kinabalu,Penampang,Ranau,Keningau dan Tambunan.walaupun kadazan dusun terdiri daripada pelbagai kaum yang disatukan tetapi bahasa pengantar yang digunakan oleh kaum-kaum ini adalah sama dan hanya mempunyai sedikit perbezaan seperti bahasa melayu an bahasa Indonesia.Bahasa ini digunakan oleh kaum kadazan dusun dalam melakukan aktiviti harian seperti bertani,berdagang,berniaga, dan lain-lain.

Upacara Humabot merupakan upacara yang telah secara turun temurun dilakukan oleh kaum kadazan-dusun apabila mereka membina rumah baru. Upacara ini melibatkan seorang bobohizan atau dukun yang dipanggil oleh sesebuah keluarga yang ingin mendirikan rumah baru untuk menjampi tapak rumah tersebut. Bobohizan akan membaza mantera dan renjis air untuk menghalau semangat dan roh-roh jahat masyarakat kadazan dusun juga percaya akan kopizo tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik.tetapi jika sebaliknya maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal. Oleh itu, apa yang cuba digambarkan bukanlah bagaimana bentuk adat-adat tradisi masyarakat di Malaysia semata-mata, tetapi untuk melihat bagaimana setiap kaum itu mempunyai adat dan kepercayaannya yang membentuk identiti dan keperibadian mereka tersendiri.

Anda mungkin juga menyukai