Anda di halaman 1dari 5

BUDAYA POPULAR YANG DIAMALKAN DALAM HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

DEFINISI TAJUK

Merujuk kepada tajuk perbincangan yang kami ketengahkan iaitu budaya popular yang diamalkan dalam perhubungan etnik, kami ingin mengupas secara lebih lanjut lagi tentang budaya-budaya unik setiap kaum di Malaysia dimana ada sesetengah daripada budayatersebut turut dikongsi oleh kaum-kaum yang lain. Ini menunjukkan betapa eratnya hubungan antara etnik di Malaysia. Antara contoh-contoh budaya yng diamalkan dan dikongsi oleh kebanyakan kaum adalah dari segi makanan, perayaan, perkahwinan, seni bina bangunan, pantang larang dan banyak lagi.

ANTARA BUDAYA YANG DIKONGSI Masyarakat Malaysia sangat unik, ini kerana ada sesetengah adat resam dan budaya sesuatu kaum turut diamalkan oleh kaum-kaum lain. Berikut adalah beberapa contoh budaya dan adat yang dikongsi oleh kebanyakan kaum di negara ini:

ADAT BERCUKUR Seperti kita sedia maklum, adat bercukur terutama bagi bayi yang baru sahaja lahir telah diamalkan oleh kaum melayu. Tetapi sebenarnya, kaum cina juga mempunyai adat seperti ini.

MEMBERI ANGPOW Masyarakat cina diketahui memulakan adat ini, setiap kali menjelang perayaan tahun baru, masyarakat cina yang sudah berkahwin akan memberi angpow kepada mereka yang masih lagi belum berumah tangga, seperti golongan kanak-kanak dan juga remaja. Tradisi seperti ini juga diikuti oleh kaum melayu dimana, setiap kali raya aidilfitri menjelang, golongan kakak-kanak akan memperolehi duit raya daripada ibubapa, saudara-mara serta daripada rumah jiran-jiran yang mereka kunjungi.

MAKANAN Seperti kita sedia mengetahui, negara ini cukup kaya dengan pelbagai jenis makanan yang enak, coti canai contohnya, menjadi pilihan ramai warga negara ini walaupun mereka berasal dari pelbagai kaum, baik India,pelopor masakan ini, cina mahupon masyarakat melayu, semuanya menjadikan roti canai sebagai menu kegemaran untuk mereka bersarapan pagi sebelum memulakan pekerjaan masing-masing. Nasi lemak juga menjadi menu utama masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Bagi masyarakat cina, kuey teaw, mee rebus, mee hailam dan sebagainya turut digemari. Makanan adalah satu daripada contoh terbaik perkongsian kebudayaan antara kaum di negara ini.

SENI BINA Hubungan yang harmonis ini juga turut dibuktikan dengan jelas dari jaman kesultanan melayu Melaka hingga kini melalui seni bina masjid dan rumah ibadat. Masjid Kapitan Kling dan Masjid Tenggara misalnya, mempunyai gabungan seni bina cina, India arab dan melayu. Kebanyakan masjid zaman kesultanan melayu Melaka mempunyai menara berbentuk pagoda.

Pengaruh Budaya Melayu di Kalangan Masyarakat Bukan Melayu Pengaruh budaya Melayu di kalangan masyarakat bukan Melayu paling jelas dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina Peranakan dan Chetty.

Cina Peranakan Cina Selat atau lebih dikenali sebagai Baba dan Nyonya adalah golongan Cina yang telah menyerap dan menjalani kebudayaan Melayu dalam kebudayaan mereka. Penyesuaian dan resapan budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu, adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai "Baba". Berbeza dengan Baba dan Nyonya di Melaka, Cina Peranakan Kelantan diberi banyak gelaran. Orang Melayu memanggil mereka Cina kampung, Cina Kelantan atau Orang Cina kita. Bagi Cina di bandar, mereka dipanggil Cina benua atau Cina Bandar manakala masyarakat Thai di Kelantan menggelar mereka sebagai Cina Darat, Cina Kampung atau Cina Kelantan. Nama-nama yang digunakan seperti Gan Awang, Tan Awang Besar, Lau Cheng San atau Che Hassan, Che Midah, Mek Su dan nama-nama lain mencerminkan bagaimana proses asimilasi telah merubah dan membentuk budaya tersendiri di kalangan masyarakat tempatan. Antara persamaan Cina Peranakan Kelantan dan Melaka dengan masyarakat Melayu adalah dari segi masakan, bahasa harian, pakaian dan aktiviti-altiviti kerakyatan. Dari segi bahasa, masyarakat Baba Nyonya di Melaka bertutur dalam bahasa Baba iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu, manakala Cina Peranakan Kelantan berkomunikasi dalam bahasa Melayu dialek Kelantan dengan bahasa Hokkien yang berbeza hasil campuran Melayu dan Thai. Tetapi umumnya mereka ini tidak tahu berbahasa Mandarin. Seperti orang Melayu, mereka juga gemar memakan sirih dan mengunyah sentil tembakau. Cara masakan mereka pula kebanyakannya dipengaruhi oleh cara masakan Melayu dan adalah menjadi satu kebiasaan bagi mereka makan dengan menggunakan tangan sebagaimana juga orang-orang Melayu. Antara menu utama masyarakat Baba Nyonya di Melaka termasuklah lauk pauk seperti masak asam pedas, masak lemak dan sambal belacan manakala Cina Peranakan Kelantan tidak janggal makan ulam bercicahkan budu. Bermain gasing dan menonton wayang kulit merupakan antara aktiviti tradisional yang digemari oleh Cina Peranakan Kelantan. Kebolehan menulis dan membaca dalam Jawi pula adalah satu perkara biasa bagi generasi tua Cina Peranakan Kelantan yang mendapat pendidikan di sekolah aliran Melayu selain pergaulan yang rapat sejak kecil dengan rakan mereka yang berbangsa Melayu. Bagi masyarakat Baba di Melaka, berpantun dan berjoget lambak sudah dianggap sebagai daripada warisan budaya mereka.

Penyerapan budaya Melayu di kalangan Cina Peranakan ini lebih terserlah apabila di Kelantan kita dapat melihat warga tuanya gemar memakai semutar ketika bekerja di bawah terik matahari dan memakai kain batik atau kain pelekat sebagai pakaian harian mereka. Begitu juga di Melaka kita boleh melihat generasi tua Baba perempuan (Nyonya) gemar memakai kebaya dan sarong seperti mana wanita Melayu.

India Peranakan Masyarakat Hindu Peranakan yang juga dikenali sebagai masyarakat Chetti Melaka adalah satu kelompok masyarakat minoriti India yang unik di Melaka. Masyarakat ini tidak boleh disamakan dengan masyarakat chetty yang terkenal dalam bidang peminjaman wang tetapi ia adalah masyarakat yang terbentuk hasil daripada perkahwinan campur antara orang-orang Hindu dengan orang-orang tempatan seperti Melayu, Cina dan lain-lain. Perkahwinan campur dan pergaulan harian yang rapat dengan masyarakat tempatan turut mempengaruhi budaya masyarakat India Pernanakan ini. Sebagai contoh, pakaian tradisional mereka lebih mirip kepada masyarakat Melayu iaitu kebaya labuh dan bersanggul tiga bagi wanita manakala yang lelakinya pula berkain pelekat, baju Melayu labuh dan talapa iaitu kain seperti serban bagi menutup kepala. Oleh kerana kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekeliling dan pergaulan dengan masyarakat tempatan, maka makanan harian mereka juga adalah seperti orang Melayu iaitu nasi. Selain itu, mereka juga menjadikan kuih-kuih tradisional Melayu seperti dodol, wajik dan kuih bahulu sebagai antara hidangan utama untuk menyambut tetamu ketika hari perayaan. Masyarakat India dan Cina Moden, dan Masyarakat Bukan Melayu Lain Selain daripada masyarakat Baba Nyonya, Peranakan Cina Kelantan dan masyarakat Chetty, pengaruh budaya Melayu juga terdapat di kalangan masyarakat bukan Melayu lain seperti bumiputra Sabah dan Sarawak, dan juga masyarakat India dan Cina moden. Bezanya pengaruh budaya Melayu di kalangan mereka sekadar melibatkan proses akulturasi dan bukannya asimilasi. Antaranya kita dapat melihat Bahasa Melayu digunakan sebagai medium komunikasi utama di antara dua individu yang berlainan etnik. Bagi kaum wanita, sepasang dua baju kurung sudah pasti ada di dalam senarai pakaian harian mereka ke pejabat. Begitu juga dengan kaum lelaki yang tidak kekok mengenakan baju batik ketika menghadiri majlis-majlis rasmi. Di sekolah-sekolah pula, sudah menjadi satu kebiasaan bagi pelajar-pelajar Cina dan India bahkan juga masyarakat bumiputra di Sabah dan Sarawak memilih baju kurung sebagai pakaian sekolah sekolah. Senario ini dapat dilihat bukat sahaja di sekolah-sekolah kebangsaan ataupun di sekolahsekolah integrasi, tetapi juga di sekolah-sekolah jenis kebangsaan.

Pengaruh Budaya Bukan Melayu di Kalangan Masyarakat Melayu Sebagai penduduk asal Tanah Melayu yang telah menerima kehadiran pelbagai budaya asing semenjak beratus tahun lamanya, budaya masyarakat Melayu dengan sendirinya terevolusi. Terdapat banyak pengaruh asing yang telah diterima dan diamalkan dalam kehidupan masyarakat Melayu sekarang dan ianya dapat dilihat dari segi cara berpakaian, makanan, hiburan, majlis perkahwinan, majlis hari lahir dan sebagainya. Pemberian angpau ketika Hari Raya Aidilfitri merupakan budaya yang asalnya dipinjam dari budaya masyarakat Cina. Dalam budaya masyarakat Cina, pemberian angpau adalah dari golongan yang sudah berkahwin kepada mereka yang masih bujang, tetapi dalam masyarakat Melayu, pemberian angpau pula adalah dari orang dewasa (tanpa mengira yang sudah berkahwin ataupun yang masih bujang) kepada kanak-kanak kecil dan remaja yang masih bersekolah dan juga dari seorang anak kepada kedua ibu bapa mereka. Malahan ada juga yang memberi angpau kepada nenek serta datuk. Permainan bunga api dan mercun ketika Hari Raya Aidilfitri juga merupakan pengaruh budaya masyarakat Cina. Sekiranya kita lihat daripada segi makanan, masyarakat Melayu turut mempunyai menu yang sama dengan masyarakat Cina dan India seperti roti canai, capati, maruku, kari, mee hailam dan nasi ayam. Semua ini adalah contoh masakan masyarakat lain yang diserap ke dalam budaya Melayu hasil daripada perkahwinan campur ataupun pergaulan seharian.

Anda mungkin juga menyukai