Anda di halaman 1dari 12

2.

Pendahuluan

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik. Rakyatnya terdiri daripada pelbagai etnik dan berbilang kaum. Malahan, kepelbagaian ini adalah kekuatan yang mewarnai corak negara ini. Tidak hairanlah Malaysia menjadi model sebuah masyarakat majmuk kepada masya rakat di negara lain. Oleh itu, perpaduan dan integrasi nasional adalah satu keperluan bagi menjamin rakyat hidup dalam suasana yang harmoni.

Perpaduan nasional umumnya merujuk kepada penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial dan ke budayaan yang berbeza.Usaha ke arah perpaduan dapat dilihat melalui penyatuan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri Semenanjung. Selain itu, usaha tersebut juga dapat dilihat melalui usaha kerajaan membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan meletakkan kumpulan etnik yang berlainan latar belakang di satu kawasan perumahan yang sama.

Manakala konsep integrasi merupakan skop yang lebih luas. Ia dikatakan satu proses yang abstrak, satu penyatuan yang sebati dan berpanjangan. Integrasi merupakan satu proses ya ng menyatupadukan pelbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti. Ekoran kejadian 13 Mei 1969, kerajaan mula menumpukan usaha -usaha dan strategi-strategi ke arah mewujudkan integrasi nasional.

Ringkasnya, perpaduan dan integrasi nasional adalah matlamat asas bagi negara Malaysia. Konsep perpaduan sangat penting dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang teguh dan bersatu padu. Secara tidak langsung, perpaduan dapat menjamin keselamatan negara, kestabilan ekonomi, politik dalam jan gka masa panjang.

3.0

Agama

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa, keturunan agama, budaya dan adat resam. Contohnya, orang Melayu majoritinya beragama Islam, orang India beragama Hindu manakala orang Cina pula be ragama Buddha, Lao-Tze, Konfucius serta Kristian. Setiap kaum mengamalkan agama dan budaya yang dibawa masuk oleh negara masing-masing. Setiap etnik kebanyakannya tidak tahu tentang agama dan adat resam kumpulan etnik yang lain. Ini akan menghalang perpaduan di antara pelbagai etnik yang terdapat di Malaysia. Selain itu, mereka juga kurang mengenali dan memahami tentang agama dan budaya kaum lain. Tambahan pula, mereka seringkali menganggap agama dan budaya mereka sahaja yang terbaik. Sifat ini tidak akan menguatkan perasaan buruk sangka yang akan menghalang pergaulan baik antara kaum di Malaysia. Sifat seperti ini juga tidak dapat menimbulkan kebaikan malah akan menyebabkan peristiwa berdarah seperti tarikh 13 Mei 1969 akan berulang lagi. Kita sebagai rakyat Malaysia berbilang kaum haruslah menghormati perbezaan agama yang wujud di negara ini. Perkara ini dapat mengekalkan perpaduan sejajar dengan Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral yang menekankan hubungan yang baik dan mengelakkan perkara -perkara yang boleh mengakibatkan pergaduhan boleh terjadi. Perbezaan antara agama itu wujud tetapi yang lebih penting bagi kita sekarang ini bukanlah memperbesar besarkan perbezaan berkenaan tetapi mencari cara untuk mengeratkan perpaduan antara kaum serta tidak sampai mempertikaikan ajaran sesuatu agama itu sendiri. Budaya menghormati perbezaan agama dan kepercayaan kaum lain perlu menjadi semangat untuk terus mewujudkan perpaduan dan

kesepakatan rakyat di negara ini. Konsep 1 Malaysia dari perspektif agama umpamanya, telah wujud peruntukan di dalam p erlembagaan negara kita bahawa Islam adalah agama rasmi, dan agama-agama lain bebas diamalkan

di dalam negara kita secara aman dan harmoni. Peruntukan ini amat jelas memberikan perlindungan terhadap kekuatan agama Islam yang tidak mungkin dicabar kedudukannya, dan sesiapa sahaja yang me njadi kerajaan, maka kerajaan itu haruslah menghormati dan melindungi kedudukan Islam seperti yang termaktub itu, dan dalam masa yang sama memberikan perlindungan kepada agama -agama lain yang mahu diamalkan oleh penganut masing-masing dalam keadaan aman dan harmoni. Oleh itu, dari sudut agamanya, maka konsep 1 Malaysia sebenarnya telah memberikan pengisiannya yan g lengkap semenjak penggubalan perlembagaan negara menjelang tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sehinggalah ke hari ini, ketika kita tetap mempertahankan kedaulatan perlembagaan kita itu dari sudut kedudukan agama rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Apa yang penting dalam pada negara ini ialah sikap dan sifat keterbukaan kita dalam memahami isu -isu semasa berkaitan agama dan perkauman mestilah ditunjangkan dengan rasa hor mat hidup bermasyarakat agar perpaduan negara dapat dikekalkan. Masyarakat bukan Islam juga harus peka dan bertimbang rasa terhadap keperluan majoriti masyarakat Islam dalam memenuhi tanggugjawab agama yang mempengaruhi kehidupa n seharian mereka. Sesungguhnya banyak lagi perkara penting perlu dilaksanakan daripada dibantutkan oleh perbalahan berkaitan soal hak dan sebagainya yang berbau perkauman. Dalam konteks Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, majoriti rakyat tetap cintakan pendamaian dan keharmonian, termasuk dalam mengamalkan agama masing-masing serta dalam

pendekatan mereka ketika membicarakan isu-isu agama di dalam masyarakat dan di kalangan mereka sendiri. Konsep 1 Malaysia mengakui keadaan ini, dan tentunya akan menolak sebarang gerakan atau agenda sebarang kumpulan agama yang radikal dan ekstrem dari kalangan agama mana sekalipun.

Masyarakat Malaysia sendiri yang terdiri dari kepelbagaian kaum dan agama haruslah memahami batas-batas tertentu dalam isu 1 Malaysia ini dari sudut amalan agama dan undang -undangnya, serta menghormati prinsip agama masing-masing supaya konsep satu Malaysia akan lahir sebagai satu unsur penyatuan semua kaum dari kepelbagaian agama, bukan membuka jurang untuk persengketaan dan konflik antara kaum.
4.0 Kepercayaan

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan disertai oleh perasaan pasti atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan. Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembang unan moral. Dalam konteks ini, kepercayaan dikenali sebagai akidah ataupun iman. Apabila kita membincangkan konteks kepercayaan dalam integrasi dan perpaduan kepelbagaian kaum etnik sesebuah negara seperti Malaysia, kepercayaan ini lebih menekankan kepada aspek kepercayaan kepada Tuhan. Prinsip pertama Rukun Negara iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan adalah prinsip yang menjadi teras kepada pembangunan insan, masyarakat, dan negara merangkumi peningkatan kualiti jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Asas inilah yang menjadi pendorong kuat kepada kejayaan dan kecemerlangan manusia dalam kehidupannya. Oleh yang demikian,

keimanan kepada Tuhan menjadi ikrar pertama yang dipilih dalam prinsip negara ini dan merupakan jiwa dan roh kepada Rukun Negara. Oleh itu, jika kepercayaan kepada tuhan ini menjadi pendokong kepada semua kaum etnik di Malaysia, ia sepatutnya tidak menjejaskan atau

menghalang proses persepaduan dan integrasi dikalangan kaum etnik di Malaysia. Ini kerana agama setiap etnik di Malaysia secara keselu ruhannya mengajar asas perpaduan, bersifat positif, dan menghalang kepada pertengkaran dan perpecahan. Rata -rata agama di Malaysia mengajak kepada berkasih-sayang, bantu-membantu, dan bersatu-padu di antara sesama manusia. Kerajaan Malaysia pada asasnya telah memandang akan prinsip kepercayaan kepada Tuhan sebagai modal atau tapak penyatuan, kerjasama, toleransi, dan hormat -menghormati antara satu sama lain. Berdasarkan kepada kenyataan bahawa ajaran setiap agama yang menyuruh penganutnya melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan, maka prinsip ini sudah tentu menjadi nadi penting yang membina jati diri masyakat Malaysia dari lubuk sanubarinya. Dengan percaya kepada Tuhan, masyarakat akan diingatkan dengan ajaran-ajaran agama dan memupuk diri berlaku baik dan membina kerjasama ke arah perpaduan atas asas bahawa setiap manusia yang mengikut fitrah pasti akan beriman kepada Tuhan yang menjadikannya. Malaysia telah mengistiharkan Islam sebagai agama rasmi sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, agama selain daripada Islam bebas untuk diamalkan di negara ini. Menurut A. Aziz Deraman (2005), Bahagian 1 Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan dinyatakan bahawa : Agama Islam ialah agama bagi persekutuan; tetapi agama agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. (pg : 144) Perlembagaan persekutuan menjelaskan bahawa Islam merupakan negara rasmi bagi negara Malaysia. Agama -agama lain adalah bebas diamalkan dan dipraktikkan. Maka, kaum -kaum etnik lain yang menganut

agama selain daripada agama Islam boleh mengamalkan kepercayaan mereka. Ini kerana konsep Islam yang tidak menghalang mana -mana individu untuk mengamalkan agama mereka serta kepercayaan mereka. Oleh itu, perbezaan kepercayaan sama sekali tidak menghalang dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan etnik di Malaysia. Ia sepatutnya menjadi nadi yang mendorong dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi kepada mereka. Di samping itu, menurut prinsip ini juga, negara Malay sia tidak mengakui ilhad atau atheisme dan sebarang ideologi yang tidak mempercayai wujudnya Tuhan. Ini kerana, fahaman dan sikap sedemikian merupakan suatu perkara yang amat bertentangan dengan tabii seorang manusia yang merupakan ciptaan Tuhan, malah ter pesong dari landasan fitrah dan hati nurani seorang manusia. A. Aziz Deraman (2005) mengatakan bahawa, Pihak yang tidak mengakui kewujudan Tuhan merupakan golongan yang angkuh kerana mereka tidak mahu memikirkan tentang sebab dan musabab berlakunya sesuat u di dunia ini, tentang diri manusia itu sendiri bahawa bagaimanakah ia dijadikan. Akan tetapi, dimana berlaku kesusahan dan musibah, mereka meraba-raba mencari Tuhan dan setelah hilang segala kesulitan, mereka kembali kepada kekufuran. (pg : 123) Negara ini dengan jelas menolak fahaman atheisme untuk dipercayai dan diamalkan di negara ini oleh mana -mana pihak. Pendirian rapuh seperti ini yang berasaskan kepada nilai -nilai materialisme dan hedonisme hanya membawa kehancuran dan kemusnahan kepada kehidupan manusia dan negara. Penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970, membawa seribu satu aspirasi rakyat dari pelbagai latar belakang bagi mencapai hasrat agar Malaysia menjadi sebuah negara yang utuh dari segi perpaduan kaumnya,

yang mengekalkan cara hidup yang demokratik, masyarakat yang adil, dan bersikap liberal terhadap budaya tradisi mas yarakat pelbagai agama dan kaum
5.0 Kesenian

Anwar Din (2008) mengatakan bahawa, Sesuatu bangsa yang bertamadun ditakrifkan menerusi paparan kesenian yang tinggi dan dijelm akan dalam pelbagai manifestasi seperti seni lukis, seni pentas, seni muzik, seni sastera, seni filem dan seumpamanya. Secara umum seni boleh difahamkan sebagai sesuatu yang halus, elok, cantik, menusuk jiwa dan memuaskan pancaindera. (pg : 223) Kesenian yang dimaksudkan dalam konteks perpaduan dan integrasi dalam kalangan etnik di Malaysia lebih dikaitkan kepada kesenian yang berkaitan dengan kebudayaan. Dalam pengertian yang paling umum, kebudayaan merupakan seluruh cara hidup sesuatu masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Namun begitu, kebanyakan daripada kita membuat pengertian kebudayaan dengan mengaitkannya dengan fenomena -fenomena seperti bentuk tarian, muzik, makanan, dan fesyen pakaian sahaja. Oleh itu, pengertian di sini adalah terlalu sempit dan terhad. Walau bagaimanapun, bagi ahli sains sosial, pengertian kepada konsep kebudayaan ini adalah lebih luas cabangnya. Dari perspektif sosiologi, kebudayaan membawa pengertian kepada segala hasil dan idea yang dipelajari dan dikongsi oleh ahli -ahli dalam sesebuah masyarakat. Ini termasuklah segala kepercayaan, nilai -nilai politik,

10

adat resam, undang-undang, moral, institusi sosial, seni lukis, bahasa dan bahan-bahan material. Edward B.Taylor telah memberi satu takrif yang klasik mengenai konsep kebudayaan : "..kebudayaan merupakan satu keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan lainlain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat." Kesenian dan kebudayaan ini tidak seharusnya menjadi batu penghalang kepada penyatuan dan integrasi. Ini kerana, kesenian dan kebudayaan merupakan satu yang indah dan menarik yang biasanya membawa kepada fenomena keamanan, ketenangan dan kebahagiaan. Ia merupakan satu faktor untuk setiap kaum menghormati setiap kesenian dan kebudayaan kaum yang lain. Malah kerajaan Malaysia secara umumnya, akan memperkenalkan kebudayaan dan kesenian di setiap upacara -upacara besar seperti acara sukan bertaraf dunia, persidangan -persidangan penting, perayaan -perayaan rasmi dan sebagainya. Banyak pendedahan kesenian dan kebudayaan seperti tarian, nyanyian, pe rarakan dan sebagainya yang melibatkan kesemua dan kepelbagaian kaum. Malah, tarian tersebut digabungkan dalam satu persembahan kesenian yang melibatkan kesemua etnik yang ada di Malaysia. Ini secara tidak langsung, telah memberikan suntikan perpaduan di mana setiap kaum boleh mempelajari kesenian dan kebudayaan kaum lain. Malah, ia memberi satu rasa penghormatan terhadap kesenian dan kebudayaan kaum lain. Oleh itu, tiada sebab kepelbagaian kesenian bagi kaum -kaum etnik di negara Malaysia menjadi faktor yang menghalang perpaduan dan integrasi.

11

Malah, ia boleh dijadikan satu bonus yang boleh dikongsi dan dipelajari oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia. Pemeliharaan dan penjagaan perlu dipergiatkan agar kesenian dan kebudayaan ini tidak luput oleh masa.
6.0 Perayaan

Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 , telah memutuskan sebanyak enam perayaan kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama negara. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi menyambut tahun baru bagi kalendar cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak mereka meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga, dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau Keamatan sebagai perayaan tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim menuai. Bagi penganut Kristian perayaan Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di seluruh negara. Apabila pelbagai perayaan yang disambut oleh setia p kaum yang berlainan di Malay sia banyak jurang yang akan dilihat daripada perayaan masing-masing kerana setiap agama sudah tentu mahukan perayaan mereka dihormati dan boleh disambut dengan meriah seperti perayaan -perayaan lain. Jadi, dengan adanya amalan rumah terbuka yang diwujudkan, memberi banyak kepentingan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa.

12

Selain itu amalan rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan perte ntangan pendapat, perbezaan ideologi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi.
7.0 Adat Resam

Setiap masyarakat di Malaysia mempunyai adat resam yang tersendiri yang diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat tersebut. Di sini, diperjelaskan lagi adat resam tiga kaum utama di Malaysia yang berbeza antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Pentingnya adat masyarakat Melayu jelas terlihat dalam peribahasa yang berbunyi Biar mati anak, jangan mati adat. Adat resam masyarakat Melayu banyak dipengaruhi oleh adat yang diwarisi dari budaya Hindu yang disesuaikan mengikut unsur -unsur agama Islam. Adat ini dapat dilihat melalui tiga aspek kehidupan iaitu adat resam perkahwinan, kelahiran dan kematian. Dalam aspek kelahiran, masyarakat Melayu banyak menga malkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat semasa mengandung, bersalin dan selepas lahir. Ketika

mengandung terdapat adat melenggang perut. Selepas

bersalin pula,

terdapat adat memotong tali pusat. Selain itu, terd apat adat pantang yang perlu diikuti selama 44 hari selepas ibu melahirkan anak. Apabila bayi sudah melepasi hari ketujuh adat potong jambul atau cukur rambut akan diadakan. Dalam adat masyarakat melayu juga, adat bersunat juga dilakukan. Bagi masyarakat Cina, tukang tilik memainkan peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal -hal kelahiran, perkahwinan dan kematian. Dalam adat kelahiran, bayi yang mencapai umur sebulan akan diadakan kenduri iaitu dengan menyediakan kuih khas dan mereka yang mendapat kuih

13

ini akan membalasnya dengan hadiah. Dalam aspek nama pula, masyarakat Cina menyusun nama mereka yang terdiri dari 3 perkataan secara seimbang yang mengandungi unsur Yin dan Yang. Dalam sudut perkahwinan masyarakat Cina, pasangan yang be rkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum. Bagi masyarakat India, Adat Valaikaapu iaitu adat yang dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Mereka akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru dan diadakan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar India. Waktu kelahiran pula merupakan paling penting dimana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi. Bintang bayi akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Dalam adat perkahwinan masyarakat India, beberapa faktor seperti status ekonomi dan sosial seperti pekerjaan, rupa paras, dan latar belakang keluarga juga diambil kira. Dalam masyarakat India juga, mereka

mempercayai kelahiran semula selepas mati. Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Selepas upacara pengebumian berlangsung masyarakat India akan melakukan adat membersihkan rumah, mengumpulkan abu mayat dan berkabung. Gambar atau potret si mati pula digantung di dinding dan dikalung dengan bunga. Semua perbezaan yang dapat dilihat dari ketiga -tiga kaum utama di Malaysia ini jelas amat ketara. Secara keseluruhan setiap bangsa yang terdapat di Malaysia ini mempunyai adat resam yang tersendiri dan masih diamalkan. Kita sebagai penduduk yang berbilang kaum di Malaysia perlulah menghormati serta memahami segala kepercayaan yang diamalkan oleh setiap kaum. Setiap kaum mempunyai amalan adat resam yang berbeza. Upacara majlis seperti kelahiran, perkahwinan dan pengebumian yang diadakan oleh setiap kaum secara tidak langsung dapat menyatupadukan

14

kesemua kaum di Malaysia jika kita mempunyai sifat kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan ziarah-menziarahi antara satu sama lain terutama dalam majlis upacara perkahwinan yang melambangkan perpaduan kaum yang mempunyai latar belakang dan adat resam yang berbeza. Masyarakat mempunyai sifat semula jadi yang memiliki pelbagai kelainan dan perbezaan sama ada dari segi cara hidup mahupun penghayatan budaya dan sistem nilai. Kepelbagaian yang wujud tidak seharusnya menjadi masalah bagi masyarakat negara ini berinteraksi dan memahami antara satu sama lain. Terdapat banyak perbezaan yang boleh dipelajari bagi membolehkan masyarakat bukan sahaja berkongsi dari segi nilai, malahan dari segi amalan dan tatacara kehidupan. Nilai -nilai yang baik juga boleh dikongsi oleh anggota masyarakat berbilang kaum bagi mewujudkan suasana masyarakat yang damai, harmoni dan sejahtera.
8.0 Kesimpulan

Kesimpulan daripada bahagian ini, adalah pentingnya pengetahuan yang mendalam tentang perbezaan budaya kehidupan dalam masyarakat dalam mengukuhkan perpaduan dan integrasi dalam kalang an etnik di Malaysia. Secara keseluruhannya, tidak semua agama, kepercayaan, kesenian, perayaan dan adat resam menjadi halangan utama dalam mewujudkan perpaduan dan integra si dikalangan etnik di Malaysia. Ini kerana, perbezaan itu secara asasnya tidak menjadi penghalang tetapi haruslah menjadi pendokong kepada perpaduan masyarakat. Tidak dinafikan terdapat juga segelintir perkara yang menjadi halangan dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi dalam kalangan etnik di Malaysia. Maka dengan itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu mengekalkan perpaduan melalui interaksi hubungan etnik yang lebih mantap, padu dan harmonis.

15

Anda mungkin juga menyukai