Anda di halaman 1dari 7

Cara-cara mengatasi isu kurang penghayatan dalam agama

1. Mengadakan program penghayatan agama:


Program-program yang berasaskan keagamaan perlulah diadakan
secara berterusan.
Ini akan menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya
menghayati agama serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh salah satu program yang berasaskan keagamaan ialah:
Bagi menggalakkan persefahaman dan mengukuhkan
keamanan serta perpaduan, golongan belia negara ini perlu
mengutamakan dan membudayakan nilai-nilai integriti yang
terkandung dalam agama yang dianuti, ulas Presiden Majlis
Belia Malaysia (MBM), Haji Muamar Ghadafi Jamal Datuk
Wira Jamaluddin ketika menghadiri Dialog Pembudayaan dan
Pengukuhan Integriti Dari Perspektif Pelbagai Agama di
Malaysia yang berlangsung di Institut Integriti Malaysia
(INTEGRITI).
Dalam ucapannya, Dr. Ahmad Fadzli menyatakan bahawa
program tersebut diadakan adalah untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat khususnya golongan belia tentang nilai-
nilai murni yang wujud dalam agama, sekali gus menggalakkan
kepada sikap menghormati penganutnya terhadap kebudayaan
dan kepercayaan agama masing-masing.
Konflik yang tercetus dalam masyarakat majmuk lazimnya
bukan kerana agama, tetapi disebabkan kegagalan rakyat
memahami nilai-nilai yang terkandung dalam agama itu
sendiri, ujar beliau lagi.
Justeru, Dr. Ahmad Fadzli berharap agar menerusi dialog ini,
pengamalan dan pembudayaan nilai-nilai integriti yang
terkandung dalam setiap agama dapat disuburkan, sekali gus
menjadi penggerak dan pengukuhan perpaduan, kesejahteraan
serta keharmonian masyarakat.
2. Mendidik anak-anak tentang agama dari kecil:
Anak-anak seharusnya dididik dari kecil mengenal tentang agama.
Hal ini kerana, anak-anak kecil mudah mengikuti perintah orang yang
lebih dewasa.
Peranan ibu bapa sangatlah penting dalam mendidik anak-anak mereka
tentang agama masing-masing.
Apabila anak-anak meningkat remaja, agak sukar bagi ibu bapa untuk
mendidik anak-anak mereka tentang agama kerana remaja sangat
dikenali dengan sikap yang degil dan suka membantah.
Sekiranya ibu bapa berjaya mendidik anak-anak mereka tentang ilmu
agama mulai dari kecil, maka mereka akan membesar menjadi insan
yang berakhlak mulia apabila meningkat dewasa, bak kata pepatah
Melayu, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
Sebagai contoh, dalam Islam, anak-anak perlu dididik supaya
mengenal Allah melalui al-Quran.
Anak-anak perlu dibiasakan dengan menunaikan solat lima waktu
supaya kelak mereka tidak lupa akan Allah di dalam setiap perkara
yang mereka bakal lakukan.
Ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mengenai perkara yang halal
dan haram.
Hal ini kerana apabila anak-anak ini meningkat dewasa, mereka
sentiasa ingat pesanan ibu bapa dan menghindari diri daripada
perbuatan yang dilarang oleh agama mereka.
Maka kuranglah isu-isu masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan
masyarakat kita terutamanya dalam kalangan remaja.
3. Menerapkan ajaran agama dalam kurikulum pelajar:
Salah satu cara yang berkesan untuk membangkitkan perasaan minat
untuk mempelajari agama adalah melalui pembelajaran di sekolah
ataupun institusi pengajian tinggi.
Hal ini kerana para pelajar berasa selesa mempelajari sesuatu ketika
berada di sekolah mahupun institusi pengajian tinggi.
Mereka mempunyai ramai guru atau pensyarah yang bakal mengajar
mereka akan agama masing-masing.
Hal ini mendekatkan diri pelajar dengan ajaran agama mereka sekali
gus melatih mereka untuk mengamalkan ajaran agama mereka di
tempat awam.
Dengan cara ini juga mereka boleh memahami sedikit sebanyak
tentang agama-agama lain.
Sekiranya para pelajar mampu bertoleransi untuk memahami dan
menghormati agama orang lain, maka isu-isu perpaduan di negara kita
bukanlah menjadi batu penghalang dalam kemajuan negara.
Isu-isu perkauman juga dapat dikikis sekiranya mereka mampu
menerapkan nilai agama dalam diri kerana agama menekankan setiap
individu supaya sentiasa menghormati penganut agama lain.
Oleh itu, kerajaan perlulah menerapkan lebih banyak lagi kurikulum
berasaskan nilai-nilai keagamaan dalam subjek-subjek di sekolah
mahupun di institudi pengajian tinggi.
Contohnya seperti subjek Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan
Kewarganegaraan, Pengajian Am dan Pendidikan Islam.
Kepentingan penghayatan dalam agama

1. Pemangkin kepada kehidupan manusia:


Agama adalah pegangan yang harus ada dalam diri setiap manusia.
Tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia.
Peranan agama yang paling dominant adalah ia dapat menjadi
pemangkin kepada pembangunan manusia.
Pegangan agama juga boleh menjadi asas kepada ketamadunan dan
acuan kepada latar budaya masyarakat.
Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan
sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam
kehidupan.
Ini dapat dilihat dari segi pertuturan, perilaku dan gaya hidup
seseorang manusia.
Selain itu agama memainkan peranan yang penting dalam
membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta
mendatangkan ketengan dan keamanan dalam kalangan penduduk
dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan
dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan
keselamatan serantau.
Ini dibuktikan dengan prinsip agama Islam yang bencikan
peperangan. Agama islam juga melarang umatnya untuk
memulakan peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah
dengan aman (perbincangan).
Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa
agama sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat.
Ini kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan paradigma
kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga
merupakan salah satu elemen yang menolak dan menggerakkan
sesebuah tamadun dalam kehidupan.
Mari kita singkap sejarah Dinasti Sung yang tidak bermoral kerana
maharajanya secara dictator dan kejam. Dinasti ini pernah di
labelkan "zaman pencerobohan orang gasar".
Akibat kerajaan maharaja yang kejam dan tidak bermoral
rakyatnya memberontak di bawah pimpinan petani dan akhirnya
dinasti tersebut berjaya digulingkan.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa agama memainkan peranan
yang amat vital dalam kehidupan manusia dan seterusnya dalam
pembinaan tamadun.
2. Penyatuan rakyat dalam pembangunan negara:
Agama sebagai tema penting dalam ideologi penyatuan negara,
khususnya dalam negara majmuk, sering dianggap sebagai sesuatu
yang tidak realistik.
Hal ini adalah kerana, walaupun yang dianuti bersama, didapati
boleh membawa kepada perpecahan dalam kalangan penganutnya.
Oleh itu, apatah lagi cadangan untuk menggunakannya, lebih-lebih
lagi fahaman kepelbagaian agama sebagai ideologi penyatuan
dalam negara majmuk. Ia dianggap bukan saja tidak berpijak di
bumi nyata, tetapi akhirnya boleh mengundang kepada konflik
agama.
Sesungguhnya hal sebegini tidak semestinya berlaku. Malah, ia
boleh dilaksanakan dan Malaysia boleh membuktikannya.
Hal ini antaranya adalah kerana Rukun Negara, yakni ideologi
nasional mengenai cara negara berdaulat ini diurus tadbir selain
menjadi amalan hidup rakyatnya, boleh dimanfaatkan sebagai alat
penyatuan negara.
Prinsip pertamanya, iaitu kepercayaan kepada Tuhan, digubal atas
dasar kesedaran bahawa agama dan kepercayaan kepada Tuhan
adalah perkara penting dalam kehidupan manusia.
Dengan ini, walau apapun juga agama, sistem kepercayaan dan
kuasa ajaib yang kita semua anuti, percayai dan yakini, boleh
dikatakn bahawa sudah wujud asas teguh kerohanian dalam jiwa
rakyat Malaysia.
Oleh sebab inilah, prinsip pertama dalam Rukun Negara disusun
untuk dipromosikan bukan saja sebagai satu asas mengurus tadbir
negara, tetapi yang lebih penting ialah untuk rakyat Malaysia agar
lebih bermakna lagi dari segi rohaniah.
Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua
dan ia merupakan sumber kekuatan . Satu aspek penting yang
menjadi penanda jati diri masyarakat Malaysia ialah agama.
Kepelbagaian agama di kalangan pelbagai penduduk Malaysia
merencamkan pola perbezaan jati diri yang sedia ada seperti
bahasa, warna kulit, adat resam dan lain-lain lagi.
Agama memainkan peranan yang penting dan merupakan penanda
jati diri yang kuat oleh pemimpin kita sejak awal lagi.
Contohnya prinsip Rukun Negara yang pertama telah menegaskan
bahawa Kepercayaan Kepada Tuhan ialah sebahagian daripada
cara hidup rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang
agamanya.

Anda mungkin juga menyukai